Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar Sedia Beri Kerjasama Kepada RCI Sabah

DSAI PC Mingguan HQ PKR 01

PETALING JAYA, 23 JAN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) berhubung isu pendatang asing di Sabah yang diberikan kerakyatan bagi membolehkan mengundi dalam pilihan raya.

DSAI PC Mingguan HQ PKR 03Tegasnya, beliau tidak mempunyai sebarang peranan dalam perkara berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ia boleh disemak berdasarkan rekod melalui Ketua Setiausaha Negara untuk mengenalpasti menteri yang terlibat.

“Saya tidak ada masalah sama sekali.

“Boleh semak semua fail dan ketika saya menjadi pemangku (Perdan Menteri) saya tidak terlibat sama ada hadir dalam mesyuarat atau taklimat mengenai pemberian kerakyatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

DSAI PC Mingguan HQ PKR 02Anwar juga menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membiarkan proses pemberian kerakyatan diteruskan pada masa kini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Anwar memberitahu perkara sebenar mengenai kes berkenaan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.