Categories
SELANGOR

Tapak sampah haram bakal dirampas dan disita – LENSA

Sinopsis:

Tapak pembuangan sampah haram wujud di kawasan Johan Setia berhampiran dengan kediaman penduduk. Masalah ini mengundang rasa tidak senang di kalangan penduduk. Adun Sri Muda dan pihak Majlis Perbandaran Klang melawat ke tempat kejadian.

Layari http:www.selangorkini.net

Jelajah Kasih Ramadan MPSJ 2013 – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengadakan program amal meraikan seramai 42 orang anak-anak yatim dari Baitul Hidayah. Anak-anak yatim ini turut dibantu membeli belah pakaian raya oleh puspanita MPSJ serta sukarelawan belia MPSJ bagi meringankan beban golongan yang tidak bernasib baik ini.

Sumbangan ini diusahakan oleh MPSJ dan beberapa badan koperat serta swasta.

Program amal yang telah bermula sejak 2007 ini merupakan antara usaha MPSJ ke arah mengujudkan pembangunan masyarakat Madani penduduk setempat.

Categories
SELANGOR

Tautan Kasih MBPJ – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengimarahkan bulan Ramadan kali ini bersama penduduk setempat dengan program silaturrahim dan tautan kasih dengan memberikan buah kurma sebagai tanda penghargaan.

Majlis dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Bt Ahmad serta Ahli-ahli majlis dan Pegawai-Pegawai kanan MBPJ.

Categories
SELANGOR

Kebakaran Di Johan Setia – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Kebakaran hutan tanah gambut yang seluas 6.4 hektar dipercayai berpunca daripada membakaran yang sengaja dilakukan. Tujuan pembakaran tersebut dipercayai bagi mengembalikan kandungan baja didalam tanah.

Walaupun tindakan tersebut dianggap baik bagi tujuan pertanian namun kesan dari pembakaran ditanah gambut tersebut boleh mengundang kebakaran yang besar sekiranya tidak di pantau.

Ini di sebabkan kawasan tanah gambut mempunyai struktur tanah yang kering dan tidak menyimpan air. Ini memudahkan berlaku kebakaran. Tindakan tidak bertanggunjawab didakwa dilakukan oleh penanam-penanam nenas yang mengusahakan tanaman tersebut di kawasan ini.

Ops Tunda Kereta Bersama MPK – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Bahagian penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang MPK mengkompaun pemandu kereta yang meletakkan kenderaan dikawasan yang menghalang lalulintas dikawasan Bandar Baru Klang.

Walaupun banyak usaha penambahbaikan dilakukan oleh MPK namun sikap pentingkan diri dikalangan segelintir pemandu menyebabkan tindakan terpaksa diambil bagi memastikan lalu lintas sekitar bandar Klang berjalan lancar

Categories
SELANGOR

Kebakaran Tanah Gambut Di Kampong Johan Setia – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Kawasan Hutan di Kampong Johan Setia di Klang ini merupakan kawasan tanah gambut yang mudah terbakar apabila musim kering disebabkan tanahnya tidak mampu menyimpan air.

Kawasan tanah gambut juga berkebolehan menyimpan bara api dibawah permukaan tanah walaupun dipermukaan atasnya tidak meninggalkan sebarang kesan kewujudan api.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kes Nik Nazmi : Akta Perhimpunan Aman Patut Dicabar

nik nazmi dakwa mahkamah 01

SHAH ALAM 21 MEI : Gerakan Mansuhkan ISA menyokong tindakan Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mencabar Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) di Mahkamah Tinggi.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata langkah tersebut perlu kerana ada peruntukan dalam akta tersebut yang cuba menghadkan Perkara 10 Perlembagaan yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Dari segi perhimpunan aman, sebelum digubalkan akta ini sudah ada banyak persoalan yang timbul.

?Iaitu sama ada ianya memberi kemudahan kepada rakyat mengadakan perhimpunan secara aman ataupun ianya sebenarnya menyulitkan lagi.

?Soal perhimpunan aman sebenarnya adalah selari dengan Perlembagaan Perkara 10 memang ada hak untuk rakyat berhimpun. Tapi dari segi mekanisma ia ditinggalkan.”

PAA adalah undang-undang yang mengatur tunjuk perasaan aman di Malaysia.

PPA menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dan menuntut penganjur perlu menyerahkan notis kepada polis dalam masa 10 hari sebelum tarikh berhimpun.

Notis itu kemudian akan dijawab dalam masa lima hari, memberitahu had-had dan syarat-syarat yang dikenakan keatas perhimpunan tersebut.

PAA dibidas kerana ia mengizinkan penguasa untuk membanteras penganjuran himpunan aman, dan bukan mempertahankan hak untuk menunjuk perasaan secara aman yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan.

Nik Nazmi minggu lalu didakwa di bawah akta berkenaan minggu lalu kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan ‘Blackout 505’ di Kelana Jaya, 8
Mei lepas.

“Masalahnya apabila perlu diberi notis sepuluh hari ada pula syarat yang tertentu. Seolah-olah walaupun dalam suasana dulu tu perlu satu kebenaran.

?Dulu ada permit sekarang tak perlu ada permit. Ada had-had yang lain.

?Oleh kerana itu cabaran yang dibawa oleh Yb Nik Nazmi tu ada kebenaranya supaya mencabar samada akta itu mungkin bercanggah dengan perlembagaan,” kata Syed Ibrahim lagi.