Categories
SELANGOR

Basikal hadiah terakhir sebagai ADN Sungai Pinang

OLEH NADIAH ZAMLUS

KLANG, 7 APR: Pemberian bantuan 80 basikal dan topi percuma merupakan hadiah terakhir diberikan ADN Sungai Pinang, Dato’ Theng Chang sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

“Basikal ini adalah hadiah terakhir saya sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang,” kata Chang Khim kepada lebih 200 penduduk Rantau Panjang, Klang pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA Rantau Panjang.

Chang Khim kelihatan sedih berikutan Rantau Panjang tidak lagi berada dalam DUN Sungai Pinang setelah proses persempadanan semula.

“Rantau Panjang akan menjadi DUN Sementa, namun saya berharap kembali berkhidmat untuk orang Klang.

“Bermula pada 2004 hingga 2008 sebagai pembangkang, Rantau Panjang sudah sebati dengan diri saya, kami turun padang walaupun bergelar pembangkang dengan sumber yang terhad.

“Namun selepas 2008, apabila sudah menjadi Kerajaan Negeri, banyak infrastruktur yang telah dibangunkan lebih-lebih lagi Sekolah Agama Rakyat (SRA) Rantau Panjang satu-satunya sekolah agama di sini, saya tidak pernah lupa,” katanya.

=EZY=

 

Categories
SELANGOR

Kayuhan Merdeka DUN Sungai Pinang meriah

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 31 OGOS: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di DUN Sungai Pinang berlangsung meriah apabila lebih 300 peserta menjayakan Program Kayuhan Merdeka, hari ini.

Kayuhan yang turut membabitkan penduduk di DUN Sementa menyaksikan orang ramai berkayuh sejauh 10 kilometer (km) melalui Kampung Sungai Pinang Bandar, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Batu Tiga.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim berkata, selain membangkitkan semangat patriotik, program itu juga mampu memupuk minat orang ramai menggunakan basikal untuk ke stesen pengangkutan awam seperti kereta api dan lain-lain.

“Selain menyambut hari merdeka, kita harap program ini dapat memupuk warga Sungai Pinang menggunakan basikal sebagai salah satu pengangkutan utama kerana Kerajaan Selangor pada masa ini menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Basikal boleh menjadi pengangkutan dalam batuan pertama dan batuan terakhir bagi perjalanan mereka yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja,” katanya juga Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan.

DSC_0727 kecilChang Khim berkata, aktiviti itu juga boleh dijadikan sebagai riadah waktu lapang dengan melalui beberapa jalan kampung tradisi yang terdapat di situ.

Terdahulu, ADN Sementa yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan dan Pembangunan Wanita & Keluarga, Dr Daroyah Alwi melepaskan sekumpulan peserta di Kampung Rantau Panjang.

Kumpulan berbasikal itu kemudiannya bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai Chang Khim bagi membentuk kumpulan besar sebelum berkayuh melalui tiga kampung terlibat.

-AA-

Categories
NASIONAL

Rakyat Pelabuhan Klang Derma RM 145,000 Pada Calon Pakatan

mb makan malam batu nilam tiga 02

PELABUHAN KLANG 2 MEI : Majlis makan malam bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Tinggi di sini semalam, berjaya mengumpulkan kira-kira RM 90,000 daripada orang tempatan yang berkerumun untuk mendengar amanat Menteri Besar Selangor itu.

mb makan malam batu nilam tiga 01

Manakala penyandang parlimen Lembah Pantai Nurrul Izzah Anwar berjaya mengutip RM 55,000 dalam satu derma kilat di makan malam itu di Batu Nilam Tiga.

Jumlah derma tersebut dikutip daripada penjualan tiket untuk 300 meja makan malam dengan kapasiti 10 orang semeja. Setiap peserta dicaj RM 30.

Tinjauan di lokasi acara tersebut mendapati semua meja habis dibeli dan diduduki pengunjung. Jualan meja bagi majlis itu dijalankan kumpulan sukarelawan yang pergi terus dari rumah ke rumah penduduk di situ.

Mereka yang hadir tetapi tidak sempat membeli tiket dilihat duduk di sekililing khemah bagi mendengar ceramah daripada enam pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Abdul Khalid.

Sambutan hebat daripada masyarakat tempatan menyangkal dakwaan bahawa pencalonan beliau di DUN Pelabuhan Klang tidak mendapat sokongan.

mb makan malam batu nilam tiga 04

Selain berkeyakinan PR akan kekal mentadbir Selangor buat kali kedua, bekas ADUN Ijok itu yakin PR berpeluang cerah ke Putrajaya untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

“Pada 5 Mei ini kita (PR) dijangka menang di peringkat Parlimen dengan sekurang-kurangnya 115 kerusi.

“Mari kita bekerjasama untuk itu,” kata Abdul Khalid sambil disambut dengan sorakan oleh hadirin.

Menurutnya, sokongan ditunjukkan rakyat membuktikan PR berjaya mentadbir Selangor dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Ini kalilah…Ini kalilah…Ini kalilah! Kita berusaha bersama. Bila kita menyambut kemenangan ini, rakyat akan menyambutnya. Rakyat Klang menyambutnya kerana mereka berhak mendapatkannya,” ujarnya lagi.

Penceramah lain yang hadir adalah penyandang DUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim; penyandang Parlimem Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago; penyandang DUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan calon DUN Kota Alam Shah, V Ganabati Rao.

Derma kilat turut dibuat bagi membantu Nurul Izzah yang berhadapan saingan getir daripada seorang menteri bagi mengekalkan Parlimen Lembah Pantai.

Nurul Izzah Calon BN, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin yang merupakan Menteri Willayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Sokongan ditunjukkan rakyat jelas tergambar apabila dalam masa kira-kira 30 minit sebanyak RM 55,000 dikutip khas untuk Nurul Izzah.

Provokasi dilakukan penyokong BN yang datang menaiki beberapa buah kereta bagi menganggu majlis itu ternyata gagal disebabkan hadirin tidak mempedulikan tindakan mereka.

mb makan malam batu nilam tiga 03