Categories
SUKANKINI

Lagenda badminton tiga negara, pamer aksi Piala Foo Kok Keong

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 JULAI: Lagenda badminton negara bakal mempamerkan aksi masing-masing dalam Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2017.

Penganjuran tahun keenam itu bakal membariskan bekas pemain badminton antaranya Razif Sidek, Yap Kim Hock, Kuang Beng Hong, Ong Ewe Hock dan Foo Kok Keong.

Lebih menarik, kejohanan itu bakal disertai barisan lagenda pemain dari Indonesia, Rexy Mainaky, Eddy Hartono, Hariyanto Arbi, Bambang Suprianto dan Bobby Ertanto.

Ia turut disertai bekas jaguh dari Thailand seperti Boonsak Ponsana dan Sakrapee selain jaguh dari Singapura, Kendrick Lee dan Kenny Wong.

Sementara itu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya penganjuran kejohanan itu.

“Di peringkat Kerajaan Negeri saya yakin penganjuran kejohanan ini dapat memberi impak yang besar ke arah pembangunan sukan Selangor.

“Kejohanan ini tentunya membuka peluang kepada pemain muda mendapat inspirasi untuk bermain dengan lebih baik atas prinsip semangat tidak mudah menyerah kalah seperti yang ditunjukkan lagenda Foo Kok Keong ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kelab Shah Alam, Salim Rezi dan Pengerusi Bersama Kejohanan Piala Foo Kok Keong; Alice Soon.

Dalam perkembangan itu, penganjuran kejohanan ini bakal diadakan di Singapore Swimming Club, Singapura bermula 7-9 Julai ini.

Kejohanan menawarkan wang tunai kemenangan sehingga RM150,000 dan terbuka kepada pemain muda bawah 30 tahun menerusi beberapa kategori utama Beregu Lelaki dan Wanita.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Musica Flypower juarai Piala Foo Kok Keong

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 JULAI: Muncul juara tetapi Musica Flypower dari Indonesia menganggap Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong tahun ini lebih mencabar dengan penyertaan pasukan lebih kuat.

Pengurus pasukan, Effendy Widjaja, berkata biarpun berjaya mempertahankan kejuaraan dan mencatatnya buat kali keempat tetapi kejohanan tahun ini memberikan laluan lebih berliku kepada pasukannya.

Katanya, ia lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya dengan pasukan dari Malaysia, Thailand, Taiwan dan sebagainya memperkuatkan pasukan dengan mantan pemain handalan masing-masing.

piala foo kok keong 2“Pertandingan ini dari tahun ke tahun menjadi lebih baik dengan pasukan bertanding lebih bersedia dan kita mendapat tentangan hebat daripada KCBC dari Taiwan sebelum layak ke akhir.

“Kita juga kehilangan Rexy Mainaky dan Bambang Suprianto yang tidak dapat bersama kerana bertindak sebagai jurulatih untuk Indonesia ke Kejohanan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

“Kita mungkin bernasib baik menjuarainya,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kejohanan di sini, malam tadi.

Musica Flypower muncul juara apabila mengalahkan Suanium Ruammitr (Thailand) 3 – 0 dalam perlawanan akhir.

Widjaja mengetuai pasukan menerima piala kejohanan dan RM10,000 (cek replika) daripada Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya berminat untuk turut menyertai kejohanan itu pada tahun depan sekiranya dijemput dan akan memperkuatkan pasukan dengan pemain lebih baik.

“Kita gembira untuk bersama dan seperti pasukan lain, kita lebih bersedia kerana tentunya saingan menjadi lebih getir,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Foo Kok Keong dapat sambutan, pentas pemain veteran kembali aktif

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 JULAI: Lagenda badminton negara, Foo Kok Keong, terharu dengan sambutan hebat diterima Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2016 pada tahun ini.

Kejohanan kali kelima membabitkan kalangan pemain veteran itu menyaksikan penyertaan pasukan baru dari Hong Kong dan Australia dalam pertandingan 12 pasukan di Kelab Shah Alam Selangor, di sini, mulai 15 hingga 17 Julai lalu.

piala foo kok keong 2Beliau berkata, setiap tahun penganjur berusaha memenuhi permintaan pasukan yang berminat turut serta dalam kejohanan itu namun setakat ini penyertaan hanya terhad kepada 12 pasukan.

“Kita berbangga dengan minat ditunjukkan pasukan menyertainya terutama dari luar negara yang menganggap kejohanan ini menghadirkan satu cabaran berbeza kepada mereka pemain veteran.

“Tidak mudah menganjurkan kejohanan sebegini dan kita mendapat banyak komen berguna daripada pasukan yang menyertainya, dengan ini kita berusaha menjadikan ia kejohanan lebih baik setiap tahun,” katanya kepada SelangorKini dalam Majlis Penutup dan Pemnyampaian Hadiah kejohanan di sini, malam tadi.

Hadiah disampaikan Exco Generasi Muda, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari kepada pasukan juara, Musica Flypower dari Indonesia.

Manakala tempat kedua dimenangi Suanium Ruammitr (Thailand) dan ketiga, KSAS Alpha (Malaysia).

Kok Keong berperanan sebagai salah seorang pengerusi kejohanan, turut serta bersama pasukan KSAS Alpha meramalkan pertandingan pada tahun depan akan berlangsung lebih sengit dengan pasukan bertanding membuat persiapan rapi untuk muncul pemenang.

Katanya, ramai pemain veteran gembira dapat turut serta kerana kejohanan itu menjadi pentas bagi mereka kembali bergiat aktif dalam sukan badminton selepas bersara.

“Setiap tahun kita mendapat banyak permohonan untuk terbabit dalam kejohanan dan ada pasukan baru turut serta malah pada tahun depan kita harap mendapat penyertaan pasukan dari Eropah seperti Denmark dan Jerman.

“Perkembangan ini sangat baik bagi pertandingan ini,” katanya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang banyak membantu dalam menjayakan kejohanan berkenaan.

EZY

Categories
SELANGOR

Lagenda badminton negara dirai, Selangor anjur momento istimewa

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 JUN: Piala Antarabangsa Foo Kok Keong (FKK) kini masuk penganjuran kali keempat susulan kejayaan tiga edisi sebelumnya, sejak 2012,

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Soon Ee Hooi, berkata penganjuran FKK itu akan mengekalkan tradisi menjemput bekas pemain negeri dan negara bagi mengambil bahagian.

Katanya, kejohanan yang akan diadakan di Gelanggang Badminton, Kelab Shah Alam, itu nanti mempertaruhkan wang tunai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.

thomas“Kali ini, hadiah turut dinaikkan. Paling menarik, kita bekerjasama dengan Kerajaan Negeri membawa kejohanan antarabangsa ini untuk semua pemain veteran,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam .

Beliau berkata, ia turut menggunakan khidmat bekas pengadil negara dan ketua pengadil antarabangsa, Johnny Quek bagi mengendalikan kejohanan itu secara profesional.

Selain itu, kejohanan itu juga akan disertai barisan bekas pemain jemputan dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Sejumlah 11 pasukan akan mengambil bahagian terdiri dari empat sukan luar negara manakala tujuh lagi pasukan tempatan yang berlangsung pada 26 hingga 28 Jun ini.

badminton“Sempena tahun keempat kejohanan ini, kami akan mengadakan majlis makan malam dan penutup untuk semua pemain lagenda badminton negara, pada 28 Jun ini

“Semua pemenang Piala Thomas 1992 dan bekas pemain negara bakal diraikan dengan momento istimewa dari Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berharap kejohanan itu akan terus berjaya memandangkan ia satu-satunya dianjurkan di Malaysia setakat ini.

-NFN-

MB rasmi piala Foo Kok Keong

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Keputusan KIDEX perlu profesional, bukan sebab politik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JUN: Sebarang keputusan berhubung projek Lebuhraya Damansara – Kinrara (KIDEX) akan dilakasanakan berdasar pertimbangan profesional demi memelihara kepentingan rakyat bukan kepentingan politik.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menggalakkan pihak terbabit menjelaskan kepada masyarakat umum berkenaan projek yang dianggap mampu menyelesaikan kesesakan lalu lintas sehingga 20 tahun akan datang.

“Baik untuk kita mendengar penerangan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia, KIDEX dan perancang negeri bagaimana mereka merancang untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya hari ini dan 20 tahun akan datang.

a2“Oleh sebab itu sebagai seorang profesional, saya tidak boleh buat keputusan atas desakan pemikiran politik sahaja.

“Kita kena ambil kira kepentingan rakyat dan bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikannya,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014, di sini, semalam.

Abdul Khalid juga menyarankan pihak yang terbabit dalam projek itu mencari alternatif bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

“Jika perkara itu tidak betul, kita perlu cari jalan membetulkannya bukan terus menghentikannya tanpa sebab dan altenatif lain untuk memperbaikinya,” katanya.

Sementara itu, Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014 yang dilangsungkan pada 6 hingga 8 Jun ini di Gelanggang Badminton Kelab Shah Alam bakal menampilkan bekas pemain badminton dalam dan luar negara.

a4Antara bekas pemain badminton negara yang dijangka menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM40,000 itu adalah Foo Kok Keong, Razif Sidek, Rahman Sidek, Soh Goon Chup dan Tan Kim Soon.

Selain bekas pemain badminton negara, pasukan jemputan dari Indonesia, Thailand dan Singapura dijangka turut membariskan bekas pemain handalan mereka.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bekas jaguh badminton negara bakal beraksi di Piala Foo Kok Keong

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak orang ramai untuk hadir menyaksikan secara percuma aksi hebat barisan bekas pemain badminton tanah air beraksi dalam Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata kejohanan yang akan diadakan pada 6 hingga 8 Jun ini antara lain bakal membariskan pemain seperti Foo Kok Keong sendiri, Rahman Sidek, Razif Sidek, Soh Goon Chup, Yap Yee Hup, Tan Kim Soon dan Lim Pek Siah.

Selain itu, kejohanan yang memasuki tahun ketiga ini juga akan disertai barisan bekas pemain jemputan daripada luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

05“Kejohanan ini dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan komitmen Foo Kok Keong, pemain Selangor dan Malaysia yang pernah merangkul Piala Thomas pada tahun 1992 dahulu.

“Harapan saya supaya pertandingan ini dapat memberikan kepuasan bukan sahaja kepada pemain tetapi juga peminat sukan badminton yang merindui aksi pemain yang pernah mengharumkan nama negara,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Timbalan Datuk Bandar, Mokhtar Hani; pengerusi kejohanan, Soon Ee Hooi serta barisan pemain yang menyertai kejohanan seperti Kok Keong, Rahman dan Pek Siah.

Kejohanan yang akan diadakan di Gelanggang Badminton, Kelab Shah Alam di Seksyen 13 itu nanti mempertaruhkan hadiah wang tunai sehingga RM40,000 untuk dimenangi.

01Terdapat lima kategori dipertandingkan iaitu Beregu Campuran Terbuka (pemain lelaki 50 tahun ke atas dan wanita 30 tahun ke atas), Beregu Lelaki Terbuka (30 tahun ke atas), Beregu Lelaki Terbuka Gabungan Umur 90 tahun (minimum umur 45 tahun ke atas), Beregu Lelaki Gabungan Umur 100 tahun (minimum umur 45 tahun ke atas) dan Beregu Lelaki Gabungan Umur 110 tahun (minimum umur 50 tahun ke atas).

Untuk pertanyaan lanjut berhubung kejohanan itu, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Belia & Sukan MBSA di talian 03-551- 5133 sambungan 1435 atau 1302 atau 1385 atau boleh juga menghubungi pengerusi kejohanan di talian 012-339 9466 (Ee Hooi).

-NFN-