Categories
NASIONAL SELANGOR

MPKj Guna Kaedah Siasatan Dalaman Terhadap Pekerja Terlibat

PC EXCO Jan 2013 MB 03

SHAH ALAM, 23 JAN : Kerajaan Negeri hari ini memaklumkan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang pekerjanya yang mengeluarkan arahan kepada sebuah kuil di Pekan Bangi Lama supaya mengurangkan bunyi bising.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu diambil kerana menjaga ‘adab’ di antara Kerajaan Negeri dan individu yang diambil bekerja.

“Kita mempunyai Akta Industri dan kalau pekerja itu dikatakan salah, kita mesti adakan ‘domestic enquiry’. Penjagaan pekerja itu sangat penting. Seorang yang menjadi majikan tidak boleh hanya buang kerja atau gantung.

“Proses ini sudah berjalan dan tidak boleh dijadikan forum perbincangan untuk orang luar kerana ini adalah kes peribadi antara seorang pekerja dengan majikannya. Kita tidak tahu hasil daripada usaha tersebut,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan susulan ke atas pegawai yang terbabit mengeluarkan arahan kontroversi itu kepada Sri Maha Mariamman pada 8 Januari lalu.

Notis tersebut yang mengarakan kuil berkenaan supaya bunyi bising dan menghentikan aktiviti keagamaan selepas jam 6 petang itu bagaimanapun dibatalkan pada minggu lalu.

Abdul Khalid ditanya demikian susulan tuntutan dariapada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mahu Kerajaan Negeri mengambil tindakan serius bagi mengelakkan insiden seperti itu tidak berulang di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.