Episod 10 – SALAM SELANGOR : Agenda Wanita Malaysia


 

Sinopsis:
Agenda Wanita Malaysia

Dalam mengangkat martabat wanita, sayap wanita pakatan rakyat memperkenalkan 7 tuju tumpu Agenda Wanita Malaysia. Majlis pimpinan wanita pakatan rakyat yang memeterai kesepakatan untuk menentukan secara bersama hala tuju dan dasar pakatan rakyat. Tujuh tuju tumpu yang mencakupi aspek perundangan, kelansungan hidup berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda bagi menggerakkan masyarakat dalam usaha menggapai matlamat yang akhirnya untuk melahirkan wanita yang berdaya, celik politik dan cerdik ekonomi.

Layari http://bm.selangorku.com/

Episod 9 – SALAM SELANGOR : Peranan Penyelaras Dewan Negeri Selangor (DNS) bersama Y.Bhg Yahya Sahri


Sinopsis:
Peranan Penyelaras Dewan Negeri Selangor (DNS)

Pegawai penyelaras dilantik oleh dewan undangan negeri sebagai wakil kerajaan di kawasan pembangkang untuk berkhidmat kepada rakyat.

Layari http://bm.selangorku.com/

Episod 8 – SALAM SELANGOR : Rumah Kos Rendah Selangor, Harga di Bawah RM42,000


Sinopsis:
Rumah Kos Rendah (RKR)

RKR berkeluasan 650 kaki persegi yang berharga RM35000 hingga RM42000. RKR dikhaskan kepada pembeli berusia 18 tahun ke atas dan bermustautin di negeri Selangor. Pembelian RKR ini haruslah melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan menyatakan lokasi yang ingin di beli. Keutamaan adalah kepada keluarga berpendapatan di bawah RM2,500.

Layari http://bm.selangorku.com/

Episod 7 – SALAM SELANGOR : PKNS Engineering Construction Berhad (PECB) ke Arah Sistem Pembangunan Industri Mampan


Sinopsis :
Temubual bersama Pengurus Besar PECB Sr. Hjh. Afidzah Ahmad. PECB berperanan dalam menjana pencapaian cemerlang bagi merealisasikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Layari http://bm.selangorku.com/

Episod 6 – SALAM SELANGOR : Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)


 

Sinopsis
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Program ini telah bersiaran secara langsung pada 25.09.2012 jam 12.10 tengahari. Bersama pengacara Zubli Zainordin dan tetamu Exco Adat Melayu dan Warisan YB. Dr Yunus Khairi.

Kerajaan Selangor menerusi PADAT berusaha mencari dan mempamerkan khazanah negeri seperti batu dan logam berharga, masakan dari daerah di Selangor, pakaian, sulaman dan tenunan warisan Melayu, peralatan muzik tradisional dan lagu ciri selangor, tarian identiti selangor dan bahan-bahan lain yang dimuziumkan untuk manfaat dan tatapan pelancongan serta generasi hari ini dan akan datang.

SALAM SELANGOR Episod 5 24092012 – Suburnya Demokrasi


Sinopsis:
Suburnya Demokrasi

Program ini telah bersiaran secara langsung pada 24.09.2012 jam 12.10 tengahari. Bersama pengacara Zubli Zainordin dan tetamu Datuk Teng Chang Khim, Speaker Dewan Negeri Selangor.

Layari http://www.selangorkini.net

SALAM SELANGOR Episod 4 20092012 – Belia Dari Perspektif Agama

Sinopsis:
Belia Dari Perspektif Agama

Program ini telah bersiaran secara langsung pada 20.09.2012 jam 12.10 tengahari. Bersama pengacara Syed Hisham dan tetamu jemputan Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat Koordinator ICT dan E-Publication. Saksikan temubual ini yang mengupas berkenaan belia dari perspektif agama.

 

Layari http://www.selangorkini.net

SALAM SELANGOR Episod 3 19092012 – Peranan PNSB untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor

Sinopsis

PNSB Management Consultancy (PMC)
PMC menyediakan perkhidmatan berkaitan IT. Antara produk utama adalah sistem pengurusan dan penyelengaraan WebTMA. Produk ini merupakan sistem pengurusan dan penyelengara asset atau lebih di kenali dengan CMMS yang di bangunkan oleh TMA System LLC. WebTMA membantu menguruskan dan menyelenggara asset yang paling berkesan. Mampu mengurangkan keperluan inventori dari 15%-20%.
Tetamu
1. Pn Noor Aliza Rosli (IT Manager PNSB Management Consultancy)
2. En. Syahrul Izad Yahya (Senior Executive PR Media Unit)

SALAM SELANGOR Episod 2 18092012 – Rumah Mampu Milik (RMM)

Sinopsis:
Rumah Mampu Milik (RMM)

RMM berkeluasan diantara 750 hingga 850 kaki persegi yang berharga diantara RM69,000 hingga RM100,000. RMM dikhaskan kepada pembeli berusia bawah 35 tahun. RMM dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dibina dalam bentuk pangsapuri. RMM tidak dijual melebihi harga RM100,000. Keutamaan adalah kepada keluarga berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Saksikan secara langsung “SALAM SELANGOR” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga KHAMIS setiap jam 12.10 tengahari, selama 30 minit. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Teruskan melayari http://bm.selangorku.com/

SALAM SELANGOR Episod 1 17092012 – ISA, Harapan Dan Hasrat


Sinopsis:

Program secara langsung SALAM SELANGORKU bersama tetamu undangan Adun Kota Damansara Dr.Nasir Hashim temubual bertajuk “ISA, Harapan dan Hasrat”.

Saksikan secara langsung “SALAM SELANGORKU” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga KHAMIS setiap jam 12.10 tengahari, selama 30 minit. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Teruskan melayari http://bm.selangorku.com/