Categories
SELANGOR

Kelembapan ekonomi lonjak pengguna perpustakaan awam

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 APR: Kelembapan ekonomi semasa dijangka melonjakkan jumlah pengguna perpustakaan awam, kata Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Dr Halimah Ali.

Beliau berkata, kajian di Amerika Syarikat (AS) pada 2010 menunjukkan peranan perpustakaan awam menjadi penting ketika aktiviti ekonomi kurang memberangsangkan.

Jom Baca 10 minit di PPAS (3)Katanya, persepsi terhadap perpustakaan turut berubah menjadi institusi sosio-ekonomi yang berfungsi sebagai rumah kedua, tempat pertemuan, pusat pembelajaran, rekreasi dan pembangunan insan.

“Semasa The Great Recession di AS antara 2007 dan 2009, penggunaan kemudahan dan teknologi di perpustakaan awam meningkat.

“Pengguna lebih kerap menggunakan kemudahan meminjam buku, Compact Disk (CD) dan Digital Video Disc (DVD).

“Lebih ramai juga memilih perpustakaan awam untuk mengakses internet menggunakan Wifi percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan sempena Majlis Perasmian Jom Membaca 10 Minit di Perpustakaan Raja Tun Uda, semalam.

Halimah memberikan perangkaan berdasarkan buku ‘Perceptions of Libraries: Context dan Community’ terbitan Online Computer Library Centre (OCLC) pada 2010.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak usaha pembinaan dan menaik taraf perpustakaan baru dapat disegerakan.

“Kemudahan lain menyokong perkembangan dan penggunaan perpustakaan awam juga perlu disediakan agar lebih mudah diakses orang ramai termasuk golongan istimewa,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Sinergi Mencapai Mumtaz, pupuk kejayaan masyarakat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 APR : Usaha menyuntik semangat masyarakat untuk mengamalkan kehidupan lebih positif dipergiat menerusi penganjuran Program Sinergi Mencapai Mumtaz PSRA 2016, peringkat DUN Selat Klang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata penganjuran julung kalinya itu mensasarkan semua peringkat masyarakat setempat supaya lebih berusaha mencapai kemahuan dan impian mereka.

“Program ini dinamakan SINERGI untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlukan kerjasama dari pelbagai pihak.

IMG-20160411-WA0019“Jika yang berusaha hanya dari satu pihak sahaja, kejayaan sangat susah dan mustahil untuk dicapai,” katanya ketika berucap pada program berkenaan pada 9 April lalu.

Membangkitkan semangat motivasi hadirin, Dr Halimah merujuk beberapa kisah tauladan untuk diaplikasikan kepada realiti kehidupan sebenar.

Beliau berkata, simbolik penceritaan tersebut boleh menjadi sumbang saran kepada masyarakat untuk mengamalkan kehidupan lebih positif ke arah merealisasikan impian.

Seramai 500 pelajar dari enam buah Sekolah Rendah Agama (SRA) di seluruh DUN Selat Klang iaitu SRA Jalan Hassan, SRA Kampung Delek, SRI Integrasi Al-Farabi Kampung Delek terlibat dalam program ini.

Selain itu, ia turut disertai KAFA Integrasi Darul Ulum Sungai Udang, KAFA Integrasi Nurul Ain Telok Gadong dan KAFA Integrasi Al-Hidayah Kampung Keretapi.

Program ini turut dihadiri Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Profesor Dato’ Abdul Halim Tamuri.

Beliau dalam ucapan ringkasnya menggalakkan masyarakat khususnya ibu bapa agar bijak mencorakkan kehidupan anak-anak agar selari dengan ajaran agama sebenar.

“Jadikan anak-anak sebagai aset permata kita di akhirat kelak. Didiklah mereka dengan acuan Islam supaya mereka mampu menjadi seorang berguna untuk negara dan agama pada masa hadapan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

SAD-C agen pupuk kesedaran bahaya Aedes

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 APRIL: Skuad Anti Denggi Cilik (SAD-C) ditubuhkan bagi memupuk kesedaran masyarakat berkenaan bahaya Aedes dan denggi khususnya kepada masyarakat sekitar Dun Selat Kelang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali, berkata penganjuran program sedemikian memberi penekanan terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri memerangi denggi di seluruh Selangor.

Lebih istimewa katanya, skuad (SAD-C) dianggotai kanak-kanak dijadikan medium penyampai kepada masyarakat luar terhadap bahaya denggi.

12592572_1421860284497073_7894217908050900155_n“SAD-C ini memainkan peranan penting bagi membantu Kempen Sifar Aedes Dun Selat Klang. Kita menggunakan medium kanak-kanak sebagai ejen yang dinamakan Skuad Anti Dengggi Cilik.

“Kita terapkan pendidikan berkenaan pembiakan nyamuk Aedes supaya kanak-kanak dapat bercerita kepada keluarga masing-masing di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skuad SAD-C di Tadika Dun Selat Klang di Serambi Kanan Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang pada 3 April lalu.

Pada majlis itu, seramai 197 kanak-kanak dari tujuh buah tadika sekitar DUN Selat Kelang dipilih menyertai skuad berkenaan.

Dr Halimah berharap pelaksanaan program itu dapat diteruskan dengan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak secara konsisten bagi memastikan strategi sifar denggi dapat dilaksanakan.

“Kita mengambil sikap ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ kepada kanak-kanak sejak dari kecil lagi tentang langkah pencegahan denggi yang mudah,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

209 pelajar cemerlang Selat Kelang terima penghargaan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 APR : Seramai 209 pelajar cemerlang UPSR, PSRA, PT3, SMA, SPM, STPM, STAM termasuk 6 penerima Anugerah Best Of The Best diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang 2015 peringkat Dun Selat Klang.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali di Dewan MPK Teluk Pulai, 1 April lalu.

Dr Halimah dalam ucapan perasmiannya berharap lebih ramai pelajar cemerlang dapat dilahirkan seiring tuntutan agama mengalakkan masyarakat menuntut ilmu.

SELAT KELANG“Kita mahu pelajar di DUN Selat Klang cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah. Itulah definisi sebenar pelajar cemerlang dalam Islam.

“Untuk melahirkan pelajar cemerlang perlukan sinergi hebat diantara pelajar, ibu bapa, guru, nazir masjid, pengerusi surau dan semua pihak berkaitan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Majlis N45B, Kapt. (B) Baseri Md. Taib dan Ketua Penyelaras Zon Selat Klang, Tuan Hj. Kamaruzzaman Bin Aripin.

Sementara itu, pelajar cemerlang di DUN Selat Klang mencatatkan peningkatan memberangsangkan berbanding tahun lalu seramai 135 pelajar.

Dr Halimah percaya peningkatan itu didorong hubungan baik antara ibu bapa dan pelajar dalam mencari keredhaan menuntut ilmu.

-nR-

Program cegah denggi : RM10,000 untuk setiap DUN

RM10,000 diperuntukkan untuk setiap DUN bagi melaksanakan program memerangi wabak denggi.

Categories
SELANGOR

‘Champions UPSR’ panduan pelajar ke peringkat menengah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 11 MAC: Seramai 130 pelajar terbaik dari empat buah sekolah dipilih menyertai program ‘Champions UPSR’ di Bilik Seminar Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), 8 Mac lalu.

ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata program julung kali itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah sebelum berada di peringkat menengah selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dr Halimah Ali“Pencapaian UPSR ini digunakan sebagai penentu arah tuju pelajar terbabit di peringkat menengah.

“Keputusan itu juga menentukan sama ada (mereka) layak untuk meneruskan persekolahannya di sekolah asrama penuh atau sekolah berprofil tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Program kerjasama PPAS itu memberi tumpuan kepada pelajar supaya lebih berdaya saing ke arah kejayaan bersama pada masa depan.

Lebih istimewanya, ia turut menampilkan penglibatan Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir yang memimpin slot Solat Hajat Perdana bersama pelajar terlibat.

Selain itu, tokoh akademik negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim juga hadir berkongsi jejak langkah beliau sebagai ilmuan terkemuka negara.

-AA-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Persekutuan patut sedia peruntukan baiki SJKC Keng Hee

Oleh: NORHAYATI UMOR

PULAU KETAM, 28 SEP: Kerajaan Persekutuan diminta menyediakan peruntukan khas bagi membaiki struktur bangunan dewan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keng Hee, di sini ekoran mengalami kerosakan bumbung sejak tiga tahun lalu.

Lebih malang lagi apabila dewan itu turut menempatkan asrama 17 guru  di bahagian atas manakala pejabat serta bilik guru sekolah berada di bahagian bawah dewan.

HalimahPengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Chia Chun Heng berkata pembaikian mahupun pembinaan semula dewan itu bagi memastikan tenaga pengajar dan pelajar sekolah dalam keadaan selamat.

“Perkara ini membimbangkan kami kerana keselamatan kira -kira 200 pelajar dan guru tidak terjamin. Kita mahu peruntukkan khas disalurkan.

“Masalah ini sudah lama berlaku, sebelum ini, kami mengeluarkan peruntukan sendiri, namun disebabkan berulang kali berlaku jadi peruntukan juga sudah tidak mencukupi,” katanya kepada SelangorKini.

Chun Heng berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada pihak terbabit namun setakat ini belum ada maklum balas.

“Di bahagian atas terdapat asrama guru yang diperbuat daripada kayu, kini sudah dimakan anai-anai. Dengan keadaan bumbung dewan ketika ini, tidak mustahil semua struktur bangunan roboh.

“Kami berharap Kerajaan Negeri dapat membantu pihak sekolah kerana dikhuatiri peruntukan dari pihak bertanggungjawab lewat atau tidak diluluskan,” katanya.

Beliau berkata dewan terbabit merupakan satu-satunya tempat untuk diadakan pelbagai aktiviti sekolah.

“Kita tidak mampu untuk menyewa dewan persatuan yang ada di sini kerana bayaran sewa yang mahal, jadi diharapkan dewan ini diperbaiki segera,” katanya.

SKJC itu mula dibina pada 1946 yang terletak di Bahan Teochew, perjalanan ke sekolah itu dari pekan sejauh 3KM.

Ia dibina melalui sumbangan dan bantuan pemimpin tempatan.

EZY

Categories
SELANGOR

Bantuan segera dihulur untuk mangsa ribut dua kampung

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUN: Lebih 50 rumah dan gerai sekitar Kampung Sungai Udang, Telok Pulai dan Kampung Delek, Klang rosak dilanda ribut boleh memohon mendapatkan bantuan bencana.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata pihaknya akan membantu semua yang terbabit mendapat bantuan secepat mungkin.

photo 2“Mereka boleh membuat aduan ke pejabat DUN. Kita akan panjangkan perkara ini dan membantu mempercepatkan bantuan untuk semua mangsa,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada kejadian 6 Jun lalu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk menyifatkan ribut itu adalah kejadian paling teruk yang pernah melanda kawasan terbabit.

Peniaga, Abdul Khir Said, berkata ribut pernah melanda kawasan itu tetapi kali ini lebih kuat apabila banyak pokok tumbang dan bumbung rumah serta gerai sekitar Kampung Delek terjejas teruk.

photo 1(1)“Ketika kejadian, saya tergerak hati untuk melihat keadaan gerai selepas mendengar berita kawasan sekitar dilanda ribut.

“Tidak sangka, gerai kami turut musnah termasuk kediaman adik yang berada di kawasan berdekatan,” katanya.

Pada masa sama, beberapa pusat gerakan bencana sementara dibuka Majlis Perbandaran Klang bagi membantu mangsa.

-NFN-

UNISEL rai kepelbagaian pendapat pemimpin

Universiti Selangor (UNISEL) sekali lagi melangkah ke hadapan apabila julung kali menjemput wakil parti kerajaan dan pembangkang dalam sesi wacananya hari ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha itu bagi memberi peluang kepada pelajar meraikan kepelbagaian pendapat di kalangan pemimpin.

Kes demam denggi menurun namun pengawasan dipertingkat

Kes demam denggi di Selangor mulai menurun dalam tempoh dua minggu berturut-turut meskipun negeri ini mencatat 33,564 kes dengan 51 kematian sehingga 23 Ogos lalu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Sabak Bernam mencatat kes paling rendah dengan tiada kematian diikuti Sepang dan Kuala Langat.

Categories
SELANGOR

RM96 juta diperuntukkan kepada SAR, SJKT & SJKC sejak 2008

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 25 OGOS: Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sejumlah RM96 juta bagi peruntukan sumbangan kepada sekolah agama rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, SJK Cina dan sekolah persendirian Cina sejak 2008.

Daripada jumlah itu sebanyak RM36 juta disumbangkan kepada 108 sekolah SJK Cina dan empat buah sekolah persendirian Cina.

Sekolah Tamil Midland 03Manakala 97 buah Sekolah SJK Tamil pula menerima sebanyak RM24 juta dan RM36 juta lagi disumbangkan kepada 250 buah Sekolah Agama Rakyat.

Exco Pendidikan Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, peruntukan ini diadakan secara tetap setiap tahun dan bukan apabila menjelang pilihan raya seperti mana amalan Barisan Nasional (BN).

“Kita faham dalam perlembagaan, ibu bapa diperuntukkan hak untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang mereka pilih samada Tiong Hua, Tamil atau pun Sekolah Agama Rakyat.

“Kerajaan Negeri Selangor meletakkan satu prinsip di mana kita mengiktirafkan kewujudan dan keperluan orang Tiong Hua memerlukan sekolah SJKC.

“Kerajaan Selangor membuat satu keputusan memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah ini yang sebelumnya tidak diambil kira, tidak dapat peruntukkan khas Kementerian Pendidikan Malaysia,” kata Dr Halimah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Sekolah-sekolah Persendirian Cina Negeri Selangor 2014 yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua di sini, malam tadi.

Bantuan kewangan berjumlah RM2 juta untuk empat buah sekolah persendirian itu disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihadapan kira-kira 1,000 bekas pelajar sekolah berkenaan.

Selain Abdul Khalid dan Dr Halimah, majlis yang penuh meriah itu juga dihadiri Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Sejak 2008 setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan masing-masing sebanyak RM4 juta untuk SJK Tamil dan SJK Cina, RM6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat dan RM2 juta untuk sekolah persendirian Cina.

EZY

Kerajaan Negeri lulus RM2 juta bangun teknologi maklumat UNISEL

Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM2.65 juta untuk menaiktaraf pembangunan teknologi maklumat (ICT) Universiti Selangor (UNISEL).

Exco Negeri, Dr Halimah Ali, berkata kemudahan menaiktaraf kemudahan itu khususnya untuk pangkalan data, bilik server, infra bilik server dan rangkaian serta perkhidmatan telefon.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri ingin membawa UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi yang mampu berfungsi secara optima dengan memberikan kemudahan infrastruktur.