Categories
GLOBAL

Gempa terkuat 100 tahun Mexico kini 58 orang

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

MEXICO CITY 9 SEPT: Angka kematian akibat gempa bumi terkuat di Mexico dalam tempoh 100 tahun meningkat kepada 58 orang, lapor Agensi Berita.

Perkhidmatan Seismologi Mexico berkata, gempa itu menggegarkan kawasan luar pantai Pasifik jam 11.49 malam waktu tempatan sejauh 100 kilometer dari bandar tepi pantai Tonala di negeri selatan Chiapas.

Terdahulu, Presiden Mexico Enrique Pena Nieto berkata, gempa magnitud 8.1 itu adalah paling kuat pernah melanda negara itu dalam tempoh 100 tahun.

Gempa MexicoGegaran akibat gempa itu dirasai sejauh Guatemala.

“Ia adalah gempa bumi paling kuat dari segi skala dan magnitud, terkuat sejak 100 tahun lalu,” kata Nieto dalam ucapan dari ibu pejabat Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan, di mana beliau menyelia tindak balas kecemasan.

Katanya gempa bumi itu juga dirasai kira-kira 50 juta penduduknya dalam gegaran terkuat sejak gempa bumi melanda negara itu pada September 1985 dengan kekuatan 8.0 pada skala richter mengorbankan 9,500 mangsa.

USGS malaporkan gegaran susulan selepas gempa bumi kuat dengan merekodkan sekurang-kurangnya enam gegaran melebihi 5.0 skala richter.

 

Gempa1

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Gempa bumi landa Kepulauan Mariana

Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Kepulauan Mariana pada jam 6.59 pagi 03/09/17

Lokasi : 13.1 Utara dan 147.5 Timur
Magnitud : 5.4
Kedalaman : 10km

Tiada ancaman tsunami.

Gempa Mariana

SUMBER: MET MALAYSIA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gempa Bumi sederhana gegar Selatan Jawa

SHAH ALAM 27 OGOS: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Jawa, Indonesia pada jam 8.02 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu ialah 308 kilometer (km) barat daya Blitar, Indonesia dan 1,292km tenggara Tebedu, Sarawak.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

 

INFO:

Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada 08:02 pagi 27/08/17,
Lokasi : 10.6 Selatan dan 111.0 Timur
Magnitud : 5.2
Kedalaman : 10km

Gempa 27 OGOS

=EZY=

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat landa Turki

BODRUM, 21 JULAI: Sekurang-kurangnya dua maut selepas gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala richter, melanda persisiran pantai Aegean di Turki, awal pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, beberapa gempa susulan turut dirasa di sekitar kawasan berkenaan yang menyebabkan tsunami kecil.

Gempa itu berpusat 10.3 kilometer selatan Bodrum dengan kedalaman 10 kilometer.

Ia turut dirasakan di Pulau Kos, Greece yang penuh dengan pelancong ketika itu.

Kedua negara terbabit sememangya berada di kawasan yang sering dilanda gempa bumi.

Categories
GLOBAL

Gempa bumi 7.7 magnitud landa Rusia

WASHINGTON 18 JULAI: Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda pantai timur Rusia menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami di beberapa bahagian perairan Pasifik.

Pusat Amaran Tsunami berkata, gelombang diramalkan berada pada ketinggian 0.3 meter diatas paras air pasang di sepanjang perairan Rusia hingga ke Hawaii.

Pusat Kajian Gegaran Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gegaran pada 11.34 malam (waktu tempatan) berlaku pada jarak 199 kilometer ke timur-tenggara Nikol’skyoe, Russia dengan kedalaman 11.7 kilometer lapor AFP.

GEMPA 7

Sebelum ini, gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Wilayah Komandorskiye Ostrova, Rusia pada pukul 7.05 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat 672 kilometer timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dan 7,013 kilometer timur laut Kudat, Sabah.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa

SHAH ALAM, 24 APRIL: Gempa bumi sederhana 5.3 magnitud dilaporkan melanda pulau Jawa, Indonesia, pada jam 2.01 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, lokasi gempa itu adalah 1,011 kilometer barat daya Tebedu, Sarawak.

Kenyataan itu berkata, gempa bumi terbabit bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.

*Sumber: BERNAMA

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Gempa bumi lemah skala 3.1 landa Sabah

Gempa bumi lemah telah berlaku pada pukul 01:32 petang hari ini di kedudukan 5.5 Utara 118.9 Timur dengan magnitud 3.1.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan ia berlaku di kedalaman 74km, 67km Timur Laut Kinabatangan ,Sabah.

Tiada ancaman tsunami.

AMARAN RIBUT PETIR (KAWASAN PERAIRAN)
Dikeluarkan pada pukul 11:39AM, 13 April 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak (Rejang) dan Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal petang, Khamis, 13 April 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Phuket, Tioman, Bunguran dan Sulu dijangka berterusan sehingga awal petang, Khamis, 13 April 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

=EZY=

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Gempa bumi dikesan di Lahad Datu

SHAH ALAM 29 MAC: Satu gempa bumi lemah dikesan dengan kekuatan magnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Lahad Datu pada jam 6.26 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan pusat gempa bumi terletak di 4.8° Utara dan 118.5° Timur, 25 kilometer dari Timur Laut dari Kunak, Sabah. Gegaran mungkin dirasai di kawasan Lahad Datu.

MetMalaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.

Pada 5 Jun 2015, Sabah digegar dengan gempa bumi pada 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi.

Setakat ini Sabah mempunyai dua stesen seismik ‘strong motion’ iaitu di Ranau dan Lembah Danum.Enam stesen seismik ‘weak motion’ di Sandakan, Kudat, Kota Kinabalu, Sepulut, Tawau dan Lahad Datu.

Stesen seismik ‘strong motion’ yang baru dipasang di Keningau, Sandakan, Kota Belud dan Kota Kinabalu; tiga lagi stesen ‘weak motion’ (Ranau, Semporna dan Lembah Danum).

=EZY=

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat Solomon jejas ratusan penduduk

WELLINGTON 10 DIS: Gempa bumi berskala kuat menggegarkan Kepulauan Solomon untuk dua hari berturut-turut pagi ini dengan terbaru pada kekuatan 6.9 magnitud.

Amaran tsunami awal dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik untuk beberapa pulau di Laut Pasifik bagaimanapun dibatalkan beberapa jam selepas gempa.

Gempa jam 6.10 pagi waktu tempatan (1910 GMT Jumaat) berpusat di 90 kilometer ke barat Kirakira pada kedalaman 10km, demikian menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Sebelum ini, ratusan rumah penduduk di kawasan terpencil di Kepulauan Solomon mengalami kerosakan atau musnah selepas gempa kuat 7.7 magnitud.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan setakat ini tiada lagi laporan mengenai kemalangan jiwa dengan tsunami kecil dilaporkan berlaku di kepulauan itu serta beberapa pulau Pasifik lain.

Jurucakap sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan, World Vision’s Pacific Timor-Leste, Suzy Sainovski yang berada di ibu negara Honiara, terdapat kesukaran untuk mendapatkan gambaran sebenar kesan gempa disebabkan penduduk tinggal terpencil dengan sesetengah tempat tiada hubungan komunikasi.

“Ada beberapa laporan awal menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 penduduk terjejas. Sesetengahnya terdiri kediaman tradisional iaitu rumah bajang yang diperbuat menggunakan bahan pertanian,” katanya.

Gempa berlaku berhampiran Pulau Makira.

Sainovski berkata, hospital, gereja dan beberapa bangunan termasuk pejabat World Vision di bandar Kirakira di pulau terbabit, dilaporkan mengalami kerosakan.

Micha Maghe, penyelaras projek kesihatan dan sanitasi World Vision di Kirakira berkata gempa berkenaan amat menggerunkan.

“Apabila saya berlari keluar, saya dengar kanak-kanak menangis, penduduk menjerit.

“Kami semua berkumpul di sebuah sekolah dan saya lihat penduduk bergegas mencari tanah tinggi. Mereka dalam keadaan panik dan ketakutan,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Gempa Aceh: MB rakam takziah

SHAH ALAM, 8 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merakamkan ucapan takziah juga simpati terhadap mangsa gempa bumi yang melanda bandar Aceh, Indonesia, semalam.

Berkongsi paparan di Facebook, beliau turut mendoakan keselamatan penduduk Aceh serta mengharapkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tabah berdepan insiden terbabit.

“Saya dan semua rakyat Selangor merakamkan takziah serta bersimpati terhadap mangsa gempa bumi sekuat 6.5 magnitud di Aceh, Indonesia.

“Saya bersama rakyat Selangor sentiasa mendoakan keselamatan rakyat Aceh serta berharap Presiden Jokowi bertabah dengan ujian Allah SWT ini,” tulisnya.

Angka korban ekoran gempa bumi kuat di Aceh meningkat kepada 97 mangsa berbanding 54 yang dilaporkan, sebelum ini.

Sementara itu, 15 pelajar Malaysia dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang kini mengikuti Program Mobiliti Pelajar, ‘Meaningful Academic Visit to Banda Aceh’, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

-AA-

Categories
GLOBAL

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Jepun

TOKYO 12 NOV: Gempa bumi kuat 6.2 magnitud melanda perairan pantai Jepun di 65 kilometer di timur laut Bandaraya Sendai, jam 6.43 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula berkata, tiada kemungkinan ancaman ombak besar pasifik yang menghasilkan tsunami berlaku.

EZY

Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat gegar Itali 7.1 skala richter

ITALI 30 OKT: Satu gempa bumi kuat menggegar tengah Itali selepas tiga hari dua gempa bumi menggegar negara itu.

Agensi USGS melaporkan gegaran itu pada kekuatan 7.1 skala richter.

Gegaran itu turut dirasai sehingga ke Croatia, Slovenia dan Bosnia-Herzegovina.

cv_3-cnumaaepfz