Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 700,000 kanak-kanak sudah terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Sebanyak 751,928 individu atau 21.2 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,453,640 atau 61.4 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,947,671 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,227,035 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,800,143 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,892,596 atau 93 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 132,371 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 44,992 suntikan dos pertama, 948 suntikan dos lengkap dan 86,431 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,865,787.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 57 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor melaporkan 14 kes, diikuti Sabah dengan lapan kes, Perak (enam), masing-masing lima kes di Kedah, Melaka dan Selangor, tiga kes di Pahang dan Terengganu, dua kes masing-masing di Perlis dan Kuala Lumpur manakala satu kes di Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 700,000 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun terima dos pertama vaksin

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Sebanyak 708,187 individu atau 19.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,365,114 individu atau 61.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,946,836 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,226,005 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,799,784 orang atau 90 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,891,056 atau 92.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 137,197 dos vaksin diberikan meliputi 47,994 dos pertama, 956 dos kedua dan 88,247 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 66,729,880.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 46 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Kedah melaporkan lapan kes, diikuti Pahang dan Sabah (7), Selangor (6), Perak dan Pulau Pinang (3), Terengganu (2), manakala satu kes direkodkan masing masing di Negeri Sembilan dan Kelantan.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

PICKids tanpa janji temu di pusat vaksin terpilih mulai 1 Mac

PUTRAJAYA, 24 FEB: Ibu bapa dan penjaga boleh membawa anak masing-masing untuk mendapatkan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) secara jumpa terus di pusat pemberian vaksinasi (PPV) terpilih bermula 1 Mac ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan hari ini berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mengeluarkan senarai PPV berkenaan melalui laman sesawang JKN masing-masing dalam masa terdekat.

“Ibu bapa serta penjaga disaran menyemak terlebih dahulu senarai PPV yang melaksanakan vaksinasi secara jumpa terus ini dan mengambil kesempatan mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka semasa cuti sekolah,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C).

PICKids bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula sejak 3 Februari lepas dan sehingga semalam, seramai 661,752 kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin.

Dr Noor Azmi berkata purata vaksinasi kini adalah sekitar 50,000 dos sehari dan sekiranya kapasiti tersebut ditingkatkan sebanyak 60,000 sehari, sasaran 70 peratus kanak-kanak menerima satu dos boleh dicapai pada akhir Mac ini.

Beliau berkata negeri dengan liputan kadar vaksinasi tinggi ialah Sarawak 34.7 peratus, diikuti Melaka 31.6 peratus, Pulau Pinang (25.7 peratus), Perak (24.4 peratus), manakala negeri yang masih belum mencapai liputan 10 peratus ialah Kelantan (6.1 peratus), Terengganu (7.5 peratus) dan Sabah (8.9 peratus).

Menurutnya PICKids menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun menerima vaksin Covid-19 sebagai persediaan pembukaan sekolah bagi mengurangkan risiko jangkitan serta mencegah kejadian kluster dan kes di sekolah.

Dr Noor Azmi berkata hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech diberikan di bawah PICKids dan mereka akan menerima dua dos vaksin dalam sela masa lapan minggu bagi memastikan perlindungan yang optimum.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengaktifkan sistem tempahan janji temu di dalam aplikasi MySejahtera secara berperingkat hari ini untuk mendapatkan janji temu vaksinasi bermula 7 Mac ini.

“Melalui kaedah ini ibu bapa dan penjaga boleh memilih tarikh, masa dan pusat pemberian vaksin yang bersesuaian,” katanya.

Langkah membuat janji temu boleh diperoleh di pautan https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids/semasa/2022/02/langkah-langkah-mendapatkan-janji-temu-vaksinasi-pickids-melalui-mysejahtera.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

15.9 peratus populasi kanak-kanak sudah terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Sebanyak 564,220 individu atau 15.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,945,040 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,222,810 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,132 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,886,655 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 137,307 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 52,804 suntikan dos pertama, 1,024 suntikan dos lengkap dan 83,479 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,289,382.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Selangor masing-masing melaporkan 10 kes, diikuti Kedah tujuh kes, Sabah (lima), masing-masing dua kes di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang manakala satu kes masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pendaftaran kanak-kanak di PICKids lepasi angka sejuta

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kini melepasi sejuta individu iaitu 28 peratus bagi kohort kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun selepas tiga minggu pelaksanaan program itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berharap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukan hospital kanak-kanak mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk #PICKids hari ini!” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkongsi infografik pendaftaran PICKids setakat semalam yang menyaksikan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Pulau Pinang dan Putrajaya.

Setakat semalam, sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui program itu yang mula dilaksanakan pada 3 Februari lalu.

Menerusi satu lagi ciapan, Khairy berkata lebih banyak kempen ‘outreach’ dan kesedaran diperlukan dalam menggalakkan lebih ramai penerima yang layak menjalani saringan kesihatan percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) berbuat demikian.

Beliau berkata hanya 561,000 daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang layak telah menjalani saringan kesihatan percuma di bawah skim PeKa B40.

“Lebih banyak kempen ‘outreach’ dan kesedaran diperlukan terutama dalam kalangan komuniti yang terpinggir.

“Butiran lanjut boleh didapati di @protecthealthco (ProtechHealth Corporation). Marilah kita sama-sama mencegah NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.

– BERNAMA

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

PICKids: Pakar gesa segera vaksinasi, elak penyakit kritikal

Oleh Farah Najihah Zuraimi dan Nur Afiradina Arshad

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang tidak divaksin dan dijangkiti COVID-19 berisiko menghidap komplikasi serius khususnya Sindrom Keradangan Multisistem Pada Kanak-Kanak (MIS-C) melibatkan pelbagai organ dalaman terutama jantung, paru-paru dan otak.

Bagi melindungi golongan kanak-kanak daripada kesan buruk akibat wabak sekali gus memutuskan rantaian penularan COVID-19, ibu bapa disaran memastikan anak-anak mereka segera mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids).

Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Nefrologi Hospital Selayang Dr S. Selva Kumar berkata kebimbangan pakar pediatrik ketika ini ialah ramai dalam kalangan golongan itu telah dijangkiti COVID-19 dan terdedah dengan risiko MIS-C.

“Kami (pihak hospital) juga gerun sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah MIS-C. Misalnya, tahun lepas, seorang pesakit kanak-kanak mengalami MIS-C, keadaannya serius dan membimbangkan yang memerlukan rawatan intensif (alat pernafasan dan dialisis) sehingga pulih,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Selva Kumar yang juga Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang berkata ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit kronik disaran supaya segera mendaftarkan anak mereka untuk vaksinasi COVID-19.

Senada dengannya, Pakar Perunding Pediatrik dan Penyakit Berjangkit Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Dr Nik Khairulddin Nik Yusoff pula berkata MIS-C berpotensi menjadi kesan jangkitan COVID-19 berpanjangan pada tubuh badan kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata dengan suntikan vaksin COVID-19, ia mampu menghasilkan imuniti dalam tubuh badan kanak-kanak dan memberikan perlindungan daripada kesan wabak tersebut.

Menurut Dr Nik Khairulddin, ibu bapa sebagai ‘pelindung pertama’ anak-anak perlu memainkan peranan mereka dan mengambil langkah proaktif bagi melindungi golongan tersebut daripada terdedah kepada kesan jangkitan virus berbahaya itu.

“Ibu bapa perlu memahami fakta tepat daripada sumber yang sahih berkaitan vaksin untuk menangkis segala kegusaran berkenaan vaksin COVID-19,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata sejak Jun 2020 hingga Disember lepas, sebanyak 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 melibatkan mereka berusia bawah setahun dengan 24 kes, 1 hingga 4 tahun (38 kes), 5 hingga 8 tahun (64 kes), 9 hingga 11 tahun (36 kes) dan 12 tahun ke atas (11 kes).

Sementara itu, beberapa ibu bapa turut berkongsi pengalaman anak mereka divaksin selain berpendapat pelalian itu adalah ikhtiar terbaik untuk memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada kesan buruk jangkitan wabak.

Pekerja swasta, Sania Mohamad, 41, berkata anak lelakinya, Wan Mohammad Aisy Aydan, 9, secara sukarela menerima vaksin pada 16 Jan lepas, selepas melihat ahli keluarganya yang lain berada dalam keadaan baik selepas suntikan itu.

“Selepas divaksin, pada awalnya dia cuma cakap sakit tangan dekat tempat yang disuntik itu (vaksin) sahaja, tapi pada sebelah malam, dia sudah (boleh) pergi main badminton,” katanya.

Nasri Abd Hamid, 53, pula berkata anak perempuannya, Nur Putry Auddra lambat mendapat tarikh janji temu vaksinasi akibat kekurangan slot namun akhirnya berjaya memperoleh hari ini.

Setakat 19 Feb, seramai 454,194 individu atau 12.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 500,000 kanak-kanak sudah terima vaksin Covid-19

 

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 37 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan sembilan kes, diikuti Selangor (tujuh), Kedah (enam), Perak dan Sabah masing-masing empat kes, Pulau Pinang (tiga), Pahang (dua) dan satu kes masing-masing di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 400,000 kanak-kanak dapat dos pertama vaksin

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Sebanyak 454,194 individu atau 12.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,924,411 atau 59.2 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,943,785 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,220,757 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,646 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,883,444 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 151,156 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 72,991 suntikan dos pertama, 648 suntikan dos lengkap dan 77,517 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,018,432.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 34 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Johor melaporkan lapan kes, diikuti Sabah dengan tujuh kes, Selangor (lima), Melaka (empat), masing-masing dua kes di Kedah, Negeri Sembilan dan Perak manakala satu kes dicatatkan masing-masing di Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 380,000 kanak-kanak terima dos pertama vaksin

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Sebanyak 383,165 individu atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,844,963 atau 58.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19, seramai 22,943,301 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,220,003 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,368 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,881,894 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 36 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Johor melaporkan 11 kes, masing-masing enam kes di Sabah dan Selangor, Kedah (4), masing-masing tiga kes di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

PM: Ibu bapa diberi pilihan, kerajaan tidak paksa vaksin kanak-kanak

ISKANDAR PUTERI, 18 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa mendaftarkan anak mereka mengambil vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Beliau berkata tanggapan segelintir ibu bapa bahawa kerajaan seolah-olah memaksa kanak-kanak mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi  PICKids adalah tidak benar kerana mereka diberi pilihan untuk berbuat demikian.

“Kita ada bincang dalam Kabinet mengenai perkara ini. Tiada paksaan untuk rakyat, sama ada hendak ambil vaksin ketiga, keempat, kelima… tiada paksaan juga untuk rakyat terutamanya kanak-kanak ini diberikan vaksin.

“Dulu pun di peringkat awal ketika vaksin dos pertama, ramai yang tidak berminat ataupun takut untuk vaksin, (namun) selepas itu berebut-rebut pergi untuk mendapatkan vaksin jadi vaksin kedua tidak lagi menjadi isu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Taman Nusantara, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai kadar vaksinasi PICKids masih di bawah 10 peratus dan nasihat beliau kepada ibu bapa.

Setakat semalam, seramai 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kadar pemberian dos penggalak juga sudah meningkat meskipun sebelum ini pelbagai cerita negatif ditimbulkan mengenai vaksin tersebut.

“Ketika ini, saya difahamkan booster (penggalak) memang ramai (ambil) setiap hari. Cuma untuk kanak-kanak, mungkin perkara ini baharu, jadi ia normal kepada rakyat kita.

“Bila benda baharu, mereka tunggu dan lihat terutama dengan banyak cerita yang bukan-bukan, jadi kita tak salahkan rakyat,” katanya.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya lapan kes kanak-kanak divaksin alami kesan sampingan ringan

KOTA BHARU, 16 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) hanya menerima lapan laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bermula pada 3 Feb lepas dengan kesemuanya mengalami kesan sampingan ringan termasuk bengkak pada bahagian bahu selepas menerima vaksin.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata jumlah itu membabitkan hanya 0.006 peratus daripada keseluruhan 246,868 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang telah diberikan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

“Apabila laporan AEFI dibuat kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kita akan melakukan catatan. Malah, kita juga telah memaklumkan sebelum ini apa-apa kesan yang berkaitan vaksin COVID-19, penerima boleh buat laporan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan di pusat pemberian vaksin khas (SPPV) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini. Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) berkata setakat ini, peratusan pemberian vaksin menerusi PICKids di seluruh negara masih rendah dengan hanya merekodkan sekitar tujuh peratus. 

Beliau berkata Melaka mencatatkan peratusan pemberian vaksin tertinggi kepada kanak-kanak dengan 16.1 peratus diikuti Sarawak 13.99 peratus selain Kelantan berada dalam kelompok negeri terendah iaitu sekitar 1.18 peratus. 

Dr Noor Azmi berkata pihaknya menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak termasuk 2.7 juta yang bersekolah akan menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Kita menyeru kepada semua ibu bapa agar mengambil keputusan yang bertanggungjawab dengan menghantar anak-anak mereka menerima suntikan demi melindungi kesihatan,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata setakat tahun lepas, 278,000 kanak-kanak dan remaja di bawah 17 tahun telah dijangkiti COVID-19 dengan 63 daripada jumlah itu dilaporkan meninggal dunia.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

246,869 kanak-kanak terima dos pertama vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Sebanyak 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam negara telah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sebanyak 13,486,823 atau 57.3 peratus populasi dewasa dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19; sejumlah 22,939,377 individu atau 97.5 peratus (lengkap vaksinasi), manakala 98.7 peratus atau 23,216,096 (sekurang-kurangnya satu dos).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,796,605 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,877,213 atau 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 154,776 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 42,374 termasuk 39,749 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dos kedua (1,657) dan dos penggalak (110,745) menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,356,763 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 31 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Sabah melaporkan lapan kes, Selangor (tujuh kes), Johor (enam kes), Pulau Pinang (lima kes), Kedah (dua kes) dan masing-masing satu kes di Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

— BERNAMA