JURNAL BERITA- MB: Tiada catuan air di Selangor walaupun musim panas

1. Twit MB keluar parti palsu, dibuat pihak tak bertanggungjawab

2. MB: Tiada catuan air di Selangor walaupun musim panas

3. MB: Kejayaan struktur air jamin kadar tarif tidak naik 4 tahun lagi

4. Sabotaj air: Polis patut tingkat pengawasan, salur maklumat dalang kepada pihak berkuasa

5. Majoriti rakyat kecam tindakan sabotaj air, susahkan pengguna Lembah Klang

6. Selangor catat lebih 30 kematian akibat denggi hingga 31 Julai

7. Kes Denggi meningkat 338%, tingkat waspada

8. MBPJ: 590 serbuan banteras pusat siber & kafe haram

9. Kerajaan pusat perlu serius laksana insentif cuti umum

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid sedia disiasat, cadang PKR lapor segera kepada SPRM

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 OGOS : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memberi sepenuh komitmen dan kerjasama jika siasatan dilakukan terhadapnya berhubung salah laku membabitkan urus niaga jualan tanah di Selangor.

Sambil menafikan dakwaan berkenaan, beliau yang juga Menteri Besar Selangor turut mengingatkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution dan kepimpinan parti yang lain supaya berhati-hati dalam membuat sebarang tuduhan atau kenyataan.

Katanya, tuduhan salah laku itu perlu dipandang serius dan beliau berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah berkenaan.

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 03“Jika Saifuddin yakin beliau berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia, selain mendedahkan jika ada bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

“Kegagalan beliau dan rakan dalam PKR untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Khalid turut berazam meneruskan keupayaan dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor secara telus, bertanggungjawab dan baik.

PKR hari ini mendakwa Abdul Khalid terbabit dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.

saifudin-_3Saifuddin berkata, urusan jualan itu berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Abdul Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.

“Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta ringgit yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama,” katanya di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau mendakwa Eco World memperoleh 308.7 ekar tanah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada Kerajaan Selangor, pada April 2013.

Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku, pada 19 Mac lalu selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Abdul Khalid pada Februari lalu.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Abdul Khalid: “Saya mengalu-alukan siasatan terhadap dakwaan salah laku”

Oleh: TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

Categories
SELANGOR

Poll: 62% mahu Khalid dilantik MB semula jika DNS bubar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JULAI: 61.85 peratus pembaca portal Astro Awani, www.astroawani.com mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor jika mereka diberi mandat semula melalui satu Pilihan Raya Negeri.

Undian yang dilancarkan sejak kelmarin itu juga menunjukkan 9.07 peratus memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 4.62 peratus memilih Iskandar Samad (ADUN Cempaka) dan 4.58 peratus lagi Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa).

Sementara itu, 19.94 peratus lagi menjawab ‘bukan yang di atas’ bagi soalan ‘siapa patut jadi MB Selangor’ (jika DUN Selangor bubar) itu.

.Bagi soalan ‘adakah wajar bagi DUN Selangor dibubar untuk mendapat mandat baru rakyat’ sebanyak 65.68 peratus menjawab tidak perlu berbanding 34.32 peratus lagi bersetuju dibubarkan.

Sementara itu, bagi soalan ketiga pula 50.52 peratus percaya Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah selepas sambutan Aidilfitri kali ini berikutan kemelut Menteri Besar Selangor itu berbanding 31.72 peratus menjawab ‘tidak’ dan 18 peratus lagi tidak tahu.

Undian berkenaan adalah tinjauan umum kedua dijalankan sejak tercetusnya kemelut kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

jiwa rakyat aSebelum ini, kedudukan terkini ‘polling’ yang dijalankan poll.pollcode.com sejak 23 Julai lalu, seramai 5,758 atau 82 peratus memilih Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor berbanding seramai 661 orang atau sembilan peratus mahukan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

Keputusan terkini itu menunjukkan peningkatan sokongan terhadap Abdul Khalid apabila 2,983 undi memilih beliau setakat jam 9.00 pagi, pada 24 Julai lalu.

Keputusan terkini juga menunjukkan seramai 126 orang atau dua peratus dalam ‘polling’ sama pula memilih Mohamed Azmin dan 499 (7 peratus) lagi memilih DUN Selangor dibubarkan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Terima kasih MB kepada PAS dapat 12,000 ‘like’ dalam masa 3 jam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pendirian Presiden PAS yang mahukan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid di status akaun rasmi laman sosial facebook berkata, sokongan yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat bermakna kepada Selangor.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor hingga akhir penggal.

khalid“Sokongan ini amat bermakna kerana sesungguhnya Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik stabil.

“Saya bersama barisan Exco akan memastikan slogan Pilihan Raya Umum ke-13 iaitu ‘meneruskan kecemerlangan’ terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan,” katanya.

Status ucapan terima kasih Abdul Khalid itu menarik minat pemilik akaun facebook dengan mendapat 12,000 ‘like’ dan terus bertambah hanya dalam masa kurang empat jam.

Sementara itu status sama turut menerima lebih 1,000 komen yang majoritinya membayangkan perasaan lega terhadap pendirian Abdul Hadi itu.

Pengguna Facebook Khairi Khalid berkata, “MB terbaik pernah Selangor miliki” dan Izara Raffaley berkata “saya orang Selangor sokong Tan Sri. Banyak manfaat Tan Sri bagi pelajar macam saya”.

A.n. Ihsan pula menulis “we need more politician like him” dan Mohd Hasli Alias berkata “yesss!!! Kami rakyat Selangor tak kira pandangan politik mahukan Tan Sri Khalid terus menerajui Selangor” dan pelbagai komen positif dilontarkan.

Semalam, Abdul Hadi berkata kepda BERNAMA, beliau menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor kibar bendera separuh tiang hormati jenazah nahas MH17

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 25 JULAI: Selangor bakal mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung sebaik jenazah mangsa nahas pesawat MH17 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan, perkara itu sudah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Kerajaan Selangor sudah mendapat perkenan DYMM Sultan supaya apabila mayat mangsa MH17 sampai di KLIA, kita akan mengibarkan bendera setengah tiang sebagai menyatakan rasa sedih dan tanggungjawab kepada semua yang meninggal dunia akibat tragedi itu,” katanya.

mh066Sultan Selangor sebelum ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas kapal terbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 yang terhempas di Timur Ukraine dan mengakibatkan 298 orang terkorban termasuk anak kapal.

Baginda berdoa supaya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam insiden berkenaan diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Allah SWT.

Abdul Khalid sebelum itu merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aldilfitri peringkat Negeri Selangor 2014 anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor.

Beliau menyampaikan beberapa topi keledar dan baju pantulan cahaya kepada penunggang motosikal sebagai simbolik perasmian serta sumbangan Aidilfitri di Tol Sungai Balak.

khalidDalam ucapannya, beliau menyeru supaya budaya pemanduan berhemah dapat dijadikan sebagai amalan kehidupan harian.

“Alhamdulillah, menurut statistik kemalangan jalan raya dari IPK Selangor, jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini didapati menurun pada Jun lalu iaitu 11,190 kes berbanding Mei lalu dengan 11,774 kes.

“Bagaimanapun, jumlah mangsa yang terkorban di jalan raya meningkat daripada 90 orang pada Mei lalu kepada 105 orang pada Jun lalu,” katanya.

Sementara bagi kemalangan di daerah, Kajang mencatatkan kematian tertinggi dengan 13 kematian diikuti Klang Selatan dengan 12 kematian, manakala Ampang mencatatkan satu kematian bagi laporan statistik kemalangan jalan raya bagi Jun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pertukaran jawatan MB perlu surat persetujuan 3 pimpinan parti PR

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG, 25 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pertukaran beliau dari jawatan Menteri Besar memerlukan surat persetujuan daripada tiga pemimpin tertinggi parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan perlu dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor.

Katanya, perkara itu pernah dilakukan ketika beliau dilantik menjadi Menteri Besar buat pertama kali pada tahun 2008 dan 2013.

“Ketika dicadangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar pada 2008, saya diminta Tuanku Sultan untuk membawa tiga surat dari PR bukan satu surat.

Abdul Khalid“Setiap surat itu ditandatangani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Presiden PAS dan Setiausaha Agung DAP.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), saya juga mengadap Tuanku Sultan dan baginda menerima pelantikan yang dibuat apabila menerima tiga surat yang berasingan iaitu surat daripada Presiden PAS, Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP.

“Apa yang saya ingin tunjukkan bahawa pelantikan Menteri Besar bukan dibuat satu parti sahaja tetapi tiga parti dari PR. Apabila disatukan maka menjadi PR dan menguasai Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Abdul Khalid Ibrahim turut mengulangi kenyataan beliau bahawa penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.

pakatan selangorMajlis Pimpinan PR menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada 23 Julai lalu.

Perkara terbabit diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PAS dan DAP masing-masing akan bermesyuarat berkenaan perkara itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

EKSKLUSIF: Kemelut kerusi MB jejaskan sokongan PRU 14

Oleh NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 25 JULAI: Prestasi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 bakal terjejas jika kemelut penukaran Menteri Besar Selangor tidak dijalankan secara tertib.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu individu yang akan mengepalai pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab, tentulah ia menjejaskan bukan sahaja Pakatan di Selangor tetapi (keseluruhan) Pakatan pada PRU-14.
Abdul Khalid“Saya berdoa dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab, mengikut lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.
Beliau berkata, semua pihak mesti menerima hakikat betapa  Selangor ada tatacara pelantikan yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.
“Rakyat perlu meneliti dengan penuh bertanggungjawab dan jangan pula mengikuti berita fitnah ataupun berita tidak benar
“Sudah tentu Kerajaan Negeri dan pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan mengikuti tatacara itu dengan penuh tertib dan penuh bertanggungjawab,” katanya.
MB Khalid Ibrahim Rakyat 01Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Selangor Kini baru-baru ini sempena sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata, corak pentadbiran sedia ada disokong rakyat berdasarkan peningkatan jumlah kerusi Pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.
Katanya, Pakatan mengukuhkan kedudukan sebagai kerajaan dengan majoriti dua pertiga apabila menang 44 berbanding 36 kerusi kerusi pada 2008, daripada keseluruhan 56 kerusi.
“Ini adalah pilihan rakyat. Oleh sebab itu, PKR perlu meneliti dari segi pemilihan rakyat,” katanya.

JURNAL BERITA- Abdul Khalid: “Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB”

1. Abdul Khalid: “Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB”

2. Sultan Selangor rasmi Masjid Kampung Assam Jawa bernilai RM3 juta

3. Isu MB Selangor: DAP & PAS buat keputusan selepas Aidilfitri

4. JAIS kesan 3 ajaran sesat di Kuala Selangor

5. PKR: Hentikan sebar maklumat palsu & budaya politik kuno

6. ABIM: Radio & TV perlu kurangkan aktiviti hiburan, utamakan program kerohanian

7. Syabas rugi RM109,000 penyambungan paip haram di Jalan Kebun

8. MH17: 1,000 sambut ketibaan kumpulan mayat pertama di Belanda

9. 300 topi keledar diedar terap pengguna utamakan keselamatan jalan raya

10. AKTIVITI YB: 500 peserta meriahkan Jom Shopping Aidilfitri DUN Dusun Tua

Categories
SELANGOR

Poll: 80% pilih Abdul Khalid kekal jawatan MB

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri Besar.

Melalui satu ‘polling’ yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.

polltskiSetakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Dengan ‘caption’ Suara Rakyat Selangor, undian itu turut meletakkan tiga pilihan lain iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali dan pilihan terakhir iaitu semua DUN dibubarkan.

Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11%), Azmin 75 (2%) sementara 241 lagi (7%) memilih untuk DUN Selangor dibubarkan.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR memutuskan memilih Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk melengkapkan ‘Langkah Kajang’ bagi menggantikan Abdul Khalid, pada 21 Julai lalu.

Khalid-Ibrahim-SELANGORPengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menerima reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.

Tinjauan Selangor Kini semalam mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai ‘track record’ cemerlang dan bersih sehingga kini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: “Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 24 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar,” katanya.

mbAbdul Khalid berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.

Ketika ditanya isu desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan beliau meletak jawatan, Abdul Khalid memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama dalam masa terdekat.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberitahu PAS dan DAP akan membawa cadangan PKR bagi menggantikan Abdul Khalid kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor rakam takziah nahas MH17, ambil tindakan tegas pada dalang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine, lewat malam tadi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tragedi kali ini dirasakan begitu menyedihkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini tidak ditemui.

Katanya, diharap tragedi itu tidak melemahkan semangat kakitangan terutama anak kapal MAS untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang bagi mengekalkan nama baik syarikat itu di peringkat antarabangsa.

“Salam takziah kepada warganegara Malaysia, Belanda, Australia, Kanada, Indonesia dan beberapa negara lain yang terbabit dalam kemalangan pesawat MH17 yang terhempas. Masyarakat Malaysia perlu bertenang, tabah dan kuat bagi menghadapi situasi menyedihkan ini.

MH17 a“Bagi umat Islam, kejadian berlaku pada bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkat mengajar kita semua bersabar serta menerima ketentuan ini dengan penuh redha,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Abdul Khalid juga berharap Kerajaan Pusat akan menggesa tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

“Kita juga mengharapkan Kerajaan Malaysia menghantar mesej yang kuat kepada masyarakat antarabangsa supaya pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi ini menerima hukuman setimpal dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

khalid songkok dunPesawat MH17 dilapor ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia di Timur Ukraine dan mengorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal yang kebanyakannya warga Belanda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media pertama di Putrajaya awal pagi tadi mahu pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan jika benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

-NFN-