JURNAL BERITA – MB: Pendapatan saya dalam GLC dikembali kepada Selangor

1. DYMM Sultan: Rizab Selangor RM2.9 bilion, pencapaian cemerlang perlu diteruskan

2. DYMM Sultan: Selangor komited bina kediaman rakyat

3. MB: ‘Semua pendapatan saya dalam GLC dikembalikan kepada Kerajaan Negeri’

4. Wan Azizah: 16 tahun keluarga difitnah, apa perasaan anda jika ditempat saya?

5. MB: Langat 2 bukan punca catuan air

6. Tiada pemusatan kuasa, MB amal prinsip bertukar pandangan

7. MOU Air tidak perlu terikat OSA

8. Selangor rancang bina hospital di Kapar, tampung lebih ramai pesakit

9. Selangor tambah alat kesan kualiti udara automatik

10. Kuala Selangor catat pelaburan RM1.26 juta

JURNAL BERITA: Wan Azizah pertahan Anwar isu MH370

1. Isu air, DYMM Sultan puji langkah proaktif Selangor

2. DYMM Sultan puji usaha gigih Kerajaan Negeri bantu rakyat

3. Kerajaan Selangor proaktif selesai projek terbengkalai

4. MB alu-alukan Noh Omar lapor SPRM isu tanah Tropicana

5. MB: Pasukan pakar ditubuh kaji persempadanan semula pilihan raya

6. MB: Kerajaan Selangor tidak bercadang jual pegangan saham Kesas

7. MB: Penyusunan industri air kekalkan kadar tarif

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan puji usaha gigih Kerajaan Negeri bantu rakyat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 7 APRIL : Usaha gigih Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat berhadapan keperitan hidup disebabkan harga barang dan perkhidmatan yang kian meningkat dipuji DYM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda dalam titahnya pada Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ke-13 hari ini menyatakan kesemua program dan skim bantuan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Jun 2008 terbukti berjaya memenuhi matlamatnya.

dnsTitah Baginda, Kerajaan Negeri juga mahu mewujudkan lebih banyak program kebajikan, di samping menambah peruntukan kepada program terdahulu sebagai usaha meneruskan kecemerlangan untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama mahupun fahaman politik.

“Beta juga berkenan dengan program baru MES iaitu melatih anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mereka yang tidak berminat melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk mendapat kepakaran teknikal melalui program pemerkasaan desa.

“Adalah difahamkan di peringkat permulaan ini, lima orang belia di setiap kampung bakal dilibatkan dalam kursus-kursus elektrik, sistem penghawa dingin dan Perbidanan.

“Beta memberi sokongan penuh terhadap usaha kerajaan untuk membantu golongan belia ini agar mempunyai kemahiran dan mempersiapkan diri bagi menghadapi masa hadapan yang lebih terjamin,” titah Baginda.

Dalam pada itu, Sultan Selangor turut memuji usaha Kerajaan Negeri membantu para ibu tunggal untuk berdikari dengan memberi pinjaman tanpa faedah kepada mereka.

Bantuan yang merujuk kepada Skim Kredit Selangor (SkimSel) dan Skim Miskin Bandar (Mimbar) itu turut diberikan kepada golongan belia dan penduduk asal untuk menceburi bidang perniagaan di kawasan kampung dan bandar.

“Beta merasa gembira kerana semakin ramai rakyat di negeri ini menyertai bidang perniagaan dan mendapat bantuan menerusi dua skim pinjaman ini,” titah Baginda.

EZY

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan: Terus kekalkan Selangor negeri termaju, selesa, selamat

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 7 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar Selangor dapat terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri termaju di Malaysia.

Titah Baginda, Kerajaan Negeri juga perlu menjadikan negeri ini sebagai antara negeri paling selesa dan selamat untuk dikunjungi.

dns“Beta berharap semua wakil rakyat dapat hadir pada setiap sesi sidang dan bangun berhujah dengan memberi cadangan dan pendapat yang bernas.

“Ini demi kebaikan rakyat di setiap kampung, mukim, daerah dan di seluruh negeri yang kita kita kasihi,” titah Baginda Sultan semasa merasmikan Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ke 13 bagi tahun 2014.

Terdahulu, Baginda berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan utama di Dataran Kawad di hadapan bangunan SUK di sini pagi tadi.

Baginda kemudiannya berangkat masuk ke bangunan dengan DNS dengan diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Speaker DNS, Hannah Yeoh.

Antara lain, Baginda turut memuji komitmen berterusan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid dalam memacu perkembangan ekonomi negeri di samping memelihara kebajikan rakyat.

“Beta gembira nilai pelaburan pada tahun 2013 di negeri Selangor terus meningkat iaitu RM 9.8 billion.

“Bilangan projek pula sebanyak 228 dan menyediakan lebih 200,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor,” titah Baginda lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor: Ibu bapa perlu serius didik anak budayakan Al-Quran

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 15 MAC : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar ibu bapa menjadi contoh dan serius membudayakan Al-Quran supaya generasi masa hadapan lebih terdidik, mengambil berat dan menanamkan minat kepada Al-Quran.

Titah Baginda Sultan, usaha ke arah melahirkan generasi muda berilmu dan menghafaz Al-Quran perlu dipertingkatkan lagi supaya negara dapat melahirkan modal insan berkualiti.

Sultan“Perlu diingat, Al-Quran masih relevan untuk diguna pakai sehingga ke hari ini dalam pelbagai jurusan termasuk pentadbiran negara, politik, ekonomi, sains, pembangunan dan sebagainya.

“Pelajar perlu dilengkapkan ilmu akademik dan didedahkan kemajuan teknologi serta perkembangan semasa agar mereka dapat bersaing umenghadapi cabaran hidup,” titah Baginda Sultan.

Sultan Selangor bertitah demikian dalam titah perasmian penutup Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 35 Tahun 1435H/2014M di Dewan Auditorirum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

Sultan Sharafuddin turut melahirkan kebimbangan melihat umat Islam di negara ini sering didepani dengan pelbagai senario semasa yang penuh cabaran dan polemik.

PemenangTitah baginda, akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam mula diruntuhkan anasir yang tidak bertanggungjawab.

“Bagi mengelakkan umat Islam terus diserang dengan pelbagai anasir seperti amalan syirik, pengembangan ajaran sesat atau aspek perlanggaran hukum yang meruntuhkan akidah kita.

“Beta menyeru dan mengingatkan di sini, setiap muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah “amar makruf dan nahi mungkar’,” titah Baginda Sultan.

Sultan Selangor berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid.

EZY