Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Pergiat perkukuh kerjasama tambah baik pendidikan TVET

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Negeri komited mempergiatkan kerjasama dalam pembabitan industri serta menambah baik program dan memperkukuhkan penjenamaan menerusi Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menjadikan bidang kemahiran sebagai cabang pendidikan unggul dengan penyususan pelbagai hala tuju dan strategi dirangka.

Katanya, hala tuju itu akan mampu mengangkat martabat bidang kemahiran dengan lebih tinggi serta menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dalam melahirkan tenaga mahir.

“Belia atau generasi muda merupakan aset penting yang menjadi penggerak dan pemacu kepada kemajuan pembangunan negeri.

“Penguasaan ilmu, kemahiran serta keterampilan bakat belia akan dapat menyerlahkan potensi diri sama ada dari segi kepimpinan, idea dan hasil reka cipta dalam apa jua bidang.

“Oleh itu, segala potensi dan bakat mereka perlu dibangunkan dan dimajukan supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan modal insan berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif terumata mengisi peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada pelajar INPENS bagi pengambilan Januari 2017, baru-baru ini.

Pada masa sama, Ganabatirau memaklumkan sejumlah 3,127 pelajar INPENS sehingga Disember 2016 menerima manfaat dari Kerajaan Negeri menerusi program kemahiran teknikal.

Sehubungan itu, INPENS diharap meneruskan agenda Kerajaan Negeri untuk melahirkan modal insan berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta memiliki sikap positif bagi memajukan diri ke tahap lebih tinggi.

Dalam majlis itu, seramai 307 pelajar diluluskan permohonan untuk mengikuti program terbabit di INPENS.

Beliau turut menasihatkan pelajar diterima mengikuti pelajaran di INPENS, menggunakan peluang diberikan dan berusaha bersungguh-sungguh serta memanfaatkan segala ilmu kemahiran diperolehi sebaiknya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

INPENS konsisten sedia kemahiran teknikal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 APRIL: Kerajaan Negeri terus komited menyediakan peluang pendidikan peringkat kemahiran kepada pelajar dan penggiat industri di Kolej Antarabangsa Inpens di Kuala Selangor.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, kursus sedia ada itu memberi tumpuan kepada pembelajaran kemahiran teknikal sebagai persiapan golongan terbabit mengharungi cabaran sebenar alam pekerjaan.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai keperluan anak Selangor khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti peluang pendidikan peringkat institusi pengajian tinggi.

“Di bawah gerak kerja pembasmian kemiskinan, Kerajaan Negeri menyediakan program ini bagi tujuan pemerkasaan anak muda khususnya lepasan SPM mengikuti pengajian teknikal di Inpens.

“Kursus sedia ada ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri membabitkan pengajiran peringkat teknikal terbuka kepada anak Selangor,” katanya.

Ganabatirau berkata, penubuhan kolej itu sebelum ini juga dilaksanakan sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri menggalakan anak Selangor mendapat pendidikan terbaik selepas tamat persekolahan.

PC (6 of 21)“Kerajaan Negeri juga membantu menaja peringkat pengajian penuh pelajar Inpens selama setahun.

“Keperluan ini menuntut lebih ramai lepasan SPM atau penggiat industri mengambil peluang dan menyertai program ditawarkan,” katanya.

Bidang ditawarkan: Automotif, Elektrik, Elektronik, Kulinari & Pastri, Estetik & Dandanan Rambut, Tekstil & Pembuatan Pakaian, Motosikal, Penyamanan Udara dan Sistem Komputer.

Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di bawah akreditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

No.Telefon: 03-3281 2617/19/21 No. Faks: 03-3281 2625

-AA-

Categories
SELANGOR

Belia India disaran rebut peluang ceburi perniagaan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 FEB: Kerajaan Negeri menyasarkan penglibatan positif masyarakat belia India dalam bidang perniagaan menerusi bantuan kewangan RM1 juta, pada tahun ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, jumlah itu meliputi bantuan sokongan dan kewangan dalam program Hijrah 2017.

“Belia India seluruh negeri dibantu menjana perniagaan masing-masing menerusi program Hijrah di bawah portfolio Exco Amirudin Shari.

“Di bawah program belia dan keusahawanan ini, saya percaya mereka sudah merangka perancangan sebaik mungkin untuk membantu masyarakat India meningkatkan ekonomi,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata, belia India perlu bijak mencipta peluang untuk terlibat sama dalam program berkenaan bagi menambah pendapatan mereka dalam perniagaan.

“Saya yakin kaum India tentunya gembira dengan inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri dan gunalah peluang ini sebaiknya,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

82 peserta terima bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 DIS: Seramai 82 peserta di daerah Petaling dan Klang menerima peralatan bagi memulakan perniagaan melalui bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri, pada tahun ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, ia bagi membantu golongan kurang bernasib baik menjana pendapatan tambahan, sekali gus mengurangkan kadar kesmikinan negeri.

Katanya, penyerahan 93 peralatan itu membabitkan peruntukan RM245,700.

“Saya berharap bantuan ini mampu menjana dan meningkatkan pendapatan keluarga ke arah mewujudkan kehidupan yang sejahtera,” katanya ketika menyerahkan bantuan terbabit, baru-baru ini.

2-ganaAntara peralatan yang diberikan ialah ketuhar gas, mesin pengisar cili industri, mesin jahit tepu industri, mesin pengadun tepung, mesin jahir berkomputermatik, gerai burger bergerak, mesin tebu beroda, mesin pengadun tepung dan peti sejuk beku.

Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor bertujuan menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin yang diperlukan berdasarkan perusahaan dan perniagaan yang sedang dijalankan.

Program itu membabitkan golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahan dalam bidang seperti jahitan, perniagaan runcit, perniagaan makanan, pengasuh kanak-kanak, perusahaan kecil dan kraftangan.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Isu tanah Kampung Sungai Yu selesai

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 OKT: Isu pembahagian tanah bagi kuota kaum India di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor yang berlarutan sejak 1990-an berjaya diselesaikan apabila 175 lot tanah diagihkan mengikut syarat dan prosedur ditetapkan.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, 153 lot diagihkan kepada kaum India, 22 lot kepada keluarga Melayu, sementara dua lagi kepada kaum Cina yang juga peneroka asal kawasan itu.

Katanya, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan jawatankuasa dipengerusikan Pejabat Tanah dan Galian dan disertai Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ahli Majlis juga wakil Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang.

“Antara syarat utama dikenakan adalah pemohon mestilah tidak memiliki tanah sebelum ini, pendapatan kurang RM3,000, berumur 30 tahun ke atas, sudah berkahwin dan orang asal Kuala Selangor.

“Bagaimanapun, syarat ini tidak terpakai kepada orang yang sudah mengusaha tanah ini bertahun lamanya sejak 90-an lagi,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, ADN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyarankan Kerajaan Negeri supaya menjelaskan kekeliruan beberapa isu yang dibangkitkan berkenaan perkara itu.

Antaranya pertikaian ahli majlis yang dikatakan turut mendapat tanah di kampung terbabit.

img_9071Pada masa sama, Ganabatirau berkata, sebidang tanah di kampung itu berjaya diwartakan sebagai tapak kuil bagi kemudahan penduduk.

Katanya, ia ekoran salah seorang pemohon yang terpilih yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor menolak pemberian tanah itu walaupun beliau menghantar permohonan sejak 1990-an.

Ketika mengulas sejarah pembahagian tanah Kampung Sungai Yu, Ganabatirau berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini sudah mengenal pasti tiga tapak untuk diagihkan kepada kaum Melayu, India dan Cina.

“Pembahagian kuota kaum Melayu dan Cina berjaya diselesaikan, sementara pembahagian bagi kaum India tergendala ekoran timbul perbalahan pemimpin parti MIC ketika itu.

“Mereka mempunyai perbezaan pendapat dengan cuba menjadikan hak milik tanah itu untuk mereka dan bukan dipecahkan kepada lot,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Selangor anjur festival rakyat, medium perkenal program MES

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 SEPT: Festival rakyat, Selangor Feast 2016 dianjurkan ke seluruh negeri membabitkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal diadakan, bermula September hingga Disember ini.

Program di bawah gerak kerja, Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau itu dilaksanakan sebagai inisiatif memperkenalkan program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) kepada rakyat seluruh negeri.

“Penganjurannya juga bertujuan memupuk semangat muhibah masyarakat setempat dengan PBT serta memperkenalkan produk Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Kita juga mahu mewujudkan peluang ekonomi masyarakat setempat serta membantu golongan muda dan masyarakat kurang bernasib baik menerusi bantuan juga sumbangan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

IMG_0674Katanya, penganjuran itu turut memfokuskan pameran daripada agensi kerajaan, syarikat milik Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan (NG0).

Festival itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan selebriti tempatan dan artis budaya PBT seluruh Selangor bagi menarik golongan muda untuk turut sama memeriahkan program tersebut.

“Program ini tidak mencakupi aspek politik kerana sasaran kita untuk menghidupkan ‘mood’ karnival kepada pengunjung. Kita berharap rakyat memahami usaha Kerajaan Negeri untuk terus memperkenalkan pelbagai program dan produk kita demi kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan itu, penganjuran festival berkenaan disokong sepenuhnya Usahawan Koperasi Selayang Berhad menerusi penglibatan 60 sekretariatnya di setiap lokasi karnival.

Dijangka, sejumlah peruntukan RM180,000 diperuntukan Usahawan Koperasi Selayang Berhad bagi penganjuran festival di setiap lokasi.

Festival bermula di Pantai Bagan Lalang (Majlis Perbandaran Sepang) pada 16 hingga 18 September, Stadium Kajang (Majlis Perbandaran Kajang), 27 hingga 30 Oktober dan Stadium Pandaramaran (Majlis Perbandaran Klang), 24 hingga 27 November ini.

Seterusnya, festival itu diadakan di Padang Awam Batu Caves (Majlis Perbandaran Selayang), 24 hingga 27 November ini sebelum kemuncak program di Stadium Shah Alam (Majlis Bandaraya Shah Alam) pada 26 Disember hingga 1 Januari 2017.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kampung Seri Aman: MIC jangan cuba jadi hero

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Tindakan pemuda MIC yang menyerahkan memorandum dengan mendakwa Kerajaan Negeri mengabaikan nasib penduduk Kampung Seri Aman disifatkan sebagai usaha ‘menjadi hero’ menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata Kerajaan Selangor sudah menyerahkan tapak rumah gantian beserta tapak pertanian kepada penduduk sejak 2013.

DSC_7864Katanya, Kerajaan Negeri hanya mengarahkan empat rumah dikosongkan kerana ia dibina di atas rizab jalan dan bagi memberi laluan kepada pembinaan Rumah Selangorku.

“Projek Rumah Selangorku ini sudah diluluskan sejak awal 2016 lagi. Kita sudah memberikan notis pertama kepada rumah ini sejak Julai 2014 dan kedua pada Januari 2016.

“Walaupun kita sudah memberikan geran tapak gantian, namun mereka berkata tiada ukuran halus tapak diberikan kepada mereka.

“Kerajaan Negeri mengeluarkan kos RM477,000 kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk membuat ukuran halus,” katanya kepada Selangor Kini.

CP2A5585Beliau mendakwa MIC cuba memainkan isu agama dengan mengaitkan perobohan tiga ‘Shrine’ yang dikatakan sebagai kuil namun statusnya sudah dinafikan Hindu Sanggam Kuala Selangor.

“Kita sudah memberikan tanah gantian. Kalau MIC benar-benar ingin bantu, mereka sepatutnya meminta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk bina semula rumah penduduk dan bukannya memainkan isu agama serta kaum untuk memburukan Kerajaan Pakatan,” katanya.

Mengulus berkenaan kandungan memorandum yang diserahkan Pemuda MIC semalam, beliau berkata ia akan dipanjangkan kepada pejabat Menteri Besar sebelum memanggil mesyuarat susulan.

-AA-

Categories
SELANGOR

Sambutan Perayaan Vaisakhi jadi acara tahunan erat perpaduan

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 8 MEI: Sambutan Perayaan Vaisakhi anjuran Kerajaan Selangor bakal menjadi acara tahunan bagi mengeratkan lagi sesama kaum di negeri itu disamping mempelajari keunikan budaya serta perayaan masyarakat Sikh.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata beliau yakin sambutan diraikan itu mengukuhkan perpaduan kaum kerana Kerajaan Negeri yakin sokongan padu diterima daripada masyarakat.

Perayaan Vaisakhi“Tahun lalu kita meluluskan peruntukan sebanyak RM44,000 di bawah peringkat jawatankuasa dan tahun ini peruntukan itu meningkat kepada RM54,000.

“Tahun ini juga kita membawa perkara itu dalam mesyuarat exco untuk memasukkan perayaan ini dalam kalender negeri dan menjadikan ia sebagai sambutan setiap tahun.

“Selain itu, persiapan pada tahun ini juga lebih baik berbanding tahun lalu dan sambutannya lebih meriah walaupun hujan lebat,” Katanya sewaktu Sambutan Hari Perayaan Vaisakhi 2016, di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.

Turut memberikan kerjasama dalam menganjurkan perayaan itu adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Selangor Sikh Association, Gurdwaras Council Selangor dan NGO Sikh Selangor.

Tambahnya lagi, Selangor Sikh Association juga ada membangkitkan isu tanah apabila perkara itu dibawa ke pejabat beliau dan ia masih dalam penelitian Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sementara itu, isu tentang tapak Pembinaan rumah ibadat Gurdwara di Kalumpang, Kuala Kubu Bharu diluluskan dan kini proses sedang berjalan.

“Walaupun komuniti Punjabi kecil tetapi masyarakatnya dinamik dan aktif dalam melaksanakan sesuatu perkara,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu, Ahli Parlimen Puchong, Gonbind Singh.

EZY

Categories
SELANGOR

Harga syiling dinaikan, rumah bantuan terus dibina

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 MAC: Harga siling pembinaan Rumah Bantuan Kerajaan Prihatin sedang dalam perancangan dinaik supaya memudahkan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan terbabit.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata sehingga kini, ia dalam proses penyediaan kertas kerja untuk dinilai Pegawai Kewangan Negeri.

DNS 2016“Pejabat Tanah dan Daerah mencadangkan sesebuah syarikat kontraktor untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 10 buah rumah kerana ia mudah bagi mereka melarasakan bajet dan kewangan.

“Kontraktor sukar melaksanakan pembinaan dengan harga siling (ditetapkan) sebelum ini ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkidmatan (GST),” katanya yang menjawab soalan Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara).

Ganabatirau (DAP- Kota Alam Shah) berkata, harga siling yang ditetapkan sebelum ini adalah RM25,000 bagi rumah dua bilik dan RM35,000 bagi rumah tiga bilik.

“Mereka yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Daerah dan Ketua Kampung perlu membuat siasatan tidak lebih dua bulan.

“Mesyuarat akan membawa kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan proses membuat keputusan memakan masa tiga bulan sebelum melantik kontraktor,” katanya.

Pada masa yang sama, Ganabatirau memaklumkan seramai 1,316 penerima menerima rumah bantuan dan baik pulih dari tahun 2008 hingga 2015.

“Ia membabitkan Klang (181), Petaling (61), Kuala Langat (200), Hulu Langat (84), Sabak Bernam (240), Kuala Selangor (259), Gombak (1060), Hulu Selangor (8) dan Sepang (97).

“Manakala penerima yang lulus menerima bantuan rumah prihatin dari 2013 hingga 2015 sebanyak 372 penerima yang membabitkan Melayu (311 orang), Cina (25 orang) dan India (36 orang).

-nR-

Categories
SELANGOR

Mesyuarat khusus selesai isu Ladang Sungai Belata

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MAC: Mesyuarat khusus bersama agensi kerajaan bakal diadakan bagi menyelesaikan masalah bekas pekerja Ladang Sungai Belata ditipu pemaju sejak 23 tahun lalu.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata mesyuarat itu diadakan dalam tempoh terdekat.

GANABATIRAU“Kerajaan Negeri mengetahui perkara terbabit pada 26 Februari lalu selepas pekerja membuat laporan polis dan kes ini sedang dibawa ke mahkamah.

“Jadi, mesyuarat bersama agensi kerajaan dan pihak terbabit diadakan bagi menangani masalah ini,” katanya menjawab soalan mulut ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada masa sama, Ganabatirau yang juga ADN Kota Alam Shah, berkata Kerajaan Negeri melalui Estate Land Board mengambil perhatian isu berkenaan pembangunan ladang.

“Bagaimanapun, perubahan enakmen atau bantuan kepada pekerja ladang terbabit dibincangkan lebih lanjut di peringkat Exco,” katanya.

Kee Hiong sebelum itu bertanyakan usaha Kerajaan Negeri membantu bekas pekerja Ladang Sungai Belata ditipu pemaju sejak 23 tahun lalu dan langkah diambil Kerajaan Negeri bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

-AA-

Lebih 3,000 belia terima manfaat tajaan program kemahiran teknikal

Lebih 3,000 belia Selangor peroleh manfaat tajaan program teknikal di Kolej Antarabangsa INPENS

Categories
SELANGOR

Doktor didakwa cabul ‘Miss T’ disiasat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 OKT: Tindakan polis segera menyiasat dakwaan cabul seorang wanita di klinik kerajaan selaras dengan gesaan Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata kes disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Klinik terbabit juga sedang menjalankan siasatan dan ia tidak boleh didedahkan, lapor Malaysiakini.

GANABATIRAUSemalam, SelangorKini melaporkan Ganabatirau yang juga Adun Kota Alam Shah menggesa polis tidak menangguh siasatan berkenaan kes pencabulan wanita yang dikenali ‘Miss T’.

Beliau berkata, laporan polis sudah dilakukan mangsa pada 8 Oktober lalu, namun tiada tindakan susulan seperti mendapatkan keterangan daripada mangsa mahupun doktor merawatnya.

“Laporan polis dibuat semasa hari kejadian, namun mereka tidak menunjukkan minat menyiasat kes itu.

“Klinik juga seperti lepas tangan dan tidak mengendahkannya.

“Kebenaran perlu diketahui dan siasatan segera harus dilakukan,” katanya dalam satu perkongsian video di Facebook.

MISS TTerdahulu, ‘Miss T’ mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki ketika mahu mendapatkan rawatan batuk dan sakit kepala di Klinik Kerajaan Bandar Botanic, Klang.

Beliau mendakwa doktor terbabit yang mahu memeriksa pernafasan bertindak meraba buah dadanya selama beberapa minit.

-nR-