Categories
NASIONAL

Najib patut tunai janji mansuh Akta Hasutan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengambil pendekatan berdiam diri berhubung penyalahgunaan Akta Hasutan untuk mendakwa pihak tertentu terutama di kalangan ahli politik Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok, berkata Najib sepatutnya menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional seperti yang pernah diuar-uarkan pada tahun 2012.

NEWSBeliau berkata ketiadaan undang-undang baru tidak seharusnya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk terus menguatkuasakan Akta Hasutan serta menyalahgunakannya.

“Mengapa Perdana Menteri benar-benar melupakan janji beliau untuk menjadikan Malaysia antara negara demokrasi terbaik di dunia?

“Adakah Malaysia akan menghadapi satu lagi zaman kegelapan politik yang lebih teruk berbanding tempoh pemerintahan bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

“Saya mesti mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan dipersalahkan kerana terus membenarkan penggunaan akta yang zalim,” katanya dalam satu kenyataan.

mansuh aktaTeresa berkata Najib Najib mesti membuktikan keikhlasan dan komitmennya terhadap janji yang pernah dibuat dengan serta-merta memansuhkan akta yang disifatkan sebagai kuno.

Beliau turut menuntut supaya tuduhan menghasut yang dikenakan ke atas pemimpin politik dan yang terbaru ahli akademik dari Universiti Malaya ditarik balik serta-merta.

“Adalah jelas bahawa kini kerajaan menjadi begitu toleran sehingga ia membabitkan ahli akademik.

“Rakyat Malaysia sendiri terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada negara ini dan di manakah hala tujunya?” katanya lagi.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan berhubung satu artikel yang disiarkan dalam portal berita pada 14 Ogos lalu berkaitan krisis menteri besar Selangor.

Azmi didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Delima, RSN Rayer didakwa di mahkamah di bawah akta yang sama.

Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0: Akta Hasutan musuh kebebasan suara rakyat

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OGOS:  Kerajaan patut memansuhka Akta Hasutan segera kerana menutup hak kebebasan bersuara rakyat.

BERSIH 2.0 berkata penggunaan Akta Hasutan adalah cara Kerajaan untuk menutup suara dan perbezaan pandangan.

bersihBeliau berkata, keyakinan kepada masyarakat penting kerana mereka tidak memerlukan sebarang akta menilai dan membuat keputusan apabila berhadapan perbezaan pandangan dan ucapan provokatif.

“Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa hanya atas lontaran pandangan beliau berkaitan pemansuhan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“ADUN  Seri Delima, RSN Rayer juga didakwa di bawah akta sama manakala Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula disiasat di bawah Akta Hasutan juga,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, sesebuah kerajaan menyekat hak kebebasan rakyat bersuara dan perbezaan pendapat adalah sebuah kerajaan yang menafikan hak rakyat membuat pilihan ketika mengundi di pilihan raya mahupun dalam bidang yang lain.

“Hal ini terang-terangan bertentangan dengan semangat demokrasi yang sentiasa meraikan perbezaan hujah dan pandangan dalam sesuatu  perkara,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Najib penipu besar, ‘lupa’ janji mansuh Akta Hasutan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM,8 MEI : Pimpinan DAP menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan Akta Hasutan untuk melumpuh dan menjatuhkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) waalupun pernah berjanji menghapuskan undang-undang itu, pada 2012.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan Najib yang sengaja ‘melupakan’ janjinya itu bertujuan memberi amaran kepada semua pihak sama ada pemimpin PR atau masyarakat umum bahawa mereka boleh didakwa di bawah akta berkenaan jika berani mengkritik kerajaan.

“Permulaan ulang tahun kedua pemerintahan Najib dimulakan dengan gambaran ancaman bahawa Malaysia menuju zaman gelap apabila slogan besar seperti 1Malaysia dan Transformasi akan diganti dengan undang-undang tidak demokratik, menindas dan tidak adil.

lim kit siang oren“Rakyat Malaysia pastinya kecewa dengan polisi Perdana Menteri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan ringkas di Facebook menganggap Najib adalah ‘penipu besar’ kerana pernah berjanji kepada rakyat untuk memansuhkan akta zalim itu.

Katanya, lebih ironi janji itu turut dihebahkan ke seluruh dunia melalui satu temubual bersama media antarabangsa di London, pada Julai 2013.

“Selepas membuat janji itu, setakat ini sekurang-kurangnya setengah dozen ahli politik PR dan aktivis awam didakwa atas kesalahan menghasut. Betapa besarnya penipuan bertaraf ‘antarabangsa’ oleh Najib,” katanya.

Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.

Najib kemudiannya mengulangi janji sama, pada Julai 2013 ketika temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) dengan mengatakan akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

NEWSTahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta terbabit.

Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan pembabitannya dalam klip video berjudul ‘Onederful Malaysia’ pada Februari lalu.

-NFN-

JURNAL BERITA: Kajian Jabatan Kimia air lombong selamat, laporan NST tak berasas

1. Air lombong belum digunakan, ada lebihan air cukup untuk pengguna

2. Kajian Jabatan Kimia air lombong selamat, laporan NST tak berasas

3. KJ buat lawak, anggap Kerajaan Pusat suci dalam krisis air Selangor

4. Nik Nazmi dilepas mahkamah atas tuduhan semula APA

5. Kerajaan patut ikut ‘Sistem Jokowi’, jimat perbelanjaan

6. Status tanah Bagan Sekinchan selesai selepas kajian menyeluruh

7. Ustaz Azhar Idrus jadi ‘penjaga gol’ padang futsal

8. Pengerusi MyWatch: Ancaman bunuh, polis belum jalankan siasatan

9.Episod penculikan di Sabah, keberkesanan Esscom kian dipertikai

10.Teresa: Penahanan di bawah Akta Hasutan bermotif politik

11.Kontraktor bina jambatan ke-3 Klang diumum selepas 21 Mei

Categories
NASIONAL SELANGOR

Majlis Peguam : Zahid Hamidi tidak hormati undang-undang

ZAHID HAMIDI
SHAH ALAM 9 OKT : Majlis Peguam mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata tindakan Zahid itu sebagai mengaibkan negara dan kerajaan ekoran pendedahan rakaman ucapan Menteri Dalam Negeri itu di Melaka oleh media baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid semasa dalam satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka bercakap mengenai beberapa isu sensitif antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram Melayu yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Majlis Peguam menegaskan tiga pengakuannya dalam ucapan tersebut adalah satu kesalahan serta tidak menghormati lunas undang-undang negara.

Ia berkaitan mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun.

“Kenyataan beliau memalukan dan menyebabkan negara dan kerajaan diaibkan,” kata Leong dalam satu kenyataan.

Menurut Leong, tindakan Ahmad Zahid tersebut adalah suatu kesalahan berat dan boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.

“Menteri Dalam Negeri nampaknya melampaui batas dan kemungkinan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan,” ujarnya lagi.