Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Agong hargai pengorbanan ATM, bendung penularan Covid-19

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-87 kepada seluruh warga angkatan tentera termasuk veteran serta semua yang pernah berkhidmat dengan ATM.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota ATM, khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.

“Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini.

“Semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” titah Seri Paduka melalui hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Istana Negara hari ini.

Hari ATM disambut pada 16 September setiap tahun.

-BERNAMA

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Ucapan MB di Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor

Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia-Nya, pada pagi ini kita dapat meneruskan tradisi Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, yang hari ini dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) bagi mengungkap perancangan dan prestasi negeri.

Perancangan merupakan peranan terpenting Pentadbiran Kerajaan Negeri. Namun begitu, tugasan penting ini ada kalanya dibelenggu dengan kerenah birokrasi dan prosedur lapuk yang menuntut perubahan bersesuaian dengan cabaran semasa.

Sebagai sebuah negeri maju, Selangor harus mempunyai economic blueprint yang komprehensif dan merangka perancangan pembangunan yang mampan.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan dan Agensi harus menilai semula keutamaan atau priorities. Keutamaan seharusnya diperincikan dan pentadbiran harus menyenaraikan expected outcomes dengan jelas.

Himpunan Bulanan SUK (7)Apabila kita merancang, kita juga harus jelas apakah objektif yang ingin dicapai. Outcomes yang dijangka ini haruslah konkrit dan dapat diukur.

Ini akan membolehkan expectation para pelanggan kita iaitu orang ramai dapat diuruskan dengan lebih bermakna.

Kita harus melibatkan keseluruhan penjawat awam untuk bertindak secara efektif dan produktif bagi menjayakan dasar Kerajaan Negeri yang telah diberikan keutamaan.

Saya menganjurkan kepada Jabatan dan Agensi dalam perancangannya bagi tahun 2016 untuk menyemak semula keutamaan berdasarkan peranan masing-masing.

Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah “Smart State”. Ini bermakna kita harus membangunkan “Smart City” dalam usaha untuk mengurus cabaran masa depan.

Dalam usaha untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai, kita juga harus memberi penekanan terhadap pendekatan “Internet of Things“.

Kita harus menggabungkan peranan organisasi dan mengembangkan teknologi IT dalam pengurusan aset, inventori dan operasi.

Menerusi “Internet of Things”, peranan IT telah berubah. Kita mesti memikirkan di sebalik computer, jaringan dan pusat data.

Penjawat awam harus memikirkan bagaimana perhubungan dengan orang awam dapat dipertingkatkan secara efektif hingga ke akar umbi melalui pendekatan Internet of Things.

Keduanya, ialah penubuhan sebuah fully digital government. Prinsip asasnya adalah bagaimana kita boleh menerimapakai global best practice dalam memperkukuhkan urus tadbir yang telus, responsif, people-centric dan service-oriented.

Ketiga, kita harus mempunyai tekad untuk mengangkat universiti kita bertaraf dunia. Universiti seharusnya melahirkan graduan yang bukan semata-mata mencari pekerjaan tetapi kita juga mahu graduan yang berkemahiran untuk mencipta pekerjaan.

Selangor tidak mampu untuk menjadi negeri maju sekiranya kita terus bergantung kepada buruh asing yang tidak mahir. Statistik menunjukkan bahawa 37% daripada 14 juta pekerja di Malaysia adalah buruh asing. Daripada jumlah itu, 97% adalah pekerja tidak mahir.

Kemampuan sesebuah ekonomi termasuk Selangor bergantung kepada 3 faktor utama iaitu produktiviti, tahap kemahiran dan governance.

Kita juga mesti berusaha untuk harus mengkaji bagaimana dapat memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dengan menubuhkan delivery unit bagi memastikan sistem penyampaian disempurnakan dengan efektif bagi mencapai matlamat Kerajaan Negeri yang telah meletakkan priorities and outcomes.

Kita mesti melihat Selangor bukan hanya sebagai sebuah negeri tetapi menjadi pemain utama di global dan serantau. Saya menggunakan terma ‘world class’ kerana ia harus menjadi sasaran yang nyata.

Semoga usaha murni kita bersama untuk mencorakkan agenda pembangunan negeri akan memperoleh rahmat Allah SWT selari dengan teras “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli”.

Maka, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim marilah kita sama-sama sempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Categories
KENYATAAN MEDIA SELANGOR

Ucapan MB di Majlis Pelancaran Darul Ehsan Investment Group (DEIG) & Agenda Makmur Selangor

 

Oleh: MOHAMED AZMIN ALI

Hari ini, Kerajaan Negeri Selangor tampil untuk mendepani cabaran ekonomi global dengan melakar satu lagi kejayaan melalui pelancaran Agenda Makmur Selangor dan Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Ikhtiyar ini merupakan hasil rasionalisasi semula aset dan perubahan strategik perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Tahun 1994. Ia berperanan sebagai sebuah Badan Pemegang Hartanah dan amanah Kerajaan Negeri. Pada 1 Januari 2010, Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya aktiviti-aktiviti serta kakitangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSKS) diambil alih oleh MBI kerana fungsi yang bertindih.

Sejak beberapa bulan lalu, MBI telah melaksanakan penstrukturan semula aset-aset syarikat milik negeri (GLC) dan menyelaraskan strategi perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable value creation).

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (8)Nilai tinggi yang bakal diperolehi melalui proses rasionalisasi ini akan membangun Negeri Selangor sebagai sebuah social state, seperti yang diungkap oleh Thomas Picketty tentang negeri yang melaksanakan keadilan dan pengagihan yang saksama.

Agenda Makmur Selangor yang menjadi teras rasionalisasi GLC Selangor mempunyai empat matlamat, iaitu :

· Menjana hasil yang tinggi untuk Negeri;

· Mempastikan pertumbuhan lestari dan keadilan dalam pengagihan (distributive justice);

· Menjamin kehidupan berkualiti untuk rakyat; dan

· Mencipta pekerjaan bernilai tinggi.

Syarikat milik negeri melabur secara berhemah menurut amalan terbaik industri berpandu kepada cost benefit analysis serta risk management. Justeru itu, setiap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perlu melunaskan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan berintegriti agar syarikat memberikan pulangan yang tinggi kepada Negeri.

Pelaburan syarikat-syarikat swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata berbeda dengan syarikat milik negeri yang berpaksikan prinsip menjamin keuntungan syarikat demi tujuan keadilan sosial. Ini adalah kerana pemegang saham dan juga stakeholder kepada syarikat-syarikat ini adalah seluruh rakyat Negeri Selangor.

Keuntungan dalam kerangka keadilan sosial adalah tonggak kepada falsafah Negeri Pembangunan atau developmental state. Tanpa kerangka keadilan sosial, kesenjangan ekonomi akan semakin melebar dan mampu menggugat kestabilan dan menggugat demokrasi.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (6)Pembangunan berkualiti yang kita gagaskan adalah bersifat inklusif, merangkumi semua golongan, lokaliti dan gender. Tidak ada kaum atau daerah yang akan terpinggir dalam gagasan pembangunan ini. Sustainable development menjadi paksi kepada aktiviti-aktiviti ekonomi syarikat milik negeri berlandaskan Agenda Makmur Selangor.

Sebagai jaminan, Kerajaan Negeri tuntas melaksanakan kebijakan yang peduli rakyat berasaskan prinsip profitability with social responsibility. Pelbagai inisiatif dan program telah dijalankan, antaranya seperti Program Air Percuma yang melibatkan subsidi berjumlah RM 150 juta setahun, RM 80 juta untuk pemulihan projek rumah terbengkalai Bukit Botak, penambahbaikan infrastruktur UNISEL berjumlah RM 60 juta dan Program Pembiayaan Mikrokredit di bawah inisiatif HIJRAH dengan peruntukan RM 100 juta. Kesemua ini hanyalah sebahagian daripada usaha distributive justice.

Dalam usaha kita untuk mendakap kecanggihan teknologi dan inovasi pada hari ini, Kerajaan Negeri mahu turut serta dalam memenuhi permintaan industri yang mula beralih dari labour intensive kepada high technology and capital intensive industry. Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneroka dan membiayai start up dan bidang–bidang baru yang socially productive seperti latihan vokasional dan kemahiran untuk membangunkan talent bank.

It’s not the business of government to be in business but it’s the government’s business to ensure strategic, effective and productive use as well as management of all its vital assets and resources including its corporate and business entities.

Syarikat-syarikat milik negeri harus bersifat dinamik seiring arus modenisasi abad ini. Selangor must be constantly exciting for investors. We must be in a state of permanent motion, with new things and novel ideas.

Harus ada anjakan paradigma dalam pemikiran pengurusan syarikat milik negeri. Sebagai penyumbang terbesar KDNK negara, tidak lagi mencabar untuk Selangor sekadar bersaing dengan negeri-negeri lain. Mulai dari sekarang, Selangor perlu tampil sebagai negeri global (global state) atau sekurang-kurangnya sebagai negeri serantau, a regional state. Harus ada imaginasi Selangor laksana sebuah negara. Aset Negeri Selangor yang unggul adalah jumlah rakyat terbesar yang diupayakan kemahiran serta digilap bakat mereka demi peningkatan produktiviti negeri.

ASEAN Economic Community menuntut Negeri Selangor untuk menyahut cabaran global supaya connectivity perdagangan dapat menjana pertumbuhan dan memakmurkan masyarakat ASEAN termasuk Selangor.

Syarikat milik negeri perlu mengemudi teknologi baru dalam mencipta connectivity dengan rakan-rakan perniagaan di negara-negara serantau dan terlibat secara aktif dalam bidang e-commerce yang meledak pada hari ini. E-learning, e-sports, e-fitness, e-fashion dan sebagainya adalah antara bidang-bidang e-commerce yang perlu kita ceburi secara lebih agresif.

Sejajar dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai global state, Kerajaan Negeri sedang merangka satu ‘blueprint’ untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri pintar atau ‘Smart State’.

Antara inisiatif-inisiatif yang akan dibangunkan ialah sistem pengurusan air pintar, sistem pengawasan dan keselamatan, sistem pemantauan produk negeri seperti hasil perkilangan dan pertanian. Kita juga akan mewujudkan satu prasarana untuk berinteraksi dengan rakyat secara real-time yang dipanggil Citizen Pulse, yang antara manfaat utamanya adalah supaya setiap permasalahan di Negeri Selangor akan ditangani secara efisyen dan pantas. Dengan Blueprint Smart State ini sebagai landasan utama dalam Agenda Makmur Selangor, kita mampu menjadikan Selangor as the preferred state di rantau ini.

Bahkan, kita kini merancang agar institusi pendidikan tinggi seperti UNISEL berkembang menjadi sebuah universiti serantau dengan menubuhkan kampus-kampus di negara jiran dan mengadakan kerjasama konstruktif dengan universiti-universiti terkemuka dunia. Untuk mencapai hasrat membina talent bank, Selangor harus mengorak langkah untuk menjadi Hab Pendidikan (Education Hub).

Meskipun pendidikan adalah bidang kuasa Persekutuan, namun Negeri Selangor akan mengambil langkah pro-aktif untuk mempelopori latihan kepakaran dan kemahiran. Harus ada reformasi terhadap sistem pendidikan negara agar tidak hanya memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, tetapi juga memiliki ketrampilan teknikal dan profesional.

Kita harus belajar dari Negara Jerman yang menjalankan sistem dua serampang dan menjadi teras kepada kejayaan perindustriannya. Justeru, kita sedang meneroka peluang kerjasama dengan institusi-institusi teknikal Jerman untuk mempercepatkan pengeluaran tenaga mahir dan berpengetahuan di Negeri Selangor.

As you know, just two days ago we launched the new brand for Selangor State Investment Centre (SSIC) – Invest Selangor Berhad, and in my speech I conveyed several key messages to the audience, a big segment of which are potential foreign investors – besides those from Asia, we also had business people and diplomats from the Middle East, Europe and America.

I want to reiterate two key points and I want all of us, and I mean everyone who has a stake in seeing the growth and prosperity of the State of Selangor – whether we are looking at it ‘bottom-up’ from the smallest subsidiary upwards or ‘top-down’ from the Parent Investment Holding company downwards. So, we are in this together – all of us – you and I.

The first point is about a change in mind-set about our state. For the purposes of economic expansion and advancement, I want you to shift from the current mind-set of Selangor Darul Ehsan as a geographically defined State in the country to Selangor as a global entity.

Taking Selangor Darul Ehsan global is not a pipe dream. It is a clear vision grounded on reality. But mere talk and no action will not take us there. Moving into this league requires clear vision, sustained commitment and a passion for success.

This leads me to my second point that is absolutely crucial if we want to make this paradigm shift to the global stage.

It concerns what has been called the silo-mentality syndrome. We must discard this silo-mentality or else risk being handicapped. People normally think of information silo and rivalry among departments but I am not talking about that.

We are a huge group of companies. We are therefore a massive extended corporate family. So, a silo mentality can happen not just at the departmental level but at inter-company level as well. This is not the best corporate culture for success. On the contrary, silo culture can lead to great wastage of resources and that is bound to negatively affect our corporate goals.

So, we must therefore tear down these walls or else we will miss the forest for the trees. Think not in terms of silos but in terms of systems. Look at the big picture by synthesizing all the different parts into a unified whole.

Now, coming back to my main point. We must row our boat in the same direction. The CEO and his or her teams cannot just grab a loudhailer and bark out orders on dry land. They must get their feet wet too. Hop on the boat and steer it in the right direction.

As the saying goes, “the devil is in the details”, it is crucial that we execute and measure. That’s why we need the Key Performance Index (KPI) because once we know where we want to go, we must reach there and we need accurate measurements for that.

Akhir kata, marilah kita sama-sama merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli” untuk kesejahteraan rakyat. Semoga usaha kita mendapat berkat daripada Ilahi.

Categories
SELANGOR

Selamat Tahun Baru 2015 dari Selangor Kini

new year

Warga Kerja Selangor Kini mengucapkan Selamat Tahun  Baru 2015 kepada semua pembaca portal kami.

Hari ini, kami bertugas dengan separuh tenaga kerja dan esok, kami akan kembali bersiaran dengan laporan berita terkini dan berinformasi.

Terima kasih kerana terus bersama kami dan memberi sokongan.

 

 

Categories
NASIONAL

Mufti: ‘Maaf zahir dan batin’ lebih afdal berbanding ‘salam kosong-kosong’

SHAH ALAM 28 JULAI: “Maafkan saya…kosong-kosong ya”.

Itulah ungkapan yang sering kita dengar dewasa ini setiap kali Syawal menjelma.
Walaupun ungkapan yang dianggap mengikut peredaran masa itu tidak menjadi satu kesalahan untuk diucapkan, namun ia dianggap sebagai satu ‘amalan’ yang longgar jika mengikut syariat Islam sebenar.

selamat-hari-raya-2012-emozacMufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata adalah lebih afdal jika umat Islam bersalaman pada hari raya sambil melafazkan ucapan ‘maafkan saya zahir dan batin’ berbanding hanya’ kosong-kosong’ kerana tidak melambangkan keikhlasan dalam memohon kemaafan.

“Dalam Islam kita panggil musafaha iaitu berjabat tangan sambil kita lafazkan kata meminta maaf dan memohon agar semua kesilapan serta kesalahan kita pada individu tertentu dimaafkan.

“Perkataan maaf itu sebaiknya dilafazkan sebagai tanda kita minta lupakan peristiwa lampau, jangan ada parut sekalipun dan buka lembaran baharu,” katanya dipetik Bernama.

Muhammad menarik perhatian apabila berkata memohon dan memberi kemaafan bukan hanya ketika Hari Raya, sebaliknya amalan mulia itu wajar dilakukan pada setiap masa.

Nabi Muhammad SAW sendiri meminta ampun daripada Allah SWT sebanyak 70 kali setiap hari, kata Mufti Kelantan itu.

EZY