Categories
NASIONAL

Kes APA, kerajaan tidak patut bazir wang rakyat

SHAH ALAM, 7 MEI: Kerajaan Pusat tidak perlu membazirkan wang rakyat dengan mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dengan pertuduhan sama selepas ditolak, 12 hari lalu.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata seseorang itu tidak boleh didakwa dengan kesalahan yang sama jika beliau dibebaskan mahkamah dan hal itu menyebabkan Nik Nazmi dikenakan pendakwaan dua kali.

Nik Nazmi, 32, pada awalnya didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa gagal memberi notis sepuluh hari kepada polis sewaktu penganjuran himpunan ‘Black 505’, tahun lalu.

niknazmiBeliau dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan, pada 25 April lalu dan dibebaskan sekali lagi oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas beliau didakwa semula.

“Ia tidak kena daripada segi undang-undang untuk mendakwa beliau semula dengan tuduhan sama. Perkara itu membazirkan wang orang ramai,” katanya dipetik daripada Malaysia Kini.

Semalam, Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam N Surendran untuk menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan semula.

Katanya, pendakwaan perlu meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: Kerajaan PR Komited Laksana Reformasi Pentadbiran

1- MB: Kerajaan PR komited laksana reformasi pentadbiran

2- Kerajaan pusat perlu kaji semula kontrak pembersihan hospital di Selangor

3- Penswastaan air berakhir, rakyat Selangor berpeluang miliki saham

4- MCA tiada hak moral kritik MB- Tony Pua

5- Nik Nazmi: Reformasi FAM lebih penting daripada jurulatih berprestij

6- Rakyat tak perlu gerun momokan Kerajaan BN nafi hak berhimpun

7- Pakar: Kenaikan kos sara hidup, ramai berdepan masalah hutang dan muflis
.
8- Bantah kenaikan harga barangan, 1 juta tandatangan disasar

9- KTI tolak pelawaan Kerajaan Pusat lawat insinerator luar negara, anggap ia membazir

10.Peniaga: Kerajaan Pusat patut kawal kenaikan harga ayam

11.Rajiv: Kembalikan ISA, pemikiran ketinggalan zaman

12. MDHS semak sistem longkang atasi banjir kilat

13.AKTIVITI YB: 200 sertai dialog cegah jenayah di DUN Subang Jaya

14.MBSA iktiraf komuniti laksana amalan 5S MBSA

Categories
SELANGOR

Nik Nazmi: Fokus Pembangunan Hentian Teksi dan Bas Selepas Perobohan Perniagaan Haram

gotong-royong1

gotong-royong2PETALING JAYA SELATAN, 6 OKTOBER: Hentian teksi dan bas akan didirikan berhampiran pangsapuri Mentari Court, selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengosongkan satu kawasan lapang yang kini menempatkan pelbagai jenis perniagaan haram.

Tinjauan TV Selangor mendapati kawasan itu antara penumpuan utama teksi dan terletak di laluan penting bas menuju ke Kuala Lumpur, Damansara dan Subang Jaya.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad ketika ditemui berkata peniaga yang mahu terus berniaga boleh memohon dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang akan menempatkan mereka di kawasan yang selamat kerana tempat yang diduduki sekarang ini terletak dibawah pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

gotong-royong3“Kita telah memberikan mereka notis, MBPJ akan mengosongkan kawasan itu. Notis sudah keluarkan beberapa bulan lalu dan kita mahu semua (pemilik) dapat. Kemudian baru kita akan ambil tindakan.

“Kita akan fokus kawasan besar seperti Mentari Court dan lain-lain. Mentari Court menjadi fokus untuk kawasan teksi dan bas,” katanya.

Nik Nazmi sebelum itu merasmikan program gotong-royong di Desa Mentari. Lebih seratus orang turun bergotong-royong bersama-sama Adun muda itu, membersihkan Blok 1 hingga Blok 10. Nik Nazmi juga merupakan Timbalan Speaker bagi Dewan Negeri Selangor (DNS).

gotong-royong5Sementara itu, tinjauan Tv Selangor turut mendapati beberapa kemudahan bagi meningkatkan keselamatan penduduk telah dipertingkatkan antaranya dengan pembinaan tempat motosikal berkunci.

Menurut wakil Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, beberapa kemudahan lain seperti bonggol, lampu dan papan tanda keselamatan juga akan dibangunkan untuk keselesaan penduduk setempat melalui peruntukkan berjumlah RM3.5 juta untuk pembangunan Desa Petaling dan Lembah Subang.

“Isu lif rosak serius di blok 4,5,6 dan 8 yang langsung tidak berfungsi untuk beberapa bulan. Kerajaan Negeri bagi RM100,000 untuk baiki lif. Sekarang semua blok ada satu lif sekurang-kurangnyanya berfungsi,” kata Nik Nazmi.

Beliau turut mengingatkan penduduk pangsapuri Desa mentari agar bekerjasama menjaga kemudahan sedia ada terutama lif bagi mengelakkan kesulitan terutama ketika berdepan kecemasan.

gotong-royong4

Categories
NASIONAL SELANGOR

Black505: Nazmi mohon pendakwaan dibatalkan

nazmi- black 505

SHAH ALAM 21 OGOS : Pendakwaan terhadap Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan himpunan aman Kelana Jaya berbaur politik serta menunjukkan percanggahan antara Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Perlembagaan Malaysia.

Peguam Eric Paulsen berhujah pendakwaan terhadap anak guamnya itu bukan sahaja menafikan haknya sebagai warganegara, tetapi juga tampak selektif kerana penganjur himpunan-himpunan spontan yang lain tidak dikenakan layanan serupa.

“Prosiding jenayah terhadap beliau (Nik Nazmi) telah dimulakan atau digalakkan oleh pemimpin-pemimpin kanan Umno atau Kerajaan Persekutuan sebagai tindakan atau balasan terhadap beliau (Nik Nazmi) dan Pakatan Rakyat,” tegas Eric di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Berhubung pendakwaan selektif, Eric berhujah tunjuk perasaan spontan yang dianjurkan oleh Umno-BN dan pertubuhan yang seangkatan dengan gagasan politik itu tidak dikenakan tindakan.

“Baru-baru ini ada satu perhimpunan besar di Kedutaaan Vatican oleh Perkasa dan sebagainya. Jadi ada ‘double standard’,” jelas Eric.

Turut dirujuk adalah himpunan senaman punggung oleh pesara-pesara tentera di hadapan rumah di hadapan rumah peguam wanita, mantan Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan pada 15 Mei tahun lepas.

Sebelum ini, Nik Nazmi mengaku tidak bersalah dan kes terbabit akan didengar di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Isnin depan.

Hari ini, Nik Nazmi memfailkan permohonan untuk membatalkan pendakwan itu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 9 PAA 2012 kerana gagal menyerahkan notis pemberitahuan 10 hari kepada polis sebelum perhimpunan diadakan.

Jika disabitkan kesalahan Adun Seri Setia itu akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000, lantas hilang kelayakan sebagai Adun sekiranya dikenakan denda melebihi RM2,000.

“Keperluan untuk memberi notifikasi 10 hari sebelum sebarang perhimpunan adalah keterlaluan,” tegas Eric yang menambah ia bercanggah dengan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin Artikel 10 Perlembagaan.

– HM