Categories
SELANGOR

Cabutan bertuah RM500 menanti pengunjung Pesta Buku Selangor 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Pesta Buku Selangor kali ke-12 bakal berlangsung selama 11 hari bermula 30 Mac sehingga 9 April di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Dengan tema ‘Ilmu Itu Realiti’, acara perasmian bakal disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 1 April, jam 3 petang.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kerajaan Negeri mengangkat tema itu sebagai gambaran ilmu bermanfaat mampu memberikan kesedaran secara menyeluruh.

“Pesta Buku Selangor 2017 diadakan pada awal tahun sebagai langkah membantu golongan ibu bapa dan pelajar dari segi pembelian buku serta bahan pembelajaran memandamgkan sesi persekolahan masih di awal tahun,” katanya.

Disertai 92 pempamer dari pelbagai syarikat penerbitan tempatan dan pengedaran buku, pesta buku turut menempatkan pusat informasi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi membolehkan orang awam mendapat penjelasan mengenai program bantuan yang ada di Negeri Selangor.

Penganjur menyasarkan kehadiran 500,000 pengunjung selain menyediakan cabutan bertuah berupa wang tunai berjumlah RM500 sebanyak sembilan kali sehari bermula jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang.

“Pada tahun ini, PPAS memperuntukkan sebanyak RM49,500 untuk cabutan bertuah dan ini membuktikan komitmen PPAS kepada rakyat Selangor bagi menggalakkan hobi serta minat membaca dapat memberikan pulangan yang lumayan,” katanya.

Pesta Buku Selangor merupakan pesta buku kedua terbesar di Malaysia sebelum ini dianjurkan di Kompleks PKNS Shah Alam sebelum dianjurkan di SACC bermula tahun 2011.

=EZY=

Jom berilmu sambil beramal di Pesta Buku Selangor 2015!

Pesta Buku Selangor datang lagi dengan tema Evolusi Buku dan Digital, yang menemukan bahan bacaan terbaik baik buku mahupun digital, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk berilmu dan beramal. Keuntungan dari acara ini akan disalurkan kepada Misi Bantuan Banjir untuk membantu pembangunan semula negeri-negeri di Pantai Timur.

Categories
SELANGOR

Pelbagai aktiviti memeriahi Pesta Buku Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Hari pertama bekerja selepas cuti panjang hujung minggu lepas tidak menghalang orang ramai untuk terus mengunjungi Pesta Buku Selangor 2014.

Bertempat Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), orang ramai bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan malah mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain di bawah satu bumbung.

lukis aAntaranya, mereka boleh mendapatkan khidmat kartunis berbakat, Azhar Saad untuk melukis karikatur dengan harga istimewa.

“Orang ramai juga boleh dapatkan naskhah terbitan Kumpulan Kartunis Independen (KKI) berjudul ‘Showcase’ berharga RM10 di gerai kami.

“Perbelanjaan dan penjualan buku ini ditanggung oleh ahli-ahli KKI sendiri dan ia adalah terhad kepada 3, 000 cetakan sahaja,” katanya yang lebih dikenali sebagai Art Saad.

pesta buku selangor 1Selain Art Saad, ‘Showcase’ yang baru dilancarkan pada 30 Ogos lepas turut menampilkan kartunis lain seperti Zunar, Azmi Tahar, Megat, Jonos, Johnny Ong dan ramai lagi.

Pesta Buku Selangor 2014 mula berlangsung pada 29 Ogos lepas dan akan berakhir pada 8 September 2014, bermula jam 10 pagi hingga 9 malam pada hari biasa dan dilanjutkan hingga 10.30 malam pada hujung minggu.

Antara aktiviti menarik sepanjang pesta buku kali ini ialah majlis ramah mesra bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr Syeikh Muzaffar, majlis-majlis ilmu bersama Ustaz Haslin Bollywood & Ustaz Fauzi, Prof. Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal.

Untuk maklumat lanjut aktiviti, orang ramai boleh kunjungi laman web rasmi di www.pestabukuselangor.my atau hubungi Puan Norelmin di talian 03-55197685 sambungan 1313.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi Kemuka Saksi Pengundi Hantu PRU-13 – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 20052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. PKR hari ini mendedahkan bukti-bukti penipuan dan penyelewengan yang didakwa dilakukan secara terangcang dalam pilihanraya Umum ke-13.

2. Parti Keadilan Rakyat hari ini membidas Timbalan Menteri Waytha Moorthy Ponnusamy yang berkata Barisan Nasional akan menyelesaikan kemelut rakyat etnik India yang tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka dalam masa lima tahun ini, sebagai terlalu lambat dan tidak bertanggungjawab.

3. Sambutan yang sangat mengalakkan dari penggemar buku mendorong Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk meneruskan lagi Pesta Buku Selangor, bagi memuaskan dahaga rakyat Selangor kepada ilmu.

rafizi