Categories
SELANGOR

MBSA anjur Gerak Advokasi Denggi pupuk kesedaran masyarakat 20 April ini

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif agresif dengan menganjurkan Program Gerak Advokasi Denggi bagi memantapkan kesedaran dan langkah pencegahan oleh masyarakat terhadap wabak denggi yang semakin menular, pada 20 April ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata program itu adalah gerakan kesedaran awam terhadap bahaya demam denggi dengan kaedah memberi nasihat dari rumah ke rumah secara langsung dan membabitkan pelbagai pihak antaranya pemimpin masyarakat, sukarelawan serta pelajar.

Beliau berkata, selain daripada memberi nasihat dan didikan berkenaan bahaya denggi, MBSA juga akan mengedarkan risalah dengan tujuan memupuk kefahaman kepada semua pihak bahawa wabak itu boleh dikawal jika masyarakat prihatin dan mengutamakan aspek kebersihan dalam kehidupan.

Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan“MBSA juga meletakkan bahan promosi program ini di tempat strategik seperti surau, masjid, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan restoran bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam serta memudahkan petugas melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Program ini akan dijalankan secara serentak dalam masa sehari di seluruh bandar raya Shah Alam melalui enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dikhususkan lagi kepada 24 kawasan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Setiap DUN dan MPP diminta untuk mengenalpasti pemimpin masyarakat yang komited di setiap taman, blok, surau, masjid dan sekolah,” katanya sempena Majlis Pelancaran Program Khas Serentak dan Sepadu Gerak Advokasi Denggi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, di Auditorium MBSA, di sini, semalam.

IMG-20140413-WA001Antara pihak yang mengambil bahagian dalam program itu adalah pelajar UiTM, Universiti Industri Selangor (UNISELl), Kolej Komuniti Shah Alam, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Sekitar (SAS), agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri serta warga kerja MBSA.

Mereka yang terbabit diberikan taklimat berkenaanan pelaksanaan program berkenaan bagi tujuan memantapkan pemahaman sebelum berkunjung dan bertemu masyarakat untuk memberi nasihat mengenai lokasi tumpuan nyamuk aedes dan tips pencegahan denggi.

Mohd Jaafar, berkata lebih daripada 300 kumpulan dari 24 MPP dibentuk untuk bergerak di kawasan Shah Alam yang meliputi 290.3 kilometer persegi dan pasukan itu akan mengenakan kemeja T berwarna hitam serta ‘button badge’ tertera perkataan “Gerak Advokasi Denggi Shah Alam” sebagai pengenalan diri.

“Saya berharap warga bandar raya Shah Alam dapat memberikan kerjasama yang baik kepada petugas dengan membuka pagar dan pintu rumah bagi tujuan penerangan serta pemeriksaan.

“MBSA tidak akan mengambil sebarang tindakan penguatkuasaan ketika projek ini dijalankan, sebaliknya khidmat nasihat dan panduan akan diberikan dalam usaha mencegah wabak denggi daripada terus membiak di kawasan persekitaran,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

1. Hasil kredibiliti 5 tahun, Abdul Khalid percaya ahli PKR beri sokongan

2. Perpustakaan Selangor lancar khidmat u-Pustaka, kaedah segera cari bahan bacaan

3. Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

4. Kak Wan utamakan Kajang, belum umum bertanding Pemilihan PKR

5. Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

6. ADUN Sungai Pinang salur RM20,000 beli 100 basikal, atasi masalah kesesakan

7. SYABAS lanjut catuan air hingga 30 April

8. Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah jawatan Presiden

9. Pembeli Taman Kencana kesal, pemaju naik harga rumah terbengkalai

10.Hanya kawasan masalah pam, tinggi lewat terima sambungan bekalan air

11.Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

12.Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

13.MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

14.MBPJ tingkat aspek keselamatan, lancar tempat letak kereta khas wanita

Categories
SELANGOR

MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan program khas, Gerak Advokasi Denggi Shah Alam 2014 dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan bahaya denggi.

Program itu akan membabitkan penyertaan ahli majlis, pemimpin masyarakat, majlis perwakilan pelajar institut pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan warga kerja MBSA.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBS berkata, semua yang terbabit akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan anggaran sepuluh orang bagi setiap kumpulan.

“Kumpulan kecil ini akan bergerak dari rumah ke rumah dengan dibekalkan tag pengenal diri iaitu button badge, t-shirt dan risalah pencegahan denggi.

MBSA“Kita juga sudah mencetak 250,000 risalah berkenaan pencegahan denggi untuk diedarkan kepada orang ramai,” katanya.

Program yang dijangka bermula pada bulan April ini juga membabitkan kerjasama daripadaJjabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Bermula awal tahun hingga 22 Mac lalu, 2607 kes demam denggi dilaporkan di kawasan MBSA.

Dalam tempoh itu, MBSA mengadakan pemeriksaan ke atas 22,652 premis termasuk kediaman, rumah kedai, sekolah, tadika dan restoran.

Selain itu, MBSA turut melakukan aktiviti fogging di 243,913 premis selain mengeluarkan 149 kompaun di bawah Akta kerajaan Tempatan 1976 kerana membiak jentik-jentik aedes.
-NFN-

MBSA Lancar Projek Gerak Advokasi Denggi

http://tv.selangorku.com