Categories
NASIONAL

PKR Lancar Laman Web www.demirakyat.my Untuk Bekalkan Maklumat

PETALING JAYA,8 NOV : PKR melancarkan laman sesawang khas untuk Pilihanraya Umum ke-13 sebagai usaha memudahkan komunikasi dengan para pengundi dan menjana tenaga untuk membantu PKR dan Pakatan Rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakyat boleh melayari web itu di www.demirakyat.my bagi membolehkan rakyat mengetahui lebih lanjut tentang usaha parti dalam menghadapi pilihanraya terutamanya melibatkan jentera pilihanraya di peringkat nasional dan kawasan.

“Demirakyat.my akan membolehkan semua rakyat memainkan peranan dalam usaha parti memenangi kerusi-kerusi merentasi persekutuan,” kata beliau.

Nik Nazmi berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Kata beliau, laman ini dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan baru untuk bayaran secara kad kredit atau menggunakan kaedah lain bagi memastikan segala sumbangan dijana secara langsung kepada gerak kerja pilihanraya.

“Laman ini juga merupakan satu panggilan untuk kita semua bertindak dan dikemaskini setiap hari disamping turut memperkenalkan semua calon PKR yang akan bertanding dalam ke pilihanraya umum nanti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.