Categories
AGENSI SELANGOR

LZS: 3,000kg daging korban diagih kepada asnaf, fakir miskin

SHAH ALAM, 9 OGOS: Sejumlah 3,000 kilogram daging korban diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin serta masyarakat sekitar Puchong dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Hicom kelmarin.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan pihaknya membantu menyerahkan daging korban anjuran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

Penyerahan daging itu dilakukan ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop kepada wakil-wakil masjid di kawasan tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan bekalan daging ini dapat meringankan beban terutama di waktu yang sukar ini,” katanya menerusi Facebook semalam.

Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

1,174 pek daging korban diagih untuk penduduk Gombak

GOMBAK, 21 JULAI: Sebanyak 1,174 pek daging lembu korban diedarkan kepada penduduk sekitar Gombak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata setiap bungkusan daging seberat satu kilogram (kg) diagih hasil sembelihan 14 ekor lembu sumbangan Kerajaan Selangor melalui pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Menurutnya sebahagian besar penerima adalah penduduk Sungai Tua melalui agihan 26 surau di lapan kampung serta empat ahli majlis selain turut memanfaatkan golongan asnaf dan fakir miskin.

“Selebihnya disumbangkan kepada penduduk di DUN Gombak Setia dan Hulu Kelang,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas meninjau proses suntikan dos kedua di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Sri Siantan di sini hari ini.

Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua berkata aktiviti ibadah korban dijalankan di pusat sembelihan diluluskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kerajaan Selangor menetapkan hanya tiga premis dibenar melaksanakan aktiviti sembelihan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Premis dibenarkan adalah rumah sembelih veterinar atau rumah sembelihan swasta serta ladang ternak yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor dan masjid bawah Jais.

Selain itu, hanya lima petugas dibenarkan terlibat dalam proses sembelihan pada satu-satu masa dan sebaiknya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin bagi mengelak jangkitan wabak.

Categories
AGENSI SELANGOR

Masjid Jamilhuda sumbang 480 daging korban untuk penduduk, asnaf

AMPANG, 20 JULAI: Jawatankuasa Masjid Jamilhuda, Kampung Melayu di sini mengedarkan 480 bungkus daging korban kepada penduduk sekitar sempena perayaan Aidiladha.

Nazirnya Hassan Che Kob, 66, berkata setiap pek daging seberat dua kilogram (kg) diagihkan termasuk kepada 220 keluarga asnaf dan sebahagian untuk ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah masjid.

Katanya, pemberian tersebut adalah hasil korban tujuh ekor lembu dengan satu daripadanya sumbangan Kerajaan Selangor.

“Aktiviti sembelihan empat ekor lembu dijalankan di masjid manakala tiga lagi di kandang dengan kekuatan 20 petugas terdiri ahli jawatankuasa (AJK) dan ahli kariah mengikut tatacara operasi piawai (SOP),” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa berkata pihaknya melaksanakan ibadah korban tahun ini melibatkan 10 ekor kambing dan 11 ekor lembu termasuk satu sumbangan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Suzana Shaharudin menjelaskan aktiviti tersebut dijalankan dua hari di Stelvio Bukit Antarabangsa yang terletak berhampiran masjid Bukit Antarabangsa dan ladang ternak berdaftar.

“Agihan dibuat secara pandu lalu di masjid untuk penduduk sekitar membabitkan asnaf fakir dan miskin serta penghuni pangsapuri kos rendah,” katanya.

Kerajaan Selangor menetapkan hanya tiga premis dibenar melaksanakan aktiviti sembelihan ibadah korban sempena Aidiladha mengikut SOP ketat.

Categories
SELANGOR

PKNS rai keberkatan Aidiladha bersama tiga pertubuhan kebajikan

Oleh AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 7 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, tujuh persatuan yang bernaung dibawahnya dan barisan pemain bolasepak PKNS FC bergotong-royong melaksanakan syariat ibadah korban.

YoyoPegawai Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata majlis ibadah korban sempena Aidiladha 2014 menyaksikan 13 ekor lembu dikorbankan dan sembilan kilogram daging korban diberi kepada Rumah Anak Yatim Opah Hasnah di Klang, Darul Quran Nurul Hasanah di Kuala Selangor dan Maahad Tarbiah Islam Assofa di Hulu Langat.

PKNS turut memberikan sumbangan RM9,000 kepada tiga pertubuhan kebajikan itu.

“Sebanyak sebelas ekor lembu kita korbankan di sini dan baki dua ekor lembu lagi dikorbankan di Jabatan Kemajuan Wilayah Selatan PKNS Bangi,” katanya kepada media.

Seramai 77 warga kerja PKNS bersama-sama Pengurus Besar Azlan Md Alifiah dan pihak pengurusan PKNS turun membantu acara penyembelihan, melapah dan memotong daging.

DSC_1961

HM

Categories
SELANGOR

500 keluarga berpendapatan rendah terima daging korban Kerajaan Negeri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 6 OKT: Kemeriahan Hari Raya Aidil Adha menjadi lebih bermakna bagi kira-kira 500 keluarga kurang berkemampuan di Paya Jaras apabila masing-masing menerima agihan daging korban yang disumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Daging korban itu diedarkan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman selepas menerima empat ekor lembu korban yang disumbangkan Kerajaan Negeri.

“Setiap tahun kita beri giliran kepada surau dalam Paya Jaras untuk terima pemberian lembu dari Kerajaan Negeri.

“Tumpuan kita adalah kawasan yang penduduk berpendapatan sederhana dan kita berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan yang diberikan. Rakyat gembira dengan program ini,” kata Khairuddin.

Jelas beliau, kali ini ibadah korban yang dijalankan secara gotong royong itu diadakan di Surau Kubu Gajah, Surau Matang Jaya, Surau Matang Pagar, Surau Wangsa Permai dan Surau Islah Bandar Baru Sungai Buloh.

“Kita siapkan setiap bungkusan yang mengandungi sekilo daging untuk diedarkan dan saya sendiri sempat edarkan di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh,” ujar Khairuddin lagi.

Selain Kerajaan Negeri, ibadah korban di Paya Jaras itu turut disertai beberapa individu di beberapa surau dan masjid kawasan terbabit.

HM