Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini, sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-71.

Majlis yang dipimpin Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir itu turut diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Panglima Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Dianggarkan lebih 4,000 rakyat Selangor menyertai majlis berkenaan yang bersama mendoakan kesejahteraan baginda.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat yang mula memenuhi ruang masjid sejak jam 11.30 pagi.

Baginda turut mengambil peluang mendekati serta bersalaman dengan hadirin.

Hadir sama, Exco Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pameran Diraja singkap jiwa rakyat Sultan Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 DIS: YAM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaimam Shah berkenan merasmikan Pameran Diraja DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda ke-71 di Pusat Membeli-belah SACC, di sini.

Ketibaan baginda disambut Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang.

Paluan gong sebanyak tiga kali menjadi simbolik upacara perasmian pameran terbabit yang menghargai peranan penting Sultan Sharafuddin selama 15 tahun memayungi rakyat.

Selain itu, ia turut memaparkan perjalanan hidup baginda dengan lebih dekat, sekali gus meningkatkan semangat cintakan Raja dan Sultan dalam jiwa masyarakat seperti terkandung dalam prinsip Rukun Negara, ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.

Pameran terbabit dianjurkan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) dengan kerjasama BERNAMA juga SACC.

Bermula 5 hingga 18 Disember ini, pameran itu dibuka kepada orang awam bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Antara yang dipamerkan adalah gambar Sultan Sharafuddin mendekati rakyat jelata, salasilah keturunan sistem beraja Selangor, alat kebesaran dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-71.

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini dengan disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Majlis isitiadat turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, anggota kerabat Diraja Selangor, barisan Exco Negeri dan dif kehormat lain.

Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Sultan Selangor bakal menyambut Hari Keputeraan ke-71, pada 11 Disember ini (Ahad).

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan rasmi Hospital Shah Alam

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Shah Alam, yang siap sepenuhnya Ogos tahun lalu.

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda turut membuat lawatan ke pameran evolusi kesihatan sebelum membuat lawatan ke wad padeatrik untuk beramah mesra bersama pesakit kanak-kanak.

Dalam titah ucapan, baginda berharap hospital terbabit dapat mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada.

Baginda bertitah rakyat kini boleh mendapatkan rawatan terbaik dengan kos murah dan berpatutan.

img_5808-1280x853“Beta bersyukur kerana hospital yang sekian lama dinantikan oleh penduduk siap dibina dan beroperasi dengan tahap sepatutnya.

“Dengan siap terbinanya hospital ini, rakyat khususnya penduduk sekitar mempunyai pilihan lain dan tidak bergantung pada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya,” titah baginda.

Mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Tahrin.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr S Subramaniam dan Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya turut mengiringi baginda.

Setakat Januari hingga September 2016, Hospital Shah Alam mencatatkan kedatangan 107,135 pesakit.

Jumlah itu merangkumi 45,456 kedatangan pesakit di Klinik Pakar dan 61,679 pesakit di Jabatan Kecemasan.

Manakala kemasukan pesakit ke dalam wad adalah 16,439 dengan kadar purata Bed Occupancy Rate (BOR) 74.58 peratus.

shah_alam_hospitalBilangan kelahiran yang dicatatkan adalah 5,062. Selain itu, sebanyak 3,287 pembedahan dijalankan di hospital ini.

Hospital Pakar Major itu memuatkan 300 katil dan 230 unit kuarters unit untuk anggota.

Ia mempunyai 14 jenis kepakaran dan merupakan hospital sekunder.

Antara kemudahannya 244 katil untuk pesakit diwad yang terdiri dari Wad Kelas 1, 2 dan 3. 28 katil NICU, 7 katil ICU, 14 katil HDW dan 7 katil CCU.

Selain itu, 10 buah dewan bedah, 20 bilik bersalin dan 20 buah mesin haemodoalisis.

-nR-

Categories
SELANGOR

Rakyat diseru tingkat kebersihan, elak zika & denggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 DIS: Rakyat di negeri ini diseru menjaga kebersihan kediaman atau tempat kerja bagi mengelakkan wabak zika dan denggi.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah rakyat hendaklah sentiasa memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas dari sebarang penyakit.

Titah baginda, status negeri maju akan dikecapi jika rakyat sentiasa sihat dan cergas.

“Kebersihan negeri adalah tanggungjawab secara bersama bukan hanya individu.

img_5808-1280x853“Amalan menjaga kebersihan hendaklah dipraktikkan oleh semua golongan supaya merek sentiasa sihat ke arah membangunkan negara lebih sempurna,” titah baginda ketika merasmikan Hospital Shah Alam, di sini.

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Tahrin.

Baginda turut menyeru rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan kesihatan.

“Ini dapat dilakukan dengan merujuk dan bertanya kepada mereka yang bertauliah dalam bidang perubatan.

“Beta juga menasihatkan kepada rakyat supaya tidak terpengaruh dan mengelakkan diri daripada menggunakan ubat-ubatan yang tidak disahkan oleh kementerian kesihatan,” titah baginda.

Titah baginda rakyat perlu bijak memilih yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan sekaligus tidak memberikan kesan buruk terhadap fizikal dan mental.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor: Doktor perlu profesional, beri khidmat terbaik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 DIS: Kakitangan hospital kerajaan termasuk doktor dinasihatkan bersikap profesional dan mementingkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah doktor, pegawai dan kakitangan perlu bersabar dalam menangani kehendak pesakit.

Titah baginda, hal itu kerana rakyat hanya boleh mendapatkan rawatan yang murah dan berkesan di hospital kerajaan sahaja.

“Beta menyedari tugas seorang doktor khususnya amat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

“Namun, beta mahu tugas dan tanggungjawab ini dapat dijalankan dengan kesabaran serta dedikasi yang tinggi,” titah baginda ketika merasmikan Hospital Shah Alam, di sini.

pmb_4107Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman.

Mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Tahrin.

Baginda turut menasihatkan orang ramai supaya bersabar dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Hal itu, titah baginda kerana hospital kerajaan mempunyai ramai pesakit manakala bilik rawatan juga terhad.

“Doktor dan pakar-pakar perubatan disarankan untuk terus berkhidmat demi mencurahkan jasa kepada rakyat.

“Pihak kerajaan juga hendaklah menjaga kebajikan dengan memberikan insentif serta keistimewaan kepada kakitangan kerana mereka perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya,” titah baginda.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan titah fasiliti lama setiap hospital diganti segera

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya peralatan dan fasiliti lama di setiap hospital negeri itu diganti segera.

Baginda bertitah, perkara terbabit perlu diambil perhatian serius bagi mencegah perkara tidak diingini berlaku kepada pesakit dan kakitangan hospital.

“Beta mengingatkan agar setiap fasiliti kesihatan lama atau rosak digantik segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Beta juga mahu semua hospital mempunyai sistem pencegahan kebakaran yang efisyen dan berfungsi dengan baik,” titah baginda dalam majlis perasmian Hospital Shah Alam, di sini.

img_5808-1280x853Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin.

Mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Tahrin.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr S Subramaniam dan Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya turut mengiringi baginda.

Baginda mahu semua pegawai dan kakitangan hospital bersiap siaga menghadapi situasi kecemasan yang mungkin akan berlaku.

Titah baginda, setiap projek membabitkan kepentingan rakyat perlu disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

“Agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan ke atas projek hendaklah memantau dengan teliti perlaksanaannya.

“Ini bagi menjamin keperluan rawatan perubatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dan rakyat juga tidak terbeban dengan kos sara hidup yang makin meningkat,” titah baginda.

shah_alam_hospitalHospital Shah Alam yang siap sepenuhnya pada Januari lalu merupakan hospital pakar major dengan kapasiti 300 katil dengan 14 jenis kepakaran dan merupakan hospital sekunder.

Antara kemudahannya membabitkan 244 katil untuk pesakit diwad yang terdiri dari Wad Kelas 1, 2 dan 3. 28 katil NICU, 7 katil ICU, 14 katil HDW dan 7 katil CCU.

Selain itu, 10 buah dewan bedah, 20 bilik bersalin dan 20 buah mesin haemodoalisis disediakan.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

LZS terima zakat perniagaan RM2.3 juta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 NOV: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima pembayaran zakat perniagaan RM2.3 juta daripada Central Spectrum (M) Sdn Bhd di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Cek perniagaan bagi tahun berakhir 2015 itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas untuk diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Upacara penyerahan itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa; Mufti negeri, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

Central Spectrum yang juga anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad adalah pemaju Hab Hal Pulau Indah, Selangor.

Antara tumpuan pengoperasiannya termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyahut dan memenuhi permintaan perusahaan dalam perniagaan halal global.

zakat-1Komitmen itu juga menjadikan Selangor terus menerajui industri dan perdagangan halalan toyyiban di peringkat global juga serantau.

Central Spectrum turut berjaya membangunkan Pulau Indah sebagai salah satu tumpuan dan tarikan di Selangor.

Sejak pelancaran operasinya pada 1994, syarikat terbabit sentiasa komited membangunkan Pulau Indah dengan menyediakan pelbagai peluang kepada masyarakat setempat.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor seru badan kehakiman perkasa integriti

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 OKT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru institusi kehakiman terus diperkasa dengan mempertahankan integriti dan kebebasan dalam membuat keputusan tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Baginda bertitah, barisan hakim hendaklah membuat keputusan profesional berdasarkan perlembagaan dan lunas undang-undang tanpa tunduk kepada pendapat umum atau khuatir dikritik.

“Beta ingin mengesa agar para hakim dan pegawai kehakiman di Mahkamah Selangor dan semua kakitangan Mahkamah, agar dapat menjalankan tugas dan amanah diberikan dengan penuh tanggungjawab, mesra pelanggan dan mengutamakan sikap professionalisma pada setiap masa dan keadaan.

“Dengan komitmen yang bersungguh-sungguh dari semua pihak, Beta percaya kes-kes di Mahkamah akan dapat diselesaikan dengan cepat dan efisyen.

“Sesungguhnya, kebebasan, keamanan, kemajuan dan kedaulatan undang-undang hanya boleh ditegakkan dan dijamin sekiranya rakyat mempunyai keyakinan penuh terhadap kebebasan dan integriti badan kehakiman,” titah baginda.

sultan-rasmi-mahkamahBaginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli merasmikan Mahkamah Klang, semalam.

Turut mengiringi baginda, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Mahkamah Klang pernah beroperasi di Bangunan Chinese Overseas Bank dan di Pejabat Pos Besar Klang di Jalan Dato’ Hamzah.

Pada 1965, mahkamah ini telah berpindah ke bekas rumah Rehat Residen dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Almarhum Ayahanda Beta, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 3 April tahun yang sama.

Ketika itu Mahkamah Klang hanya mempunyai dua bilik bicara yang menempatkan sebuah Mahkamah Sesyen dan sebuah Mahkamah Majistret.

Kini, Mahkamah Klang mengumpulkan lima Mahkamah Sesyen dan lima Mahkamah Majistret dalam satu kawasan bertujuan memudahkan kes-kes jenayah dan sivil di kendalikan.

Ia juga dilengkapi kemudahan CRT (Court Recording and Transcription System) berfungsi membolehkan pengguna melihat semula rakaman video dan visual prosiding yang sedang berlangsung selain dilengkapi sistem CCTV dari lokap utama mahkamah dan laluan Orang Kena Tuduh (OKT).

“Beta berharap dengan kemudahan-kemudahan canggih ini, prosiding mahkamah akan berjalan lebih cekap, lancar dan cepat.

“Oleh itu, masalah kes-kes tertangguh yang membebankan mahkamah selama ini akan dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, baginda turut berkenan supaya seluruh rakyat berbilang bangsa dapat mengukuhkan perpaduan yang ada bagi meneruskan pembangunan negeri selain memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa untuk bersama-sama mencegah jenayah daripada berleluasa.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pelantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 SEPT : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Konsort (Isteri), Yang Amat Berbahagia Puan Norashikin Abd Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuatkuasa pada 8 September lalu dengan gelaran DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ kepada Konsort (Isteri) baginda, Yang Amat Berbahagia Puan Norashikin Abd Rahman.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais dalam kenyataan rasmi Istana Alam Shah, hari ini.

Pengurniaan itu diberikan setelah baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang semalam.

Pada 31 Ogos lalu, baginda selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norashikin Abdul Rahman yang juga personaliti televisyen di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor nikahi personaliti TV

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 SEPT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norashikin Abdul Rahman yang juga personaliti televisyen di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, Rabu lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pernikahan baginda disempurnakan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam satu majlis secara sederhana dan ringkas.

Majlis pernikahan baginda turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; bekas timbalan mufti negeri, Mohd Rasid Mahful dan ahli majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin.

Hadir sama, bapa dan ahli keluarga pengantin perempuan.

Norashikin, 45, bekas pramugari Malaysia Airlines sebelum ini berkahwin dengan Mustapha Kamal Halim, seorang juruterbang Etihad Airlines.

WhatsApp Image 2016-09-02 at 11.58.09 AMMereka dikurniakan dua anak, Nur Amanda, 17 dan Adam Salleh, 14.

Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan Selangor kesembilan yang memerintah Selangor sejak 22 November 2001 ekoran kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pada 1968, baginda berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Selepas berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 (berpisah pada 1997) dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil perkahwinan itu.

-AA-

 

Categories
SELANGOR

MB hadiahkan pantun rai DYMM Sultan Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU KELANG, 9 JULAI: Menteri Besar,  Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan keberangkatan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor sebagai amat bermakna.

Katanya, keberangkatan baginda dengan diiringi anakandanya, YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peluang kepada rakyat bertemu dan bermesra dengan baginda.

CP2A3044-800x533“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor, patik menjunjung kasih dan merafak sembah di atas perkenan DYMM Tuanku berangkat mencemar Duli ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Eidul Fitr Peringkat Negeri Selangor, hari ini.

“Patik bersama keluarga besar pentadbiran Selangor amat terharu di atas perkenan Tuanku berangkat mencemar Duli buat kali kedua berturut-turut ke majlis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyembahkan ucapannya pada majlis yang diadakan di Padang MPAJ AU2, Taman Sri Keramat, di sini hari ini.

Terharu dengan keberangkatan Sultan Sharafuddin, Mohamed Azmin turut menitipkan serangkap pantun empat kerat.

“Bukan kacang sebarang kacang;
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang;
Yang datang rupanya junjungan hati,” katanya.

-AA-