Categories
GLOBAL

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Mindanao, 5.6 gegar Romania

24 SEPT: Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi kuat 6.5 magnitud melanda Kepulauan Mindanao di Selatan Filipina.

Gempa bumi itu melanda jam 6.53 pagi ini (22:53 GMT) dengan pusat gegaran di 114.26 kilometer (km) di timur Davao.

Gempa direkod pada kedalaman 69km di bawah dasar laut namun diramal tidak membawa ancaman tsunami, demikian menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Sementara itu gempa bumi turut berlaku di Romania dengan kekuatan 5.6 magnitud melanda utara Bucharest hari ini.

Gegaran yang pada mulanya dilaporkan mencecah 5.7 magnitud, berlaku sekitar jam 2.11 pagi (waktu tempatan).

Ia berpusat pada 149 kilometer ke utara Bucharest, kira-kira 65.98 kilometer ke barat laut bandar Buzau.

Gegaran sekuat 5.7 magnitud dianggap sebagai gempa bumi sederhana yang boleh menyebabkan kerosakan besar, namun disebabkan ia berlaku pada kedalaman 91.2 kilometer, kesannya tidak serius.

Romania dilaporkan jarang dilanda gempa bumi.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa 6.2 magnitud gegar Itali: Bandar saya sudah ‘tidak wujud’

ITALI 24 OGOS: Bandar di tengah Itali yang digegarkan gempa bumi kuat pada skala 6.2 magnitud dikhuatiri menyebabkan kemusnahan teruk.

Setakat ini sekurang-kurang seramai 159 mangsa terkorban dan 368 cedera dengan angka mangsa dijangka terus meningkat ketika usaha mencari dan menyelamat giat dilaksanakan pihak berkaitan.

Datuk Bandar Amatrice di Perugia, Sergio Pirozzi membuat laporan di radio memohon bantuan kecemasan bagi operasi menyelamat bandar itu.

“Bandar saya sudah ‘tiada lagi’,” katanya.

“I’m trying to contact the services. The town doesn’t exist anymore. “There is no light, it’s all gone off. It’s all rubble, it’s a tragedy.”

Sistem PAGER United States Geological Survey (USGS) meramalkan kesan gempa bumi itu mengeluarkan amaran merah menjangka kemusnahan dan kerosakan bandar itu berdasarkan data gempa bumi sebelum ini.

Gegaran itu berlaku sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan, dan dirasai di hamparan bahagian tengah negara itu termasuk di ibu negaranya, Rome.

Orang ramai yang menghuni rumah di tengah-tengah kawasan sejarah itu pada awalnya merasakan kesan hayunan imbangan yang lama dan diikuti gegaran susulan.

Gempa Italy 6Keseluruhan populasi di kawasan itu mendiami struktur bangunan yang mudah mengalami kesan daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu dikesan pada 76 km Selatan Perugia dan dapat dirasai sejauh Rome pada kedalaman 10 km.

 

proxy (7)

 

proxy (6)

 

proxy (4)

 

proxy (3)

 

proxy (2)

proxy (12)

proxy (11)

CqmrAF4XYAAj3a8

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi kuat 7.6 magnitud, tiada ancaman tsunami

SHAH ALAM 30 JULAI: Gempa Bumi kuat berlaku pada jam 5.18 pagi tadi di lokasi 18.5N 145.7T dengan magnitud 7.6.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu dikesan di kedalaman 228km di Mariana Islands, 1956km Tenggara Yokosuka, Japan dan 3300km Timur Laut Kinabatangan.

Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

13686697_1051803804869582_6812077106797545315_n

EZY

Categories
NASIONAL

Ecuador dilanda gempa bumi kuat 7.8 skala Richter

ECUADOR 17 APR: Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 7.8 magnitud melanda Ecuador, menurut laporan agensi pemantau gempa Amerika Syarikat USGS pada Sabtu.

Ia memaksa amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawasan perairan di Ecuador.

CgNRSMCWcAQCPeC“Berdasarkan petujuk awal, ancaman ombak Tsunami berkemungkinan berlaku di sekitar 300 kilometer dari pusat gegaran ,” lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Dua gempa bumi menggegarkan kawasan sama sebenarnya, cuma berselang 11 minit. Gempa pertama berukuran 4.8 dan yang kedua berukuran 7.8. – Reuters/AFP

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa Bumi Jepun: Angka korban 29, lebih 1,500 cedera

MASHIKI 16 APR: Angka korban dua gempa bumi kuat di barat daya Jepun mencecah 29 orang dengan ramai lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan rumah manakala 1,500 lagi cedera, 80 daripadanya serius.

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga tidak mengesahkan jumlah kematian yang disebut media mencecah 29 orang, sambil menegaskan ia sukar ditentukan kerana usaha menyelamat masih diteruskan.

CgIuWdjUYAAlhb6Katanya, tentera akan mengerahkan 20,000 anggota untuk usaha menyelamat selain polis dan bomba yang turut diarah ke kawasan itu, lapor Agensi Berita AP.

Terdahulu, Pegawai daerah Kumamoto, Tomoyuki Tanaka, berkata angka kematian terus meningkat setiap jam, dengan jumlah terkini mencecah 19 susulan gempa bumi 7.3 magnitud awal pagi tadi yang menggegarkan wilayah Kumamoto di barat daya pulau Kyushu pada jam 1.25 pagi.

Pada malam Khamis, Kyushu dilanda gempa bumi magnitud 6.5 yang menyebabkan 10 maut dan lebih 800 cedera. Tanaka berkata laporan mengenai kecederaan berubah dengan pantas dan beliau masih belum mendapat jumlah terkini.

gempaSementara itu media melaporkan letupan Gunung Aso, gunung berapi aktif terbesar di Jepun, di pulau Kyushu di mana dua gempa bumi besar membunuh 29 orang, meranapkan kediaman dan menyebabkan tanah runtuh. Ia adalah letusan pertama Aso bulan ini Asap dilihat setinggi 100 meter di udara, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Tidak dapat dipastikan juga jika letusan itu ada kaitan dengan dengan aktiviti seismik dan gegaran.

Aso setinggi 1,592 meter mempunyai lima puncak. Ia terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan dari daerah Kumamoto, pusat gegaran gempa bumi.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi di Jepun: Pelajar Malaysia selamat

SHAH ALAM 16 APR: Kesemua 18 pelajar Malaysia di tiga universiti di daerah Kumamoto, Jepun, yang dilanda gempa bumi pada hari Khamis, dilaporkan selamat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun menghubungi kesemua pelajar berkenaan yang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology, selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka selamat, menurut Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi.

gempa“Kesemua pelajar dilaporkan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar itu,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia juga kini sedang mengesan status rakyat Malaysia yang lain yang berada di kawasan berkenaan.

“Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang maklumat dan perkembangan terkini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan Jepun mengumumkan pihak berkuasanya mengambil langkah sewajarnya dalam menangani situasi tersebut, termasuk menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Pada hari Khamis, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, meragut sembilan nyawa dan lebih 700 cedera dalam kejadian tersebut.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi lemah 3.5 magnitud gegar Lahad Datu

SHAH ALAM 4 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter melanda Lahad Datu di Sabah pada pukul 8.43 pagi ini.

gempa lahad datuMetMalaysia dalam satu kenyataan berkata kawasan yang dilanda gempa bumi itu terletak kira-kira 35 kilometer tenggara Lahad Datu.

Pusat gempa berada di 4.9 darjah utara dan 118.6 darjah timur.

“Gegaran mungkin dirasai di Lahad Datu,” kata kenyataan itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Lagi gempa bumi skala 5.7 gegar Sumatera pagi ini

SHAH ALAM, 3 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan satu gempa bumi sederhana berlaku berukuran 5.7 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pagi ini.

Menurut jabatan itu, gempa yang berpusat di 629 km barat daya Siberut Indonesia, 1,140 km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan berlaku pada jam 8.10 pagi tadi.

Gempa sumateraIa kini memantau perkembangan pasca gempa bumi itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan, kata kenyataan itu lagi.

Malam tadi, satu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di perairan Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia pada pukul 7.58 malam (8.45 malam waktu Malaysia) dan gegaran dirasai sehingga ke Padang, Wilayah Sumatera Barat, Medan dan Aceh serta beberapa negeri di Malaysia.

EZY

Gempa bumi 2.7 di Tasik Kenyir

Gempa bumi lemah 2.7 skala Richter di Tasik Kenyir dikesan jam 9.25 malam tadi.

Categories
NASIONAL

Gempa bumi 5.8 richter gegar Christchurch

WELLINGTON 14 FEB: Bandaraya Christchurch di sini digegarkan gempa bumi berkekuatan 5.8 magnitud skala richter awal hari ini dengan sekurang-kurangnya satu bangunan terpaksa dikosongkan.

Bunyi siren kedengaran di sekitar dengan barangan bertaburan pulau selatan negara itu, demikian menurut media tempatan.

Gempa NZGempa berkenaan berlaku menjelang sambutan tahun kelima tragedi gempa 6.3 magnitud melanda Christchurch yang mengorbankan 185 nyawa yang dianggap bencana paling besar di New Zealand.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa terbaru hari ini berukuran 5.8 magnitud pada kedalaman 8 kilometer (km) dan berpusat di 17km di barat bandar raya berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian gempa bumi yang melanda bandar Christchurch, New Zealand, hari ini.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan media hari ini menyebut, pihaknya dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington terus memantau dan memberikan maklumat sewajarnya.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di New Zealand dinasihatkan sentiasa berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan mematuhi arahan serta nasihat keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa di negara berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124409

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Taiwan

TAIWAN 6 FEB : Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam kejadian gempa bum berukuran 6.4 magnitud menggegarkan selatan Taiwan.

Agensi berita antarabangsa turut melaporkan gempa bumi kuat itu turut menyebabkan bangunan runtuh di bandar Tainan dengan lebih 100 orang terperangkap di dalamnya awal pagi ini.

gempaRakaman video menerusi televisyen tempatan dan media sosial menunjukkan sebuah bangunan runtuh menyembah bumi manakala sebuah lagi senget akibat gempa berkenaan.

Stesen penyiaran Formosa melaporkan 150 orang terperangkap dalam bangunan setinggi 16 tingkat itu dengan kedengaran suara orang meminta tolong.

Seramai 69 berjaya diselamatkan tetapi tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka boleh terperangkap di dalam.

Sekurang-kurangnya 30 pula diselamatkan dari sebuah blok kediaman tujuh tingkat yang turut runtuh tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, Empat bangunan runtuh di kawasan bandar Tainan dan misi mencari dan menyelamat sedang diusahakan.

GempaAgensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 2000 GMT pada Jumaat, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.

Rakaman video menerusi televisyen tempatan dan media soal menunjukkan sebuah bangunan runtuh menyembah bumi manakala sebuah lagi senget akibat gempa berkenaan.

Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4.

Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik. Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi.

EZY

Categories
NASIONAL

Jepun digegar gempa bumi kuat 6.7 skala richter

TOKYO 14 JAN : Gempa bumi besar menggegar Utara Jepun pada kekuatan 6.7 skala richter menurut agensi United States Geological Survey (USGS).

gempa hokaidoGempa bumi kuat itu menyebabkan gangguan sementara perkhidmatan keretapi dan udara.

Media Jepun NHK melaporkan gempa bumi itu turut menyebabkan Lapangan Terbang New Chitose ditutup sementara itu pemeriksaan kerosakan.

EZY