Categories
NASIONAL

Tarik balik caj terhadap #UMANY4

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 MEI: Universiti Malaya (UM) digesa menarik semua caj dan keputusan terhadap pelajar terlibat dengan protes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Elizabeth Wong berkata, pelajar yang berani menyuarakan kebimbangan terhadap skandal terkenal seantero dunia itu seharusnya dipuji.

Katanya, tindakan universiti berkenaan tidak sepatutnya diambil memandangkan pelajar mempunyai sebab relevan untuk bersuara.

“Sebaliknya, UM memutuskan untuk menghukum mereka dan langkah itu sekali gus menjadi halangan kepada usaha menegakkan hak bersuara dalam kalangan pelajar dan rakyat di negara ini.

“Saya menggesa pentadbiran universiti menarik balik semua caj dan keputusan dibuat secara tidak wajar terhadap #UMANY4 tanpa syarat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, UM menolak rayuan salah seorang dari empat pelajar yang didenda kerana memegang sepanduk bantahan semasa sesi ceramah 1MDB di kampus itu, tahun lalu.

Sementara itu, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) berkata, UM mendakwa rayuan Tan Jia You ditolak kerana gagal mengemukakan petisyen dalam tempoh 14 hari sebelum prosiding pertama.

elizabeth-wongUMANY berkata, bagaimanapun perbincangan bersama pensyarah undang-undang mendapati Jia You mengemukakan petisyen dalam tempoh dibenarkan dan tidak terlalu lewat.

“Dalam erti kata lain, alasan diberikan universiti adalah jelas tidak sah dan kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pengurusan UM bercadang menghapuskan hak pelajar membuat rayuan.

“UMANY akan mengemukakan satu lagi surat kepada pengurusan universiti untuk membantah keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 7 April lalu, Jia You yang juga Timbalan Presiden UMANY didapati bersalah dan diberi amaran keras serta didenda RM150.

Pelajar lain termasuk Lau Li Yang, didenda RM600 serta Ho Chi Yang dan Chua Hun Ti masing-masing didenda sebanyak RM300.

Pada 11 Oktober 2016, kesemua mereka membawa sepanduk bantahan ketika sesi ceramah mengenai 1MDB anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Sepanduk itu antaranya bertulis ‘Mahasiswa mahukan jawapan’, ‘1MDB jangan spin’, ‘1MDB – Kami mahu jawapan’, dan ‘1MDB – Kembali wang rakyat’.

Categories
SELANGOR

Giat warta rizab sungai Zon Perlindungan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 APR: Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang dalam usaha mewartakan rizab sungai sebagai Zon Perlindungan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, ketetapan itu diambil bagi melindungi sungai dan rizab dari sebarang gangguan kualiti, kuantiti, struktur dan persekitaran fizikalnya.

Katanya, pewartaan itu dilakukan di bawah seksyen 48 (1) Enakmen LUAS 1999 di seluruh negeri dan tiga buah sungai membabitkan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara kini berjaya diwartakan.

Manakala, katanya, baki sungai utama dan anak sungai masih berada di pelbagai peringkat antaranya penyediaan pelan ukur, semakan pelan warta dan perlantikan juru ukur bagi menjalankan kerja ukur mengikut fasa yang ditetapkan.

Sungai Klang“Pewartaan rizab sungai ini merangkumi 50 meter kiri dan kanan tebing sungai. Melalui pewartaan ini terdapat beberapa sekatan dikenakan membabitkan halangan ke atas pembinaan struktur, penggunaan atau penyimpanan bahan kimia, perubahan kontur tanah sedia ada, halangan ke atas pembersihan atau penuaian sayuran termasuk penebangan pokok.

“Ia juga sebagai halangan ke atas pembuangan apa-apa bahan pencemar atau buangan,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Seri Andalas, Xavier Jayakumar.

Pada masa sama, Elizabeth memaklumkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang menyediakan inventori lengkap senarai premis berada di dalam atau berhampiran rizab sungai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sungai.

“Kerajaan Negeri turut mengeluarkan arahan kepada semua PBT untuk menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kilang atau premis yang menyebabkan pencemaran sungai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata LUAS selaku agensi pengurusan sumber air negeri turut melaksanakan Pelan Pengurusan Sungai Bersepadu atau Integrated River Basin Management (IRBM) bagi lembangan sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang.

“Pelaksanaan IRBM ini adalah selaras dengan Seksyen 46 (1) Enakmen LUAS 1999 di mana pelaksanaan pelan pengurusan bersepadu adalah bagi tujuan pemuliharaan dan pembangunan mampan mana-mana sumber air.

“Pelan-pelan IRBM ini mengandungi polisi-polisi yang merangkumi strategi yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak berkepentingan,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Log boom berhasil sekat sampah masuk Sungai Klang

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 APR: Usaha pembersihan Sungai Klang akan diperhebatkan lagi dengan pemasangan log boom utama bagi menyekat aliran sampah dari Hulu Sungai Klang terutamanya dari Kuala Lumpur daripada mengalir terus ke muara, tahun ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, sebelum ini, program pembersihan itu dilaksanakan bermula dengan kerja pemasangan 48 unit mini log boom disepanjang kunci air bagi menyekat sisa pepejal terapung.

Katanya, daripada usaha itu ia menunjukkan hasil memberangsangkan dan berjaya mengeluarkan sejumlah 20,809 tan metrik sisa pepejal dari bulan Februari 2016 hingga Februari 2017.

SUNGAI KLANG“Manakala, aktiviti kitar semula turut dilaksanakan dan setakat Mac, sebanyak 1,100 kilogram barangan yang boleh dikitar semula dikutip dan diasingkan sekaligus mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.

“Usaha pemantauan juga akan terus digiatkan lagi bagi memantau keadaan Sungai Klang dan aktiviti pembuangan sampah haram di tebing sungai dengan mengaplikasikan teknologi seperti dron dan sensor,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Seri Andalas, Xavier Jayakumar.

Program pembersihan Sungai Klang dilaksanakan oleh anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

-nR-

Categories
SELANGOR

Tiada halangan wujud Enakmen Ombudsman

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 APR: Kerajaan Negeri tiada halangan mewujudkan Enakmen Ombudsman di Selangor, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Beliau berkata, terdapat usul diluluskan Dewan Negeri Selangor (DNS) berhubung perkara berkenaan sebelum ini.

Katanya, proses membawa Enakmen Ombudsman itu bagaimanapun dijangka memakan masa dengan melibatkan beberapa fasa dan peringkat.

ELI DNS“Buat sementara ini, fokus kita ialah menubuhkan dan memantapkan Unit Integriti di semua peringkat Kerajaan Negeri termasuk jabatan dan anak syarikat kerajaan (GLC),” katanya di DNS di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berhubung kewujudan Enakmen Ombudsman di Selangor.

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri juga sedang bekerjasama dengan jabatan dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menuju ke arah ‘Open Government’.

“Antara projek dan aplikasi dibangunkan ialah SISMAPS (Sistem Maklumat Perancangan Negeri Selangor) dan PLANSEL yang dibuka untuk maklumat dan tinjauan orang awam.

“Kedua aplikasi ini dibangunkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan merupakan aplikasi pertama seumpamanya di Malaysia,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Caj 20 sen plastik, peniaga disaran sedia tanggungjawab korporat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 20 JAN : Peruncit yang mengenakan caj RM0.20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik di pasaran boleh menggunakan wang tersebut bagi tujuan pembangunan sosial dan korporat (CSR).

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, walaupun cadangan tersebut belum dibuat mengikut ketetapan selanjutnya, namun ia boleh dimanfaatkan bagi tujuan tangungjawab sosial peruncit.

Elizabeth“Kerajaan Negeri meminta supaya peruncit melakukan perakaunan sendiri dan boleh menjalankan program tangunggjawab sosial korporat mengikut syarikat perniagaan masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun Elizabeth berkata, saranan tersebut tidak termaktub di negeri ini sebagaimana kempen CSR yang dilaksanakan di Pulau Pinang dan negara-negara maju lain.

Sebelumnya, hanya Kerajaan Pulau Pinang yang menetapkan pelaksanaan kempen CSR dalam usaha mengumpul wang caj tersebut bagi perkhidmatan tanggungjawab sosial.

Elizabeth bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Tourism Selangor dan FireFly di Subang Skypark Airport, di sini, semalam.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperkenalkan kempen pengharaman penggunaan beg plastik dan polisterina sebagai inisiatif menggalakan kehidupan lestari dan bumi hijau di Selangor.

-nR-

Categories
SELANGOR

Selangor sasar peningkatan pelancong Singapura

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 20 JAN : Kerajaan Negeri mensasarkan peningkatan besar pelancong dari Singapura untuk tempoh 2017, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Beliau yakin, peningkatan tersebut didorong hasil komitmen Tourism Selangor yang menjalankan pelbagai program pelancongan bersama negara jiran itu.

“Kita sudah mempunyai perancangan untuk tempoh panjang bersama Singapura bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara itu ke Selangor.

Elizabeth“Saya optimis ia mampu dicapai selepas Selangor terlibat dalam persidangan pelancongan di Singapura yang turut dihadiri Pengarah Urusan, Tourism Selangor.

“Keadaan ini ditambah pula dengan ketidaktentuan nilai mata wang negara yang memberi manfaat kepada pelancong dari Singapura untuk datang ke Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Tourism Selangor dan Syarikat Penerbangan FireFly di Subang SkyPark Airport di sini, semalam.

Tourism (4)Sebelumnya, Elizabeth berkata, Singapura mencatatkan jumlah pelancong ketiga tertinggi di Selangor bagi tempoh 2016 lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Selangor menerima jumlah kemasukan pelancong seramai 7.21 juta dengan jangkaan jumlah tersebut bertambah untuk tempoh sama tahun ini.

“2017 akan menyaksikan permulaan gambaran lebih positif kepada industri pelancongan negeri dengan sasaran kemasukan jumlah pelancong yang lebih ramai lagi tahun ini,” katanya.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

‘Wajah’ Selangor di awan biru, FireFly promosi pelancongan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 20 JAN : Julung kalinya, imej pelancongan negeri dipaparkan di badan pesawat milik Syarikat Penerbangan, FireFly untuk tempoh 2017 ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, komitmen tersebut dilaksanakan sebagai kaedah baru mempromosikan pelancongan Selangor.

Beliau berkata, usaha tersebut dilaksanakan menerusi Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Tourism Selangor dan FireFlyz di Subang Skypark Airport, di sini, semalam.

Tourism (7)“Inisiatif ini digerakkan sebagai usaha Kerajaan Negeri bersama Tourism Selangor menggalakkan kedatangan jumlah pelancong tempatan dan luar untuk melancong ke Selangor.

“Saya yakin permulaan kerjasama ini akan membuka peluang kepada Tourism Selangor menjalinkan kerjasama yang lebih besar bagi memperkenalkan produk pelancongan negeri kepada masyarakat luar,” katanya.

Majlis Pemeteraian MOU berkenaan turut disaksikan Pengarah Esekutif FireFly, Ignatius Ong dan Pengarah Urusan Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Pemeteraian tersebut menyaksikan Selangor mendahului pemasaran produk pelancongan negeri menerusi pengiklanan pengangkutan udara.

Tourism (2)Sementara itu, dua buah pesawat dari perjalanan ke Singapura – Subang Jaya digunakan bagi tujuan promosi itu.

Imej pada badan kedua-dua pesawat memaparkan keindahan produk pelancongan negeri antaranya di Sekinchan, Klang, Shah Alam, dan Pulau Carey.

Bukan sekadar itu, kepingan poster turut dilekatkan pada bahagian dalam pesawat bertujuan memberi maklumat kepada penumpang terhadap industri pelancongan negeri.

-nR-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MOOD pamer keterbukaan budaya Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 JAN: Inisiatif pengurusan Surau Al-Syakirin Bandar Utama dengan kerjasama Yayasan Hidayah Centre menjemput komuniti bukan Islam untuk terlibat sama dalam program ‘Mosque Open Day’ (MOOD) menggambarkan keterbukaan budaya di Selangor.

Menyambut baik usaha itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, program seumpama itu wajar dilaksanakan di seluruh negeri.

Beliau berkata, langkah tersebut diyakini mampu mengukuhkan tali persaudaraan antara rakyat negeri itu tanpa mengambil kira fahaman perbezaan agama dan kaum.

“Program yang sangat baik memandangkan surau ini sudah dibuka sejak 20 tahun lalu dan pertama kali ia dibuka kepada komuniti bukan Islam.

Elizabeth“Ia sewajarnya dilaksanakan di masjid dan surau seluruh negeri, sekali gus boleh memberi peluang kepada komuniti bukan Islam untuk bertanya serta mendapat pemahaman jelas.

“Program seumpama ini menggambarkan keterbukaan budaya di Selangor iaitu rakyat hidup secara aman dan saling menghormati agama kaum lain,” katanya.

Antara pengisian program itu termasuk penganjuran aktiviti lain seperti ‘free market’, sesi perkongsian dengan saudara baru, ‘reruai’ ambil gambar ‘How Do I Look In Hijab’.

Turut diadakan juga pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan Segi University & College dan Pusat Perubatan Tropicana.

Sementara itu, Pengarah Program, Jamaludin Shamsudin berkata, objektif program tersebut dijalankan bagi membolehkan masyarakat bukan Islam memahami masjid sebagai pusat aktiviti pembangunan masyarakat setempat.

“Kita bukan nak mengajak atau jauh sekali memaksa sesiapa untuk menukar agama. Apa yang dilaksanakan ini adalah untuk menyampaikan Islam itu sebagai ‘rahmatan lil ‘alamin’ (rahmat sekalian alam), sebuah agama universal dengan nilai universal dan kalau boleh menepis prejudis serta syak wasangka tentang Islam,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Denda RM1000 jika peniaga langgar syarat pembaharuan lesen penggunaan plastik 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 DIS: Denda maksima sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap peniaga yang melanggar syarat pembaharuan lesen sekiranya didapati menggunakan plastik, bermula 2017 ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, peniaga di negeri itu tidak lagi dibenarkan untuk membekal bekas makanan polisterina serta pemberian beg plastik secara percuma kepada pembeli.

“Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan caj penggunaan beg plastik pakai buang pada kadar RM0.20 bermula 1 Januari ini dan penggunaan polisterina dilarang sepenuhnya.

dsc_0709“Pada masa sama, kami menetapkan syarat pembaharuan lesen sekiranya wujud pelanggaran penggunaan beg plastik yang boleh dikenakan denda maksima RM1,000,” katanya pada sidang media pelancaran Selangor #BebasPlastik 2017 di Lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menerusi Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan menetapkan kajian dasar tersebut dibuat bagi menggalakkan peniaga tidak lagi menggunakan beg plastik.

Bagaimanapun, katanya, wujud pengecualian terhadap beberapa komponen barangan niaga tertentu yang membolehkan penggunaan beg plastik digunakan.

“Ini termasuk barangan jenis makanan dan tumbuh-tumbuhan, produk ubat-ubatan, hidupan akuatik, makanan daging mentah, makanan untuk haiwan yang dipallet, sayur-sayuran dan bijih benih yang tidak dibungkus,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menetapkan setiap Sabtu sebagai hari pengecualian penggunaan beg plastik, sejak pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun bagi tahun 2017, tempoh tersebut dipanjangkandengan menetapkan tujuh hari seminggu sebagai hari bebas plastik di Selangor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri sumbang RM213,000 untuk Gereja di Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 19 DIS: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM213,000 untuk disumbangkan kepada gereja-gereja di Selangor bagi membiayai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan masing-masing.

Sumbangan itu disampaikan oleh Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong yang mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor 2016 di Dataran Summit USJ di sini, malam tadi.

Sementara itu, sambutan perayaan masyarakat Kristian bermula sejak jam 6.00 petang itu disambut meriah apabila dihadiri lebih 3,000 hadirin sejak petang lagi.

img_2843Selain dihiburkan dengan persembahan Selangor Philharmonic Orchestra, turut menarik perhatian dalam sambutan kali ini adalah kepelbagaian juadah yang disediakan untuk pengunjung.

Antara juadah menarik perhatian pada majlis dihadiri pelbagai kaum dan lapisan masyarakat itu adalah bihun Singapura, kebab, cendol, kuew teow goreng dan hampir 15 juadah lain.

-nR-

Categories
SELANGOR

Kempen Bumi Hijau Kuala Langat tepati matlamat Kerajaan Negeri

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 15 DIS: Program Kempen Bumi Hijau dijalankan pihak swasta bersama beberapa premis perniagaan di sini, menepati matlamat Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan teknologi hijau.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, projek perintis dilakukan pihak berkaitan adalah baik dan wajar menjadi contoh ke arah mewujudkan bandar berkarbon rendah.

“Ia satu inovasi sangat bagus daripada segi pemeliharaan alam sekitar dan diharap premis perniagaan khususnya makanan memberi perhatian terhadap perkara ini supaya boleh mengurangkan sisa makanan.

“Seperti mana program teknologi hijau dilaksanakan Kerajaan Negeri, inovasi ini juga bersesuaian dan bertepatan dengan perancangan dijalankan tidak setakat di bandar tetapi di peringkat daerah,” katanya kepada SelangorKini di Saha Coffee & Fruit Bar, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian program itu dengan pengenalan peralatan pemprosesan sisa makanan dari syarikat Korea, MUMS Electronic Co Ltd (MUMS).

elizabeth-wongSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MUMS, Yi Se Young berkata, pihaknya memuji langkah Kerajaan Negeri melaksanakan projek teknologi hijau dan berharap usaha syarikat terbabit akan membantu perancangan dijalankan.

“Kita berbesar hati dapat bersama berkongsi kepakaran dengan memperkenalkan peralatan sebegini.

“Ia bagus bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih serta hijau dan diharap akan banyak membantu dalam usaha Kerajaan Negeri menjayakan teknologi hijau,” katanya.

Peralatan memproses sisa makanan diperkenalkan syarikat itu menjadikan ia lebih mudah dan bersih serta tidak tercemar.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharudin dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali.

-AA-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sasar tanam sejuta pokok wujud karbon rendah

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI, 12 NOV: Sebanyak 1 juta pokok disasar ditanam di seluruh negeri tahun depan selaras hasrat Kerajaan Negeri bagi mewujudkan suasana persekitaran rendah karbon, menghijaukan dan memelihara alam sekitar.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, sebanyak 900,000 pokok berjaya ditanam sejak 2010.

Katanya, Kerajaan Negeri secara konsisten menggalakkan sektor korporat dan perniagaan mengamalkan ‘Good Corporate Citenship’ khususnya membantu meningkatkan kualiti hidup.

“Sejak 2010, program seperti ini diaktifkan Kerajaan Negeri diseluruh Selangor.

“Setakat ini kita berjaya menanam lebih 900,000 pokok. Jadi kita berharap tahun depan kita berjaya mencecah 1 juta pokok,” katanya ketika ditemui di Program ‘Pledge and Plant A Tree’,” di TamanTasik Cempaka, di sini.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia, Md Nazri Noordin dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Sayuthi Bakar.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Bangi, Shafei Ngah.

Pada masa sama, Elizabeth berkata melalui Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018, Kerajaan Negeri menyediakan subsidi kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi lain untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu program seperti itu.

“Pelan ini merupakan usaha Kerajaan Negeri ke arah pembangunan ekonomi lestari dalam mencapai status negeri mahu.

“Disamping menyumbang kepada pengurangan 45 peratus intensiti pelepasan gas karbon kepada KDNK pada 2030,” katanya.

EZY