Categories
SUKANKINI

Piala AFF: Kemenangan ke atas Laos lonjak semangat Harimau Malaya

Categories
SUKANKINI

Gol Syafiq bantu Malaya benam Fiji

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Malaysia menewaskan Fiji 1-0 hasil jaringan Syafiq Ahmad dalam perlawanan persahabatan kelas A, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyudahkan hantaran Syazwan Zainon, pada sebelah kiri pintu gol Fiji buat mendahului lawan, pada minit ke 19.

Bagaimanapun, malang menimpa Malaysia apabila Syafiq mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan lima minit selepas itu dengan digantikan Shafiq Shaharuddin.

Walaupun Malaysia mendahului tetapi Fiji terlebih dahulu menggugat Harimau Malaya dengan Christopher Wasasala (m9) melepasi pertahahan dan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan tendangan ke pintu gol, namun terkena tiang.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus melancarkan serangan dan memperoleh gol hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor (m54), namun tidak dikira kerana berada pada kedududkan ‘offside’.

Jurulatih, Tan Cheng Hoe menurunkan lima pemain skuad bawah 23 tahun dalam perlawanan ini dan menunjukkan prestasi membanggakan dengan Harimau Malaya berjaya mengatasi Fiji, pasukan pada rangking lebih tinggi (165).

Ia petanda positif kepada skuad kebangsaan dalam persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki 2018 nanti.

Categories
SUKANKINI

Harimau Malaya bertemu Maldives dalam aksi persahabatan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 JUN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan menentang Maldives dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 3 November ini.

FAM dalam kenyataan berkata, perlawanan persahabatan berstatus A bertemu pasukan di ranking ke-150 dunia itu adalah yang keenam untuk skuad kebangsaan sebelum menyertai Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018.

“Ia sebagai ujian terakhir sebelum skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe terbang ke Phnom Penh bagi aksi sulung Kumpulan A bertemu Kemboja, pada 8 November ini,” katanya.

Sebelum ini, FAM mengesahkan lima perlawanan persahabatan antarabangsa “A” diatur menjelang Piala Suzuki AFF 2018.

Ia bermula dengan perlawanan menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada 5 Julai diikuti melawan Taiwan di Taipei, pada 7 September seterusnya Kemboja di Phnom Penh, pada 10 September ini.

Dua perlawanan lagi ialah bertemu Sri Lanka di Colombo, pada 12 Oktober dan Republik Kyrgyz di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 16 Oktober.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelumnya berkata, semua perlawanan persahabatan ditempuh Harimau Malaya menjadi medan terbaik untuk Cheng Hoe membentuk skuad mantap serta membaiki kedudukan semasa Malaysia di tangga 171 dunia.

Categories
SUKANKINI

Harimau Malaya baiki ranking dunia

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 APR: Malaysia membaiki kedudukan dalam ranking bola sepak dunia apabila naik lapan anak tangga, di tempat ke-170.

Dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya mencatat peningkatan berbanding kedudukan sebelumnya, pada tangga ke-178.

Malaysia dibimbing ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, selepas menggantikan Nelo Vingada, pada Disember tahun lalu, terbabit dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Bukit Jalil, dengan beroleh keputusan seri 2-2 ketika bertemu Mongolia, pada 22 Mac dan menang ketika membelasah Bhutan 7-0, pada 1 April lalu.

Namun, Malaysia dikalahkan Lebanon 1-2, pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Sports City, Beirut, pada 28 Mac lalu.

Kemenangan dicatat ketika berdepan Bhutan adalah yang pertama sejak kali terakhir melakukannya apabila menundukkan Kemboja, 3-2 dalam Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar, pada 20 November 2016.

Dalam senarai negara Asia Tenggara, Malaysia menduduki tangga ketujuh di belakang Filipina (113), Thailand (122), Myanmar (135), Indonesia (162), Nepal (162) dan Kemboja (168).

Sementara itu, juara Piala Dunia 2014, Jerman dan Brazil mengekalkan kedudukan, pada tangga pertama dan kedua.

Manakala Belgium dari tangga kelima, naik ke tempat ketiga menggantikan Portugal yang turun satu anak tangga (keempat) diikuti Argentina (kelima).

Categories
SUKANKINI

Bhutan ganti Nepal bertemu Harimau Malaya

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 MAC: Malaysia dijadualkan bertemu Bhutan pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 1 April ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, perlawanan menentang Nepal yang sepatutnya dilangsungkan pada tarikh sama terpaksa dibatalkan atas permintaan pasukan lawan.

“Perlawanan antarabangsa ‘A’ antara skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 April depan terpaksa dibatalkan selepas permintaan daripada pasukan lawan itu yang tidak dapat hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan.

“Sebagai ganti, FAM telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada pasukan Bhutan untuk menjadi lawan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bagi perlawanan tersebut yang akan berlangsung di venue dan tarikh yang sama seperti telah ditetapkan,” katanya.

Kedit Foto: Facebook FAM

 

Categories
SUKANKINI

FAM: Sokong Cheng Hoe bimbing Harimau Malaya

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 MAC: Peminat bola sepak tempatan diminta memberi peluang kepada jurulatih, Tan Chen Hoe, membina kekuatan Harimau Malaya dan tidak terus mengkritik apabila gagal meraih kemenangan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, berkata keputusan seri 2 – 2 dalam perlawanan persahabatan menentang Mongolia, Khamis lalu, tidak boleh dijadikan ukuran berikutan ia perlawanan pertama di bawah kendalian bekas jurulatih Kedah itu.

“Cheng Hoe masih dalam tempoh permulaan untuk membina kekuatan pasukan bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 bermula 8 November depan.

“Barisan kejurulatihan masih cuba mencari kombinasi terbaik dan membentuk persefahaman mantap di kalangan pemain dan saya yakin mereka akan tampil dengan aksi lebih baik pada perlawanan akan datang termasuk bertemu Lebanon, 27 Mac dan Nepal, 1 April nanti,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia gagal menundukkan Mongolia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, biarpun pasukan itu berada pada ranking lebih bawah berbanding Harimau Malaya iaitu 189.

Kali terakhir skuad kebangsaan mencatat kenenangan ke atas Kemboja 3-2 pada aksi sulung Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar, 20 November 2016 dibimbing Datuk Ong Kim Swee.

Beliau berkata, peminat tidak boleh terus menyalahkan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas kegagalan itu dan pengurusan FAM termasuk jurulatih dan pemain turut sama memikul tanggungjawab bagi memperbaikinya pada perlawanan akan datang.

“Penyokong perlu mencontohi penyokong di luar negara yang terus memberikan sokongan ketika menang atau kalah, bukannya terus mengkritik dan menghina pasukan setiap kali gagal mencatat kemenangan,” katanya.

=EZY=

 

Categories
SUKANKINI

Seorang wakil PKNS FC dan Selangor sertai kem latihan Harimau Malaya

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Pemain tengah, Mahali Jasuli menjadi wakil tunggal PKNS FC yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya yang dijadualkan bertemu Mongolia 22 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ itu, Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 29 pemain dengan 14 yang dipanggil daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara seorang lagi pemain tengah, Syahmi Safari turut tersenarai ke kem latihan sebagai wakil tunggal dari pasukan Selangor.

Perlawanan persahabatan ini merupakan salah satu persediaan skuad kebangsaan sebelum menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lebanon di Beirut pada 27 Mac 2018.

Malaysia kini di tangga tercorot dengan hanya mengutip satu mata selepas sekadar melakar empat kekalahan dan satu keputusan seri.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

TMJ: Pemain ‘senior’ Harimau Malaya ‘besar kepala’ jejas prestasi

KELANA JAYA 9 DIS: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain yang “besar kepala” dalam skuad kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.

Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata mentaliti pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya, turut bersikap sedemikian dalam pasukan dan kelab beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).

“Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama, anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini.

“Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh.

“Tidak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada peraturan latihan dia sendiri, terdapat 8 atau 9 pemain senior yang mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang.

“Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco FAM ke-3 sesi 2017-2021 di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Berikutan itu, baginda berkata tugas utama ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe adalah mengubah mentaliti pemain yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Cheng Hoe, Tunku Ismail berkata jurulatih berkenaan diberikan kebebasan dalam mengendalikan pasukan kebangsaan.

Bekas jurulatih Kedah itu dilantik menggantikan Nelo Vingada pada Khamis lepas, selepas Vingada melepaskan “kerusi panas” itu setelah mengadakan perbincangan bersama TMJ, dengan alasan mahu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan beliau mengendalikan pasukan negara.

Sepanjang menjadi pengendali skuad kebangsaan selama 6 bulan, jurulatih kelahiran Portugal itu gagal meraih sebarang kemenangan, apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Hong Kong dan 6 kekalahan, termasuk 2 kali tewas 1-4 kepada Korea Utara.

Selain Vingada, 2 pembantunya – Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa, turut melepaskan jawatan masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Untuk rekod, Cheng Hoe mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan selain pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K Rajagobal semasa menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Sebelum menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih pasukan Kedah, berjaya mengembalikan kegemilangan skuad berkenaan dalam kancah Liga-M.

Di bawah kendaliannya sejak 2014, Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2016.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SUKANKINI

Pyongyang kekal venue Malaysia-Korea Utara

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEPT: Pyongyang kekal menjadi venue antara Harimau Malaya dan Korea Utara dalam aksi kumpulan B Kelayakan Piala Asia, pada 5 Oktober ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, buat masa ini tiada keperluan menukar venue perlawanan, malah Konfiderasi Bola Sepak Asia AFC juga sudah melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ia selamat.

“Kita akan beraksi di Pyongyang atas arahan AFC dan mereka sudah melakukan pemeriksaan serta mengesahkan Malaysia boleh bermain di sana. Venue sama juga akan digunakan Lubnan.

“Jika AFC gelanggang itu tidak selamat sebelum 5 Oktober, maka pertukaran boleh dilakukan bila-bila masa,” katanya.

Katanya, satu pertemuan dengan wakil Korea Utara sudah diadakan tetapi butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini, pertemuan Malaysia-Korea Utara terpaksa ditunda dua kali kerana masalah diplomatik antara kedua negara.

Categories
SUKANKINI

Jaringan mampu jelma peluang raih tiga mata

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 SEPT: Semua pemain Harimau Malaya yang diturunkan, hari ini perlu memainkan peranan masing-masing bagi menghasilkan jaringan ketika melayan kunjungan Hong Kong, pada Kelayakan Piala Asia 2019.

Jurulatih, Nelo Vingada berkata, pemain tengah dan pertahanan juga mampu menjaringkan gol tanpa bergantung sepenuhnya kepada penyerang semata-mata.

“Semua pemain mempunya peluang sama untuk menghadiahkan tiga mata kepada pasukan.

“Saya mengharapkan pemain dapat menutup kesilapan membenarkan pihak lawan menjaringkan gol, pada minit akhir seperti yang berlaku, pada pertemuan Lubnan dan Syria,” katanya.

Katanya, jika masalah ketumpulan menghasilkan jaringan dapat diselesaikan, Malaysia berpeluang mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Pada aksi pertama, Malaysia tewas 1-2 kepada Lubnan yang kini mendahului Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Categories
SUKANKINI

Bertenang, pemikiran biarlah realistik, kata FAM

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JULAI: Penyokong bola sepak negara diminta berfikiran realistik walaupun kedudukan pasukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jatuh dari tangga 155 kepada 167.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, hal itu ekoran tidak banyak boleh diubah dalam tempoh 100 hari.

“Kita berada dalam sistem yang sudah ‘tidur’ lebih 30 tahun dan kurang memberi sumbangan, justeru perubahan ranking pasukan kebangsaan dan infrasuktur akan mengambil masa.

“Kita sudah melantik pengarah teknikal yang akan bertugas pada September ini bersama ‘ranking konsultan’, bagaimanapun ranking futsal kita meningkat dari tangga 69 ke 64 dunia. Pemikiran biarlah realistik,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hamidin berkata, penurunan kedudukan pasukan kebangsaan dalam ranking FIFA itu bukan sesuatu mengejutkan apabila pasukan kebangsaan tewas dalam perlawanan menentang Lebanon, diikuti tiada perlawanan persahabatan dijalankan ekoran Liga Malaysia sedang rancak berlangsung.

Katanya, pasukan Malaysia akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi mendapatkan kembali mata bagi memperbaiki kedudukan ranking negara, pada September ini.

“FAM juga akan mengkaji semula jadual perlawanan dan melantik ‘ranking konsultan’ seperti dipraktikkan di India,” katanya.

Categories
SUKANKINI

FIFA: Harimau Malaya turun satu anak tangga

SHAH ALAM, 5 MEI: Malaysia kini di kedudukan 158 dunia dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila turun satu anak tangga.

Menurut laman web rasmi www.fifa.com, perkembangan itu susulan peningkatan tiga anak tangga pasukan Mauritius yang kini di kedudukan 157.

HARIMAU MALAYASkuad Harimau Malaya kekal dalam kelompok bersama Sudan (155), Papua New Guinea (156), Moldova (159), Singapura (160) dan Taiwan (161).

Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Korea Selatan (43), Jepun (44) dan Australia (50).

Sementara itu, tiada perubahan pada kelompok 20 pasukan teratas bulan ini dengan Brazil terus mendahului di depan negara jiran, Argentina, Jerman dan Chile.

Sementara, Madagascar menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling besar bulan ini apabila naik sembilan tangga ke posisi 111 manakala Malawi merosot teruk iaitu turun 14 tangga kepada 114.

Ranking bulanan ini membabitkan 206 negara.