Categories
GLOBAL

Gempa Taiwan: 2 maut, 200 cedera, hotel hampir tumbang

GLOBAL 7 FEB: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 200 cedera akibat dihempap bangunan yang runtuh.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan sebuah hotel dan pangsapuri antara bangunan yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut manakala lima bangunan termasuk sebuah hospital rosak dengan beberapa lebuh raya mengalami keretakan.

Hotel Marshal di bandar ini hampir tumbang manakala para petugas penyelamat berhempas pulas mengeluarkan penginap hotel menggunakan kren.

Sebanyak 15 gegaran susulan direkodkan di Hualien yang merupakan pusat pelancongan yang popular di negara ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter itu melanda bandar Hualien hari ini.

Beberapa imej yang disiarkan menerusi laman sosial menunjukkan kerosakan teruk pad jalan raya dan sebahagian bangunan tinggi di bandar tersebut runtuh.

Pasukan keselamatan juga dilaporkan bertungkus lumus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan.

SUMBER: AFP/BBC NEWS

Categories
GLOBAL

Indonesia alami gempa bumi hampir setiap hari

OLEH: SHEEDA FATHIL

GLOBAL: 1 FEB: Kejadian gempa bumi di Indonesia bukanlah sesuatu yang luar biasa malah hampir dikatakan setiap hari berlaku sahaja gegaran di negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik itu.

Berdasarkan laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), kebiasaannya kejadian gempa sering kali berlaku pada skala sederhana atau lemah pada Skala Richter.

Ia kerap berlaku di dasar laut dengan pusat gempa jauh sehingga beratus-ratus kilometer yang menimbulkan kekhuatiran terjadinya tsunami.

Untuk tempoh sepanjang Januari 2018, sejumlah 44 kejadian dicatatkan berlaku di Indonesia.

Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada Skala Richter di Lebak Banten berlaku pada 23 Januari, kira-kira 153km dari Jakarta malah ia turut ‘menggoncang’ ibu kota itu yang dihuni lebih 10 juta orang.

Gempa bumi bukanlah suatu yang dibimbangkan di Malaysia, namun mengikut data Kementerian Pelancongan Indonesia, lebih sejuta rakyat Malaysia berkunjung ke Indonesia setiap tahun.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya terjadi gempa?

Jangan panik – patuhi arahan pihak berkuasa;

Jika berada di dalam bangunan atau rumah, berlindung di bawah meja bagi mengelak ditimpa runtuhan;

Jangan menggunakan lif sewaktu proses evakuasi, sebaliknya guna tangga kecemasan tanpa berlari;

Jika berada di kawasan lapang, elakkan berada berdekatan pokok atau monumen tinggi;

Jika berada di pantai, segera beredar ke kawasan tinggi kerana gempa bumi berkemungkinan menyebabkan berlakunya tsunami.

Selain itu, gempa bumi juga akan menyebabkan rasa mual, loya dan pening kepala berikutan ketidakseimbangan badan akibat gegaran gempa, seolah-olah sindrom penyakit ‘vertigo’.

Sumber : BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA GLOBAL

Gemba bumi di Nicobar India

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Nicobar, India, pada jam 9.16 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 120 kilometer barat daya dari Nicobar, India dan 864 kilometer barat laut Langkawi, Kedah.

Namun, pada jam 11.48 pagi tadi, MET melaporkan sekali lagi gemba bumi berlaku tetapi dalam keadaan sederhana, di Kepulauan Nicobar, India.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Categories
GLOBAL

Rantau Komandorskiye Ostrova dilanda gempa bumi kuat

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di rantau Komandorskiye Ostrova, Rusia, kira-kira jam 10.10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa bumi itu terletak di 573 kilometer timur laut dari Petropavlovsk Kamchatsky, Rusia dan 6,937 kilometer timur laut dari Kudat, Sabah, lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

 

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA GLOBAL

Tiada rakyat Malaysia jadi korban Lebak

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam tragedi gempa bumi di wilayah barat daya Lebak, Provinsi Banten, Indonesia, kira-kira 1.34 tengah hari, semalam.

Ia disahkan Kementerian Luar dalam kenyataan yang berkata, kedutaan Malaysia di Jakarta sudah berhubung dengan pelajar negera ini yang berada di sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka, lapor BERNAMA.

Antara kawasan yang dilaporkan menerima impak gegaran gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala richter itu ialah Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di Jawa Barat serta beberapa wilayah, di Jawa Tengah.

“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Wsima Putra, hari ini.

Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel [email protected] atau talian+62215224947 dan +6281380813036.

Categories
NASIONAL

Gempa bumi lemah landa Tongod, Sandakan

SHAH ALAM, 5 JAN: Gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter berlaku di Tongod, Sandakan di Sabah pada jam 8.40 pagi ini.

Insiden itu dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia, hari ini.

Gempa bumi yang berpusat di 37 kilometer timur Tongod itu menyebabkan gegaran boleh dirasai di sekitar kawasan Tongod.

*Sumber: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Gempa bumi skala 4.6 gegarkan Athens

ATHENS 31 DIS: Gempa bumi dengan ukuran awal 4.6 menggegarkan ibu kota Greece dan tengah negara itu awal hari ini, kata saksi, tetapi tiada laporan kerosakan diterima.

Gegaran direkodkan di barat Athens pada jam 6.02 pagi waktu tempatan di Teluk Corinthian, pada kedalaman lima kilometer, kata Pemerhati Kebangsaan Athens di laman webnya, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

“Ia berasa seolah-olah dua gempa bumi berturut-turut. Ia agak kuat. Ia mengejutkan saya,” kata seorang penduduk yang menulis di laman web Pusat Gempa Bumi Eropah-Mediterranean.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat berkata, pusat gegaran terletak 79 kilometer ke barat barat laut Athens.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA GLOBAL

Pakar geologi AS ramal 2018 gempa bumi besar lebih kerap

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 21 NOV: Sekumpulan pakar geologi Amerika Syarikat (AS) dalam kajian itu disiarkan di jurnal akademik Amerika Syarikat, Geophysical Research Letters melaporkan jumlah gempa bumi kuat mungkin meningkat secara mendadak pada 2018.

Ahli geologi itu adalah Roger Bilham dari University Colorado, Boulder, dan Rebecca Bendick dari University Montana menjalankan kajian kejadian gempa bumi dengan kekuatan magnitude 7 dan lebih yang berlaku di seluruh dunia sejak 1900.

Dalam kertas dikemukana pada Ogos, ahli geofizik Rebecca Bendick dan Roger Bilham mula melihat rekod gempa 117 tahun lalu di seluruh dunia.

Kemudian, dalam pembentangan pada mesyuarat tahunan Persatuan Geologi Amerika, mereka menyampaikan hasil yang mereka katakan menunjukkan bilangan gempa berskala besar yang meningkat pada kitaran kira-kira 32 tahun.

Kali terakhir Bumi mengalami putaran semakin perlahan adalah pada 2011, dan peristiwa baru-baru ini mencadangkan corak yang mengganggu lagi: gempa bumi magnitud 7.1 yang melanda Mexico City pada 19 September; peristiwa 7.3 pada sempadan Iran-Iraq pada 12 November; dan 7.0 dari New Caledonia pada 19 November.

“Sepanjang tempoh ini, terdapat antara 25 hingga 30 gempa bumi kuat setahun. Selebihnya angka purata ialah kira-kira 15 gempa bumi kuat setahun,” kata Roger Bilham, antara penulis utama kajian itu.

Tahun ini merupakan penghujung bagi tempoh lima tahun bumi berputar secara perlahan sekali gus menandakan gempa bumi bermagnitud 7.0 atau lebih bakal berlaku.

“Bumi memberikan kita amaran lima tahun lebih awal berkaitan insiden gempa bumi yang bakal berlaku, dan ini adalah sesuatu luar biasa,” kata Bilham.

Bilham dan Bendick mengira bahawa diperlukan lima hingga enam tahun untuk tenaga yang dihantar oleh teras untuk melonjak ke lapisan atas planet Bumi di mana gempa terjadi.

=EZY=

 

 

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat 6.3M landa selatan China

GLOBAL 18 NOV: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 melanda selatan China, berhampiran sempadan India, hari ini.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi pada waktu Subuh itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di kawasan Xizang, selatan China dan terletak berhampiran sempadan India.

Tiada maklumat lain diketahui setakat ini.

INFO:

Gempa bumi kuat telah berlaku di Sempadan Rantau Timur Xizang-India 6:34 pagi pada 18/11/2017

Lokasi : 29.8 Utara dan 94.7 Timur

Magnitud : 6.3

Kedalaman :10km

Tiada tsunami

Categories
GLOBAL

Gempa bumi magnitud 6.0 landa Papua

GLOBAL 26 SEPT: Satu gempa bumi berukuran magnitud 6 menggegarkan Papua New Guinea (PNG) hari ini, namun tiada laporan tsunami dikeluarkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kedalaman lima kilometer (km) berhampiran kawasan kurang penduduk di rantai Timur New Britain, terletak 210 km di tenggara bandar Kokopo.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Hawaii tidak mengeluarkan amaran ombak besar susulan gempa, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Kejadian gempa adalah pemandangan biasa berhampiran PNG, terletak di sepanjang 4,000 km jajaran plet Pasifik Australia.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Gempa bumi lemah landa Sabah

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Satu gempa bumi lemah dilaporkan di lokasi 35 kilometer timur laut Tongod, Sabah pada jam 8.25 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan berkata, gempa bumi berukuran 3.8 skala Richter mungkin dirasai gegarannya di sekitar kawasan Tongod dan Beluran, Sabah.

JMM turut memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, 49 kilometer barat daya bandar Valencia, Filipina dan 752 kilometer timur Laut Kinabatangan, Sabah.

Kejadian pada jam 4.47 pagi tadi bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, menurut jabatan itu.

*Sumber: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Lebih 139 maut gempa bumi skala 7.1 landa Mexico

MEXICO CITY 20 SEPT: Lebih 139 dilaporkan maut setakat ini dalam kejadian gempa bumi kuat pada skala 7.1 magnitud melanda bahagian tengah Mexico menurut pihak berkuasa.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan runtuhan bangunan itu menyebabkan ribuan penduduk lari bertempiaran dalam keadaan panik manakala bekalan elektrik turut dilaporkan terputus.

Ia sekaligus memberi kesan kepada jutaan penduduk yang ketika itu menikmati makan tengah hari.

Presiden Enrique Pena Nieto berkata, 27 bangunan dilaporkan runtuh akibat gegaran itu.

Seorang doktor gigi, Claudia Meneses yang berada di kliniknya di kawasan kejiranan Lindavista ketika kejadian berkata, orang ramai berada dalam ketakutan amat sangat susulan bencana itu.

DKILpynU8AAImot“Kami sedang berusaha untuk pergi ke bangunan yang runtuh untuk melihat jika ada bantuan yang diperlukan,” katanya.

Gempa bumi berukuran 7 atau lebih dianggap sebagai kuat dan berpotensi menyebabkan kemusnahan besar.

Laporan awal menunjukkan negeri Morelos di bahagian selatan mengalami kemusnahan dan jumlah kematian terbesar setakat ini dengan sekurang-kurangnya 50 orang disahkan maut.

Ini gempa bumi kuat kedua melanda Mexico bulan ini, selepas 98 orang terbunuh dalam bencana yang sama di selatan Mexico, 7 September lalu.

=EZY=