Categories
NASIONAL

Dr Nasir : PAS dan PSM Tidak Bercanggah

KLSCAH 01

KUALA LUMPUR 27 JUN : Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PAS dilihat mempunyai persamaan dalam perjuangan apabila menitikberatkan kebajikan rakyat dan membela pihak yang tertindas akibat kerakusan pemerintah mengekalkan kuasa.

Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, parti tersebut yang berteraskan fahaman sosialis bergerak demi menegakkan nasib rakyat yang dinafikan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.

“Kita sebagai sosialis memperjuangkan hak dan keadilan. Kita tidak membenarkan sesiapa menindas sesiapa. Asas kami adalah kasih sayang.

KLSCAH 02“Dari situ kita dapat keadilan, keharmonian dan atasi pelbagai perkara lagi. Bermakna kita hormati rakyat dan maju ke depan selain memperkasakan mereka,” katanya sebagai panelis dalam wacana “Islam, Sosialis, Liberal! PAS Di Mana? anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) di sini semalam.

Panelis lain ialah Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Pengarah Eksekutif Middle Eastern Graduate Center (MEGC), Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Dr Nasir berkata, apa yang berlaku dewasa ini adalah rakyat sering menjadi mangsa kepada kerajaan yang memerintah dengan berpihak kepada golongan kapitalis.

Menurutnya, PSM boleh bersama dalam perjuangan seandainya terdapat parti politik atau pihak lain turut menyuarakan perkara sama.

“Kalau ada pihak yang memperjuangkan penindasan, mengapa tidak kita turut serta. Kalau kita dalam pergerakan sama, mengapa tidak boleh bersama,?” soalnya.

Bagi Dr Mujahid, agenda negara berkebajikan diperjuangkan PAS sejak 1960an adalah gambaran jelas parti itu mementingkan pembelaan terhadap rakyat serta menegakkan syiar Islam di negara ini.

Tambahnya, biarpun berfahaman atau berideologi berbeza namun PAS boleh berganding tenaga dengan parti politik seperti DAP dan PKR menerusi persamaan yang wujud.

“Kita turut bersama menentang penindasan yang terjadi. Jika dilihat ada banyak pemimpin PAS yang turut ditahan menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memperjuangkan golongan tertindas.

“PAS masuk politik sebab apa? Ada yang kata kita gila kuasa. Ya. Apa guna masuk politik dan bertanding kalau tidak mahu menang.

“Apa guna satu ideologi kalau ideologi itu tidak mampu mengubah keadaan. Bagi kami parti Islam, kami yakin Islam boleh membawa perubahan dengan maksudnya yang sama sepertimana dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Isu PSM dan PAS menjadi hangat dalam pilihanraya lalu apabila berlaku pertandingan antara calon kedua parti itu seperti di DUN Kota Damansara yang menyebabkan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kawasan berkenaan.

Categories
NASIONAL

PR : Rakyat Jangan Tunduk Pada Umno-BN, Terus Perjuangankan Hak Berhimpun, Bersuara

himpunan suara rakyat kelana jaya 02
SHAH ALAM 23 MEI : Pakatan Rakyat hari ini mengutuk penahanan tiga aktivis dan pemimpin mereka yang mengkritik Kerajaan Persekutuan dan mempersoalkan keputusan pilihanraya ke-13, sambil menyifatkan tindakan itu adalah petanda buruk pentadbiran baru Umno-BN.

Mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya meneliti bantahan terhadap keputusan PRU 13 dan mengambil langkah untuk memperbaiki kepincangan sistem pilihanraya.

Najib juga dikatakan harus terbuka terhadap saranan bagi mengadakan pilihanraya semula di dalam kerusi-kerusi di mana terbukti berlaku penipuan seperti pembelian undi dan kemasukkan pengundi hantu.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penahanan tersebut bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri yang sebelum ini  nik-nazmi batik 01mahukan pendamaian nasional bagi menenangkan emosi

“Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,” katanya di dalam satu kenyataan media.

Hari ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim dan aktivis Pas Tamrin Ghafar telah ditahan dibawah Akta Hasutan 1948.

Ketiga-tiga pemimpin itu ditahan selepas aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim didakwa di mahkamah hari ini atas dakwaan di bawah Akta yang sama.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali pula menyeru agar rakyat berdiri teguh dan tidak gentar untuk terus memperjuangkan hak mereka untuk berhimpun secara aman.

?Hak-hak ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan polis menahan aktivis-aktivis tersebut adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat.

?Mereka cuba menakutkan kita. Kita mesti terus memperjuangkan hak dan maruah kita.?

mat sabu pc pkr hq 01Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu pula berkata kerajaan yang berkuasa sewajarnya bertindak lebih telus dalam menjawab persoalan rakyat dan bukannya menggunakan kuasa untuk menutup suara rakyat.

?Mereka sepatutnya menumpukan kepada penjelasan hal kepincangan yang berlaku dalam pilihanraya. Tentang pendedahan yang dibuat oleh orang ramai.

?Sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai segala kuasa menunjukkkan kuasa menghadapi rakyat itu sebenarnya kerajaan yang yang berada dalam keadaan yang panik,? katanya.

Manakala presiden Parti Socialis Malaysia Dr Nasir Hashim berpendapat penahanan tersebut dikhuatiri mencetuskan lagi kemarahan rakyat.

“Kalaulah mereka tahan lebih ramai lagi pucuk pimpinan mereka juga sudah sedia untuk lebih kejam lagi,? kata Dr Nasir yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin Pakatan yang akan ditahan dalam masa akan datang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sivarasa : Berhenti Menakutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU 13

adam adli jinjang 01

KEPONG 22  MEI : PKR menggesa Kerajaan Umno-BN untuk menghentikan tindakan menakut-nakutkan rakyat yang membantah keputusan pilihanraya ke-13, sebaliknya berusaha memahami kehendak mereka yang mahu sistem pilihanraya diperbetulkan.

Naib presiden PKR Sivarasa Rasiah juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan Kerajaan Umno-BN untuk menakut-nakutkan rakyat dan menyekat gerakan menuntut sistem pilihan raya yang telus.

“BN kena faham, bahawa rakyat khususnya anak muda akan tetap lawan kerana mereka yakin bahawa prinsip mereka untuk tegakkan keadilan adalah betul.

“Pergerakan ini akan terus berkembang sehingga BN tumbang dan sebuah kerajaan yang benar-benar demokratik dan telus dapat ditubuhkan di adam adli jinjang 02Malaysia,” tegas Sivarasa.

“Nasihat saya, cuba fahami kehendak anak-anak muda ini, terima teguran dan perbetulkanlah sistem pilihan raya yang menjadi punca.

“Hentikanlah mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti dengan melakukan penangkapan seperti penahanan Adam Adli,” tambah Sivarasa apabila ditemui di satu di hadapan balai polis Jinjang di sini semalam.

Himpunan tersebut adalah bagi menunjukkan solidariti terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli yang ditahan reman sejak Sabtu lalu dibawah Seksyen 4 (1)  Akta Hasutan 1948.

Beliau ditahan berkenaan ucapannya di sebuah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Adam didakwa menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihanraya ke-13.

Himpunan semalam turut disertai pemimpin Pakatan lain yang antaranya Presiden Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim.

adam adli jinjang 03“Jangan pernah lupa bahawa semangat anak-anak muda seperti ditonjolkan oleh Adam Adli ini membawa obor perjuangan, mereka mahukan masa depan gemilang, mahu negara yang lebih baik.

“Semoga obor perjuangan ini juga akan menerangi hati semua termasuk mereka yang buta dan tuli,” kata Wan Azizah di hadapan lebih 200 hadirin.

Dr Nasir Hashim dalam ucapannya pula menganggap penangkapan Adam adalah suatu tindkaan yang dilihat tidak adil dan berat sebelah.

“Mengapa pula ucapan yang lebih teruk yang dikeluarkan (aktivis ketuanan Melayu) Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan bekas hakim (Datuk Mohd Noor Abdullah) tidak dikenakan sebarang tindakan?,” soal mantan Adun Kota Damansara ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sokongan Pengundi Melayu Kepada Calon Rasmi PR Kota Damansara Meningkat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SUBANG, 5 MEI: Sehari sebelum menjelang hari pengundian Ahad ini, sokongan masyarakat Melayu terhadap calon rasmi Pakatan Rakyat (PR), Dr Nasir Hashim terus meningkat.

Menurut Setiausaha calon PKR DUN Kota Damansara, Abd Aziz Dahlan, sambutan yang diterima dari golongan itu semakin memberangsangkan selepas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membuat pengumuman rasmi dalam satu ceramahnya semalam.

“Sebelum ini pun memang ramai penduduk Melayu sokong pencalonan Dr Nasir, tetapi selepas ceramah maklum balas cukup membanggakan.

“Apatah lagi masyarakat di sini memang dah tahu Dr Nasir selama lima tahun bertungkus lumus berkerja bantu masyarakat di sini, sebab itu mereka mahukan Dr Nasir terus berkhidmat lagi.

“Memang jelas, Dr Nasir sudah ada ‘track record’ yang diterima baik di Kota Damansara,” ujar Abd Aziz yang juga merupakan ahli PAS seumur hidup.

Menurut Abd Aziz lagi, berdasarkan maklum balas yang diterima, beliau menganggarkan sokongan pengundi Melayu terhadap Dr Nasir meningkat kepada 60 hingga 65 peratus.

Menurut beliau antara pencapaian lima tahun tersebut termasuklah kejayaan mengatasi masalah banjir di Kampung Melayu Subang, penurapan jalan di Seksyen 8, Seksyen 11 Dedap dan Kampung Melayu Subang Tambahan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERADr Nasir juga berjaya menjalankan program-program Kerajaan Negeri seperti kelas jahitan, tuisyen rakyat dan aktiviti sosial lain selama lima tahun.

Sementara itu, menurut penduduk Kampung Melayu Subang Tambahan, Amin Shahril, 46, Dr Nasir bukan sahaja cukup dikenali, malah beliau juga mudah dihubungi penduduk setempat ketika diperlukan.

“Dia memang disenangi penduduk sini, merendah diri, mudah mesra tanpa mengira usia dan kedudukan seseorang.

“Dr Nasir juga tidak gemar berkonflik dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan pihak lain, sebab itulah penduduk kampung ini mahukan beliau terus berkhidmat di sini,” kata Amin.

Pertembungan PKR dan PAS di kerusi DUN Kota Damansara sebelum ini dianggap mampu menjejaskan undi pengundi Melayu sekaligus menyebabkan peluang PR untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU-12 pada 2008 lalu.

SALAM SELANGOR Episod 1 17092012 – ISA, Harapan Dan Hasrat


Sinopsis:

Program secara langsung SALAM SELANGORKU bersama tetamu undangan Adun Kota Damansara Dr.Nasir Hashim temubual bertajuk “ISA, Harapan dan Hasrat”.

Saksikan secara langsung “SALAM SELANGORKU” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga KHAMIS setiap jam 12.10 tengahari, selama 30 minit. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Teruskan melayari http://bm.selangorku.com/

Categories
SELANGOR

Skim Insurans Bantu Pekerja Berpendapatan Rendah

SHAH ALAM, 12 JUL : Kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan skim insurans bagi membantu pekerja berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendapatan tambahan melalui kerja lebih masa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan skim itu disifatkan lebih relevan dan dapat meringankan beban pekerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pegawai kewangan negeri sejak tahun 2009 untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kumpulan wang insurans (skim) ini lebih sesuai jika dibandingkan dengan cadangan penubuhan tabung pembangunan pekerja yang akan memerlukan dana lebih tinggi untuk dilaksanakan. Peruntukan itu akan dilaksanakan secara menyeluruh untuk kebaikan pekerja,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan Dr Nasir Hashim (PKR-Kota Damansara) berhubung tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu pekerja berpendapatan rendah.

Sementara itu, ketika menjawab soalan berhubung pelaksanaan gaji minima, Abdul Khalid menjelaskan ia perlu dibuat secara menyeluruh baik di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan segera bagi pelaksanaan perkara tersebut supaya jurang pendapatan antara pekerja di negara ini dpaat dikurangkan.

“Walaupun Selangor membuat inisiatif supaya menggerakkan usaha peningkatkan pendapatan, tetapi ia perlu dibuat secara menyeluruh. Perkara itu mesti sentiasa dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dilaksanakan,” ujarnya.