Categories
EKONOMI SELANGOR

Taiwan-Selangor erat kerjasama E-dagang

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 OGOS: Taiwan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada China dengan meneroka pasaran baru dan memberi tumpuan kepada Asia Tenggara.

Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC) dalam kenyataan berkata, lebih 20 syarikat E-dagang Taiwan bakal menyertai Taiwan Day-Taiwan Malaysia Cross-Border E-Commerce Forum di Selangor Smart City and Future Commerce Convention 2017, pada 8 September ini.

Katanya, usahawan tempatan perlu merebut peluang menjalin hubungan dengan pemain industri E-dagang Taiwan menerusi penganjuran berkenaan.

“Tujuh syarikat E-dagang berpengalaman Taiwan yang berjaya mengembangkan sayap di Malaysia dan Asia Tenggara akan berkongsi bagaimana perniagaan kecil (SME) boleh menembusi pasaran lebih besar hanya dengan sumber terhad.

“Mereka juga dijangka berkongsi model terkini E-dagang seperti penggunaan rantaian blok, ‘livestreaming’ dan Mobile Commerce,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping dilapor berkata, Taiwan Day mengeratkan lagi kerjasama E-dagang di antara kedua negara.

Pengarah Akademi SITEC, Goh Boon Peng pula berkata, peserta juga berpeluang menyertai sesi ‘business matching’, menyaksikan syarikat Taiwan membuka peluang kerjasama dengan syarikat tempatan.

“Ia membawa program ini setapak lebih maju ke hadapan dan kita mengalukan pedagang untuk menyertainya,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

Pembangunan inovasi, SITEC lancar fasiliti bantu e-dagang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 MAC : Seiring tuntutan kemajuan teknologi terkini, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC) melancarkan SITEC Academy, bagi membantu keperluan penggiat E Dagang seluruh negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, fungsinya berperanan sebagai medium pembelajaran atas talian kepada golongan itu.

“Maklumat daripada penggiat industri perdagangan dapat diakses secara mudah tanpa perlu menghadiri sebarang kelas E-Dagang yang dianjurkan secara berkala oleh pihak SITEC.

“Platform pembelajaran maya ini disediakan secara percuma untuk digunakan kepada umum dengan paparan infografik, video, oleh penggiat industri yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

“Ia juga menyediakan paparan portal berita serta berfungsi sebagai direktori perniagaan dengan usahawan lain dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran SITEC Academy di I-City Shah Alam, semalam.

Teng berkata, usaha tersebut sejajar dengan komited Kerajaan Negeri untuk terus konsisten memacu hala tuju pembangunan inovasi dan kreatif di Selangor.

“Menjadi harapan saya agar lebih ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mendidik, meningkatkan kemahiran dan memperbaiki diri mereka untuk lebih produktif terlibat dalam bidang perdagangan atas talian ini.

“Sebagai jaminan, SITEC Academy memenuhi keperluan pelbagai peringkat pengajian dan kekal relevan untuk membimbing 100 peniaga,” katanya.

Dalam pada itu, turut dilancarkan Startup Connect sebagai platform atas talian kepada bakal usahawan tempatan mendapat maklumat berhubung sumber perniagaan di Selangor.

Beliau berkata, ia juga berperanan memberi peluang kepada golongan itu mendapatkan akses lebih dekat dengan Kerajaan Negeri berkait aspek perniagaan atas talian.

“Ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat meningkatkan jurang ekonomi sekali gus berperanan sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan tempatan.

“Inisiatif ini juga Kerajaan Negeri serta pelabur atau rakan kongsi berpotensi mencari dan memanfaatkan keupayaan dan peluang perniagaan oleh bakal usahawan tempatan seluruh negeri,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

SITEC Deals tawar diskaun sehingga 78%

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 OGOS: Lebih 40 peniaga atas talian sudah menyertai platform SITEC Deals di bawah kendalian Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC).

Bakal dilancarkan pada 31 Ogos ini, SITEC Deals juga menawarkan diskaun sehingga 78 peratus, penghantaran percuma dan tawaran menarik lain sempena Hari Merdeka ini.

“Buat masa ini, SITEC Deals merangkumi jualan barangan dan perkhidmatan seperti peralatan rumah, elektronik, nutrisi dan suplimen, pelancongan, barangan ibu dan bayi serta makanan haiwan peliharaan.

“Promosi tawaran istimewa boleh didapati sempena perayaan besar termasuk Hari Raya Haji, Hari Malaysia, Awal Muharam, Deepavali dan Hari Natal,” kata SITEC dalam kenyataan media.

Untuk membeli belah menerusi SITEC Deals, orang ramai boleh melayari laman http://bit.ly/SITECDeals.

Orang ramai juga boleh mengikuti tawaran dan promosi SITEC Deals di Facebook SITEC (www.facebook.com/sitecmy) dan Online Newsletter.

Peniaga atas talian yang berdaftar di Suruhanajaya Syarikat Malaysia (SSM) dialu-alukan untuk menyertai SITEC Deals.

Tidak dikenakan sebarang bayaran, mereka yang berminat hanya perlu mengisi borang dan menghantar promosi grafik menerusi link http://bit.ly/sitecdealsform.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Keith Chew di [email protected].

Categories
SELANGOR

Simposium SIETC diharap tingkat mutu perkhidmatan e-dagang

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 OGOS: Penganjuran simposium diadakan semalam diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan peniaga e-dagang sekaligus memberi kesan positif terhadap nilai jualan.

Simposium SITEC Menerajui Amalan Terbaik E-Dagang diadakan di The Selangor Digital Creative Centre (SDCC), i City itu melibatkan pelbagai pihak termasuk pengendali logistik utama seperti Pos Malaysia yang mengendalikan perkhidmatan Pos Laju.

Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping, berkata simposium anjuran SITEC itu memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang idea masing-masing.

“Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara komuniti e-dagang supaya dapat berbincang memperbaiki meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Tujuan kedua supaya dapat menghasilkan topik perbincangan terutama mengenai isu pemasaran supaya perbincangan dapat disertai semua pihak,” katanya selepas selesai simposium sehari itu.

CP2A3532Beliau berkata, antara topik banyak dibincangkan adalah isu logistik ekoran permintaan pasaran mendadak menimbulkan kesukaran ditampung penyedia perkhidmatan logistik sedia ada.

Katanya, isu logistik merupakan elemen penting dalam industri e-dagang bagi memastikan pengguna menerima barangan dipesan mengikut tempoh masa munasabah dan tepat.

EZY

Categories
SELANGOR

SITEC symposium expected to raise quality of e-trading service

BY: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, AUG 9: The SITEC Leading E-Trading Best Practices symposium, held on August 8, is expected to increase the quality of service in e-trading business, and ultimately increasing the value of sales.

The symposium was held at the Selangor Digital Creative Centre, I-City and saw the involvement of several parties including main logistic player Pos Malaysia, which handles Pos Laju services.

SITEC Chief Executive Yong Kai Ping said the symposium provided opportunities for participants to contribute their ideas.

“The aim of the programme is to strengthen the relationship between e-trading partners to discuss service improvements.

“Besides that, we also aim to create a suitable environment for discussions, with participation from all related parties, especially on marketing matters,” he said after the one-day symposium.

CP2A3532

He added that among topics most discussed were logistics, due to the sudden high demand that has brought some challenges to existing logistic service providers.

He said that logistic is the most important element in the e-trading industry, as logistics ensure customers receive their orders on time.

Categories
SELANGOR

SITEC bimbing 190 peniaga e-dagang, babit urusniaga RM1.3 juta

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC) komited meningkatkan lagi penglibatan peniaga atas e-dagang apabila berjaya membimbing 190 peniaga tahun ini.

Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping, berkata ia berikutan pasaran di atas talian atau e-dagang kini menjadi platform bukan sahaja efisien, malah semakin berkembang pesat di kalangan masyarakat pengguna.

“Pada 2016 di SITEC mencapai pencapaian memberangsangkan dengan membimbing 190 pedagang yang kini menceburi perniagaan online dengan memperoleh jualan berjumlah RM1.3 juta.

“Kami rasa ada banyak lagi pedagang sedang berkembang dan berjaya. Kami berharap dengan jumlah pedagang meningkat serta membolehkan mereka memperolehi jualan tinggi,” kata Kai Ping kepada SelangorKini.

CP2A3354Beliau berkata demikian pada Simposium SITEC Menerajui Amalan Terbaik e-dagang di The Selangor Digital Creative Centre (SDCC), i City, di sini, semalam.

Jelasnya, pada masa ini SITEC berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan antara penjual dan pengguna bagi memberi keselesaan kedua-dua pihak ketika melakukan urusaniaga di atas talian.

“Kami meningkatkan perkhidmatan antara penjual dan penyedia perkhidmatan supaya dapat diletakkan menjadi penanda aras di Asia Tenggara.

“Dengan standard begini kita dapat memperkembangan perniagaan online kita kepada pengguna di negara jiran,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Misi perdagangan Taiwan tingkat pelaburan

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 JUN: Misi perdagangan Kerajaan Negeri ke lima bandar utama di Taiwan bertujuan menarik pelaburan ke dalam pasaran halal, perdagangan merentasi sempadan e-dagang dan Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE).

Misi bermula dari 19 hingga 26 Jun itu dianjurkan Majlis Teknologi Maklumat dan e-Perdagangan Selangor (SITEC) dan disokong Invest Selangor.

SITEC dalam kenyataan berkata ia diketuai oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan negeri, Datuk Teng Chang Khim itu membabitkan bandar seperti Taipei, Tao Yuan, Tai Chong, Kao Hsiong dan Tainan.

Rombongan 20 orang itu juga terdiri daripada individu dari pelbagai agensi Kerajaan Selangor dan sektor swasta termasuk SITEC, Invest Selangor dan Selangor International Halal (HIS).

Fokus utama misi itu adalah untuk menarik pelabur Taiwan untuk melabur di Selangor, terutamanya dalam potensi pasaran Halal, Cross-Border E-Commerce Trading, dan SIE.

Beberapa wakil sektor swasta termasuk tiga pasar e-Commerce utama di Malaysia dan Taiwan turut serta antaranya Lazada, 11 Street dan Uitox, manakala dua daripada pintu masuk terbesar Asia Tenggara pembayaran, iPay88 dan MOLPay.

Selain itu, dua pengendali logistik Malaysia, Logistic Worldwide Express (LWE) dan I Store I Send (ISIS).

EZY

Categories
SELANGOR

#SQSEL2016 galak sumbang idea bangunkan Smart City

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MEI: Orang ramai berpeluang menyumbang idea dan penyelesaian dalam usaha membangunkan Selangor sebagai bandar pintar dengan menyertai StartupQuest Selangor (#SQSEL2016) pada 28 dan 29 Mei ini.

Ketua Eksekutif Majlis Tekonologi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC), Yong Kai Ping, berkata pertandingan pada setiap Mei dan Ogos itu tidak terhad kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang ‘startup’ sahaja.

Katanya, ia turut terbuka kepada orang awam yang tidak mempunyai asas ‘startup’ terutama golongan pelajar.

500x300-Judges-01-1-250x150“Smart City sememangnya tidak boleh lari daripada integrasi teknologi yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih sejahtera.

“Bertemakan Bandar Pintar, SQSEL2016 fokus kepada beberapa isu penting untuk diatasi dengan cekap dan berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Tarikh tutup bagi sesi Mei adalah pada 20 Mei ini dan setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM60.

Sementara pelajar dengan kad matrikulasi sah berpeluang menikmati diskaun sehingga 50 peratus.

Pada masa sama, Kai Ping berkata, setiap peserta juga menerima pakej bengkel perniagaan percuma selama dua hari bernilai RM600, seminggu sebelum hari pertandingan.

“Tiga pemenang tempat teratas akan menerima hadiah wang tunai dan juga enam bulan peluang menggunakan ruang bekerja di Selangor Digital Creative Centre (SDCC).

“Pemenang pertama pula menerima bonus penyertaan bengkel Minimum Viable Product (MVP) selama lima hari bernilai RM1,800,” katanya.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www.sitec.com.my/sqsel2016 untuk maklumat lanjut.

-AA-

Categories
SELANGOR

SITEC raikan pemenang Anugerah E-Dagang

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 10 APR: Bagi memastikan E-Dagang terus berkembang sihat, Majlis Teknologi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC) menjalankan pelbagai usaha bagi menggalakkan peniaga E-Dagang meningkatkan mutu perkhidmatan dan produk jualan.

Antara langkah diambil termasuk mengadakan Anugerah Peniaga E-Dagang untuk peniaga yang memiliki kualiti perkhidmatan, kreatif dan inovasi sebagai amalan perniagaan.

yb teng 2Dalam pertandingan itu, Sally Fashion memenangi tempat pertama dengan membawa pulang hadiah RM10,000, diikuti Gundam.my di tempat kedua yang menerima hadiah RM5,000 dan ketiga, DIYPrintingSupply.com yang turut membawa RM3,000.

Jurucakap Sally Fashion ketika menyampaikan ucapan kemenangannya berkata, kejayaan itu mencetus semangat untuk beliau meningkatkan kualiti produk dikeluarkan mereka.

“Ini adalah pengiktirafan kepada kami dan kami akan memastikan pelanggan kami berpuas hati membeli produk kami,” kata beliau.

Selain tiga pemenang utama, tujuh peserta yang layak ke peringkat akhir turut menerima hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, piala dan sijil penyertaan.

Tujuh syarikat itu adalah ShaShinki, 123Cheese.my, Aone Plus, Satu Gadget Dot Com, i-Pmart, Printcious.com dan Game Hypermart.

Hadiah disampaikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim.

EZY