Categories
NASIONAL

Pemberian ketuhar berjenama warnai PRK Pengkalan Kubor

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM – Kehadiran puluhan penunggang motosikal mengunjungi Rumah Umno Pahang di UPU Kg Ketil dan penunggangnya membawa ketuhar berjenama Pensonic yang menimbulkan curiga banyak pihak.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya merasa curiga dan mengesa pihak berkuasa membuat siasatan. mikrowave

Beliau khuatir pemberian ketuhar itu cubaan merasuah pengundi Dun Pengkalan Kubor sempena proses pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil Dun tersebut yang berlaku hari ini.

“Kita merasa curiga dengan senario yang berlaku dan kita minta supaya pihak berkuasa membuat siasatan kerana kita syaki telah berlaku rasuah besar-besaran untuk membeli undi pada PRK ini.

“Kita mengecam strategi yang kotor seperti ini dan ini bukanlah yang kali pertama berlaku,” katanya dipetik laman rasmi Pengkalan Kubor.Pas.Org

Beliau turut menyatakan pihak lawan ada menggunakan taktik yang tidak disenangi terhadap PAS semasa tempoh berkempen yang berakhir jam 12 malam semalam.

“Sebelum ini sudah ada sabotaj terhadap PAS di mana ada pihak-pihak tertentu mengedarkan buletin palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pihak PAS.

“Ini adalah sabotaj terhadap PAS dan kami pihak Pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dimainkan oleh pihak tertentu ini,” katanya lagi.

HM

Categories
NASIONAL

PRK Pengkalan Kubor cipta rekod

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor adalah amat tinggi dalam tempoh empat jam pertama.

PRK-pengkalan-kuborSetakat jam 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi mencecah 54 peratus bersamaan 12,945 pengundi. Bahkan dari seawal 10 pagi lagi, seramai 6,618 pengundi sudah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menurut SPR, peratusan ini yang terbaik berbanding beberapa PRK lain selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Sejumlah 11 pusat mengundi di buka bermula jam 8 pagi menanti 23,929 pengundi sah.

HM

Categories
NASIONAL

PRK Pengkalan Kubor: 25 Sept diisytihar cuti, mudahkan pengundi

KOTA BHARU, 15 SEPT: Kerajaan Kelantan mengumumkan 25 September ini sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan masyarakat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil  (PRK) Pengkalan Kubor

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia dibuat setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran dihadapi pengundi dan anggota keluarga terlibat.

PRK pengkalan“Undi hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat. Sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kesukaran dilalui kakitangan awam dan swasta, pihak kerajaan negeri simpati.

“Oleh itu, saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakayat mengisytiharkan 25 September ini sebagai cuti peristiwa bagi rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad turut mengharapkan agar proses pengundian pada hari itu berjalan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur manipulasi undi.

EZY

Categories
NASIONAL

PKR beri laluan PAS lawan Umno di PRK Pengkalan Kubor

SHAH ALAM 9 SEPT: PKR memberikan laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional.

PRK pengkalan“Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno-BN,” kata Wan Azizah dalam kenyataan media.

Beliau berkata, rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang dijangka diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan.

“Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar. katanya.

“Saya doakan, Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N01 Pengkalan Kubor.

EZY