Categories
AGENDA NASIONAL

Fenomena air pasang besar diramal landa pantai di lima daerah Selangor

SHAH ALAM, 3 SEPT: Fenomena air pasang besar diramalkan berlaku di Selangor pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

Justeru Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBNS) mengarahkan persediaan bencana tahap tinggi dilaksanakan di Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi menghadapi fenomena tersebut.

“Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat.

“Kerajaan Selangor menasihatkan agar penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa, serta mengehadkan aktitiviti pesisiran pantai” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut UPBNS, kawasan berisiko di Sepang adalah pesisir pantai Bagan Lalang, Kampung Tanjung Rhu dan Kampung Orang Asli Bagan Lalang.

“Kuala Langat membabitkan pantai Kelanang, Ban Sijangkang, Jalan Harmoni, Istana Pantai Bahagia, Pesisir Pantai Tanjung Sepat, Pantai Batu Laut, Pantai Morib, Ban Kampung Kundamg, Pekan Tanjung Sepat dan Rumah Peranginan Persekutian Morib

“Turut terjejas pangkalan Tok Muda, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Pulau Ketam dan Telok Gong di Klang.

“Pantai Remis Jeram, Kampung Lembah Pantai, Kampung Tok Adam, Kampung Bagan Pasir, Bagan Pasir Tanjung Karang, Bagan Pasir Penambang, Sungai Kajang, Kampung Lembah Pantai, Kampung Sungai Semilang, Kampung Sungai Janggut dan Bagan Tengkorak di Kuala Selangor,” katanya.

Kawasan berisiko disenaraikan di Sabak Bernam ialah Kampung Sungai Air Tawar, Bagan Sungai Besar, Tebuk Mendeleng, Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sungai Lang, Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Kampung Sungai Tengar, Parit Baru dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor ( ILDAS).

“Turut berisiko ialah Politeknik Sultan Idris Shah, Persisiran Pantai Bedena, Sekolah Menengah Agama Pasir Panjang, Bagan Sekinchan, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burong dan Jalan Seri Sentosa Kampung Sekendi,” katanya.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Air pasang besar: Pesisir pantai Selangor terkawal

SHAH ALAM, 2 SEPT: Keadaan pesisir pantai di Selangor dilapor terkawal susulan fenomena air pasang besar yang berlaku sejak semalam.

Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemantauan mendapati tiada limpahan air melepasi ban atau benteng setakat 9.30 pagi tadi.

“Hasil pemantauan dan maklumat diterima agensi keselamatan adalah bacaan Jadual Air Pasang Besar Pelabuhan Klang ketinggian paras air laut 5.5 meter pada 8.02 pagi tadi.

“Bagaimanapun, keadaan dilaporkan baik, selamat dan cerah manakala ban atau benteng di pesisir pantai kukuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kini diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir jika berlaku angin kencang dan hujan lebat.

Fenomena air laut pasang besar diramal berlaku pada 1 hingga 2 September, 29 September sehingga 2 Oktober dan 27 sehingga 30 Oktober di pesisiran pantai Selangor, dengan ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.7 meter.

Sehubungan itu, pelbagai agensi berkaitan termasuk Pihak berkuasa Tempatan di negeri ini turut diarah berjaga-jaga bagi menghadapi fenomena air pasang besar berkenaan.

Categories
SELANGOR

Tiada kawasan dilanda banjir di Klang dan pantai Selangor hari ini

KLANG, 10 OKT: Fenomena air pasang besar yang berlaku awal hari ini tidak menyebabkan banjir di daerah ini mahupun menjejaskan kawasan pantai di Selangor.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata bagaimanapun hujan lebat semalam menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Delek Kiri, Kampung Delek Kanan dan Kampung Delek Baru yang turut menyaksikan 11 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Telok Pulai, Klang.

“Benteng kepada pesisir pantai kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada rebakan berskala besar di daerah Klang.

“Fenomena air pasang hari ini tidak mengakibatkan sebarang kawasan dilanda banjir di Klang setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Sungai keramat, di sini hari ini.

Beliau berkata kemuncak air pasang di pesisiran pantai negeri Selangor setinggi 5.6 meter dicatatkan pada 6.39 pagi tadi namun ketinggian ban pada enam meter menghalang limpahan air tersebut.

“Kita jangka paras air turun kepada 5.2 meter pada 6.57 petang nanti,” katanya.

Samsol Maarif juga berkata kincir air di Jeti Sungai Keramat di Kampung Batu 4, Klang mampu menahan air laut daripada melimpahi kampung berhampiran.

Sebanyak 10 lokasi dikenal pasti berisiko dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar di Klang bermula dari sempadan Kuala Selangor hingga ke sempadan Kuala Langat iaitu Pangkalan Tok Muda, ban Sementa, ban Sungai Keramat Batu 5, Kapar; Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Jeti Nelayan Kampung Perepat, Pulau Ketam, Telok Gong dan ban Sungai Serdang.

Sementara itu, daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diletakkan dalam keadaan persediaan peringkat tinggi kerana berisiko tinggi dilanda banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.

Smart Selangor Command Centre dalam satu kenyataan, berkata sehingga 2 pagi tadi, sebanyak 17 keluarga merangkumi 59 mangsa ribut dan banjir kilat di Klang, Hulu Langat dan Kuala Langat dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara.

SUMBER: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

JBPM Selangor sedia hadapi fenomena air pasang besar

SHAH ALAM, 9 OKT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan fenomena air pasang besar, yang mengikut jadual pasang surut air, berlaku bermula hari ini sehingga Khamis.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata seramai 1,400 anggotanya kini dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi fenomena itu.

Selain itu, beliau berkata JBPM Selangor turut memastikan peralatan menyelamat terutama bot dalam keadaan bersiap sedia untuk digunakan jika terdapat keperluan untuk memindahkan mangsa ke pusat penempatan sementara.

“Tumpuan diberikan di kawasan pesisir pantai iaitu di Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam iaitu kawasan dijangka terjejas akibat fenomena itu.

“Kami juga bersedia untuk menggerakkan anggota dari balai bomba lain di sekitar negeri ini ke kawasan terjejas sekiranya keadaan memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan wang tunai bagi pihak waris enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong, Rabu lepas.

Sumbangan berkenaan diberikan oleh pasukan produksi Paskal The Movie, Persatuan Penyelamat Gunung Malaysia dan Kelab Pendaki Malaysia.

Berdasarkan jadual pasang surut air bagi kawasan Pelabuhan Klang, paras air laut diramalkan berada pada paras tertinggi mulai hari ini sehingga Khamis dengan ketinggian mencecah 5.6 meter.

Dalam pada itu, Azmi menegaskan bahawa tiada sebarang pembekuan cuti dikenakan terhadap anggota dan pegawai bomba di seluruh Selangor sepanjang berlakunya fenomena air pasang besar itu.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya hanya membenarkan 20 peratus anggota bercuti pada satu-satu masa dan mereka perlu bersiap-sedia untuk dipanggil bertugas sekiranya keadaan memerlukan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air- Bomba

SHAH ALAM, 9 OKT: Tiada kawasan di sekitar Klang dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.

“Seramai 91 anggota keselamatan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam mula berkawal di Sementa, Tok Muda dan Batu 4 sejak 4 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan jadual pasang surut air bagi kawasan Pelabuhan Klang, paras air laut diramalkan berada pada paras tertinggi mulai hari ini sehingga Khamis dengan ketinggian mencecah 5.6 meter.

Sebanyak 10 kawasan di daerah itu antaranya Sementa, Pelabuhan Klang, Kampung Tok Muda, Kampung Sungai Keramat dan Kampung Perepat dikenal pasti berisiko tinggi dilanda banjir akibat fenomena berkenaan.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA SELANGOR

Penduduk diminta waspada air pasang besar

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SABAK BERNAM, 7 OKT: Penduduk di 17 kawasan berisiko tinggi di daerah ini dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku, pada 8 hingga 12 serta 24 hingga 27 Oktober ini.

Pengerusi Pengurusan Bencana Sabak Bernam, Nasir Mamat berkata, fenomena air pasang besar itu dijangka akan berada pada aras setinggi 3.3 meter.

“Jika hujan lebat dan angin kencang, risiko untuk berlaku banjir akan meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, antara kawasan dikenal pasti berisiko termasuk di Kampung Bagan-ILDAS, Kampung Datuk Rahman Shafiee, Kampung Parit Baru Baroh-Institut Perakaunan Negara, Politeknik Sultan Idris Shah dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam.

“Kawasan lain ialah Pantai Bagan Nahkoda Omar (BNO), Bagan Tebuk Mendeling, Ban Pantai Sungai Lang, Kampung Sungai Air Tawar, Parit Baru, Persisiran Pancang Bedena, Bagan Sungai Burong dan Kampung Sekendi.

“Selain itu, Pantai Bagan Sungai Besar, Persisiran Pantai Kampung Sungai Gatal, SAM Pasing Panjang-Kampung Pasir Panjang, Bagan Sekinchan, Jalan Seri Sentosa 2 di Sekinchan dan Pantai Batu 23, Sungai Nibong,” katanya.

Nasir yang juga Pegawai Daerah Sabak Bernam berkata, pihaknya sudah mengarahkan agensi penyelamat dan pasukan teknikal untuk menjalankan pemantauan di pesisiran pantai pada tarikh berkenaan, terutama pada awal pagi.

Pada masa sama sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil inisiatif memasang cerucuk batang kelapa di sepanjang ban yang rebak di Tebuk Mendeling bagi menghadapi sebarang kemungkinan fenomena itu.

Mengulas lanjut, Nasir berkata, cerucuk batang kelapa itu dipasang untuk mengukuhkan struktur ban terbabit.

“Tiada beban tambahan ditambak tanah dan batu di atas ban yang rebak kerana dikhuatiri menyebabkan kerosakan lebih teruk di kawasan itu.

“JPS juga mewujudkan sistem air keluar masuk sebagai zon penampan jika ban itu pecah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung fenomena air pasang besar boleh menghubungi Urusetia Bencana Daerah di talian 03-32247058/1963 atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysa (APM) Daerah Sabak Bernam di talian 03-32241794.

Categories
SELANGOR

Air pasang besar: Keadaan masih terkawal

SHAH ALAM, 11 SEPT: Keadaan masih baik dan terkawal tanpa limpahan air berlaku di pesisir pantai lima daerah di Selangor pada awal pagi tadi.

Menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, ban ataupun benteng di pesisir pantai adalah kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada berlaku rebakan berskala besar.

Bagaimanapun, ban kedua di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam hampir rebak dan putus namun lokasi berisiko dinaiki air tidak melibatkan kawasan penempatan.

“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil tindakan menutup pembetung air daripada masuk ke kawasan kampung. Keadaan adalah selamat dan terkawal,” menurut kenyataan berkenaan.

Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.

Gelombang pertama fenomena air pasang diramal bermula semalam hingga esok di pesisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter.

Kenyataan itu turut menyebut kemuncak air pasang di pesisiran pantai negeri Selangor dicatatkan di Pelabuhan Klang pada kadar 5.5 meter kira-kira pukul 7.06 pagi, namun keadaan masih terkawal.

– Bernama

Categories
SELANGOR

Air pasang besar – MDKS nasihat penduduk berjaga-jaga

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 7 SEPT : Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menasihatkan penduduk di daerah itu untuk berjaga-jaga sepanjang fenomena air laut pasang besar, yang diramalkan berlaku tidak lama lagi.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, ia terutamanya bagi penduduk yang tinggal berhampiran persisiran pantai Kuala Selangor.

“Orang ramai dinasihatkan menghentikan serta menangguhkan sebarang aktiviti di pesisir pantai buat sementara waktu serta mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa.

“Skuad Pantas MDKS sentiasa berkomunikasi bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor dalam memantau kawasan berisiko tinggi sepanjang fenomena air pasang besar,” katanya kepada SelangorKini.

Rahilah berkata, fenomena itu diramalkan berlaku dari 10 hingga 12 September ini dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter.

“Sebarang kecemasan berhubung fenomena air laut pasang besar, sila hubungi Bilik Gerakan Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor di talian 03-3289 7632,” katanya.

Categories
SELANGOR

Air pasang besar: Penduduk pesisir pantai disaran siap siaga

BANTING, 6 SEPT: Penduduk di sekitar pesisir pantai Kuala Langat dinasihatkan bersiap siaga berdepan fenomena air laut pasang besar yang dijangka berlaku 10 hingga 12 September ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, fenomena air laut pasang besar kali ini dijangka berlaku di kawasan pesisir pantai di daerah itu dengan ketinggian mencecah sehingga 5.5 meter.

“Antara kawasan berisiko mengalami banjir adalah kawasan Pantai Kelanang, Kwee Kee Fishery, Istana Bahagia Morib, Rumah Persekutuan Morib, pesisir kawasan Tanjung Sepat, Jalan Harmoni, dan Jalan Kundang 6.

“Penduduk di pesisir pantai dan kawasan di jangka terlibat diharapkan lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya banjir.

“Pengunjung kawasan perangainan Pantai Kelanang dan Morib juga dinasihatkan tidak terlalu hampir dengan pantai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, MDKL akan menggerakkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) bagi melakukan pemantauan serta bersiap siaga melakukan kerja pemindahan mangsa banjir.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, penduduk boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah, Pejabat Daerah Kuala Langat melalui talian 03 – 3182 2565.

Categories
SELANGOR

Selenggara ban hadapi air pasang besar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 22 SEPT: Penyelenggaraan ban di beberapa kawasan di Selangor sudah dilakukan sejak awal tahun sebagai persediaan menghadapi air pasang besar, kata Zaidy Abdul Talib.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kerja menaik taraf dilakukan terhadap ban rendah supaya mengikut ketinggian sepatutnya.

“Ban yang rendah kita tinggikan, manakala ban pecah diperkukuhkan supaya ia mampu menahan air pasang besar dengan persediaan dibuat dari awal berdasarkan pengalaman tahun lalu.

“Jadi, proses naik taraf kita laksanakan lebih awal,” katanya ketika melawat lokasi kerja menaik taraf bagi mengatasi banjir di Persiaran Hamzah Alang, Meru, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman.

ZAIDY TALIB (2)Pada masa sama, Zaidy berkata, penyelenggaraan ‘borrow pit’ yang berada, pada kedudukan selepas ban juga siap diselenggara bagi menakung kawasan air melimpah.

Beiau berkata, pihaknya turut menyelenggara parit dan longkang bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik jika fenomena terbabit berlaku.

“Bila ada lebihan air melepasi ban, borrow pit akan menjadi tempat takungan air melimpah.

“Kerja menaik taraf itu dilaksanakan di semua peringkat jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Categories
PBT SELANGOR

PBT siap sedia hadapi air pasang besar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 SEPT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengarahkan 16 anggota Skuad Pantasnya bersiap siaga menghadapi fenomena air pasang besar.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata pihaknya bersedia bergerak ke lokasi jika berlaku sebarang kemungkinan akan berlaku.

“Kami bersedia menunggu arahan untuk membantu dari segi logistik seperti lori untuk pemindahan mahupun mendirikan khemah di pusat pemindahan,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mengarahkan beberapa agensi keselamatan untuk melakukan rondaan dibeberapa kawasan berpotensi.

MDKL-660x471“Kita telah mengarahkan beberapa agensi untuk melakukan pantauan dan rondaan di beberapa kawasan dari semasa ke semasa termasuk Pantai Kelanang dan Persiaran Tanjung Sepat.

“Semua agensi berkaitan antara yang terutama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MDKL juga diarah bersama membantu membuat pantauan bermula semalam,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Air pasang besar: 15 kawasan di lima daerah berisiko banjir

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 SEPT: Unit Pengurusan Bencana Selangor meminta penduduk yang mendiami 15 kawasan berisiko dinaiki air akibat fenomena air pasang besar berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ketua unit terbabit, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata lima daerah terlibat adalah Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat.

“Kita telah memberi maklumat tersebut bagi kawasan terlibat kepada daerah melalui maklumat satelit dan menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk memulakan pengenalpastian berdasarkan rekod yang lepas.

air-pasang“Bukan semua berisiko tinggi tetapi kawasan itu kita letakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan patuhi nasihat pihak berkuasa tempatan,” katanya pada Sidang Media yang diadakan di Bilik Gerakan Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Jelasnya terdapat lima kawasan di Klang berisiko banjir disebabkan fenomena air pasang besar ini.

Kawasan terlibat adalah, Pengkalan Tok Muda, Batu 4 Jalan Kapar, Ban Sementa, Pelabuhan Klang dan Jalan Pandamaran Banting.

Bagi Daerah Sabak Bernam, Tebuk Mendeling, Sungai Air Tawar dan Sungai Panjang.

Empat kawasan di Kuala Selangor adalah, Tanjung Karang, Kampung Kuantan, Pantai Remis dan Pekan Sungai Buloh.

Di Sepang melibatkan hanya satu kawasan iaitu Pesisir Pantai Bagan Lalang.

Manakala, di Kuala Langat adalah Pantai Kelanang dan Pesisir Pantai Tanjung Sepat.

Sementara itu, bagi September penduduk diminta lebih berjaga-jaga pada 20, 21 dan 22 September ekoran paras air laut dijangka mencatatkan paras tertinggi sedalam 5.3 meter.

Paras tertinggi pada Oktober pula sedalam 5.5 meter pada 7 dan 8 Oktober diikuti pada 6 dan 9 Oktober setinggi 5.4 meter.

Pada November paras tertinggi 5.6 meter dijangka dicatatkan pada 5 November, diikuti 5.5 meter pada 4 dan 6 November dan 5.4 meter pada 7 November.

Sementara itu pada 4 dan 5 Disember pula akan mencatatkan paras setinggi 5.4 meter.

=EZY=