Categories
NASIONAL SELANGOR

Turunkan harga kereta sebelum naikkan harga minyak -FOKUS

Rafizi-Cukai-Kereta
Sinopsis

FOKUS Untuk 13092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Umno BN digesa untuk menurunkan harga kereta sebelum menaikkan harga minyak, tegas Ahli Parlimen Pandan,Rafizi Ramli.

2. Blogger Omak Kau, Rohani Abdul Hamid masih trauma berikutan diacu parang ketika rumahnya dirompak sekumpulan lelaki minggu lalu.

3. Orang ramai dijemput menghadiri Bicara Buku ?Di Atas Padang Sejarah? karya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dengan kerjasama dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), di Dewan Serbaguna Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 14 September ini.

3. Kerajaan Umno BN digesa menghentikan terus kempen barunya ?Endless Possibilities? kerana ia hanya membazirkan wang rakyat dan tidak mempunyai sebarang erti kepada negara.

4. Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, selepas setahun kesilapan itu berlaku, lapor laman portal The Malaysian Insider.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Trauma dirompak 4 lelaki, Rodziah ziarah blogger Omakkau

Blogger Truma 01

KLANG 13 SEPT: Blogger Omak Kau, Rohani Abdul Hamid, 44 masih trauma berikutan diacu parang ketika rumahnya dirompak sekumpulan lelaki minggu lalu.

Beliau berkata, perasaan takut menyelubungi dirinya ketika malam dan bersendirian biarpun empat lelaki yang merompaknya sudah ditangkap polis semalam.

“Saya berasa seolah-olah diekori. Anak saya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 17 tahun turut trauma kerana kejadian itu berlaku depan matanya,” kata ibu tunggal itu.

Kejadian itu mendapat perhatian Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah smail yang menziarahinya di sebuah pangsapuri di Bukit Raja di sini, petang semalam.

Rodziah bimbang terhadap kejadian yang menimpa Rohani dan keluarganya dan berharap polis harus mempergiat rondaan supaya kejadian itu tidak berulang.

“Perlu ada tindakan lebih mantap dan fokus dari polis untuk melihat bagaimana perkara itu  boleh diatasi, dengan peratus jenayah meningkat saban hari,” katanya.

Blogger Truma 02

Turut hadir, wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi sumbangan bagi meringankan beban Rohani.

Pada 6 September lalu, Rohani yang baru pulang dari program pelancaran buku karya Ikhwanul Muslimin di sebuah hotel di Shah Alam, dirompak empat lelaki bertopi keledar, sekitar jam 2 pagi.

Beliau turut diacu dengan parang selain ada antara perompak itu cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kehormatannya.

Mangsa kerugian lebih RM5,000 berikutan pelbagai barang berharga termasuk komputer riba, televisyen telefon bimbit dan barang kemas dilarikan perompak itu.