Categories
SELANGOR

Paras air Sungai Selangor meningkat musim tengkujuh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Paras air di Empangan Sungai Selangor hari ini yang berada di paras 32.48 peratus bakal meningkat apabila tiba musim tengkujuh yang dijangka bermula Oktober inii.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Selangor seperti negeri lain di pantai barat akan menerima taburan hujan lebih tinggi berbanding musim kemarau.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga giat menjalankan usaha pembenihan awan dan kerja pengepaman air dari kolam Hang Tuah bagi memastikan kapasiti air di empangan terbabit terus mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna di Selangor.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Walaupun pada masa ini paras air tidak berada di paras kritikal, Kerajaan Negeri tetap menjalankan usaha berterusan bagi memastikan bekalan air mencukupi sebelum tiba musim tengkujuh.

“Ketika ini, usaha pembenihan awan dan kerja pengepaman dari kolam berdekatan juga giat dijalankan seperti yang dirancang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr Ahmad Yunus juga menggesa pengguna di Selangor agar lebih cermat ketika menggunakan air bagi mengelakkan penurunan ke paras kritikal iaitu 30 peratus.

air“Ini belum tiba Elnino lagi. Kalau tiba Elnino pasti keadaan menjadi buruk lagi. Jadi sebab itu saya nasihatkan pengguna lebih berjimat menggunakan air,” katanya.

Dr Ahmad Yunus berkata, Empangan Sungai Tinggi mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu pada 45.62 peratus ketika ini, selain Sungai Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor jamin sumber air cukup menjelang musim perayaan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan Selangor akan memastikan kuantiti sumber air mencukupi untuk Loji Pembersihan Air (LPA) beroperasi pada tahap maksima terutama menjelang musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil beberapa langkah memastikan air dapat dibekalkan kepada rakyat terutama musim perayaan ini walaupun ada penurunan di semua empangan akibat cuaca kering.

“LUAS sedang memaksimakan penggunaan air kolam alternatif di Bestari Jaya melalui operasi pengepaman yang berjalan selama 24 jam.
Operasi ini dilakukan petugas yang terdiri daripada LUAS, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor serta Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Ini adalah untuk memastikan kuantiti air Sungai Selangor memenuhi keperluan muka sauk dan juga LPA terutama di musim perayaan yang bakal tiba,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, 20 pam dipasang untuk mengepam air dari kolam ke dalam sungai, manakala tujuh buah pam lagi untuk mengepam air sungai ke dalam kolam ketika aliran tinggi.

Beliau berkata, bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar tanpa gangguan, sebuah bilik gerakan operasi pengepaman air kolam altenatif diwujudkan di bangunan berdekatan dengan kawasan kolam terbabit sebagai pusat pemantauan operasi oleh pasukan petugas.

“Pada masa sama perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan juga bantuan pihak Polis Diraja Malaysia PDRM) digunakan untuk memastikan keselamatan pasukan petugas dan juga operasi,” katanya.

Dr Yunos berkata, walaupun dijangka ada pengurangan penggunaan air ketika awal musim perayaan disebabkan warga kota yang akan pulang ke kampung, namun operasi pengepaman air kolam akan terus dijalankan untuk memastikan tangki imbangan dapat dipenuhkan untuk menampung peningkatan penggunaan selepas cuti perayaan.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_1Mengulas berkenaan paras air empangan di Selangor yang terus mengalami pengurangan, Dr Ahmad Yunus menyatakan pihaknya sudah memohon perkhidmatan pesawat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menjalankan operasi pembenihan awan pada skala lebih besar dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita sedang menunggu maklum balas daripada MKN berkenaan perkara itu. Dengan cuaca semasa yang panas dan kering, operasi pembenihan awan ini akan dilakukan mengikut kesesuaian atas nasihat pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET),”katanya.

Pada masa sama, beliau juga menyeru pengguna supaya sentiasa bijak dan berjimat dalam penggunaan air di musim perayaan ini, terutama ketika cuaca panas dan kering yang sedang dialami.

Setakat jam 8 pagi tadi, paras air di empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan 35.69 peratus.

-NFN-

Kontraktor perlu pastikan kualiti terbaik 3,700 km jalan

Sub-kontraktor terpilih dalam penyelenggaraan jalan diperingatkan agar menjalankan tugas dengan amanah serta mendokong integriti dalam memastikan kualiti kerja terbaik.

Categories
SELANGOR

Kontraktor perlu pastikan kualiti terbaik 3,700 km jalan

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 16 JULAI: Sub-kontraktor terpilih dalam penyelenggaraan jalan diperingatkan agar menjalankan tugas dengan amanah serta mendokong integriti dalam memastikan kualiti kerja terbaik.

Exco Belia, Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi berkata hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk melihat nilai wang itu dimanfaat sepenuhnya dan akhirnya rakyat berpuas hati dengan hasil projek yang dibangunakan.

Yunus Jalan-3Katanya, ia adalah untuk memastikan keadaan jalan negeri sepanjang 3,703.09 km di semua daerah berada dalam keadaan baik dan memuaskan rakyat.

“Bermula Julai 2014 sehingga September 2015, Sub-kontraktor ini akan melakukan kerja-kerja penampalan lubang, memotong rumput, penyenggaraan perabot jalan, jambatan dan longkang dengan kos sejumlah RM35 Juta setahun,” jelasnya.

Yunus berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Kepada Sub-kontraktor di bawah KPS-HCM Sdn. Bhd.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan dan Pengurus KPS.HCM Sdn. Bhd, Md. Norli Md. Salleh.

KPS-HCM Sdn Bhd adalah konsesi penyelenggaraan yang dipertanggungjawabkan Kerajaan Negeri bagi menyelenggara jalan-jalan seluruh Selangor menerusi kontrak jangka panjang sejak September 2008 sehingga Setember 2015.

Dr Yunus yakin dengan adanya jalan raya yang baik mampu melonjak dan meletakkan ekonomi negeri diposisi yang membanggakan.

Skop kerja KPS-HCM merangkumi penyenggaraan berkala, kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan rutin.

Bagi sesi 2014/15, KPS-HCM melantik 86 sub-kontraktor Kelas F bagi melakukan penyenggaraan rutin.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor pula bertindak sebagai agensi pemantau bagi memastikan semua kerja-kerja penyenggaraan rutin oleh sub-kontraktor ini memenuhi kehendak kontrak, spesifikasi dan piawaian seperti yang ditetap.

“Harga terendah, ia bukan bertujuan untuk mendapatkan projek. Tetapi kita menetapkan harga itu adalah harga munasabah,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

KIDEX: Selangor letak syarat tambahan kepada Kerajaan Pusat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Negeri hari ini mendedahkan laporan minit mesyuarat keputusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Februari 2012 yang meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX)

Dalam minit itu juga, Kerajaan Negeri meletakkan beberapa syarat untuk Kerajaan Pusat memberi penekanan dalam projek pembinaan kontroversi Lebuharaya KIDEX.

Syarat itu antaranya Kerajaan Pusat harus menamatkan perjanjian klausa secara awal (early termination clause) jika pemegang konsesi mencapai keuntungan yang melebihi jangkaan ekoran daripada trafik yang melalui lebuh raya itu.

_MG_6229 copySelain itu, Kerajaan Pusat juga perlu melaksanakan perjanjian yang adil dan tidak berat sebelah serta tidak memihak kepada pemegang konsesi serta meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata syarat itu juga boleh diguna pakai bagi semua lebuh raya yang akan di bina di Selangor.

“Seperti syarat menamatkan perjanjian secara awal itu, Kerajaan Negeri berpendapat jika pendapatan keuntungan syarikat konsesi melebihi keuntungan jangkaan daripada jumlah trafik yang melalui lebuh raya, maka kita akan tamatkan lebih awal selepas permohonan mengikut Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah dibuat.

“Sebagai contoh, perjanjian selama 30 tahun tetapi keuntungan itu sudah melebihi selepas 15 tahun,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Kerajaan Negeri (MKKN), di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Yunus berkata, syarat terbabit diputuskan dalam MKKN pada 8 Februari 2012.

Ia didedahkan ekoran Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk mendapatkan maklumat menurut Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011 oleh penduduk, Chia Gek Suan.

kidexBeliau berkata, MKKN juga menimbang dan bersetuju dengan KIDEX serta jajarannya dan berpendirian penswastaan perlu meletakkan keutamaan atau kepentingan rakyat Malaysia amnya kerana membabitkan cukai yang dibayar rakyat.

“Kos juga perlu dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan apabila projek siap maka pulangan hasil (revenue) yang diswastakan (private the revenue, not the cost). Kos juga perlu mengambil kira ‘international risk and return reward’,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diminta menyelaraskan bersama dengan Pegawai Perancang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan keperluan dalam perancangan pembinaan KIDEX serta mengemukakannya kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Mengulas syarat itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata syarat terbabit adalah cara terbaik dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perjanjian konsesi di Malaysia.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan menilai pandangan rakyat selepas taklimat penuh diberikan dan jika hasilnya negatif, maka ia tidak akan dilaksanakan.

Categories
SELANGOR

El Nino: Kapasiti air loji rawatan cukup untuk pengguna

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 16 MEI: Kerajaan Selangor memberi jaminan kapasiti air di loji rawatan mencukupi untuk menampung kegunaan pengguna meskipun negara bakal menghadapi El Nino dan bulan Ramadhan.

Hal ini kerana, sumber air mentah sedia ada mencukupi selain usaha pengepaman air dari kolam dan lombong dijangkakan mampu bertahan lima hingga enam bulan.

empangan kiniExco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata, bacaan air di Sungai Selangor meningkat pada pagi ini dengan bacaan 41.75 peratus.

Katanya hasil analisa pensampelan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) pada tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan kualiti air kolam alternatif yang dikenalpasti mematuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

15 daripada 27 parameter yang telah diuji melalui persempelan berkenaan adalah logam berat.

“Tiga daripada 15 persempelan itu adalah Mercury (Hg) yang direkodkan kurang daripada 0.001 mg/l , Cadmium (Cd) kurang daripada 0.0002 mg/l dan Lead/ Plumbum (Pb) sebnyak 0.0002 mg/l.

“Kandungan ini mematuhi piawaian KKM yang mana menetapkan 0.001 Mercury (Hg), 0.003 mg/l Cadmium (Cd) dan Lead/ Plumbum (Pb) sebanyak 0.05 mg/l.

“Keputusan pensempelan tahun 2013 Mercury (Hg) kurang daripada 0.001 mg/l , Cadmium (Cd) kurang daripada 0.0002 mg/l dan Lead/ Plumbum (Pb) sebanyak 0.001 mg/l.

“Manakala keputusan analisa pada tahun 2012 menunjukkan Mercury (Hg) dan Lead/ Plumbum (Pb) tidak dikesan sementara Cadmium (Cd) pada kadar 0.0003 mg/l,” katanya dalam satu sidang media.

Jelasnya lagi, berdasarkan kerja-kerja pengepaman yang dilakukan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dari kolam ke Sungai Selangor dilakukan, kandungan Mercury (Hg) kurang daripada 0.0008 mg/l, Cadmium (Cd) pada kadar 0.002 mg/l manakala Lead/ Plumbum (Pb) dengan kadar 0.010 mg/l.

Beliau menambah, Kerajaan Selangor berharap jumlah takungan air dapat dipertingkatkan sehingga 65 peratus sehingga penghujung Mei dan awal Jun ini berdasarkan keadaan hujan yang turun ketika ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Perkemas strategi hadapi El-Nino, cukupkan bekalan air

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan Selangor memperkemaskan strategi bagi memastikan bekalan air mencukupi sekiranya negara bakal berdepan dengan bencana alam El Nino.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata, air merupakan perkara penting memandangkan sebelum ini Selangor berhadapan dengan catuan air hampir dua bulan oleh kerana jumlah taburan hujan yang rendah serta musim kemarau.

HONDURAS-DROUGHT“Usaha kita (menggunakan air lombong) untuk disalurkan ke (loji) Sungai Selangor ini merupakan antara pelan untuk berhadapan situasi ini.

“Selain kita mengaharapkan (air hujan) untuk empangan kita terus meningkat,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh kepada soal makanan beliau menjelaskan, bekalan untuk Negeri Selangor dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.

elninoSebelum ini, saintis meramalkan El Nino yang dijangka berlaku tahun ini antara yang terburuk dalam tempoh dua dekad.

Selari dengan langkah berkenaan, Kerajaan Selangor mengambil langkah menggunakan air lombong di negeri ini yang akan melalui sistem rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna bagi menampung bekalan di empangan.

EZY

Categories
SELANGOR

Pengguna diberi penjelasan air lombong selamat digunakan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Selangor akan memberikan penerangan kepada pengguna air di Lembah Klang berhubung langkah penggunaan air lombong yang hangat diperkatakan pelbagai pihak.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata tindakan itu sebagai persediaan menghadapi musim kemarau dan segala keputusan yang dibuat sudah semestinya melalui hasil kajian secara profesional.

Luas air“Kita menyalurkan air sungai ke kolam bekas lombong pada ketika ini untuk bersedia di musim kemarau.

“Apapun keputusan yang akan diambil menggunakan air itu adalah secara profesional.

“Kerajaan Negeri akan memberi penerangan dan keyakinan kepada pengguna kerana kementerian juga telah mengesahkan air itu selamat untuk digunakan,” katanya kepada Selangor Kini menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menyokong cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong bagi menampung keperluan air di Lembah Klang.

Katanya, air lombong selamat diguna jika proses tapisan dan kaedah rawatannya dilaksanakan dengan betul.

Namun reaksi sebaliknya diberikan oleh Kementerian Kesihatan melalui menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang meminta Kerajaan Selangor menghentikan penggunaan air dari kolam bekas lombong dan kan bincang dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sudah berkali-kali menegaskan bahawa Langat 2 bukan penyelesaian sepenuhnya kepada kekurangan air di Lembah Klang kerana loji berkenaan hanya membekalkan 1,000 juta liter air sehari (JLH) sahaja.

Yunus turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air disebabkan dasar pemberian air percuma yang diamalkan Kerajaan Negeri dan keengganan menaikkan tarif air.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor kesal laporan tidak benar isu air, undang gelisah rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MEI: Kenyataan Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bahawa Kerajaan Negeri memperjudikan nasib rakyat kerana menghentikan catuan air walaupun empangan tidak mencapai 55 peratus adalah tidak berasas.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata kenyataan yang dikeluarkan S Piarapakaran membuktikan beliau tidak mengemas kini maklumat daripada sumber sahih.

Katanya, kenyataan itu juga dilihat menjejaskan kredibiliti Piarapakaran dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diwakilinya.

IMG_0579a“Beliau sepatutnya membuat penyelidikan berkenaan usaha yang sedang dan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk menambah simpanan bekalan air mentah untuk masa kini dan kegunaan sehingga musim kering yang diramal berlaku sehingga September ini.

“Kita juga kesal laporan akhbar Sinar Harian itu yang tidak mendapatkan penjelasan sebenar daripada Kerajaan Negeri. Laporan tidak benar itu boleh menimbulkan kegelisahan pengguna Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri juga sudah berkali-kali menegaskan bahawa Langat 2 bukan penyelesaian sepenuhnya kepada kekurangan air di Lembah Klang kerana loji berkenaan hanya membekalkan 1,000 juta liter air sehari (JLH) sahaja.

syabasci__0022_Layer 7Selain itu, Yunus turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air disebabkan dasar pemberian air percuma yang diamalkan Kerajaan Negeri dan keengganan menaikkan tarif air.

Katanya, kekurangan air adalah disebabkan fenomena musim kering yang luar biasa.

“Pemberian air percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri itu sebenarnya dapat menjimatkan air.

“Jika proses itu tidak bermanfaat, negeri Johor tidak perlu mengikut Selangor untuk memberikan air percuma tidak lama lagi,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Lebuh raya Kidex manfaat semua, bukan untung konsesi semata

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 24 APRIL: Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan bukannya menguntungkan syarikat konsesi semata-mata.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Yunus Hairi berharap segala isu yang dibangkitkan rakyat berhubung pembangunan lebuh raya itu dibawa ke Mesyuarat Selangor State Planning Committee (SSPC) untuk diperhalusi dan dibincangkan.

kidex2“Pembinaan Kidex ini telah ada perjanjian antara Kerajaan dan syarikat konsesi tetapi ia belum dibentangkan di dalam SSPC.

“(Menerusi SSPC) mungkin ada beberapa dapatan yang dapat dibincangkan sebelum Kerajaan Negeri menerima secara keseluruhan,” kata Yunus.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk sekitar Damansara dan Kinrara mengadakan bantahan di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi meminta Kerajaan Negeri membatalkan projek tersebut kerana dikhuatiri menggugat keselamatan mereka.

Yunus-HairiBagaimanapun, Kerajaan Negeri berpendapat projek tersebut perlu dilakukan bagi menangani masalah kesesakan trafik di kawasan itu.

Lebuh raya KIDEX ini apabila disiapkan kelak akan dapat mengurangkan masalah trafik di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) dan sebahagian jajaran Lebuhraya SPRINT, terutama di persimpangan SPRINT / NKVE.

Projek lebuhraya sepanjang 14 kilometer itu dijangka bermula tahun depan dengan anggaran kos RM2.2 bilion menerusi pembangunan secara penswastaan oleh syarikat pembida konsesi, Kidex Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Yunus berkata Kerajaan Negeri akan mengadakan perjumpaan awam bersama rakyat bagi memberi penerangan dan mendengar rintihan mereka yang merasa terjejas dengan pembinaannya.

“Kita mahukan apabila Kidex ini dibina, rakyat menerima manfaat darinya dan konsesi juga menerima pulangan yang setimpal untuk pengurusan dan penyelenggaraan lebuhraya itu dan bukannya menjana keuntungan berpanjangan,” jelasnya.

EZY

Categories
SELANGOR

Doakan agar Dj Mansor kembali sihat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 18 APRIL : Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Infrastuktur Awam, Dr Yunus Hairi berkesempatan meluangkan masa melawat Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang kini kritikal di Hospital Sentosa Klang, semalam.

Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor terlantar di hospital terbabit sejak minggu lalu akibat komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

IMG-20140417-WA0050Beliau kini bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

“Saya mengambil kesempatan ini merakamkan kesedihan saya kepada ahli keluarga Saudara DJ Mansor, seorang tenaga penting di sebalik penerbitan TV Selangor yang kini di dalam keadaan yang agak kritikal.

“Saya mengenali Saudara DJ Mansor dengan agak rapat kerana beliau sentiasa menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumbalas berkenaan isu-isu di Selangor dan aktiviti serta program di bawah portfolio jagaan saya untuk disebarkan melalui TV Selangor,” katanya.

Yunus berharap semua pihak mendoakan kesihatan DJ Mansor dan sekeluarga dapat bersabar dan tenang menghadapi dugaan itu.

Turut menziarahi DJ Mansor ialah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Catuan air dijangka hingga hujung April

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kerajaan Negeri meneruskan tindakan catuan air di beberapa kawasan sehingga satu masa yang akan ditetapkan berikutan paras air di beberapa empangan Selangor masih mencatat bacaan di bawah paras sasaran.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkembangan setakat ini memberi gambaran kaedah terbabit perlu dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi.

Katanya, hujan yang mula turun sejak beberapa hari lalu memberi reaksi positif terhadap perubahan dengan jangkaan mencapai sasaran 55 peratus bacaan paras air di empangan mampu dicatat dalam masa terdekat.

Yunus Hairi“Dimaklumkan, di empangan Sungai Selangor iaitu empangan yang menjadi sumber 60 peratus di kawasan keperluan air di Selangor sudah mula hujan semalam.

“Semalam, bacaan pada paras 37.79 meter. Saya harap hari ini (semalam) lebih kerana kita juga membuat pembenihan awan. Kita masih lagi di paras berhati-hati seperti dimaklumkan Menteri Besar iaitu bila capai 55 peratus akan hentikan catuan air,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Yunus berkata, keadaan catuan itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala dan menegaskan masalah bekalan air tidak hanya berlaku di Selangor, tetapi turut dihadapi beberapa negeri lain.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat, berkuatkuasa 4 April lalu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan pelan itu dilaksanakan serentak dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dilanjutkan, sehingga 30 April ini.

loji semenyih 02Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang ditutup akibat pencemaran ammonia, beroperasi semula selepas paras kandungan bahan itu berkurangan ke tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah mengikut keperluan harian.

“Kita sarankan supaya mereka berjimat cermat dalam penggunaan air supaua tempat penting seperti masjid, sekolah dan beberapa tempat yang perlukan air diharap tidak terputus bekalan,” katanya.

-NFN-