Categories
EKONOMI

Petronas catat keutungan sebelum cukai RM26.1 bilion

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Syarikat minyak nasional, Petronas, mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tinggi sebanyak RM26.1 bilion pada separuh pertama tahun ini berbanding RM10.3 bilion dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM108.1 bilion berbanding RM93.7 bilion sebelum ini, mendapat manfaat daripada trend menaik harga penanda aras utama dan kadar pertukaran asing tetapi sebahagiannya diimbangi oleh jumlah jualan yang rendah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Beliau berkata keuntungan lebih baik itu adalah susulan peningkatan purata harga sebenar dan penyusutan bersih aset lebih rendah dan kos yang baik.

“Pendapatan kami sebelum faedah, cukai, penyusutan dan margin pelunasan naik kepada RM45 bilion berbanding RM34 bilion daripada separuh pertama tahun lepas, susulan peningkatan purata harga sebenar,” katanya kepada pemberita lapor BERNAMA.

Susulan prestasi cemerlang itu, katanya Petronas akan membayar dividen tambahan sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan selain dividen sebanyak RM13 bilion yang diumumkan sebelum ini.
Beliau berkata dividen tersebut akan dibayar secara berperingkat.

Mengulas mengenai prestasi syarikat minyak nasional itu, Wan Zulkiflee berkata Petronas turut berjaya mencapai kos operasi lebih rendah sebanyak lima peratus dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata syarikat membelanjakan RM21 bilion bagi pelaburan modal pada separuh pertama tahun ini, RM4 bilion lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas, terutamanya bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Projek tersebut berada di kemuncak aktiviti pembinaan dengan hampir 60,000 pekerja di tapak, katanya.

“Kedudukan tunai kami kekal kukuh, dengan baki tunai sebanyak RM138 bilion sehingga pada akhir Jun,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata tahap kadar hutang kekal rendah pada 17.1 peratus.

Sementara itu, katanya Petronas telah mengambil RM1.5 bilion, cukai bersih, kesan kewangan daripada pembatalan projek gas asli cecair Pacific Northwest di Kanada.

“Ini termasuk kira-kira RM700 juta penurunan nilai manakala selebihnya adalah anggaran kos penamatan susulan TransCanada bagi pembinaan saluran paip yang penting untuk projek itu,” katanya.

Mengenai masa depan, katanya harga minyak dijangka pada purata US$50 setong menjelang akhir tahun dan kekal pada sekitar paras itu pada tahun depan.

Beliau berkata Petronas juga akan menumpukan kepada pembinaan portfolio hiliran pada tahun-tahun akan datang sejajar dengan aspirasinya untuk meningkatkan sumbangan sektor hiliran.

“Sumbangan daripada sektor hiliran akan menjadi lebih besar berbanding 10 tahun lepas,” katanya, sambil menambah tenaga boleh baharu menjadi satu lagi bidang yang dirancang oleh syarikat untuk pertumbuhan masa depan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Petronas Gas untung RM537.13 juta pada Q2

KUALA LUMPUR 16 OGOS: Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM537.13 juta pada suku kedua (Q2) berakhir 30 Jun 2017, berbanding RM497.76 juta dalam tempoh sama tahun lalu, berikutan keuntungan dan margin kasar yang lebih tinggi dalam semua segmen.

Bagaimanapun, keuntungan itu diimbangi oleh kenaikan kos operasi dalam segmen utiliti, termasuk bahagian keuntungan yang lebih rendah daripada usaha sama.

Pendapatan bagi suku kali ini menokok kepada RM1.17 bilion daripada RM1.12 bilion disebabkan oleh prestasi operasi kemudahan dan loji yang lebih kukuh serta harga dan volum jualan utiliti yang melonjak.

“Kumpulan terus mencatatkan prestasi operasi loji dan kemudahan yang unggul bagi memenuhi komitmen kepada pelanggan, dengan kebolehpercayaan bagi pemprosesan dan pengangkutan gas serta segmen penggegasan semula berada pada tahap lebih 95 peratus,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sementara itu, segmen utiliti mencatat jumlah pengeluaran yang lebih tinggi, seiring dengan peningkatan permintaan dan harga jualan serta kebolehpercayaan loji yang memberangsangkan bagi suku berkenaan, katanya.

Melangkah ke hadapan, PGB menjangkakan prestasi akan kekal stabil walaupun di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang mencabar disebabkan sokongan aliran pendapatan yang kukuh daripada beberapa perjanjian merangkumi pemprosesan, pengangkutan gas dan perkhidmatan penggegasan semula yang sudah ditandatangani dengan Petronas.

PGB berkata aktiviti segmen Regasifikasi dan Pengangkutan Gas terpaksa mematuhi syarat baharu di bawah Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016 yang berkuat kuasa mulai 16 Januari 2018.

“PGB sedang berkerja bagi memastikan pelaksanaan berkesan Akta berkenaan, yang mana garis panduan berkaitan masih belum dikeluarkan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya sambil menambah bahawa segmen utiliti akan terus menyumbang secara positif kepada keputusan kumpulan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

PETRONAS batal projek RM123.3 bilion LNG, ‘Tragedi untuk Kanada’

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 26 JULAI: Keputusan PETRONAS tidak meneruskan cadangan projek gas asli cecair (LNG) di Kanada Barat bernilai C$36 bilion (RM123.3 bilion) sebagai ‘tragedi untuk Kanada’, lapor FINANCIAL POST.

Kerajaan gabungan British Columbia NDP/ GREEN kini dalam keadaan untuk mengurangkan kerosakan (damage control) ekoran pembatalan projek skala besar itu pada Selasa.

Mengikut PETRONAS, keputusan itu dibuat selepas kajian semula yang berhati-hati dan menyeluruh terhadap projek berkenaan di tengah-tengah perubahan yang berlaku dalam persekitaran pasaran.

Naib Presiden Eksekutif yang juga Ketua Eksekutif Huluan PETRONAS, Anuar Taib, berkata pihaknya kecewa dengan persekitaran yang amat mencabar serta krisis harga yang berpanjangan dan perubahan dalam industri tenaga sehingga keputusan itu diambil.

Disaster“Kami bersama-sama dengan rakan kongsi, North Montney kekal komited untuk membangunkan aset gas asli kami yang penting di Kanada dan akan terus meneroka semua pilihan sebagai strategi pelaburan jangka panjang kami pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan pembatalan projek ini, PETRONAS dijangka akan memberi perhatian pelaburan yang lain di pasaran dunia.

TransCanada Corp, yang diberi kontrak untuk membina saluran paip menghubungkan telaga gas ke terminal LNG berkata segala kos yang berkaitan dengan projek itu akan dibayar balik.

Ia telah membelanjakan sejumlah C$500 juta (RM1.7 bilion) hingga April.

PETRNONAS merancang menghasilkan gasnya sendiri untuk membekalkan LNG Pacific NorthWest berbanding membeli daripada pengeluar lain.

Kanada merancang lebih 10 projek gas dan LNG untuk British Columbia, tetapi hanya projek Woodfibre yang bernilai C$1.6 bilion (RM5.4 bilion) setakat ini telah diberikan kelulusan oleh pemaju.

 

Berikut adalah kenyataan media dikeluarkan PETRNONAS:

“PETRONAS and its partners have decided not to proceed with the Pacific NorthWest LNG project at Port Edward in British Columbia, Canada.

The decision was made after a careful and total review of the project amid changes in market conditions.

PETRONAS’ Executive Vice President & Chief Executive Officer Upstream, Anuar Taib said, “We are disappointed that the extremely challenging environment brought about by the prolonged depressed prices and shifts in the energy industry have led us to this decision.”

“We, along with our North Montney Joint Venture partners, remain committed to developing our significant natural gas assets in Canada and will continue to explore all options as part of our long-term investment strategy moving forward,” added Anuar.

PETRONAS’ commitment in Canada continues through Progress Energy Canada Ltd and its world-class inventory of natural gas resources where the subsidiary plays a key role in supporting PETRONAS’ growth strategy in North America.

PETRONAS and the project’s partners are thankful for the support received from everyone involved, especially the area First Nations, the District of Port Edward, the City of Prince Rupert and their communities for their invaluable involvement and efforts in the project.
=EZY=

Categories
EKONOMI

Petronas yakin bayar dividen 2017 kerajaan RM13 bilion

KUALA LUMPUR 15 MAC: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yakin dapat membuat pembayaran dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata jumlah itu adalah berdasarkan prestasi kewangan kumpulan berkenaan pada 2016.

“Ia (pembayaran dividen) diputuskan selepas berbincang dengan kerajaan pada tahun lepas. Malah, kami amat bersyukur di atas sikap para pemegang saham yang amat memahami.

“Perancangan kami bagi tujuan perbelanjaan modal dan pelaburan juga tidak pernah diubah atau terjejas akibat keperluan (membayar) dividen itu,” katanya lapor BERNAMA.

Mengulas selanjutnya, Wan Zulkiflee berkata jumlah dividen itu juga berbeza setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga minyak serta pelan perniagaan kumpulan itu untuk masa akan datang.

“Saya tidak pasti bagaimanakah keadaan ekonomi, misalnya bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Namun apabila tiba masanya, kami akan memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai program, unjuran, harga minyak dan kedudukan tunai pada masa itu,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2016, syarikat minyak nasional itu membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

Pendapatan PETRONAS merosot kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion

SHAH ALAM 14 MAC: Pendapatan PETRONAS berakhir 31 Disember 2016 merosot sebanyak 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai dalam tempoh kajian adalah RM33.7 bilion, merosot 8.0 peratus berbanding RM36.7 bilion pada 2015.

Namun PETRONAS mencatat keuntungan bersih RM23.5 bilion pada 2016, naik 12 peratus berbanding RM20.9 bilion pada 2015.

PETRONAS dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan aliran kewangan daripada kegiatan aktiviti Kumpulan menurun daripada RM69.6 bilion pada 2015 kepada RM53.8 bilion.

Penurunan pendapatan itu adalah berikutan purata minyak mentah yang lebih rendah sejajar corak menurun harganya di peringkat global khususnya pada permulaan tahun lalu.

Ia diburukkan lagi dengan impak jumlah jualan yang lebih lemah. Namun begitu, langkah mengurangkan kos yang dilaksana PETRONAS memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan seperti yang dicerminkan pada peningkatan keuntungan bersih kumpulan.

Langkah berkenaan menyumbangkan penjimatan lapan peratus atau RM4.1 bilion penurunan dalam kos boleh kawal kepada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bilion pada 2015.

Jumlah aset dan ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM603.3 bilion dan RM380.3 bilion, disumbangkan oleh kesan kelemahan Ringgit berbanding kadar pertukaran dolar AS dan pergerakan yang baik ke atas nilai saksama aset kewangan sedia untuk dijual.

Sementara itu, keuntungan suku keempat PETRONAS mencatatkan 85 peratus peningkatan PAT kepada RM11.3 bilion daripada RM6.1 bilion yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Peningkatan RM5.2 bilion didorong terutamanya oleh harga purata yang lebih tinggi menyedari produk dan jumlah jualan terutamanya daripada LNG dan gas diproses serta kesan kadar pertukaran yang memihak sebahagiannya diimbangi oleh cukai yang lebih tinggi.

Perolehan meningkat sebanyak 20 peratus kepada RM58.6 bilion daripada RM48.7 bilion pada suku sebelumnya.

EBITDA bagi suku juga meningkat sebanyak 44 peratus kepada RM21.9 bilion selaras dengan keuntungan yang lebih tinggi Kumpulan.

=EZY=

Categories
NASIONAL

WSJ: Ratusan pekerja Petronas berdepan mungkin dihentikan

SHAH ALAM 21 SEPT: The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ratusan pekerja Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berdepan kemungkinan terpaksa mencari kerja baru ekoran langkah pengurangan pekerja syarikat gas dan minyak itu.

Agensi berita antarabangsa itu melaporkan Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih 700 kerja susulan harga minyak yang terus-terusan rendah.

Ia juga memetik kenyataan Petronas pada Selasa lalu yang menyebut syarikat itu terus menyemak semula strategi perniagaan dan tahap perjawatan untuk menyesuaikan dengan perubahan itu.

“Amalan transformasi” itu melibatkan keseluruhan kumpulan Peronas, termasuk di peringkat anak syarikat.

“Lebih banyak maklumat akan didedahkan pada masa yang sesuai,” Petronas dilaporkan sebagai berkata.

Syarikat itu pada Mac lalu mengumumkan bahawa lebih 1,000 kerja bertindih bawah amalan transformasi itu dan usaha sedang dilakukan untuk menempatkan semula pekerja-pekerja terjejas.

Menurut WSJ, Petronas mempunyai 53,000 pekerja setakat penghujung tahun lalu, berdasarkan laporan tahunannya.

Pada Ogos lalu, sebanyak 86 peratus keuntungan Petronas berkurangan pada suku terakhir susulan harga minyak yang murah.

EZY

Categories
NASIONAL

Petronas berusaha kekalkan kakitangan muda bawah 35 tahun

SHAH ALAM 24 OGOS: Syarikat minyak negara, Petronas berusaha mengekalkan kakitangan muda, berumur 35 tahun ke bawah ekoran jumlah ia membentuk 55 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan.

Naib Presiden Pusat Kecemerlangan Petronas, Neil Horbachewski, berkata syarikat itu memastikan bilangan kakitangan seminimum mungkin susulan industri minyak dan gas merudum, dan syarikat minyak negara itu mahu meneruskan dengan pembangunan keupayaannya.

Katanya syarikat itu belajar daripada pengalaman lalu apabila bekas kakitangan berkemahiran berhenti untuk menyertai syarikat minyak dan gas lain di seluruh dunia.

“Petronas pernah melakukan tindakan ini 15 tahun lalu ketika ia melalui perubahan yang teruk.

“Ramai kakitangan meninggalkan syarikat kerana ia tidak kompetitif, jadi Petronas kehilangan banyak kakitangan dengan pengalaman tertentu,” katanya dipetik laman sesawang rigzone.com.

Katanya, keperluan mengekalkan bakat tertentu tidak terhenti hanya pada pengeluar minyak dan gas, tetapi sehingga ke syarikat perkhidmatan kerana cara itu dapat menjadikan industri itu lebih baik.

Dalam hal ini, pengeluar memerlukan beban asas modal tertentu untuk dibelanjakan yang membolehkan industri terus berinovasi.

“Kalau tidak, kita terpaksa berdepan dengan pengaruh di luar sana cuba mempengaruhi anak muda di universiti dengan mengatakan industri minyak dan gas tempat yang buruk.

Petronas“Kami juga tidak perlu menyokong pandangan itu untuk mereka yang sudah 10-15 tahun bekerja dalam industri dan beritahu mereka perlu cari tempat lain. Saya gembira kami terus mengekalkan kakitangan ini,” katanya.

Awal tahun ini Petronas memberhentikan 1,000 kakitangan susulan semakan strategik dilakukan syarikat itu respons kepada kelembapan industri ekoran harga minyak jatuh separuh daripada nilainya sejak pertengahan 2014.

Syarikat itu mempunyai kira-kira 51,000 kakitangan pada penghujung 2014.

EZY

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Keuntungan Petronas jatuh 85%, RM11 bilion ke RM1.6 bilion

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Keuntungan Petronas bagi suku kedua tahun ini jatuh 85 peratus berikutan harga minyak rendah apabila melaporkan untung bersih RM1.62 bilion dalam tempoh itu daripada RM11.07 bilion tahun lalu.

Petronas dalam satu kenyataan menyatakan pendapatan syarikat ialah RM48.44 bilion, kurang 21 peratus daripada tempoh sama pada 2015.

Petronas menjangkakan terus menerima kesan daripada harga minyak tidak seimbang sepanjang tahun ini.

“Walaupun harga minyak mentah pulih sedikit, lebihan bekalan dan keadaan lembap menyebabkan ketidaktentuan masih kekal,” kata kenyataan itu.

Ekonomi Malaysia merupakan ketiga terbesar di Asia Tenggara, tetapi kini terpaksa berdepan dengan kejatuhan harga minyak dan permintaan dari luar menyebabkan pendapatan berkurangan dan tekanan ke atas ringgit.

Malaysia juga digegarkan dengan skandal kewangan susulan dakwaan berbilion ringgit dilesapkan daripada sebuah dana pelaburan milik negara yang diasaskan perdana menteri.

PetronasAwal bulan ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4 peratus bagi tempoh setahun April-Jun, iaitu kadar pertumbuhan paling perlahan sejak berada pada 1.1 peratus ketika krisis ekonomi global pada 2009.

Bulan lalu, Malaysia buat pertama kali dalam tujuh tahun mengumumkan pemotongan kadar faedah.

Harga minyak juga mengalami kejatuhan di pasaran saham berikutan lebihan bekalan, susut lebih 20 peratus dan ditutup pada AS$40 setong buat pertama kali sejak April.

EZY

Categories
NASIONAL

Apa pelan Petronas hadapi kejatuhan harga minyak?

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MEI: Syarikat minyak negara, Petronas didakwa tidak bersedia menghadapi kejatuhan harga minyak dunia sehingga terpaksa menghentikan banyak projek dalam dan luar negara.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini berikutan Petronas tidak menyediakan perancangan dan persediaan sekiranya berlaku kejatuhan harga minyak yang tinggi seperti berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Dr Rosli Yaakop“Ada kemungkinan dalam membuat perancangan, Petronas tidak mengambil kira penyediaan pelan sekiranya berlaku kejatuhan harga minyak seperti sekarang dan ini menyebabkan Petronas yang dalam keadaan tidak bersedia terpaksa menghentikan banyak projek di luar negara.

“Ada laporan projek Petronas di Afrika, Vietnam, Sudan dan beberapa lagi dah dihentikan. Terminal Regasifikasi (RGT) milik Petronas di Lahad Datu, Sabah juga dibatalkan.

“Ramai pekerja Petronas luar negara dah dibawa balik dan antara mereka ada juga rakan saya juga terlibat maklumkan kepada saya. Pekerja Petronas di Iraq juga dihantar balik,” kata Dr Rosli kepada SelangorKini di sini.

Katanya, seperti kebanyakan syarikat lain, keputusan ini dibuat terhadap projek ditakrifkan sebagai kurang berdaya maju dalam keadaan kejatuhan harga minyak.

petronas-logoKatanya, menghentikan projek baru dalam dan luar negara, mengurangkan belanja pengurusan dan mengurangkan belanja penerokaan kawasan baru merupakan pilihan yang ada bagi mengurangkan wang keluar sebelum beralih kepada keputusan mencairkan aset yang ada.

“Kerajaan juga bergantung kepada hasil Petronas untuk menjana pendapatan seperti cukai, petroleum dan sebagainya. Bila industri minyak dalam keadaan tidak menggalakkan pada masa ini, masalah kewangan yang dialami Petronas juga akan memberi implikasi kepada kewangan kerajaan.

“Jadi saya rasa akibat daripada kemerosotan kejatuhan harga minyak dan pendapatan Petronas sekarang ini kerajaan tidak lagi mampu berbelanja besar untuk mengurangkan pelbagai belanja,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

MTUC: Patut alternatif lain bukan henti 1,000 pekerja Petronas

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 MAC: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan rasa kecewa dengan pengumuman Kumpulan Petronas yang bakal menghentikan perkhidmatan hampir 1,000 pekerjanya.

Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Kishnam menyifatkan pekerja syarikat minyak dan gas itu menjadi ‘kambing hitam’ ekoran kelembapan ekonomi ketika ini.

Katanya, syarikat itu sepatutnya memikirkan strategi lain antaranya pemotongan gaji pekerja bukannya mengambil tindakan membuang.

MTUC“Sebagai sebuah syarikat global Petronas perlu menimbang semula keputusan untuk mengurangkan pekerjanya, pekerja syarikat ini tidak sepatutnya dijadikan kambing hitam ekoran komitmen Petronas terhadap kerajaan.

“Syarikat itu perlu mengambil kira perbelanjaan operasi dan pengurusan yang lain kerana negara memerlukan pekerja berpengalaman dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan.

Gopal berkata MTUC mengingatkan kepada majikan serta organisasi lain untuk tidak mengambil jalan keluar yang mudah ekoran kelembapan ekonomi semasa dengan mengurangkan pekerja mereka.

“MTUC tidak mahu majikan menggunakan senario semasa sebagai alasan untuk membebankan pekerja,” katanya.

Baru-baru ini, dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah terus menjunam, Petronas mengumumkan untuk menghentikan perkhidmatan hampir 1,000 pekerja bawah rancangan penstrukturan semula.

petronas-logoPetronas berkata rancangan penstrukturan semula itu dibuat bagi menempatkan semula pekerja yang terbabit serta memulakan proses pemisahan bagi pekerja seperti yang diperlukan dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan akan datang.

Dalam laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja. Penyusunan semula itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Shell Malaysia mengumumkan langkah pengurangan pekerjanya.

Pada 30 September lalu, Shell mengumumkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan 1,300 pekerja daripada jumlah 6,500 yang berkhidmat dengan syarikat itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan belum puas ‘sesah’ PETRONAS walau dibayar RM70 bilion setahun

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 27 DIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperoleh pendapatan kira-kira RM70 bilion setahun daripada pelbagai bayaran yang dibuat syarikat petroleum negara, PETRONAS.

Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, jumlah itu jauh berbeza ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sebagai Menteri Kewangan yang hanya mengutip RM3 bilion sahaja daripada PETRONAS untuk tempoh sama.

Rafizi1-179x300“Untuk 2014, kemungkinan kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM300 bilion. Dari mana dapat duit ini? Ketika Datuk Seri Anwar dahulu kita ambil daripada PETRONAS dua hingga ke tiga bilion setahun dan tidak pernah lebih.

“Daripada RM70 bilion yang diambil BN, RM30 bilion bentuk dividen setiap tahun, manakala RM40 bilion pula dalam bentuk cukai, eksais, duti dan lain-lain. Dulu kita ambil RM3 bilion boleh cukup, tetapi kini walau ambil RM70 bilion masih tak cukup juga,” katanya.

Rafizi berkata demikian dalam program Wacana Pemuda Turun Kos Sara Hidup yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, di Hotel KK, di sini, malam tadi.

Rafizi berkata, langkah itu akan merosakkan kelangsungan masa depan ekonomi negara kerana sumber kewangan daripada industri petroleum bukan berkekalan.

“Kita tengok Kementerian Perladangan dan Komoditi, yang perniagaan paling besar adalah kelapa sawit dan getah sahaja.

“Dalam belanjawan 2014 ada satu bajet untuk Strategi Lautan Biru Kebangsaan sebanyak RM40 juta. Bila saya tanya apa itu, jawapan yang diberikan, ‘macam yang Najib sebutlah’.

“Ini menunjukkan pihak berkenaan tidak tahu dan wang itu ikut suka menteri untuk membelanjakannya,” katanya.

Sementara itu, kementerian sama juga menerima peruntukan RM2.5 bilion bagi membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu satu kos yang tidak munasabah untuk kerja R&D komoditi getah serta kelapa sawit.

Rafizi berkata, sikap pemimpin itu membuktikan kerajaan pusat lebih cenderung mengenakan tekanan terhadap rakyat dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, selain memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 berbanding mengawal nafsu berbelanja mereka.

“Kerajaan perkenalkan cukai sebab rasa rakyat tidak menolong, cuma kerajaan sahaja yang memberi. Tengok tahun 2003, kutipan cukai lebih kurang RM60 bilion lebih, berbanding kini yang mencecah sehingga RM190 bilion setahun,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Petronas bayar 90% lebih tinggi saham Progress Energy berbanding harga sebenar

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 20 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Petronas membayar harga saham satu kali ganda lebih tinggi dalam urusan pembelian saham Progress Energy dan harga saham mereka kekal stabil pada jumlah C$11, bermula tahun 2008.

Sejumlah C$22 ditawarkan kepada mereka untuk pembelian berkenaan yang menyaksikan jumlah itu 90 peratus lebih mahal daripada harga terakhir ketika saham itu diniagakan.

rafizi-TI-01Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata harga saham Progress Energy hanya melonjak satu kali ganda selepas Petronas mengumumkan akan membayar dengan harga begitu tinggi.

Beliau yang juga bekas akauntan Petronas berkata, tambah mengelirukan apabila penambahan harga dibuat Petronas atas alasan terdapat satu lagi ‘syarikat misteri’ yang turut menawarkan harga tinggi.

“Bloomberg melaporkan Petronas menawarkan untuk membeli saham Progress Energy pada harga C$22 satu saham, iaitu 90 peratus lebih mahal daripada harga terakhir saham itu diniagakan di pasaran menurut laporan bertarikh 27 Julai 2007.

“Identiti syarikat ini adalah rahsia dan sehingga kini menjadi tanya syarikat mana yang menyebabkan Petronas menaikkan tawaran sehingga membayar harga begitu tinggi,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, persoalan itu ditimbulkan tetapi harga gas di Amerika Utara jatuh menjunam.

Katanya, harga saham Progress Energy tidak menunjukkan perubahan dan berada pada kadar C$11 ketika harga gas melonjak tinggi sekitar tahun 2008 hingga 2010.

Katanya, lebih mengejutkan apabila syarikat besar dunia seperti Shell turut menarik diri daripada membida kerana harga yang ditawarkan syarikat misteri itu dilaporkan terlalu rendah berbanding tawaran harga Petronas.

Justeru, Rafizi akan menulis satu laporan lengkap kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin supaya dapat membantu mendapatkan penjelasan Petronas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

-NFN-