Categories
SELANGOR

Piala Sultan Selangor: Zainal beraksi dua watak utama

SHAH ALAM 3 MEI : Zainal Abidin Hassan bakal memainkan dua watak penting buat Selangor ketika turun menghadapi cabaran seteru tradisi, Singapura pada Piala Sultan Selangor edisi ke-15 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 7 Mei pada Sabtu ini.

Pertamanya, Zainal, 55, turun mewakili skuad Veteran Selangor bagi aksi menentang Veteran Singapura pada pembuka tirai dengan misi merampas semula piala penuh tradisi itu selepas sekadar terikat 1-1 pada edisi terakhir berlangsung dua tahun lalu.

ZAINAL RED GIANTSKatanya, sebagai bekas pemain The Red Giants, dirinya terasa begitu dekat dengan Piala Sultan Selangor dengan pertembungan itu turut meletakkan maruah Selangor yang berkongsi sejarah bola sepak yang panjang dengan musuh seberang tambak itu.

“Semua pemain Selangor tidak mengira pemain veteran ataupun anak buah saya begitu menanti-nantikan kejohanan ini kerana ia adalah satu-satunya kejohanan membabitkan perlawanan antara dua pasukan bermusuh dari segi sejarah bola sepak.

“Tambahan pula beraksi di laman sendiri, kami akan cuba untuk merampas kembali Piala Sultan Selangor dan kemeriahan puluhan ribu penyokong Selangor di stadium keramat itu bakal menjadi pembakar semangat kami dalam merealisasikan impian ini,” katanya dipetik BH Online.

Kemudiannya, selepas turun selaku pemain veteran, Zainal terus menukar tugasnya kepada jurulatih dan perlu memfokuskan tumpuannya bagi mengendalikan skuad Selangor menghadapi Pilihan Singapura yang dibarisi gabungan pemain Liga Singapura pada perlawanan utama.

Katanya, dia turut memiliki misi peribadi untuk merangkul Piala Sultan Selangor sebagai jurulatih selepas pernah memenangi piala tradisi itu ketika mewakili skuad Veteran Selangor sebelum ini.

“Edisi kali ini lebih manis jika saya dapat merangkul kejuaraan sebagai pemain Veteran Selangor dan juga sebagai pengendali pasukan ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Sultan Selangor: Turun beramai-ramai 7 Mei ini

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 MAC : Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad menerima serahan tiket bola sepak Piala Sultan Selangor di Dewan Auditorium MBSA, pagi ini.

Majlis Penyerahan disampaikan Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar dengan harapan penganjurannya mampu menarik ramai peminat bola sepak turun menyaksikan perlawanan pilihan Selangor dan Pilihan Singapura, 7 Mei ini di Stadium Shah Alam.

PIALA SULTAN SELANGORAbdul Karim berkata, peminat pasti menantikan detik pertembungan dua gergasi bola sepak kedua-dua pasukan, selepas Singapura tidak lagi bertanding dalam Piala Malaysia pada 1995.

“Selepas Singapura tidak bertanding, suasana meriah pertembungan antara Selangor dan Singapura tidak dapat disaksikan peminat kedua-dua pasukan.

“Jadi Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Sultan Selangor mencetuskan idea menganjurkan Piala ini bermula 2001 dan ia terus berkembang dan mendapat sambutan cukup hebat sehingga kini,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu, Timbalan Datuk Bandar, Tuan Shukri Mohamad Hamim dan turut disaksikan lebih 300 kakitangan MBSA.

Pada majlis itu, Datuk Bandar turut mengagihkan tiket perlawanan kepada Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan MBSA, Pihak Pengurusan Tertinggi MBSA, Pasukan Bola Sepak MBSA FC dan MBSA Soccer Kids.

tiket selangor cup mbsaAbdul Karim turut mengulas keputusan pihak penganjur tahun lalu yang terpaksa membatalkan perlawanan pada saat akhir dengan mengambilkira pelbagai faktor dan pandangan pihak terbabit.

“Kami bersemangat meneruskan perlawanan namun kerana faktor jerebu, Sultan Selangor lebih berpandangan jauh terhadap kesihatan rakyat dan pemain.

“Namun tahun ini, kita berharap warga Selangor turun beramai-ramai sebagai memberi sokongan kepada pasukan Selangor khususnya,” katanya.

Selangor berjaya menjulang piala itu tiga kali berturut-turut sebelum ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Sultan Selangor kembali tahun ini

OLEH: HAFIZAN TAIB

KLANG, 9 MAC: Pertandingan Piala Sultan Selangor kembali menemui penonton tahun ini selepas tertangguh tahun lalu angkara jerebu.

Ia perlawanan antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura akan diadakan di Stadium Shah Alam, di sini, pada 7 Mei depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abd Karim Munisar, berkata pertandingan kali ini dijangka berlangsung meriah dengan kehadiran ramai penonton.

“Ramai pihak termasuk peminat menunggu pertandingan ini setelah ia dibatalkan tahun lalu manakala Singapura juga telah dikeluarkan daripada pertandingan bolasepak negara termasuk Piala Malaysia.

“Pertandingan ini juga memberi peluang kepada aksi barisan pemain veteran Selangor dan Singapura yang mendapat sambutan amat baik,” katanya kepada media di selepas majlis penyerahan cek sumbangan pertandingan itu di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

PIALA SULTAN SELANGOR - 1DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir menerima cek sumbangan berjumlah RM900,000.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Daripada jumlah itu, RM500,000 disumbangkan anak syarikat Kerajaan Negeri membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Worldwide Holdings Berhah masing-masing menyumbang RM100,000 manakala Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) masing-masing RM50,000.

PIALA SULTAN SELANGORSektor swasta yang turut serta menaja ialah Puncak Niaga Holdings Berhad (RM100,000) selain MCT Consortium Berhad, Splash Sdn Bhd, EcoWorld Developmenet Group Bhd, Nirvana Memorial Park Sdn Bhd, Ecofirst Consolidated Berhad dan LBS Bina Group Berhad masing-masing RM50,000.

Abd Karim yang juga Pengurus pilihan Selangor berkata, ekoran pertandingan tahun lalu ditangguhkan maka tajaan diterima dibawa untuk ke pertandingan pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar yang bekerjasama menghulurkan sumbangan terbesar ke arah menjayakan pertandingan berkenaan.

“Selangor kini membuat persiapan rapi dan menjalani latihan dikendalikan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

“Kita mempunyai rekod pencapaian baik dalam pertandingan ini dan saya jangkakan kedua-dua pasukan akan bersaing hebat nanti,” katanya.

PIALA SULTAN SELANGORPertandingan merebut Piala Sultan Selangor membabitkan pertemuan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura mendapat sambutan membanggakan saban tahun berikutan kedua-dua pasukan mempunyai peminat yang ramai dan popular di Malaysia.

Sebelum perlawanan utama dijalankan, turut diadakan perlawanan Veteran Selangor dan Veteran Singapura bagi mengimbas kembali kenangan lama peminat bersama mantan pemain.

Satu sesi bertemu pemain Pilihan Selangor akan diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada 2 April ini.

-nR-

Categories
SELANGOR

Piala Sultan Selangor edisi ke-15 berlangsung 7 Mei

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 JAN: Piala Sultan Selangor edisi ke-15 bakal berlangsung pada 7 Mei ini dan Stadium Shah Alam menjadi venue perlawanan kali ini.

Lokasi perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Singapura namun ia diubah susulan titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

RED GIANTSPengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar, berkata tarikh itu sudah dipersetujui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Abdul Karim berkata, tiket perlawanan dijangka dijual pada pertengahan Mac ini.

“Penganjur menjangkakan kehadiran lebih ramai penyokong dalam edisi kali ini memandangkan perlawanan sama terpaksa dibatalkan pada 24 Oktober lalu akibat masalah jerebu teruk,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Jerebu: Piala Sultan Selangor batal, IPU Shah Alam 137

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 OKT: Perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2015 yang dijadualkan di Stadium Shah Alam malam ini dibatalkan ekoran jerebu.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata keputusan pembatalan itu dibuat keprihatinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Atas keprihatinan Tuanku, Piala Sultan Selangor dibatalkan ekoran jerebu yang melanda ketika ini,” katanya kepada pemberita.

Piala-Sultan-Selangor-Logo_WebsiteSetakat jam 4 petang tadi, Shah Alam mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 137.

Pertandingan Piala Sultan Selangor yang memasuki edisi ke-14 bermula dengan aksi veteran Selangor dan veteran Singapura pada jam 8 malam diikuti perlawanan utama antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura pada jam 9 malam.

Untuk rekod, Pilihan Selangor muncul juara tujuh kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2014 manakala Pilihan Singapura pula muncul juara sebanyak lima kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011.

Kedua-dua pasukan muncul juara bersama pada edisi 2004 di Stadium Nasional Kallang, Singapura selepas perlawanan berkesudahan 2-2.

Piala Sultan Selangor diilhamkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Baginda Sultan juga merupakan penaung kejohanan yang diperkenalkan sejak 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Piala Sultan Selangor malam ini batal akibat jerebu

SHAH ALAM 24 OKT: Penganjuran Piala Sultan Selangor 2015 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada malam ini dibatalkan ekoran keadaan berjerebu.

batal jerebu bolaDato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pembatalan itu ekoran keperihatinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap kesihatan pemain dan penonton.

Pengumuman itu dimaklumkan melalui pesanan twitter milik Mohamed Azmin.

Piala Sultan Selangor 2015 : GLC penyumbang terbesar, RM1.2 juta


Piala Sultan Selangor edisi ke-14 menerima tajaan RM1.8 juta. Empat anak syarikat kerajaan negeri menyumbang RM1.2 juta.

Categories
SELANGOR

GLC sumbang RM1.2 juta sempena Piala Sultan Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEP: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima cek sumbangan RM1.8 juta sempena penganjuran Piala Sultan Selangor edisi ke-14, di Grand Ballroom, Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Lebih membanggakan, RM1.2 juta daripadanya disumbangkan empat anak syarikat (GLC) Kerajaan Negeri.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM600,000 sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Landfills Sdn Bhd dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) masing-masing menyumbang RM200,000.

IMG_1579Sultan Sharafuddin menerima sumbangan cek itu sambil diiringi Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana, Tan Sri Abdul Karim Munisar.

Piala Sultan Selangor 2015 bakal berlangsung di Stadium Shah Alam dengan pertembungan dua perlawanan veteran Selangor menentang veteran Singapura dan pilihan Selangor menentang pilihan Singapura, pada 24 Oktober ini.

Perlawanan pasukan veteran akan bermula pada jam 8.00 malam diikuti pasukan pilihan, pada jam 9.00 malam.

Edisi ke-14 itu bakal diserikan dengan tarian 200 pelajar daripada 17 sekolah di Selangor serta persembahan nyanyian kumpulan Caliph Buskers.

Mengikut rekod, Pilihan Selangor sudah menjuarai Piala Sultan Selangor sebanyak tujuh kali sejak ia dipertandingkan, pada 2001.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor menang 2-1 ke atas Pilihan Singapura

SHAH ALAM, 27 Sept: Pasukan Pilihan Selangor muncul juara Piala Sultan Selangor 2014 selepas mengalahkan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Shah Alam, di sini, malam ini.

Kira-kira 70,000 penonton menyaksikan perlawanan itu yang turut dihadiri DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Pilihan Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa. Dua Gol Pilihan Selangor dijaringkan Paulo Rangel pada minit ke-45 melalui sepakan penalti dan gol pada minit ke-79.

Gol Pilihan Singapura dijaringkan Leonel Felice pada minit ke-68 dengan pasukan itu bermain 10 orang selepas seorang pemainnya dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning.

Ini koleksi kejuaraan kelapan dimiliki Red Giant selepas memenanginya pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012 dan 2013 serta berkongsi gelaran bersama pada 2004.

Barisan Pemain:

Pilihan Selangor: Mohd Farizal Marlias, Mohd Bunyamin Umar (kapten), Mohd
Azmi Muslim, S. Pantelidis, Mohd Rizal Fahmi Rosid, Andik Vermansah (Elie
Aiboy), S. Veenod, S. Kunalan (Mohd Fitri Syazwan Raduan), Mohd Nazmi Faiz
Mansor (Abdul Shukor Jusoh), Ahmad Hazwan Bakri (Muhd Afiq Azmi), Paulo Rangel.

Pilihan Singapura: Muhd Wahyudi Abdul Wahid, Cerina Igor, Muhd Ridhuan
Muhamad, Shunsuke Nakatake, Geison Moura, Muhd Hafiz Mohd Nor, Muhd Fadhil Mohd Salim (kapten), Muhd Hafiz Abu Sujad, Mohd Faizal Amir (Emmeric Ong Yu Min), Muhd Aqhari Abdullah, Muhd Sufian Anuar.

Pengadil: Thoriq Munir Alkatiri (Indonesia)