Categories
SELANGOR

Anwar: Kemenangan PR di Kajang penting akhiri legasi Umno-BN

SHAH ALAM 20 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang pada 23 Mac ini penting bagi mengakhiri legasi Umno-BN.

Anwar berkata kemenangan itu kelak menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan DUN itu dan mencerminkan sebuah kerajaan negeri ideal dan berjaya.

Anwar PRK“Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.

“Lambat lagi penamaan calon, dia serang habis londeh. Belum lagi mula kempen. Hari-hari dicerca,” katanya di depan 300 penyokong parti dan penduduk setempat sempena majlis pelancaran bilik gerakan daerah mengundi Sungai Sekamat di Kajang, malam tadi.

Anwar yang selesa mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam pada malam tadi memuji pengundi di Kajang yang lebih celik internet.

Kajang utama“Keistimewaan di Kajang, penembusan internet cukup kuat malah orang Kajang yang mengikuti berita melalui internet itu lebih daripada yang mengikuti berita RTM, TV3 dan suratkhabar.

“Saya ucapkan tahniah kepada pengundi Kajang,” katanya di petik The Malaysian Insider.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar ‘bintang utama’ media Kerajaan, terus diserang setiap hari

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG 19 FEB: Kemampuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi dan membangkitkan kesedaran rakyat menentang penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin membimbangkan Umno-BN sehingga terpaksa melakukan serangan hampir setiap hari sejak tsunami politik pada 2008.

Serangan bertali arus itu dilakukan melalui stesyen televisyen milik kerajaan seperti RTM yang dibiayai dana rakyat mahu pun melalui media kawalan Umno dan parti komponen BN lain seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times.

AnwarAnwar berkata serangan yang lazimnya berbentuk fitnah itu bukan sahaja menyebabkan semangat beliau semakin bertambah, malah turut menyebabkan semakin ramai rakyat negara ini khususnya generasi selepas era reformasi lebih mengenali beliau sekaligus membangkitkan keinginan memahami isu rakyat yang diperjuangkannya bersama Pakatan Rakyat (PR).

“Nama saya Anwar Ibrahim, bintang utama RTM dan TV3. Sekarang ini kalau tengok di TV3 memang saya ‘star’ sekarang. Cuma saya kesal mereka tak bayar saya sahaja.

“Berita Harian, Umno punya surat khabar, hari minggu lalu, dia kata 13 Mei dulu itu pun yang bertanggungjawab adalah Anwar Ibrahim. Mereka ini gila atau sasau ke?

“Kalau kita nak layan semua ini saya rasa membazir waktu. Jadi lebih baik kita tumpukan kepada isu Kajang, Selangor dan Rakyat Malaysia,” Kata Anwar Ibrahim dalam program ceramah di Kampung Sungai Kantan di sini, Isnin lalu.

Anwar dalam nada berseluroh berkata, beliau bagaimanapun sedikit bernasib baik apabila diberi peluang ‘bercuti’ selama tiga hari apabila suatu ketika media kawalan BN mengalihkan serangan mereka terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan isu komunis.

“Dah 15 tahun mereka maki saya. Cuba sebut malam mana mereka tak maki Anwar Ibrahim. Tiga malam sahaja, pasal masa itu dia maki Mohamad Sabu.

“Dia kata Mohamad Sabu komunis. Saya lega lalu saya telefon Mohamad Sabu ucap terima kasih sebab mereka bagi ‘saya’ cuti tiga hari,” katanya lagi.

Anwar menambah, BN sepatutnya mengutamakan isu-isu dasar bagi memastikan kepentingan rakyat terbanyak dan bukan memainkan sentimen perkauman serta melancarkan serangan fitnah yang mengaibkan lawan.

EZY

Categories
SELANGOR

AMK lancar jentera PRK Kajang 21 Feb ini

KAJANG 19 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan melancarkan jentera pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N 25 Kajang pada hari Jumaat, 21 Februari ini pada jam 9 malam.

Majlis pelancaran dengan tema `Dari Kajang ke Putrajaya’ akan diadakan di tapak pasar malam Taman Delima, Batu 13, Jalan Cheras-Sungai Sekamat, Kajang.

AMK jenteraTurut hadir, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama barisan Exco AMK dan wakil sayap pemuda dari Pas dan DAP.

Sayap pemuda Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyatakan telah bersiap sedia menyusun gerak kerja kempen bagi bagi PRK Kajang melalui program penerangan, ceramah, temurapat dan sebagainya.

Sebelum ini pelancaran jentera di peringkat Pusat telah diadakan pada 3 Februari lepas manakala tiga hari kemudiannya (6 Februari) diikuti dengan pelancaran Jentera di peringkat sayap Wanita KEADILAN.

Anak muda dan orang ramai yang tinggal di Kajang dan kawasan sekitar dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.

Anwar RabuSementara itu hari ini (19 Feb), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Bilik Gerakan DAP untuk PRK Kajang ini di Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras pada jam 8.00 malam.

Manakala pada jam 09.00 malam, Anwar dijadualkan melancarkan jentera bilik gerakan PKR di Kampung Sungai Sekamat Kajang dan mengadakan ceramah umum.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar dan memberikan sokongan.

EZY

JURNAL BERITA – MB; 414 CCTV dipasang jadi Selangor bandar selamat

1. MB: Selangor Bandar Selamat, 414 CCTV dipasang di 11 PBT

2. MB: Pemberhentian 22 kakitangan kontrak PKNS adalah polisi CAT

3. MB: Pembenihan awan dilakukan minggu ini, tingkat air empangan

4. MB tolak dakwaan diminta tandatangan surat letak jawatan

5. MB : Tiada usaha pengaruhi Zaid bertanding di PRK Kajang

6. Anwar: Kajang diberi perhatian khusus, perbaiki prasarana

7. Rafizi: Syabas patut naik taraf loji bukan sekadar tunggu hujan

8. PKR: Umno ‘jilat ludah sendiri’ bila mula kempen di Kajang

PRK Kajang: ‘Kita akan berusaha gigih’ — Anwar Bahagian 2

http://tv.selangorku.com

PRK Kajang: ‘Kita akan berusaha gigih’ – Anwar Bahagian 1

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

PRK Kajang: ‘Kita akan berusaha gigih’ – Anwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG 18 FEB: Meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh disegani di peringkat antarabangsa beliau tidak mengambil mudah tugas sebagai seorang Adun sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti.

Justeru itu Anwar berkata, khidmat beliau kepada masyarakat Kajang perlu dimulakan dengan berusaha gigih bagi memenangi hati pengundi Kajang dalam kempen PRK itu.

EMY_5740“Sebab itu saya kata kita kena berdoa semoga diberikan kekuatan, petunjuk pilihan yang baik. Saya tidak ‘over confident’. Kita kena kerja kuat bila kena turun Kajang, saya turun.

“Saya tahu saya di sini sebagai bakal calon Adun. Saya di sini bukan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen tetapi hanya sebagai Adun,” kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam ceramahnya di Kampung Sg Kantan di sini malam tadi.

Kata Anwar keputusannya untuk bertanding di peringkat negeri ini turut mengejutkan ramai pihak termasuk salah seorang rakan beliau yang merupakan wakil parti Islam dari Turki ketika melawat beliau di kediaman beliau semalam.

“Tayyib Erdogan mula dengan Datuk Bandar Istanbul jadi Perdana Menteri, Ahmadinejad juga mula dengan Datuk Bandar kemudian jadi Presiden Iran tetapi awak (Anwar) dari pemangku Perdana Menteri turun ke negeri?” kata Anwar.

Anwar turut membidas sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya mengkritik beliau kerana didakwa berkempen awal tetapi tidak memberikan reaksi apabila beberapa Menteri Kabinet mula turut berkempen di Kajang.

“Saya tengok menteri pun dah penuh di Kajang tetapi saya seorang yang SPR tegur. SPR nampak Anwar Ibrahim sahaja di Kajang. Ini yang Khairy? Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ada.

“Muhyiddin, dia datang untuk pantau harga barang. Cuba tanya Muhyiddin, kamu kerja apa? Periksa harga barang? Kerja Timbalan Perdana Menteri bukan periksa harga barang tetapi kawal dasar, turunkan harga barang, bukan pergi periksa di kedai, kata Anwar lagi.

Turut menyampaikan ucapan dalam program yang dihadiri kira-kira 300 penduduk kampung itu, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

EZY

Categories
SELANGOR

Anwar ‘pekena’ bihun sup dengan anak muda sebelum pidato

Oleh Afix Redzuan

KAJANG 15 FEB: Beberapa anak muda mengambil kesempatan bergambar dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dekat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memulakan pidato.

DSC_2362Malah, Anwar – di sebalik ketokohannya sebagai pemimpin ulung yang sedang ‘pekena’ semangkuk bihun sup dan segelas teh tarik itu mempelawa mereka bersama-sama menikmati hidangan.

Suasana mesra itu berlangsung di Kedai Bihun Sup Kedah Bang Noor sebelum calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang itu memulakan ucapan depan kira-kira hampir 250 penyokong.

DSC_2371Program itu berlangsung di padang permainan Taman Impian Murni, di sini, malam tadi.

Terdahulu, beberapa pimpinan PKR antaranya Naib Presiden, Tian Chua dan R Sivarasa, memberi penjelasan mengenai kekosongan kerusi DUN itu, selain menekankan kepentingan Anwar menang PRK Kajang.

DSC_2406Anwar, sekalipun pernah menyandang jawatan penting dalam kerajaan tidak kekok duduk di rumput beralas tikar sambil beramah mesra dengan penyokong sementara menunggu giliran berucap.

– FZL

Categories
SELANGOR

Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam – Anwar

Oleh Afix Redzuan

KAJANG 15 FEB: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) perlu terus menganjurkan isu perpaduan antara umat Islan dan bukan Islam melalui khutbah Jumaat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, berkata teks khutbah yang baik menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan.

DSC_2321“(Jais) siapkan khutbah yang baik, menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan. Saya terpaksa puji. Ini permulaan baik,” katanya yang bersolat di Masjid Sungai Sekamat.

Anwar juga menyatakan beliau dipelawa memberi ucapan di sebuah gereja di Kajang dan bersedia berhadapan kontroversi mengenai perkara itu.

“Kebimbangan Islam ialah Kristian nak kelirukan. Kita kena tegas, jangan izinkan…(tapi) kalau cara kita ini sombong, baling batu, hina, siapa yang minat kepada Islam? Dakwah itu keenam melalui hikmah.

DSC_2474“Ahad, saya diminta gereja Kajang. Nanti habislah media serang. Dulu masa dalam Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), saya pernah datang gereja, masa menteri dulu pun pernah.

“Beberapa bulan lalu, pergi jumpa Pope pun kena. Lepas ini media Umno mesti serang saya habis-habisan.

“Saya anggap itu penghormatan sebab panggil saya. Kalau nak dia dengar (mengenai Islam), kena hormat dia,” katanya sambil menegaskan Islam tetap agama rasmi di Selangor.

DSC_2470“…tapi orang Kristian, Buddha tak terjejas,” katanya.

– FZL

 

Categories
SELANGOR

Anwar: Hanya di Malaysia kempen luar waktu salah?

Oleh: Norhayati Umor

KAJANG 13 FEB : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pertikaian beberapa pihak berhubung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang mendakwa ianya dilakukan di luar waktu berkempen.

Katanya, kesalahan itu tidak berlaku di negara lain kecuali di negara Malaysia.

AnwarAnwar bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan mereka.

“Saya tidak pernah dengar berkempen sebelum tempoh kempen ini salah. Hanya di Malaysia, Polis kata hendak siasat, siasatlah. Siasat cara baik.

“Nanti saya tulis surat kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri), siasatlah kes rompak kes samun. Balik-balik nak siasat Anwar Ibrahim,” katanya dalam ceramahnya di Kompleks Penghulu, Batu 10, di sini.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan membuka tiga kertas siasatan terhadap Anwar berhubung tindakannya berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Siasatan itu merujuk di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan berkempen.

AnwarBagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang telah mula berkempen bagi PRK Dun Kajang memandangkan tempoh rasmi berkempen belum bermula.

Dalam pada itu, beliau turut yakin usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) akan berhasil berikutan peningkatan kos sara hidup yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

“Saya yakin kita boleh merintah. Insya-Allah, dengan orang marah dengan kenaikan harga barang.

“Saya yakin, Kajang… kita mantapkan kekuatan Selangor, ekonomi kita, pertumbuhan kita ada baiknya,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Bekas ADUN : Anwar cemerlang di Kajang

SHAH ALAM, 9 FEB : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin menyifatkan kemenangan Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu akan membawa Selangor lebih cemerlang dan menjadi negeri contoh terbaik di Malaysia.

Memetik laporan Keadilan Daily, beliau yakin Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mampu membawa perubahan besar di Kajang seterusnya Selangor.

Katanya, perubahan itu bukan hanya membabitkan pucuk pimpinan tetapi daripada segi dasar kerana Anwar adalah tokoh terbilang.

Lee Kim Sin “Saya yakin Anwar akan bawa prubahan besar di kawasan ini dan Selangor. Perubahan yang saya maksudkan bukan hanya pucuk pimpinan tetapi juga daripada segi dasar kerana Anwar adalah tokoh yang terbilang.

“Kita nampak masa depan Selangor akan berlainan. Kita akan cipta satu model dan tauladan untuk tunjuk kepada rakyat bagi membolehkan mereka banding antara dasar Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya berdasarkan pencapaian Selangor, rakyat akan nampak dengan lebih jelas perbezaan itu,” katanya ketika berucap di Majlis Hi-tea bersama Anwar di Taman Delima, baru-baru ini.

Lee Kim Sin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Lee adalah penyandang kerusi DUN Kajang sejak 2008 selepas menewaskan penyandang sebelum itu, Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA yang kemudiannya diganti Lee Chin Cheh pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Anwar PCSehubungan itu, katanya, usaha perlu ditingkatkan kerana berdasarkan pilihan raya lalu, PR berdepan masalah kekurangan jumlah undi Melayu di Kajang.

Beliau menyeru penduduk turut serta dalam kempen itu untuk menjelajah daripada rumah ke rumah dan berjumpa dengan masyarakat setempat seperti dilakukan dalam kempen sebelum ini.

“Berdasarkan pengalaman lepas, kita ada kekurangan undi di kawasan Melayu. Jadi, saya akan turun bersama untuk bekerja dan kita akan jelajah daripada rumah ke rumah, masjid dan surau.

“Jika perlu duduk bercangkung di warung, kita akan lakukan bagi memastikan calon kita menang dengan lbanyak dan lebih cemerlang,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Anwar : Belum mula kempen PRK, aktiviti tahunan berkunjung ke Kajang

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 9 FEB: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau memulakan sebarang kempen sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan, 11 Mac ini.

Tegasnya, kunjungan bertemu rakyat bukan kempen pilihan raya termasuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekoah Cina (Dong Zong), di sini, hari ini.

anwar white“Apa yang kempen? Saya setiap tahun datang ke sini (Kajang) begitu juga majlis yang dianjurkan Dong Zong,” katanya.

Memetik laporan media hari ini, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kassim mendakwa Anwar melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Akta Pilihan Raya kerana berkempen awal sebelum pengumuman penamaan calon dilakukan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan berlangsung, pada 23 Mac ini sementara pembuangan undi awal akan dibuat pada 19 Mac ini.

Kerusi DUN Kajang kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan baliau, pada 27 Januari lalu.

-NFN-