Categories
SELANGOR

Bonus Selangorku Diperuntuk RM7.5juta

KLANG 08 APRIL : Bagi meneruskan usaha memberi bantuan menerusi pelbagai program kebajikan kepada rakyat negeri Selangor dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kerajaan negeri hari ini sekali lagi melancarkan program baru iaitu Jom Shopping ‘Bonus Selangorku’.

Inisiatif tambahan itu diberikan kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) berupa baucer membeli-belah bernilai RM100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak TAWAS.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit.

Katanya, bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran.

” Insyaallah bantuan ini akan diteruskan untuk bayi-bayi yang lahir pada tahun-tahun seterusnya,” katanya selepas Majlis Pelancaran program terbabit di Econsave Kampung Jawa, Klang.

Hadir sama, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Pentadbir Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Tambah Khalid, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu.

“Oleh kerana publisiti yang meluas mengenai program TAWAS, ramai yang terlupa untuk mendaftar anak-anak, jadi kita memberi tempoh enam bulan hingga satu tahun sahaja bermula sekarang.

“Kita juga akan pergi ke hospital dan klinik bagi membantu anak-anak yang lahir supaya tidak ketinggalan dalam program ini,” katanya.

Setakat ini, jumlah yang mendaftar sebagai ahli TAWAS lebih 65 peratus berbanding 30 peratus semasa TAWAS diperkenalkan.

“Saya berasa berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan wang simpanan negeri Selangor yang besar untuk digunakan oleh rakyat,” katanya.

Sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

Bazar Esplanade Tarikan Baru Pelancongan Klang

KLANG,25 MAC : Penduduk disekitar KlangĀ  dan Shah Alam kini mempunyai kawasan tarikan baru untuk dikunjungi di hujung minggu dengan adanya kawasan pelancongan di Tanjung Harapan dengan adanya usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Bazar Esplanade di sini.

Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang ramai dengan tarikan pemandangan indah dengan boleh melihat aktiviti kapal-kapal dagang dan bot-bot kecil yang berlabuh dan keluar masuk ke pelabuhan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa merasmikan Bazar EsplanadeĀ  berkata usaha ini merupakan langkah awal usaha penjenamaan semula sektor pelancongan dan dijangka mampu menarik para pelancong dari luar ke daerah Klang.

“Lebih 40,000 ahli-ahli keluarga di Klang yang mencari tempat untuk makan dan untuk membuat aktiviti antara pukul 8.00 sehingga 10.30 malam, jadi apabila ada program pertunjukkan begitu ramai orang yang datang sebab di Klang agak kurang tempat tumpuan,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga berharap agar masyarakat sentiasa menjaga kebersihan kawasan pelancongan ini dan mengesorkan kepada para peniaga untuk mempelbagaikan barangan dan produk yang boleh ditawarkan kepada pengunjung untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dari luar.

” MPK diharap akan teruskan usaha dan ramai orang yang akan memberikan idea-idea bagaimana pembangunan bazar Esplanade ini dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata lagi,masyarakat di Klang memerlukan kawasan destinasi pelancongan untuk bersantai dihujung minggu dan usaha MPK ini perlu dicontohi kerana daya inisiatif mempelbagaikan kawasan tarikan yang boleh dikomersilkan.

Bazar Esplanade ini dipenuhi kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian,cendermata, buku, makanan dan sebagainya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Yaakob Sapari,Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, Timbalan YDP Klang, Tuan Ikhsan Mukri.

Categories
SELANGOR

Forum Perdana Medan Dakwah Perkasa Ilmu Umat Islam

MERU,9 MAC : Forum Perdana Ehwal Islam merupakan medan yang sesuai untuk dakwah dan pengisian ilmu kepada masyarakat dalam usaha mewujudkan insan berilmu dan bertaqwa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sentiasa berharap usaha pemantapan ilmu di kalangan umat Islam terus diperkasakan melalui program pengisiaan ilmu seperti Forum Perdana Ehwal Islam yang dianjurkan kerajaan negeri.

“Saya menyokong forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan sejak 2008 untuk dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu pejabat-pejabat daerah.

?Ia merupakan keprihatinan oleh kerajaan Selangor bagi memartabatkan agama Islam dan masyarakat Islam di Selangor,” kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Masjid Ass-Syariff di sini.

Abdul Khalid berkata program seperti ini merupakan wadah bagi umat Islam membincangkan permasalahan dan mencari penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi masyarakat pada hari ini.

Program Forum Perdana Ehwal Islam dihadiri kira-kira lebih 700 penduduk di sekitar Meru.

Ahli panel ceramah terdiri daripada Alwi Parman dan Dr Zulkifli Al-Bakri.

Majlis Forum ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pejabat DUN Meru, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pihak Masjid Ass Syarif.

Turut hadir Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Exco Selangor Yaakob Sapari.

Dalam forum perdana itu ahli panel membicarakan persoalan berkenaan cabaran rumah tangga masa kini.

Noh Omar Dicabar Tidak ‘Lidah Bercabang’ Cabar Selcat

SHAH ALAM,3 JANUARI : Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar digesa agar tidak bersikap ‘lidah bercabang’ dalam mempersoalkan kedudukan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sedangkan pada masa yang sama pimpinan Umno dan Barisan Nasional itu tidak mengiktiraf Selcat di sisi undang-undang.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim yang dihubungi Selangor Kini berkata pendirian Noh Omar yang mempersoalkan kes Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dilihat tidak konsisten apabila mencabar Selcat ke mahkamah dengan alasan tidak mengikut perlembagaan.

” Saya minta Noh Omar menyatakan pendirian sebenarnya, jika Selcat itu sah, maka mengapa Umno mencabar kedudukan Selcat di mahkamah, kalau dia cabar Selcat daripada segi kedudukan undang-undang, maka mengapa Noh Omar amat mengharapkan Selcat melaksanakan siasatan, apa pendiriannya yang sebenarnya pimpinan Umno ini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Noh Omar mencabar Chang Kim untuk memperjelaskan situasi sebenar perjalanan kes KSSB dalam jawatankuasa tersebut yang turut menuduh Chang Kim mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyelesaikan kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).

” Berhubung siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), semasa kes itu ditangguhkan pada masa itu dalam proses pendengaran telah pun dimaklumkan yang mana pendapat Selcat pada masa itu tidak ada bukti-bukti rasuah .

“Dan sebenarnya, saksi-saksi yang perlu hadir dalam kes ini telahpun menarik diri, justeru sebenarnya kes-kes seperti ini bergantung kepada kerjasama pegawai kerajaan dan orang ramai , kalau mereka tidak memberikan keterangan maka tidaklah dapat Selcat membuat sebarang rumusan,” jelas Chang Kim.

Menurut Chang Kim lagi, Selcat yang hanya dianggotai seramai tujuh anggota mempunyai bidang tugas dan kuasa yang terhad berbanding agensi PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh membuat serbuan dan tangkapan dalam siasatan sesuatu kes.

” Selcat hanya boleh menyaman orang agar datang kepada kita, namun jika kita mengkehendaki seseorang itu hadir tetapi beliau sendiri tidak mahu hadir memberikan sebarang keterangan, maka Selcat pun tidak mempunyai apa-apa kuasa lain.

“Orang Umno yang disaman untuk hadir sendiripun tidak datang, seperti kes Khir Toyo dan isterinya yang tidak mahu hadir . Jadi dalam keadaan orang Umno sendiri yang tidak mahu memberikan kerjasama, maka bagaimana mahukan rumusan yang sempurna daripada Selcat,” katanya.

Justeru, Chang Kim mencabar Noh Omar agar membawa kes KSSB kepada SPRM jika yakin mempunyai asas dan bukti rasuah kerana SPRM mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding Selcat.

” Seperti kes Khir Toyo dalam isu Balkis yang mana Selcat sudah mengeluarkan keputusan, pihak kerajaan persekutuan tidak membuat apa-apa tindakan.

“Jadi Noh Omar kena fahamlah yang mana dia pun peguam dan menteri yang lama di Parlimen, jadi dia perlu tahu bidang kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan bidang kuasa Parlimen,” katanya.