JURNAL BERITA : Ibu Aminulrashid: “Anak saya mati macam anak kucing

1- 3,000 hadir rai kemeriahan Festival Antarabangsa PJ

2- Rancang bina Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi seluruh daerah

3- Selangor bekerjasama dengan Nestle tingkat pengeluaran pertanian

4- Exco: BN patut kaji dulu sebelum naik harga barang

5- Mahkamah gugur rayuan, Ibu Aminulrashid: ‘Anak saya mati macam anak kucing…”

6- Exco: Samakan wanita dengan harta benda tindakan tak bertamadun

7- Chang Kim: Semua PBT diarah tubuh Jawatankuasa Rayuan Fi Lesen

8- Kuala Langat destinasi pelancongan dan sukan antarabangsa

9- BN fitnah Himpunan Ambang 2014 mahu guling kerajaan

10-Azmin: Cegah Denggi perlu kerjasama semua

11- Bantuan MES di DUN Jeram berjalan lancar

12- Sukan Rakyat MBSA perkukuh hubungan masyarakat setempat

13- Sukan Boling erat hubungan Worldwide dan media

Categories
SELANGOR

Chang Kim: Semua PBT diarah tubuh Jawatankuasa Rayuan Fi Lesen

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 21 DIS : Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 19 Disember lalu mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan agar menubuhkan Jawatankuasa Rayuan Fi Lesen bagi mendengar dan membantu peniaga yang menghadapi masalah membayar fi lesen, perniagaan dan perindustrian pada kadar baru.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata  peniaga yang ingin mengemukakan rayuan boleh membayar fi lesen pada kadar lama dahulu sementara menunggu keputusan jawatankuasa itu tetapi lesen hanya akan dikeluarkan selepas keputusan dibuat.

teng chang kim“Bagaimanapun peniaga yang sudah membuat bayaran fi lesen masih boleh membuat rayuan dengan setiap rayuan dikemukakan akan dipertimbangkan atas merit setiap rayuan berkenaan,” katanya.

Chang Kim berkata, Kerajaan Negeri mengarahkan hasil tambahan diperoleh semua PBT di Selangor daripada kadar baru fi lesen tred, perniagaan dan perindustrian hanya boleh digunakan bagi pembangunan dan tidak dibenarkan untuk pengurusan atau operasi.

Katanya, PBT dikehendaki mengumumkan jumlah tambahan hasil itu yang akan digunakan bagi pembangunan mulai 2015 yang mana segala maklumatnya perlu diumumkan untuk pengetahuan rakyat.

PBT perlu menjelaskan kepada peniaga mengenai kaedah pengiraan kadar fi lesen baru yang mengenakan kadar mengikut jenis perniagaan dan kategori penjualan / perkhidmatan, pembuatan / proses dan stor dengan mengambil kira keluasan lantai aktiviti.

Katanya, Kerajaan Negeri memutuskan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 (UUK-PTPP) pada 1 Januari 2014 selepas ditangguhkan dua kali sebelum ini.

“UUK-PTPP diwartakan pada 17 Julai 2007 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008 ditangguhkan pada 6 Disember 2007 susulan bantahan atas alasan kenaikan adalah mendadak dan tempoh pemberitahuan singkat.

“Pada 5 November 2008, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan menguatkuasakan UUK-PTPP 2007 pada 1 Januari 2010 tetapi keputusan itu ditangguhkan pada 12 Ogos 2009.

Pada 10 September lalu, satu perjumpaan diadakan dengan kehadiran 90 orang terdiri daripada wakil beberapa pertubuhan, NGO berasaskan pengeluaran dan perniagaan serta peniaga individu mengenai taklimat UUK-PTPP 2007.

“Maklum balas peserta amat positif dan MMKN menimbangkan semula penguatkuasaannya yang tertangguh selama enam tahun sejak 2007 dan juga bererti pengubahsuaian kadar fi lesen ini hanya dibuat selepas 26 tahun,” katanya dalam sidang media di sini,semalam.

Sebelum UUK-PTPP 2007, kadar fi lesen diguna pakai di semua PBT adalah kadar ditetapkan pada 1987 iaitu diguna pakai selama 20 tahun melainkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mana kadar diguna pakai adalah kadar ditetapkan pada 1982.

Chang Kim berkata, penguatkuasaan itu dibuat dengan mengambil kira PBT memerlukan pertambahan hasil untuk memperkukuhkan kewangan bagi tujuan pembangunan.

Katanya, sekiranya tindakan tidak diambil maka dalam tempoh beberapa tahun akan datang sebahagian PBT mungkin tiada peruntukan untuk pembangunan yang bererti pembinaan kemudahan asas yang baru tidak dapat dijalankan.

“Dari 2010 hingga 2014, hanya sejumlah empat hingga 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan 12 PBT Selangor berjumlah 1.85 bilion dapat digunakan untuk pembangunan yang bererti 90 hingga 96 peratus belanjawan tahunan PBT dikehendaki untuk tujuan pengurusan atau operasi.

“Bagi belanjawan 2014 Selangor, sejumlah 33 peratus daripada RM1.85 bilion iaitu kebetulan jumlahnya sama dengan jumlah keseluruhan belanjawan PBT dapat digunakan untuk tujuan pembangunan,” katanya.

EZY

JURNAL BERITA: Syarikat konsesi tol untung 61% hingga 121%

1- SMS ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ palsu, fitnah

2- Anwar dakwa Shafee kejar cita-cita jadi Peguam Negara

3- Tol naik, PKR bidas kenyataan angkuh Menteri suruh rakyat ikut jalan lain

4- Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail

5- Tiada alasan naik tol: PLUS untung 61 peratus, KESAS 121 peratus, Litrak 49 peratus

6- Gangguan air: Selangor arah PBT pantau kemudahan lif, sedia lori tangki

7- Chang Kim : Utusan perlu minta maaf dan perbetul kenyataan

8- Exco : Contohi pendekatan Ustaz Azhar Idrus tarik generasi muda dekati Islam

9- PKNS jimat RM 355 juta melalui Ikrar Integriti Korporat

10- MDKS komited bangun Kuala Selangor pusat pelancongan menarik

11- ‘MTB Jamboree D’Paya Indah Wetlands’ tarik perhatian peserta antarabangsa