Categories
NASIONAL

Majistret Bebaskan Tian, Haris dan Tamrin

tian pix

SHAH ALAM, 24 MEI : Mahkamah Majistret hari ini menetapkan untuk membebaskan Naib Presiden PKR, Tian Chua bersama dua aktivis politik, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Abdul Ghafar daripada tahanan polis.

Ia susulan tindakan Majistret Norashikin Sahat menolak permohonan polis untuk menahan mereka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Perkara itu disahkan peguam, R.Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang ketika dihubungi TV Selangor.

“Benar ketiga-tiga mereka dibebaskan apabila Majistret mendapati tiada asas atau bukti kukuh berhubung permohonan reman oleh pihak polis.

“Polis memohon untuk menahan mereka selama tujuh hari bagi tujuan siasatan, akhirnya lepas mendengar hujahan daripada peguam, mahkamah mendapati ia tidak berasas (penahan) dan membebaskan mereka serta-merta,” katanya.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan daripada tahanan polis kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Berita pembebasan mereka juga turut tersebar luas di laman media sosial.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam di tiga lokasi berasingan sebelum dimasukkan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur Balai Polis Jinjang sekitar jam 5 petang.

Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tengah hari semalam semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu.

Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.

Manakala anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin ditahan ketika sedang makan di Bangsar.

 

Categories
NASIONAL

SAMM, ABU Lancar Roadshow ‘AMARAN: Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu!

cbard

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asal Bukan Umno (ABU) melancarkan Roadshow SAMM-ABU sebagai pecutan terakhir Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Roadshow yang bermula pada 1 Febuari lalu dilancarkan dengan tema AMARAN: Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu!.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menjelaskan, PRU-13 merupakan peluang terbaik menumbangkan rejim Umno-BN.

Justeru, SAMM mengambil peluang ini bekerjasama dengan sekutu rapat ABU, organisasi mahasiswa serta anak muda dan kerjasama rapat pelbagai peringkat Pakatan Rakyat.

“Sememangnya peluang untuk menang berdasarkan tapak sokongan amat cerah. Namun penipuan PRU menjadi musuh utama.

“Rejim (Umno-BN) harus diberikan amaran, rakyat harus dipersiap minda, berlaku sahaja penipuan yang memenangkan BN maka dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalanan tanpa arahan,” katanya dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina, Kuala Lumpur.

Tegasnya, SAMM akan membantu PR menumbangkan Umno-BN dan bersekutu mendokong idea ABU iaitu bersekutu ke arah perubahan.

Sehingga kini, sebanyak 3 juta risalah dicetak dengan pelbagai bahasa dan isu selain memastikan maklumat PR sampai ke tangan rakyat.
6 FEBUARI ? JOHOR
4 pm ? Taklimat dan Agihan: Warong Wak Seran, Pekan Parit Betak, Benut, Pontian
9 pm ? Rapat Pidato 1: No 15, Jalan Warong Felda Bukit Batu, Kulai
9 pm – Rapat Pidato 2: Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai (012-7030747)

7 FEBUARI ? JOHOR
9 pm – Rapat Pidato: Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar (017-3563823)

8 FEBUARI ? MELAKA
5 pm ? Taklimat dan Agihan: Pusat Khidmat Masyarakat Taman Asian, Kota Melaka

9 FEBUARI ? N. SEMBILAN
5 pm ? Taklimat dan Agihan: Bilik Gerakkan PKR Batu 8 Labu
9 pm ? Rapat Pidato: Felda Palong 2 Gemas (012-3696474)

11 FEBUARI ? TERENGGANU
5 pm ? Taklimat dan Agihan: Pejabat PKR Negeri
9 pm ? Rapat Pidato: Depan kem PGA Kubang Badak, Kuala Terengganu (019-9317608)

12 FEBUARI – KELANTAN
5 pm ? Taklimat dan Agihan: Pantai Irama Bachok
9 pm ? Rapat Pidato: Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu (019-9317608)

13 FEBUARI – PAHANG
9 pm ? Rapat Pidato: Pejabat Keadilan Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan (017-9573855)

18 FEBUARI – PERLIS
9 pm ? Rapat Pidato: Depan Pasar Raya C-Mart Arau (019-4342244)

19 FEBUARI – KEDAH
9 pm ? Rapat Pidato: Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani (017-5568557)

20 FEBUARI ? PULAU PINANG
5 pm ? Taklimat dan Agihan: Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau
9 pm ? Rapat Pidato: Bukit Panchor, Nibong Tebal (012-4702074)

21 FEBUARI – PERAK
5 pm ? Taklimat dan Agihan: Parit Buntar
9 pm ? Rapat Pidato: Kg Bukit Chawi, Kg Gajah (012-5595258)

22 FEBUARI – SELANGOR
9 pm ? Rapat Pidato: Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa Klang (019-9809974)

23 FEBUARI ? KUALA LUMPUR (FINALE)
Sebuah Konvensyen Tuntutan Rakyat (010-2675872)

 

Categories
NASIONAL

Selangor Tutup AES Jumaat Ini – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 06122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 06 DISEMBER 2012 :

1. Selangor Tutup AES Jumaat Ini
2. Pekawanis Bantu Pesakit Lymphoma Kronik
3. ABU: Peristiwa 13 Mei Tidak Akan Berulang
4. Isu Tragedi 13 Mei: Muslimat PAS Cabar Shahrizat Debat

Categories
NASIONAL SELANGOR

ABU Akan Menentang Pengganti Umno Yang Zalim

PUCHONG 21 AUG : Rakyat harus memilih pemerintah yang mempunyai integriti dan kredibiliti pentadibiran agar hak mereka terjamin tidak kira daripada mana-mana parti politik.

Aktivis gerakan Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim menjelaskan, fokus utama kini adalah menumbangkan pentadbiran Umno-BN di Putrajaya bagi membolehkan negara menyaksikan pemerintah baru.

Akan tetapi, perkara sama juga akan dibuat jika pemerintah baru gagal memenuhi aspirasi rakyat.

“Kita sudah bertekad dalam PRU-13 (pilihanraya ke-13) Umno akan ditumbangkan. Satu kerajaan baru akan ditubuhkan di Putrajaya.

Objektif gerakan itu, iaitu untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional, dikritik kerana ia seolah-olah hanya tertumpu kepada kesalahan parti itu tetapi membisu terhadap keburukkan parti lain.

?Kalau kerajaan itu tidak telus dan ikhlas, yang penting rakyat akan belajar daripada PRU-13, kuasa bersama dengan rakyat,? ujar Haris.

“Kalau hari ini kita tumbangkan Umno, esok mana-mana kerajaan yang bertempat di Putrajaya kalau tidak mentadbir secara terbuka, rakyat boleh tumbangkan,” tegasnya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor baru baru ini.

ABU mula dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.

Ujar beliau lagi, ABU sama sekali tidak pernah menentang pembela hak orang Melayu.

Sebaliknya ABU menentang pihak yang sekian lama berselindung di belakang slogan ‘kita membela hak orang Melayu’ namun merompak dana kekayaan negara.

“Orang kena faham ABU bukannya perjuangan kaum, ini adalah perjuangan rakyat yang selama ini tertindas, miskin dan ketinggalan.

?Walaupun kononnya Mahathir (bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed) mengatakan Malaysia pada 2020 akan menjadi negara membangun walhal rakyat masih ketinggalan.

“Kita menentang Umno bukan sebab kononnya Umno membela hak Melayu. Umno bersama kroni-kroni sudah sekian lama rampas kekayaan negara. Kita bukan menentang hak mana-mana kaum,? ujar Haris.