Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Hujan lebat dan ribut petir di kebanyakan negeri

SHAH ALAM 2 SEPT: Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan negeri terutama pada waktu petang, hari ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakapnya berkata ia dijangka berlaku termasuk di sekitar perairan Sabah dan Sarawak, lapor BERNAMA.

Hujan yang bermula sejak awal pagi ini melanda beberapa kawasan terutama pantai di Kedah dan Pulau Pinang manakala keadaan mendung di beberapa negeri lain.

“Pada sebelah petang pula, hujan diramalkan turun di kebanyakan negeri termasuk Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beberapa tempat di Pahang dan Perak dijangka hujan pada sebelah malam.

 

Cuaca buruk 1 SEPT

=EZY=

Categories
GLOBAL

Hujan ‘eksklusif’ 6 jam basahi hanya sebuah rumah

JAKARTA 29 OGOS: Kejadian hujan turun hanya di sebuah rumah sahaja dekat sini pada Sabtu lepas adalah fenomena alam yang jarang berlaku di dunia.

Media dalam talian pada Selasa memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono Prabowo sebagai berkata fenomena alam itu sememangnya susah untuk berlaku.

Katanya fenomena yang berlaku di sebuah rumah di di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan itu adalah sesuatu yang agak ganjil kerana hujan selama kira-kira enam jam hanya pada sebuah rumah yang berukuran 5×5 meter.

Rakaman video kejadian tersebut tular dalam media sosial di Indonesia kerana ketika kejadian cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

MuzakirMulyono berkata ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu adalah sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Hujan ‘eksklusif’ di sebuah rumah itu menarik perhatian penduduk di kawasan berkenaan sehingga ada yang bermandi air hujan itu dan ada yang menadah dengan bekas untuk menyimpannya.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata ketika kejadian pada 6.30 petang itu beliau yang sedang bermain catur dengan seorang jiran pada mulanya menyangka cuaca hujan di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak yang kegembiraan bermain hujan dan menjerit kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling beliau mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya sahaja dan ia berterusan hingga tengah malam.

Muzakir berkata beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang tafsiran mengenai fenomena itu dan membiarkan semua penduduk di situ datang menyaksikan dan merakam kejadian aneh tersebut.

SUMBER: BERNAMA

GAMBER: DETIK.COM

Categories
SELANGOR

Hujan rahmat iringi lawatan rasmi Sultan Selangor ke Sekinchan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEKINCHAN, 22 MEI: Hujan rahmat mengiringi lawatan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin ke daerah Sekinchan, pagi ini.

Namun, ia tidak membataskan pergerakan baginda untuk terus meninjau beberapa lokasi setempat sebagai inisiatif lawatan rasmi baginda, di sini.

Diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Isteri, Datin Seri Shamshida Taharin bersama delegasi pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri, lawatan rasmi ke Sekinchan diadakan sebagai inisiatif baginda mendekati rakyat pinggir bandar.

SULTAN SEKINCHAN (15)Antara kawasan dilawati termasuk di Kilang KHIND, Kilang Beras Rakyat Sekinchan, Galeri Padi, Wisma Masri dan Restoran Hao Xiang Chi Seafood.

Pada masa sama, baginda turut berkenan beramah mesra bersama penduduk setempat yang mengambil peluang untuk bersalaman.

Sifat ramah mesra ditunjukkan baginda melangkaui status diraja, sekali gus membuktikan baginda sememangnya sultan berjiwa rakyat.

Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran ribut petir di perairan Selangor

SHAH ALAM 24 FEB: Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Sarawak (Kuching & Rejang) dan Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj).

“Ribut petir akan menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya dalam satu kenyataan dikemaskini pada 6.21 pagi tadi.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka berterusan sehingga pagi ini dan menjejaskan aktiviti perkapalan di perairan Selat Melaka Selatan, Reef South serta Sulu.

Jabatan itu berkata, ia berisiko menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter sekali gus, berbahaya kepada bot kecil.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Rakyat diseru Solat Minta Hujan di 7 empangan 5 September

SHAH ALAM 26 OGOS: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan Solat Istisqa’ di tujuh empangan di negeri ini, agar limpahan hujan diturunkan di semua kawasan empangan dan tadahan berkenaan.

Solat dan doa itu diadakan secara serentak di semua lokasi empangan termasuk dibuat secara kolektif di peringkat masjid di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 5 September depan, jam 9 pagi lapor Sinar Harian.

hujan1Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, masyarakat disaran mengambil sikap proaktif untuk melakukan istisqa’  di peringkat masing-masing sebagai tanda kebersamaan dengan agenda yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid akan mengimamkan solat istisqa’ di Empangan Sungai Selangor.

Beliau turut menyeru masyarakat Islam meluangkan masa bersama-sama menyertai solat istisqa’ di empangan yang berhampiran.

Categories
SELANGOR

Tiada hujan punca catuan air di Selangor, Putrajaya berterusan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 MAC: Ketiadaan hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan catuan bekalan air dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan beberapa kawasan bagi peringkat pertama serta ketiga.

Pelan catuan bekalan air itu dijalankan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) seperti diputuskan Kerajaan Negeri dijangka berterusan hingga akhir Mac ini.

Peringkat pertama membabitkan kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang manakala ketiga di kawasan Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Shah Alam.

empangan  air lembah kelangPenolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred, berkata tindakan itu juga diambil berikutan kandungan ammonia di loji rawatan air meningkat pada paras tinggi akibat ketiadaan hujan.

Difahamkan, beberapa kawasan mendapat bekalan catuan air lewat ekoran loji rawatan air menghadapi kekurangan air terawat daripada kadar biasa sebelumnya.

Pengguna di semua kawasan terbabit diminta mengambil langkah perlu dalam menghadapi situasi berkenaan.

“Bagaimanapun, SYABAS terus menjalankan pemantauan di semua kawasan gangguan, yang mana menunjukkan bekalan air mula diterima seperti biasa dan dijangka pulih sepenuhnya selepas itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Catatan bacaan di empat daripada tujuh empangan di Selangor hari ini di bawah paras 70 peratus seperti yang dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di www.luas.gov.my menunjukkan pengurangan, berbanding 18 Mac lalu.

Hasil kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pembenihan awan berjaya dilakukan, yang mana kadar hujan direkodkan adalah di antara 3 milimeter (mm) hingga ke 22.5 mm, pada 15 dan 16 Mac lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor anjur Solat Minta Hujan Khamis ini

SHAH ALAM 26 FEB : Kerajaan Selangor menganjurkan Solat Minta Hujan akan diadakan pada 27 Februari (Khamis) ini bermula jam 9.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Solat memohon hujan itu dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

hujan1Jadual itu bermula pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran peserta kemudian diterangkan cara untuk Solat Minta Hujan dan disertakan dengan khutbah serta doa penangguhan.

Orang ramai dijemput beramai-ramai membawa sejadah dan keperluan lain untuk bersama-sama memohon agar cuaca kering dan kemarau yang melanda negara berakhir.

Ia juga diharap hujan kembali turun dan memenuhi empangan-empangan di negeri dan negara ini agar situasi gangguan bekalan air yang sedang berlaku berakhir.

EZY

Categories
SELANGOR

Umat Islam disaran lakukan Solat Minta Hujan

SHAH ALAM 26 FEB : Umat Islam di Selangor disaran melakukan solat hajat atau istisqa khusus bagi memohon hujan berikutan kekuarangan air yang berlarutan menyebabkan beberapa empangan pada tahap membimbangkan.

Pendakwah, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, solat tersebut seeloknya dilakukan di kawasan yang terjejas.

hujan1“Menjadi sunat muakkad bagi orang Islam di sesuatu tempat yang telah lama tak turun hujan melakukan solat istisqa. Seeloknya penduduk di kawasan itu keluar beramai-ramai dan melakukan solat Istisqa di tempat terbuka.

“Solat istisqa kebiasaannya didahului dengan khutbah ringkas. Kemudian diteruskan solat dua rakaat dengan bacaan secara kuat serta diakhiri dengan doa yang bersungguh-sungguh,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, solat istisqa lebih afdal diadakan pada waktu dhuha iaitu selepas jam 8 pagi.

“Dalam sejarah, Rasulullah SAW sendiri pernah mengimamkan solat istisqa bagi memohon hujan. Jadi, solat ini merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan umat Islam bagi mengatasi kesukaran mendapatkan sumber air,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, masyarakat perlu menginsafi hikmah di sebalik fenomena ketiadaan hujan yang berpanjangan.

“Apabila hujan tidak turun, ALLAH SWT mengajar agar kita memperbanyakkan istighfar kepada-Nya. Perkara ini turut dijelaskan dalam al-Quran surah Nuh ayat 10-12.

“Selain daripada faktor fenomena alam, ketiadaan hujan juga berkait rapat dengan amalan kita. Mungkin ALLAH mahu menyekat sebentar hujan agar kita menginsafi kesalahan kita,” katanya.

Cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak menyebabkan penyusutan paras air di empangan.