SELANGORKU – Adun Muda dan misi kemanusiaan

Selangorku kali ini membawa anda menyelami aktiviti Program Adun Muda Selangor. Melalui program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini, belia-belia merasai sendiri tugas sebagai Adun ketika sidang dewan berlangsung.

Program Adun Muda Selangor cungkil bakat mahasiswa

Kerajaan Negeri berhasrat menganjurkan Program Adun Muda Selangor sebanyak tiga kali setahun iaitu setiap kali berakhirnya sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang sebenar.

JURNAL BERITA – MB: PKNS diarah bantah kenaikan tol Kerajaan Pusat

1- MB: PKNS diarah bantah kenaikan tol

2- MB: Selangor arah PBT buat persiapan awal hadapi banjir

3- MB: Ambil alih tanah untuk lebar sungai atasi banjir

4- Anwar: GST tidak bantu kurang aliran keluar wang haram

5- Nurul Izzah: Perdana Menteri patut komen kenaikan kadar tol

6- BN main ‘silap mata’, janji turun tol dalam Manifesto PRU-13 ‘ghaib’

7- Menteri BN diminta jangan malukan rakyat dengan hujah dangkal

8- Arah pindah premis sarang burung walit tepat demi kesihatan masyarakat

9- Program Adun Muda Selangor bakal 3 kali setahun

10- Mahasiswa teruja timba pengalaman jadi ‘Adun Muda’ Selangor

Categories
SELANGOR

Program Adun Muda Selangor bakal 3 kali setahun

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 17 DIS : Dengan sambutan yang begitu menggalakkan, Kerajaan Negeri berhasrat menganjurkan Program Adun Muda Selangor sebanyak tiga kali setahun iaitu setiap kali berakhirnya sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang sebenar.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata langkah itu bagi memberi lebih banyak peluang kepada anak muda, terutamanya golongan mahasiswa untuk menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai prosiding sebenar DUN sebagai wakil rakyat.

IMG_1098Katanya, walaupun pertama kali dilaksanakan, Kerajaan Negeri menerima lebih daripada 250 borang penyertaan namun hanya dapat memilih 30 peserta sahaja.

“Pemilihan juga sukar dilakukan kerana kita perlu mengambil kira lokasi para peserta agar penyertaan antara peserta bandar dan luar bandar adalah seimbang.

“Oleh kerana kos terlibat tidak besar iaitu sebanyak RM 14,000 maka kita bersedia untuk memperbanyakkan lagi program Adun Muda pada tahun hadapan,” kata Hannah.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan persidangan Program Adun Muda Selangor di DNS yang disertai oleh 20 Adun Muda lelaki serta 10 Adun Muda wanita berusia antara 18 hingga 24 tahun.

Penganjuran kali ini menyaksikan setiap Adun Muda diberikan peluang membahaskan dua buah usul iaitu usul untuk meneruskan Program Anak Muda Selangor sekurang-kurang sekali dalam tempoh setahun serta usul untuk Kerajaan Negeri memperuntukkan modal mewujudkan ‘One Stop Centre’ bagi tujuan pembangunan belia.

Turut hadir menyertai persidangan Adun Muda pagi tadi ialah Exco Negeri, Elizabeth Wong yang ‘berperanan’ sebagai Menteri Besar selain Adun Kampung Tungku, Lau Weng San serta Adun Hulu Klang, Shaari Sungib.

IMG_0909Hannah yang juga Adun Subang Jaya berkata, beliau berbangga dengan penyertaan aktif para peserta pada penganjuran sulung kali ini yang dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam mendidik masyarakat tentang kesedaran politik.

“Kita dapat lihat beberapa peserta yang begitu bagus berhujah dan siapa tahu pada masa akan datang mereka masuk semula bersidang dan berbahas di DNS sebagai Adun yang sebenar,” kata Hannah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Anak Muda Selangor, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang www.adunmudaselangor.com

EZY