RAKAMAN : Penggulungan Usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) – 27/1/2016 (Petang)

Siaran Langsung Penggulungan Usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) – 27/1/2016 bermula 230 petang.

RAKAMAN : Bahas Usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) – 27/1/2016 (Pagi)

Siaran Langsung Bahas Usul Bagi Malaysia Menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) – 27/1/16

RAKAMAN : Pembentangan Usul Bagi Malaysia Menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Pembentangan Usul telah dilakukan oleh Dato’ Mustapha Mohamad . Seterusnya, perbahasan telah dimulai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail | 10 pagi, 26 Januari 2016 – Ihsan Parlimen dan RTM

Categories
NASIONAL

PwC : Faedah maksimum TPPA hanya 0.22 peratus

SHAH ALAM, 6 JAN: Analisis firma audit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan faedah maksimum Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) hanya bertambah 0.22 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen, berkata PWC membuat kesimpulan itu dengan membandingkan dua senario iaitu jika Malaysia tidak menandatangani TPPA dan jika negara menandatangani perjanjian serta tarif turun kepada sifar lebih daripada 10 tahun.

WONG CHEN“Kesimpulan mengenai perkara itu jelas: Laporan kos faedah PWC tidak menyokong mana-mana justifikasi ekonomi makro dengan menandatangani TPPA,” katanya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Wong berkata, banyak laporan selepas teks TPPA dimuktamadkan tahun lepas, berikutan rundingan teramat panjang dalam kalangan 12 buah negara.

Bagaimanapun, katanya, PWC mendapati jika langkah bukan tarif seperti subsidi dan kuota dikeluarkan akibat TPPA, KDNK boleh berkembang sehingga 1.15 peratus dan eksport sehingga 0.9 peratus.

“Namun begitu, keadaan ini akan mencapai keseimbangan lebih berat kerana senario sama akan membawa 30 peratus penurunan dalam imbangan dagangan iaitu merujuk kepada perbezaan dalam nilai import dan eksport,” katanya.

Beliau berkata, penurunan imbangan dagangan bermakna Malaysia akan mengimport barang yang mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada apa yang dieksport.

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendesak Kerajaan Persekutuan supaya memikirkan kesan menandatangani TPPA ke atas kemerdekaan negara kerana dikhuatiri sejarah lama penjajahan British akan berulang.

DPPMPresidennya, Datuk Dr Syed Ali Alattas mendakwa, disebabkan Perjanjian Pangkor pada 1874, Malaysia masih sengsara sehingga hari ini, apatah lagi dengan TPPA yang lebih banyak kandungan perjanjiannya.

“Perjanjian Pangkor 12 muka surat, kita huru-hara sampai sekarang.

“Sekarang kita ada 6,000 muka surat,” katanya dalam sidang media berasingan, hari ini.

Sehubungan itu, DPMM berkata pihaknya akan menghantar memorandum susulan sesi meja bulat anjurannya hari ini kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkenaan pandangan mereka.

Memorandum itu akan dihantar DPMM sebelum sidang khas Parlimen berkenaan TPPA yang dijadualkan bulan depan.

-AA-

Categories
NASIONAL SELANGOR

TPPA jejas industri buku tempatan- Bahagian 3

Sinopsis :

Satu forum perbincangan isu kesan dan cabaran TPPA dalam industri buku, sastera dan penerbitan telah diadakan baru-baru ini. Forum khas tersebut telah menjemput ahli panel Dr. Haniff Ahmad, Pensyarah Perundangan UIA dan Aliff Basri, Wakil Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia untuk memperjelaskan isu berkenaan.

Sila layari http://www.selangorkini.net untuk pelbagai video tontonan umum.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Forum khas : TPPA jejas industri buku tempatan – Bahagian 2

Tajuk : Forum Khas – TPPA Jejas Industri Buku Tempatan – Bahagian 2

Sinopsis : Satu forum perbincangan isu kesan dan cabaran TPPA dalam industri buku, sastera dan penerbitan telah diadakan baru-baru ini. Forum khas tersebut telah menjemput ahli panel Dr. Haniff Ahmad, Pensyarah Perundangan UIA dan Aliff Basri, Wakil Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia untuk memperjelaskan isu berkenaan.

Sila layari http://www.selangorkini.net untuk pelbagai video tontonan umum.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sampai bila perjanjian TPPA terus dirahsiakan – Tian

tppa

SHAH ALAM 22 OGOS : Tindakan kerajaan BN yang masih berdiam diri berhubung isu menandatangani Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA) menimbulkan kegelisahan rakyat berhubung masa depan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab sekiranya kerajaan meneruskan hasrat untuk menandatangani perjanjian TPPA itu yang disifatkan satu perjanjian ‘rahsia’ yang tidak diketahui umum untuk diperdebatkan.” kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dihubungi TVSelangor.

Katanya, golongan petani di negara ini bakal berhadapan kehilangan sumber pendapatan sekiranya kerajaan meneruskan hasrat untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam tempoh terdekat.

“Produk-produk pertanian yang dihasilkan dalam skala besar di Amerika Syarikat akan membanjiri pasaran negara seterusnya mengancam produk pertanian tempatan.

“Pembukaan pasaran bebas ini akan menyebabkan produk-produk pertanian tempatan tidak dapat bersaing lagi.

“Dan para petani akan mengalami kesulitan apabila tidak dapat menghasilkan produk dengan kos yang murah dalam jumlah besar yang akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan petani,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Menurut beliau, industri kecil dan sederhana (SME) juga bakal mengalami nasib yang tidak menentu kesan perjanjian TPPA ini apabila tidak dapat bersaing dengan syarikat gergasi antarabangsa Amerika Syarikat apabila tidak lagi diberi perlindungan dan bantuan subsidi kerajaan.

“Mengikut perjanjiaan TPPA itu maka negara tidak boleh untuk bertindak mendiskriminasikan antara syarikat asing dan syarikat tempatan.

“Jadi apa yang syarikat tempatan perolehi maka ia turut sama diperolehi oleh syarikat asing itu khususnya dalam pemberian tender yang juga perlu dibuka kepada syarikat asing,” kata beliau.

Kata Tian Chua, rakyat negara ini juga terpaksa membayar harga yang lebih mahal selepas ini untuk mendapatkan ubat-ubatan yang berjenama yang dikuasai syarikat besar di dunia ini.

“Akibatnya kos kesihatan akan meningkat dan ramai daripada masyarakat yang berpendapatan rendah akan dibebankan dengan kos yang tinggi dan ini akan mengancam kesihatan mereka.

“Semua ini diakui oleh para perunding tetapi Kerajaan Malaysia tidak peka dengan ancaman ini dan tidak mengambil langkah yang tegas untuk mempertahankan kepentingan negara.

“Seolah-olah mereka percaya dengan segala-galanya prospek perjanjian TPPA itu,” kata beliau.