Categories
NASIONAL

Pemuda PR: Akta Hasutan tinggalan penjajah tak patut diguna

Oleh: AFEEQA AFEERA

PUTRAJAYA, 11 SEPT: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan kebimbangan mereka berhubung perkembangan terkini penggunaan Akta Hasutan 1948 yang kian berleluasa terhadap individu tertentu.

Memorandum itu ditandatangani secara bersama oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.

BxOMwm8CYAAukj5Antara kandungannya adalah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan dalam semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan mengeluarkan fikiran.

Mereka juga menuntut supaya kerajaan pusat menghentikan serta merta pendakwaan di bawah akta ini yang mensasarkan sejumlah besar pimpinan tertinggi PR, ahli akademik, anak muda dan aktivis awam

“Kerajaan juga perlu menghormati hak rakyat untuk mengkritik, memberi pandangan serta menyampaikan hasrat tanpa rasa takut diancam oleh akta berkenaan,” katanya.

Memorandum itu antara lain turut menyatakan bahawa akta berkenaan yang ditinggalkan kolonial dan berkuatkuasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu kini digunakan pihak kerajaan terhadap tentangan politik.

Katanya undang-undang itu tidak lagi wajar digunakan kerana ia ternyata sudah lapuk.

“Undang-undang yang menjamin keadilan tidak wajar lagi menjenayahkan percakapan dan buah fikiran.

“Adakah ia sesuatu yang munasabah untuk menjadikan kritikan terhadap pemerintah sebagai satu jenayah?” katanya memorandum itu.

EZY

 

Categories
NASIONAL

BN jadikan Akta Hasutan ‘umpan’ dakwa pemimpin, aktivis PR

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 SEPT: Pemimpin serta aktivis politik Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan berhati-hati mengeluarkan kenyataan berhubung pelbagai isu kerana ia akan dijadikan ‘umpan’ Barisan Nasional (BN) mengenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, berkata trend penangkapan menggunakan akta berkenaan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan kebanyakan kes didakwa adalah berkisar beberapa tahun lepas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

mansuh aktaBeliau turut percaya hasutan perkauman dicetus BN tidak akan dikenakan sebarang tindakan, malah yakin ia hanya dipandang sepi pihak berkuasa.

“Rakyat menyaksikan hasutan perkauman dicetus begitu hebat BN sebelum PRU-13 lepas, namun saya yakin semuanya dipandang sepi.

“Mereka hanya berminat kepada kenyataan atau individu yang mahu mengganggu-gugat sebarang perancangan BN,” katanya di laman sosial Facebook.

Suhaizan berkata penyalahgunaan akta ini juga akan berterusan demi menyelamatkan survival politik Umno dan BN.

Sementara itu, di Twitter, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata senario berlaku hari ini mengingatkannya kepada penahanan secara beramai-ramai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 sehingga 2002 dan yang terkini Akta Hasutan.

Katanya BN mungkin tersilap langkah apabila berpendapat penggunaan akta berkenaan akan ‘membunuh’ pihak tertentu daripada terus bersuara mengkritik kepimpinan kerajaan.

“Ia tidak lagi akan berkesan satu hari hari nanti apabila rakyat sudah tidak takut sekiranya BN menggunakan akta ini ke atas mereka.

“Teruskan (mendakwa) kerana apabila seorang ditangkap, sepuluh lagi akan muncul dan kita akan terus lawan,” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

SAMM: Najib guna Akta Hasutan mahu tunjuk ‘keras’ pada Tun M

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 SEPT: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras penangkapan serta pendakwaan berantai terhadap beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang, mahasiswa dan ahli akademik di bawah Akta Hasutan dan ia tindakan politik.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), berkata penggunaan akta zalim membuktikan ‘kekerasan’ Datuk Seri Najib Razak kepada Tun Mahathir Mohamad setelah dikritik mantan Perdana Menteri itu, baru-baru ini.

mansuh aktaBeliau berkata ia juga bagi menutup mulut serta menakutkan-nakutkan rakyat daripada terus mengkritik pentadbiran Najib yang terbukti lemah berbanding Perdana Menteri yang lain.

“Rejim kini dipimpin Najib kelihatan tertekan dengan label ‘lemah dan lembik’ diberikan Tun Mahathir, jadi membuktikan beliau ‘keras’ maka Akta Hasutan digunakan secara berantai.

“Tindakan ini juga tidak lebih daripada mendiamkan serta menakutkan rakyat semakin jelas mengkritik rejim pimpinan Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Chegubard berkata Najib juga gagal menunaikan janjinya pada 2012 memansuhkan Akta Hasutan, namun beranggapan ia bukan sesuatu pelik kerana Perdana Menteri itu seringkali mungkir janji.

ChegubardBeliau turut mengkritik penggunaan akta berkenaan yang terus menyekat kebebasan rakyat menyatakan pandangan meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan sejak 1957.

“Penggunaan Akta Hasutan ini adalah satu pembodohan malah mangsanya bukan sahaja ahli politik tetapi pelajar, ahli akedemik, pendakwah agama termasuk rakyat biasa.

“Lebih parah lagi ia hanya digunakan kepada individu yang melawan rejim penguasa sahaja, manakala Menteri dan penyokong rejim boleh berkata apa sahaja di khalayak tanpa dikenakan tindakan.

“Sekali lagi SAMM mengecam tindakan menggunakan akta lapuk dalam usaha berterusan memperbodohkan rakyat ini,” katanya lagi.

Penggunaan Akta Hasutan kian berleluasa apabila ia melibatkan beberapa pemimpin politik antaranya, Rafizi Ramli, Tian Chua, N Surendran termasuk aktivis mahasiswa, Safwan Anang.

Terbaru, seorang ahli agama dipaksa bermalam dalam tahanan dan didakwa hanya kerana tulisan status Facebooknya pada 2012.

EZY

Categories
NASIONAL

Dakwa Wan Ji Akta Hasutan bertentangan demokrasi berpelembagaan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 10 SEPT : Penahanan seorang lagi aktivis yang juga seorang pendakwah muda iaitu Ustaz Wan Ji Wan Husin di bawah akta Hasutan 1948, membawa mesej yang salah kepada demokrasi berperlembagaan awal pagi ini di Shah Alam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Teo Kok Seong berkata, beliau berasa terkejut penahanan seorang pendakwah muda selepas sebelum ini seorang aktivis muda Safwan Anang juga didapati bersalah dan dihukum penjara 10 bulan dibawah akta yang sama.

WAN ji“Kami berpendapat, penangkapan pendakwah muda oleh pihak berkuasa ini telah memberi mesej yang salah terhadap amalan demokrasi dalam negara kita.

“Kami Pemuda DAPSY Kebangsaan akan bersama-sama dengan rakyat dan NGO untuk terus membantah undang-undang ini dan kami bertegas untuk bersama-sama dalam kempen hapuskan akta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

DAPSY juga akan bersama rakan-rakan yang lain, membantu Ustaz Wan Ji dalam apa jua aspek termasuk bantuan guaman dalam kes ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Lagi individu didakwa Akta Hasutan, kali ini pendakwah

SHAH ALAM 10 SEPT: Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan awal pagi tadi di bawah Akta Hasutan.

The Malaysian Insider melaporkan, Wan Ji, 32, ditahan di kediamannya di Shah Alam sekitar 2 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam.

WAN jiDia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dijangka akan didakwa hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan oleh Pemuda Parti Keadilan Rakyat, PKR berkata pergerakan itu mengutuk penahanan Wan Ji.

“Kami komited untuk mendesak kerajaan mendengar suara rakyat yang menuntut agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dikaji semula. Kami juga akan menghulurkan bantuan guaman sekiranya dia didakwa di mahkamah,” kata kenyataan yang dikeluarkan anggota pergerakan itu, Zafril Eusoff.

Wan Ji sebelum ini dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.

 

Categories
NASIONAL

Himpunan aman ‘Solidarity4AzmiSharom’ 10 Sept

SHAH ALAM, 9 SEPT : Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menubuhkan gerakan Solidarity4AzmiSharom, tanda sokongan kepada pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Kedua organisasi itu menjemput ahli PKAUM, warga Universiti Malaya dan orang ramai untuk menyertai satu kuliah ringkas ‘Short Talks for Freedom’ sejurus selepas himpunan di Gazebo Perdanasiswa.

Prof AzmiMenurut kenyataan dari laman Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), himpunan aman itu diadakan pada 10 September ini bermula jam 1.00 petang di hentian bas utama Universiti Malaya sebagai tanda perjuangan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

“Komitmen kami untuk menjadikan Universiti Malaya sebuah institusi pengajian tinggi yang menegakkan kebenaran, keadilan dan keterbukaan demi kebaikan negara.

“Kebebasan akademik diperlukan supaya universiti boleh berfungsi sebagai tempat pengajian tinggi dan kecemerlangan di mana idea dan pendapat kritikal dikongsi bersama,” katanya.

Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur 2 September lalu berhubung satu artikel yang disiarkan laman web Malay Mail Online pada 14 Ogos
yang menyentuh isu pengisian jawatan Menteri Besar Selangor mengikut landasan perundangan paling sah iaitu melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan pengundian.

Kerajaan sepatutnya memilih dialog dan debat selaras aspirasi sebuah negara maju, sebaliknya langkah yang diambil mengekang ahli akademik yang melaksanakan peranannya sebagai intelektual awam dan pengajar.

“Sistem pendidikan seharusnya melahirkan generasi berpengetahuan, berfikiran kreatif dan kritikal, mempunyai kemahiran kepimpinan serta mampu berkomunikasi dengan seluruh dunia.

“Sepatutnya mereka yang tidak sependapat dengannya melaksanakan hak bersuara yang sama melalui cara yang sama sekiranya ingin menyangkal pendapat beliau,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

AMK: Akta Hasutan ancaman kebebasan hak asasi, gugurkan pertuduhan

SHAH ALAM, 9 SEPT : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan digugurkan dan segera dimansuhkan tanpa diganti dengan Akta yang lain.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, AMK memandang serius terhadap tuduhan hasutan yang dikenakan kepada pelbagai pihak mutakhir ini.

mansuh aktaAntara pihak yang dikenakan tuduhan adalah kepada Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom.

“Ancaman ini bukan sahaja kepada kebebasan akademik malahan juga kepada hak asasi secara umumnya.

“Saya menggesa agar semua pihak, khususnya kakitangan akademik dan mahasiswa di seluruh negara untuk bersama-sama menyatakan sokongan mereka terhadap Prof Madya Dr Azmi Sharom,” katanya dalam satu kenyataan media.

EZY

Categories
NASIONAL

Suaram: Sabitan Safwan Anang mundurkan demokrasi, kebebasan bersuara

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 6 SEPT : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan sabitan terhadap Pengerusi Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang di bawah Akta Hasutan 1948 memberi kesan terhadap demokrasi kerana menyekat hak kebebasan bersuara.

Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng,  berkata adalah menjadi hak warganegara berkempen menuntut perubahan kerajaan dalam demokrasi berfungsi.

mansuh aktaKatanya sabitan terhadap Safwan mengesahkan Akta Hasutan bertentangan kebebasan bersuara dan prinsip demokrasi serta dijadikan alat kerajaan menyekat kritikan.

“Safwan disabitkan kerana menjalankan hak kebebasan bersuara dan hak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil dipilih dengan bebas seperti dijamin di bawah Perkara 19 dan Perkara 21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

“Tindakannya adalah sah dan termasuk dalam sistem demokrasi kerana beliau tidak mengambil jalan keluar dengan melakukan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Yap berkata sebuah kerajaan bertanggungjawab tidak boleh menindas pendapat individu mengkritik pentadbiran mereka, sebaliknya menerima kritikan itu secara positif untuk meningkatkan prestasi berkhidmat kepada rakyat.

Katanya perbuatan mengenakan Akta Hasutan terhadap individu  bersifat menindas, ketinggalan zaman serta tidak reelvan dalam abad ke-21 ini, malah tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokratik.

“Ia adalah kekecewaan yang tidak terhingga walaupun Perdana Menteri pernah berjanji untuk memansuhkan akta itu pada tahun 2012 dan 2013.

“Jika Perdana Menteri ingin mendapat keyakinan orang ramai terhadap janji yang dibuat, maka beliau mesti memansuhkan Akta Hasutan serta-merta,” kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu lagi.

Semalam, Safwan dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah pada pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu.

Hakim Norsyaridah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Bagaimanapum mahkamah membenarkan penangguhan pelaksaan hukuman penjara bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu sementara proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun wang jaminan ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15,000.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Akta Hasutan: Undang-undang autokratik jadi senjata

Bersih 2.0 terpanggil untuk sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas beberapa pihak termasuk ahli akademik, wartawan dan juga pengguna media sosial dalam perkembangan terbaharu hari ini.

Sejurus selepas rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan ke 57, negara dikejutkan dengan pendakwaan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang di Universiti Malaya dibawah Akta Hasutan 1948 untuk artikel beliau  bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” yang dilaporkan diportal berita online ” The Malay Mail” pada 14 Ogos 2014.

mansuh aktaDan  terkini, Susan Loone, wartawan kanan Malaysia disiasat di bawah Akta Hasutan di Pulau Pinang selepas melaporkan temubual beliau bersama EXCO Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh tentang layanan pihak polis ketika EXCO berkenaan ditahan.

Penahanan Susan Loone ini membuktikan pentadbiran Najib Tun Razak sedang menghantar mesej kepada masyarakat umum bahawa melaporkan kebenaran adalah suatu ‘jenayah’. Dalam perkembangan yang sama, Ali Abdul Jalil, seorang pengguna dan aktivis media sosial dari kalangan anak muda juga turut disiasat dan bakal didakwa di bawah akta yang sama dalam masa terdekat ini hasil kritikan beliau ke atas insititusi kerajaan.

Perkembangan mutakhir ini harus dikutuk dan dikecam oleh semua pihak dari kalangan masyarakat Malaysia.

Penggunaan Akta Hasutan untuk menutup mulut rakyat yang berbeza pendapat adalah tindakan yang autokratik dan bercanggah sama sekali dengan semangat demokrasi dan kebebasan bersuara yang seharusnya menjadi dasar Negara.

Kerajaan yang demokratik tidak boleh menggunakan undang-undang autokratik dan drakonian untuk berhadapan dengan kritikan.

Tidak boleh tidak, kita perlu mengakui bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan ini adalah taktik jahat untuk mengalih perhatian masyarakat dari isu yang lebih penting seperti masalah-masalah harian rakyat, kemerosotan kualiti hidup, dan beban-beban ekonomi baru seperti cukai GST kelak.

Tindakan kerajaan ini juga dikhuatiri adalah taktik untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada agenda besar lain seperti persempadanan semula yang bakal mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan dalam pilihan raya yang akan datang.

15 September 2012, sehari sebelum Hari Malaysia-Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan sebagai sebuah langkah membuka ruang demokrasi di bawah agenda tranformasi beliau. Ternyata, apa yang sedang berlaku hari ini-iaitu penangkapan besar-besaran di bawah Akta Hasutan adalah bukti penipuan dan pengkhianatan kerajaan ke atas janji mereka sendiri.

Kegilaan kerajaan ini adalah refeleksi kepada kegagalan, keruntuhan moral, dan ketidakadilan sebuah kerajaan yang tidak demokratik dan zalim.

BERSIH 2.0 menuntut kerajaan untuk segera menghentikan intimidasi sebegini ke atas rakyatnya sendiri dan gugurkan semua pertuduhan ke atas individu-individu yang telah dan sedang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Undang-undang ini harus dimansuhkan serta-merta tanpa sebarang syarat.

Dikeluarkan oleh,Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

Categories
NASIONAL

PKR gerak mobilasi rakyat kempen mansuhkan Akta Hasutan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: PKR mengumumkan menjadi parti politik pertama mendokong usaha NGO menggerakkan kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) yang bakal dilancarkan.

Majlis Pimpinan Pusat dan Ahli Parlimen PKR dalam satu kenyataan berkata, Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan Barisan Nasional (BN) sebaliknya menggunakan peruntukan akta lain terus menekan pihak berbeza pendapat.

mansuh akta“Tindakan Barisan Nasional (BN) menggunakan Akta Hasutan dan akta lain mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat, tokoh akademik dan orang ramai melambangkan wajah sebenar pentadbiran Najib Razak.

“Walaupun Najib mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan beberapa tahun lalu, pentadbiran beliau berterusan menggunakan akta itu,” katanya

Menurutnya, semua kekuatan yang ada di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, negeri dan cabang digunakan menyokong dan menggerakkan kempen itu.

“Antara tindakan segera dilakukan, Jelajah kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) bermula di Kuala Lumpur dan dibawa ke setiap negeri.

“Tarikh jelajah diumumkan dalam masa terdekat dan membabitkan pimpinan tertinggi PKR dengan menggembleng bantahan rakyat seperti mana kempen #black505.

“Ahli-ahli Parlimen PKR akan membawa usul tergempar di dalam sidang Parlimen akan datang untuk memansuhkan serta merta Akta Hasutan,” katanya lagi.

Selain itu, cabang-cabang PKR akan mengutip tandatangan petisyen Parlimen yang bakal di bawa ke sidang Parlimen akan datang.

“Kita yakin suara rakyat ini akan menghantar isyarat jelas kepada Najib mengambil tindakan menghentikan serta merta provokasi berselindung di sebalik Akta Hasutan,” katanya lagi.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Akta Hasutan bukti pemerintahan Najib lebih zalim & anti demokrasi

Oleh: Institut Rakyat

Tindakan terkini kerajaan Barisan Nasional mendakwa ahli akademik Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan, tatkala genap 57 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, mencerminkan kepada dunia bahawa pemerintahan Najib Razak lebih zalim dan anti-demokrasi daripada yang terdahulu.

Ekoran dakwaan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat Rafizi Ramli dan N. Surendran dari PKR, Khalid Samad dari PAS dan RSN Rayer dari DAP baru-baru ini, pensyarah Universiti Malaya ini merupakan mangsa terbaru didakwa di bawah akta tinggalan penjajah British lebih setengah abad lalu ini.

Prof AzmiSebagai seorang pakar undang-undang, adalah menjadi tanggungjawab Azmi Sharom untuk memberi analisa tentang fenomena sosio-politik dari perspektif perundangan agar massa dapat membuat penilaian sewajarnya berkenaan sesuatu isu, dalam kes ini isu perlantikan menteri besar Selangor.

Barangkali pandangan yang disuarakan ahli akademik tidak semestinya bersetuju dengan dasar pemerintah malah mempersoalkan kewajaran sesuatu dasar atau tindakan pemerintah demi kepentingan umum. Pandangan mereka terhasil daripada kajian yang mendalam dan proses pemikiran yang menyeluruh untuk memberi pencerahan dan mengundang perbahasan.

Maka sudah tentu tindakan yang diambil ke atas ahli akademik ini bukan sahaja menyekat kebebasan akademik tetapi melanggar prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel ke-10 di mana setiap rakyat Malaysia berhak dan mempunyai kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Dakwaan Akta Hasutan ke atas Azmi serta pemimpin PR, termasuk kes mereka yang kini dalam perbicaraan seperti Teresa Kok, Chua Tian Chang dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dan aktivis NGO Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang selepas PRU ke-13 mendedahkan hiprokrasi pemerintahan Najib yang berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan seawal Julai 2012 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Pada tahun berikutnya selepas PRU ke-13, ketika ditemubual media asing BBC World News, Najib mengatakan kerajaan akan meminda akta tersebut untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Tahun ini, draf Rang Undang-undang (R.U.U.) Keharmonian Nasional dibentangkan kepada ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak BN dan PR pada bulan Jun untuk mengumpul pendapat, namun berita terkini menunjukkan bahawa draf yang bakal menggantikan Akta Hasutan ini tidak dapat disiapkan tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, “tempoh masa untuk menyiapkan draf rang undang-undang itu agak sukar untuk ditetapkan”.

Sudah dua tahun berlalu sejak komitmen untuk memansuhkan akta zalim ini dibuat. Berbanding dengan Akta Perhimpunan Aman yang hanya mengambil masa kurang daripada tiga bulan untuk dibentuk dan diluluskan, sikap pemerintahan BN melengah-lengahkan pemansuhan Akta Hasutan memberi jawapan yang jelas.

Penggunaan akta ini secara aktif dan agresif terhadap pempinan PR, aktivis NGO dan terkini ahli akademik bukan setakat mendedahkan kepura-puraan Najib, malah ia mendedahkan kelemahan sebuah kerajaan minoriti yang terbentuk di atas sokongan undi 47 peratus, terpaksa memperalatkan akta zalim yang bukan digubal Malaysia yang merdeka, di Dewan Rakyat atas tuntutan rakyat Malaysia, untuk menyekat kebebasan bersuara agar mengongkong kebebasan berfikir supaya terus kekal berkuasa.

Categories
NASIONAL

Mahasiswa kutuk tindakan Kerajaan Umno-BN terus salah guna Akta Hasutan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: Mahasiswa Keadilan mengutuk tindakan Kerajaan Umno-BN yang mensabitkan pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom dengan Akta Hasutan berkenaan pandangan peribadi ke atas isu Menteri Besar Selangor.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata hal ini mendorong kepada satu situasi politik tidak sihat dan jumud.

mansuh aktaKatanya, Akta Hasutan sebuah akta menindas rakyat dan sebagai medium akhir untuk menyekat kemaraan seteru politik tidak sehaluan kerajaan.

“Kita jelas pandangan Dr Azmi Sharom pandangan seseorang ahli akademik berkelas tinggi.

“Setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan seperti termaktub di dalam “Artikel 10” Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom jelas mengikut peruntukan Artikel 10 dan tidak menyalahi mana-mana perlembagaan negara.

Selain itu, pemimpin parti politik juga tidak berkecuali dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat disabitkan Akta Hasutan.

“Kerajaan pimpinan Najib Razak seharusnya menunaikan janji beliau ingin menghapuskan Akta Hasutan bertarikh pada 11 Julai 2012.

“Penerimaan rakyat disambut baik semua lapisan masyarakat pelbagai perbezaan ideologi politik sekiranya perjanjian ini dilaksanakan,” katanya.

EZY