Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Harga minyak dunia pacu ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen positif, dipacu oleh peningkatan harga minyak yang terus diniagakan dengan lebih kukuh, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0430/0470 berbanding dolar AS daripada paras 4.0480/0510 pada Selasa.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata ringgit berada dalam wilayah pertengahan yang amat positif sekitar paras 4.05 selepas mengalami pelbagai perkembangan turun naik sebagaimana mata wang berkaitan minyak lainnya, sepanjang tahun ini.

“Kita akan melihat ramai peniaga tempatan mengakhiri aktiviti mereka bagi tahun ini, namun ringgit dijangkakan terus diniagakan secara stabil walaupun berlakunya beberapa aktiviti pengambilan untung di peringkat ekuiti global,” katanya kepada Bernama.

Pada pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global naik 0.39 peratus untuk diniagakan pada US$51.29 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura pada 3.0472/0504 daripada 3.0484/0509 pada Rabu namun susut berbanding euro kepada 4.9595/9661 daripada 4.9584/9625 semalam.

Ringgit juga jatuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.9063/9109 daripada 3.9039/9080 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4625/4691 daripada 5.4527/4587 sebelum ini.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka niaga rendah, dagangan lengang minggu depan

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Ringgit dijangka rendah sedikit berbanding dolar AS minggu depan di tengah-tengah permintaan lemah menjelang cuti panjang hujung tahun, kata seorang penganalisis.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata sentimen risiko yang bertambah baik dan harga minyak tinggi dijangka memberi sokongan kepada ringgit minggu depan tetapi aktiviti agak terhad memandangkan majoriti peniaga sedang bercuti panjang.

Beliau berkata data ekonomi Amerika Syarikat yang rendah dan jangkaan pound sterling yang tingggi berikutan keyakinan terhadap perjanjian perdagangan Brexit menyaksikan dolar AS diniagakan kebanyakannya rendah.

“Pasaran tempatan dipengaruhi kebanyakannya oleh faktor luaran, terutamanya perjanjian perdagangan Brexit dan perkembangan vaksin Covid-19,” katanya kepada Bernama.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti umum sambutan Hari Krismas dan dagangan akan disambung semula pada 28 Dis.

Bagi asas Jumaat ke Khamis, ringgit rendah berbanding dolar AS pada 4.0590/0620 berbanding 4.0375/0415 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0537/0571 pada Khamis daripada 3.0389/0428 pada Jumaat minggu sebelumnya dan turun berbanding pound Britain kepada 5.5186/5243 daripada 5.4474/4540.

Unit tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.9479/9528 daripada 4.9451/9512 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.9153/9193 daripada 3.8983/8029.

– BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah sedikit 4.0350/0400 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar yang dirangsang oleh perundingan akhir mengenai cadangan rang undang- bantuan Covid-19 bernilai US$900 bilion oleh pegawai Rumah Putih dan pemimpin kongres.

Pada pukul 9.03 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0350/0400 berbanding dolar AS, daripada 4.0320/0370 semalam.

Seorang penganalisis berkata walaupun perbincangan itu dijangka berlarutan sehingga hujung minggu, terdapat harapan yang tinggi bahawa rang undang-undang itu akan diluluskan sebelum musim cuti dan ini sekali gus mampu meringankan beban kewangan jutaan rakyat Amerika.

“Pemimpin kongres telah menyatakan perkembangan memberangsangkan beberapa hari lepas dan keyakinan amat tinggi untuk mengelakkan penutupan kerajaan,” kata beliau

Beliau menambah ringgit bagaimanapun lebih cenderung untuk meningkat ketika ditutup, didorong oleh harga minyak yang tinggi dan peningkatan jumlah mereka yang cuba mendapatkan faedah pengangguran di AS.

“Sekiranya pakej rangsangan itu tidak diluluskan, ia akan mengheret turun nilai dolar dan ini sudah pastinya memberi peluang untuk ringgit diniagakan lebih tinggi,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0414/0463 daripada 3.0410/0460 ketika ditutup petang Khamis dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.9445/9510 daripada 4.9315/9389.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9076/9128 daripada 3.9111/9171 sebelumnya dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.4698/4770 daripada 5.4771/4851.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga tidak berubah 4.0490/0520 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Ringgit mencatatkan prestasi tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka hari ini memandangkan pelabur masih tidak memasuki pasaran bagi menunggu pemangkin tempatan baharu.

Pada 9.02 pagi, ringgit dibuka pada 4.0490/0520, sama seperti ketika ditutup semalam.

Penganalisis berkata walaupun kalangan pakar ekonomi dan bank pusat mengunjurkan ekonomi lebih baik pada 2021, namun pelabur masih bimbang mengenai kenaikan kes pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

“Meskipun vaksin mencatatkan perkembangan yang amat baik, tetapi masih wujud pengenaan langkah kawalan pergerakan untuk mengekang penularan pandemik itu,” katanya.

Beliau berkata di peringkat luaran, tindakan Rizab Persekutuan AS terus membeli bon sehingga ia menyaksikan kemajuan ekonomi yang lebih ketara dilihat sebagai langkah untuk menstabilkan pasaran kewangan AS selepas pandemik ini berakhir.

Fed AS pada masa ini membeli bon pada kadar US$120 bilion sebulan.

“Ini menunjukkan pemulihan ekonomi adalah lemah sehingga awal 2021 sebelum ia perlahan-lahan mencatatkan peningkatan semula,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0464 daripada 3.0469/0518 ketika ditutup semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4698/4743 daripada 5.4722/4806.

Ringgit juga stabil berbanding euro kepada 4.9365/9414 daripada 4.9418/9487 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.9155/9188 daripada 3.9197/9253 semalam.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka uji paras 4.05 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Ringgit dijangka meneruskan momentum peningkatannya dengan mencecah paras 4.0550 hingga 4.0750 berbanding dolar AS minggu depan susulan minat ketara terhadap unit tempatan itu yang dipacu oleh kenaikan harga minyak, kata penganalisis.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata harga minyak mentah meningkat susulan keputusan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) mengenai pengeluarannya yang menyuntik sentimen positif terhadap ringgit.

Ini berikutan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeksport bersih minyak mentah dan produk-produk petroleum.

“Bagaimanapun, pasaran menjadi lebih berhati-hati susulan keputusan Brexit pada Isnin tetapi saya beranggapan bahawa satu halangan telah dapat diatasi dan kita boleh melihat ringgit menguji paras 4.05 minggu depan jika harga minyak kekal kukuh,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata ringgit adalah antara mata wang Asia yang mengukuh berbanding dolar AS dengan peningkatannya mencecah minggu keenam berturut-turut pada minggu ini.

“Mata wang negara sedang pesat membangun telah mendapat manfaat daripada sentimen yang cenderung terhadap risiko di pasaran kewangan global ketika penduduk dunia memulakan perjalanan ke arah imuniti Covid-19,” katanya.

Menurutnya, data perdagangan luar China bagi November yang lebih baik daripada jangkaan pada Isnin juga akan turut mempengaruhi sentimen positif terhadap aset-aset Asia.

“Jika sentimen risiko itu tidak terjejas, agak wajar untuk menjangkakan bahawa ringgit akan meningkat selanjutnya berbanding dolar AS dan menguji paras 4.05 sebagai penanda utama berikutnya.

“Namun, jika naratif risiko pasaran terjejas, ringgit mungkin kembali ke paras 4.10 berbanding dolar AS,” katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit secara umumnya mengukuh berbanding dolar AS pada 4.0580/0620 daripada 4.0670/0710 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0461/0498 pada Jumaat daripada 3.0380/0431 pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan itu juga merosot berbanding pound Britain kepada 5.4698/4772 daripada 5.4319/4389 dan rendah berbanding euro kepada 4.9366/9430 daripada 4.8479/8543.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding yen kepada 3.9023/9080 daripada 3.9083/9133 pada Jumaat lepas.

-BERNAMA

 

Categories
EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.0630/0680 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Ringgit dibuka agak kukuh berbanding dolar AS pagi ini, mengambil peluang daripada kelemahan nilai dolar yang berterusan serta kemungkinan langkah mengurangkan pengeluaran akan dilanjutkan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec).

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.0630/0680 berbanding dolar AS daripada 4.0670/0710 ketika ditutup pada petang Jumaat minggu lepas.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Kenanga Research berkata trend menaik mata wang tempatan mungkin dapat bertahan lama, lebih-lebih lagi dengan kelemahan dolar yang berterusan dan disokong oleh harga minyak mentah yang tinggi, sekiranya Opec mengambil keputusan melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak pada mesyuaratnya yang bakal berlangsung minggu ini.

Minggu lepas, katanya, ringgit terus melonjak ke paras paling kukuh sejak 24 Januari 2020, selepas Parlimen meluluskan Belanjawan 2021 dengan undi suara pada peringkat dasar, sekali gus meredakan ketidakpastian dasar dan politik.

“Ringgit turut mendapat rangsangan daripada harga minyak yang lebih baik di celah-celah kemajuan vaksin Covid-19,” katanya.

Dari segi teknikal, menurut petunjuk teknikal purata pergerakan pesat (EMA), ringgit dijangka lemah sedikit sebanyak 0.25 peratus kepada 4.079 dengan dolar AS berusaha untuk membalikkan trend pasangan.

Ia berkata corak penurunan mungkin menyaksikan paras halangan 4.098 sekiranya paras halangan 4.083 dicapai.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding yen pada 3.9112/9164 daripada 3.9083/9133 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih rendah berbanding euro pada 4.8634/8710 daripada 4.8479/8543 sebelumnya.

Berbanding pound, ringgit mengukuh kepada 5.4172/4243 daripada 5.4319/4389 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.0380/0420.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.1570/1630 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan manakala nilai dolar yang kukuh menghalang minat pelabur ke atas mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1570/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1520/1570 ketika ditutup pada petang Rabu.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul.

Peniaga berkata pasaran kembali dicengkam rasa bimbang berikutan pasaran minyak yang tidak menentu serta kes Covid-19 seluruh dunia yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Belanjawan 2021 yang bakal dibentang pada 6 November depan turut menjejaskan aliran mata wang tempatan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0419/0474 daripada 3.0469/0517 ketika ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3746/3828 daripada 5.3860/3929.

Ringgit lebih tinggi berbanding euro pada 4.8525/8611 daripada 4.8778/8841 dan meningkat berbanding yen kepada 3.9765/9834 daripada 3.9835/9894 sebelumnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga rendah 4.1650/1720 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Ringgit meneruskan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini walaupun dolar mencatatkan penyusutan sementara dalam tempoh semalaman.

Prestasi ini susulan tumpuan kembali terarah kepada kemerosotan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai kenaikan jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1650/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1680 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata ketidakpastian berlanjutan yang menyelubungi pilihan raya presiden dan ekonomi AS telah menyeret turun mata wang negara maju itu.

Ketika ini, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa turun 1.63 peratus kepada US$40.53 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0600/0656 daripada 3.0595/0636 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4262/4357 daripada 5.4224/4288.

Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.9853/9931 daripada 3.9801/9847 ketika ditutup semalam namun meningkat berbanding euro kepada 4.9051/9150 daripada 4.9169/9220.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit diniaga dalam jajaran kecil, semakan OPR jadi fokus

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Ringgit dijangkakan terus terperangkap dalam jajaran kecil, minggu depan dengan tumpuan diberikan kepada semakan semula kadar dasar semalaman (OPR).

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) harus diberi perhatian dengan teliti terutama mengenai bagaimana bank pusat melihat tempoh pasca-moratorium yang akan berakhir pada akhir bulan ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dijadual berlangsung pada 10 Sept, 2020, dengan sebilangan penganalisis menjangkakan penurunan sebanyak 25 mata dalam OPR.

“Data terbaharu agak bercampur-campur. Kami melihat eksport Julai lebih baik daripada yang dijangkakan apabila ia berkembang 3.1 peratus tetapi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada bulan Ogos turun di bawah 50 mata,” katanya kepada Bernama.

Eksport Malaysia meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada bulan Julai, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada 8.0 peratus bulan Jun.

Daripada segi nilai, ia adalah yang kedua tertinggi pada RM92.5 bilion, selepas rekod tertinggi dicatatkan pada tahun 2018, berbanding dengan RM82.8 bilion pada bulan Jun, yang memberi petunjuk bahawa ekonomi secara beransur-ansur telah pulih daripada kemerosotan ekonomi direkodkan pada suku kedua, kata Kenanga Research.

Pada suku kedua, ekonomi menguncup 17.1 peratus daripada pertumbuhan marginal 0.7 peratus yang dicatatkan pada suku pertama.

PMI Malaysia IHS Markit, yang menjadi petunjuk prestasi perkilangan, turun 49.3 pada Ogos daripada 50.0 pada Julai.

IHS Markit berkata pengeluaran pembuatan stabil pada bulan Ogos, tetapi kehilangan beberapa momentum yang dilihat semasa pemulihan awal daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan petunjuk terkini adalah susulan daripada peningkatan pada bulan Jun dan pertumbuhan yang dicatat pada bulan Julai.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada 4.1470/1520 daripada 4.1630/1680 pada minggu sebelumnya.

Ia mencapai paras 4.1400, tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Selasa lepas selepas cuti selama tiga hari termasuk sambutan Hari Kebangsaan pada Isnin (31 Ogos).

Ringgit turut mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0410/0458 daripada 3.0581/0629 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding yen kepada 3.9393/9444 berbanding 3.9561/9583.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5143/5213 daripada 5.5251/5322 dan naik berbading euro kepada 4.9150/9214 daripada 4.9486/9562 sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit diniaga lebih rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini, berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mendapat kekuatan daripada pasaran bon AS serta aktiviti perniagaan AS dan bacaan jualan kediaman bagi Julai 2020 yang lebih baik.

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1800/1850 daripada 4.1780/1800 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Dalam nota hari ini, Kenanga Research berkata bagaimanapun, unit tempatan dijangka mendapat sokongan jika terdapat peningkatan dalam pasaran minyak mentah dan data perdagangan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata dolar AS telah diniagakan dengan lebih baik, terutamanya kepada ringgit, dengan kekecewaan bahawa minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS pada Julai kekurangan pandangan baharu dalam pelan pembelian bon bank pusat itu.

“Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan agak rendah berikutan aliran keluar ekuiti pada Jumaat lepas, dan saya berpendapat ini mempunyai kaitan dengan aktiviti pengambilan untung ke atas saham momentum berikutan dolar US mencatatkan pengukuhan,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan aliran dana MIDF Research yang dikeluarkan hari ini, aliran keluar dana asing berjumlah RM193.1 juta pada Jumaat lepas, mencatatkan aliran keluar bersih terbesar pada minggu itu.

Dari segi teknikal, Kenanga Research berkata petunjuk teknikal Purata Pergerakan Pesat (EMA) menunjukkan ringgit akan beralih kepada trend lemah, mencatatkan penurunan 0.04 peratus berbanding dolar AS kepada 4.180 pada minggu ini.

“Analisis teknikal jangka pendek itu menunjukkan paras halangan segera pada 4.188, yang akan menguji paras 4.198,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0460/0501 daripada 3.0528/0553 pada Jumaat lepas dan naik berbanding yen kepada 3.9505/9563 daripada 3.9561/9583 sebelum ini.

Berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.9299/9362 daripada 4.9355/9383 dan naik berbanding pound kepada 5.4691/4761 daripada 5.5012/5046.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dijangka cecah 4.165-4.185 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.

Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata dolar AS itu tidak dijangkakan mencatat peningkatan ketara apabila pedagang mengurangkan dedahan mereka terhadap mata wang negara maju itu.

“Saya menjangkakan ringgit akan mengalami fasa konsolidasi minggu depan ketika pedagang lebih tertarik kepada usaha-usaha memulihkan ekonomi di peringkat domestik dan serantau.

“Paras 4.17 kekal menjadi paras sokongan kukuh dan saya berpendapat ringgit diniagakan sekitar 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan tinggi pada awal minggu ini, malah mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Rabu apabila dolar AS terus kehilangan arah dan susut di tengah-tengah kadar faedah terendah.

Namun, ringgit susut berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung.

Rizab Persekutuan AS mengumumkan minit-minit mesyuarat yang berlangsung pada Julai lepas yang menekankan keperluan sokongan ekonomi berterusan pada akhir bulan itu ketika pandemik Covid-19 terus menular dan menyebabkan jutaan pekerja terperuk di rumah selain mengancam pertumbuhan ekonomi negara maju itu.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS itu akan mengadakan mesyuarat berikutnya pada 15 dan 16 September ini.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada 4.1780/1800 daripada 4.1910/1950 pada minggu sebelumnya.

Ringgit sebaliknya mencatat prestasi bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen kepada 3.9561/9583 daripada 3.9260/9308 pada minggu lepas dan tinggi berbanding euro pada 4.9355/9383 daripada 4.9416/9472.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0553 daripada 3.0518/0554 dan renda berbanding pound Britain kepada 5.5012/5046 daripada 5.4785/4854 sebelum ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA EKONOMI NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.1850/1900 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Ringgit melantun berbanding dolar AS untuk dibuka tinggi pagi ini selepas pelabur mengalihkan minat masing-masing ke arah aset yang lebih berisiko termasuk mata wang tempatan.

Ini berikutan tinjauan yang lebih suram ke atas mata wang selamat atau “safe haven (pelaburan yang dijangka akan lebih bernilai sewaktu berlaku masalah dalam pasaran).

Pada jam 9.35 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1850/1900 daripada 4.1910/1950 ketika ditutup pada Jumaat.

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga Research menjangkakan unit tempatan akan berhadapan dengan satu lagi minggu jualan besar-besaran sekiranya muncul petunjuk yang lebih menyebelahi dolar terutamanya berkaitan dengan penangguhan perundingan perdagangan China-AS dan perbahasan mengenai pakej rangsangan AS.

“Bagaimanapun, aliran menurun ringgit mungkin sebahagiannya akan dihadkan oleh data penjualan runcit dan pengeluaran perindustrian AS yang kurang menggalakkan,” katanya.

Unit tempatan merosot minggu lepas selepas bergerak rancak selama tujuh minggu berbanding dolar AS selepas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2020 yang diumumkan Jumaat lepas mencatatkan penguncupan dua digit 17.1 peratus.

Walaupun harga minyak stabil dan keyakinan terhadapa perkembangan vaksin untuk Covid-19, Kenanga berkata kelemahan ringgit berbanding dolar AS adalah disebabkan peningkatan dalam perolehan bon AS dan data China yang lesu.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit lemah berbanding dolar AS kepada 3.0541/0588 daripada 3.0518/0554 dan lebih rendah berbanding yen kepada 3.9288/9339 daripada 3.9260/9308 minggu lepas.

Ringgit susut sedikit berbanding pound Britain kepada 5.4798/4868 daripada 5.4785/4854 pada Jumaat dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.9567/9643 daripada 4.9416/9472 sebelumnya.

–BERNAMA