Categories
SELANGOR

Pejabat Daerah Kenalpasti Mangsa Banjir

 

SHAH ALAM 07 NOV : Kerajaan Negeri sudah mengarahkan Pejabat Daerah untuk mengenal pasti mangsa yang layak menerima bantuan mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah peruntukkan untuk mangsa bencana itu akan diumumkan kelak.

“Setakat ini, Pejabat Daerah sudah mengenal pasti mangsa itu dan peruntukkan bantuan itu akan disalurkan dalam masa terdekat ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini.

Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri sudah memanggil pihak perancang bandar dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk menjalankan beberapa perancangan untuk menangani masalah itu.

Katanya, pelan tindakan itu merangkumi tiga kategori antaranya tempoh jangka masa pendek dan sederhana serta jangka masa panjang.

?Kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang berkemungkinan akan berlaku banjir, pegawai daerah bersama beberapa jabatan lain ditugaskan untuk mengadakan mesyuarat setiap minggu untuk menjalankan kajian berhubung pelan tindakan itu,? katanya.

Ia termasuk langkah yang akan dilakukan sekiranya banjir berlaku, kelulusan pelan pembangunan yang akan dilakukan dan pelan jangka masa panjang yang melibatkan pelebaran sungai, saliran dan pembinaan takungan air.

Baru-baru ini lebih 1,000 penduduk di sekitar Sepang, Klang dan Kuala Langat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir yang disediakan ekoran tempat tinggal mereka yang dinaiki air.

Leave a Reply

Your email address will not be published.