Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Tiga daerah di Selangor catat kes Covid-19 dua angka

SHAH ALAM, 16 JUN: Hanya tiga daerah mencatatkan kes positif Covid-19 kurang daripada 100 semalam, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Menurut data dikongsikan di Facebook, Kuala Selangor mencatatkan 87 jangkitan, Hulu Selangor (51) manakala Sabak Bernam (lima).

Agensi berkata daerah Klang menyumbang jangkitan tertinggi dengan 443 kes melibatkan mukim Klang (344) dan Kapar (87).

Diikuti 387 kes di Hulu Langat iaitu Cheras dengan 158, Kajang (89), Ampang (63), Semenyih (44) manakala Hulu Langat dan Beranang (16).

Sebanyak 340 jangkitan dilaporkan di Petaling masing-masing di mukim Petaling (151), Damansara (97), Sungai Buloh (76) dan Bukit Raja (16).

Sepang pula merekodkan 286 kes iaitu Dengkil (157), Labu (112) dan Sepang (17) manakala 285 jangkitan dikesan di Gombak melibatkan Batu (129), Rawang (57), Hulu Kelang (42), Setapak (40) dan Kuang (17).

Selain itu sebanyak 126 kes dilaporkan di Kuala Langat, masing-masing Tanjung 12 (63), Telok Panglima Garang (55), Morib (lima), Batu (dua) dan Jugra (satu).

Semalam Selangor mencatatkan 1,996 kes baharu Covid-19 termasuk dua jangkitan import selain empat kes dikesan di penjara.

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam kekal kes satu angka empat hari berturut

SHAH ALAM, 14 JUN: Sabak Bernam kekal merekodkan kes baharu Covid-19 satu angka bagi empat hari berturut-turut sejak 10 Jun lalu.

Menurut data dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebanyak empat kes dicatatkan semalam diikuti Sabtu lalu (tiga), 11 Jun (empat) dan 10 Jun (tujuh).

Agensi itu menjelaskan daerah yang mencatat kes tertinggi pula ialah Klang sebanyak 569 kes diikuti Petaling (503), Hulu Langat (411), Kuala Langat (156) dan Gombak (131).

Manakala dua daerah merekod dua angka adalah Hulu Selangor dengan 54 kes dan Kuala Selangor (43).

Keseluruhan kes di Selangor semalam ialah sebanyak 1,582 yang mana 1,580 dikesan jangkitan dalam komuniti serta masing-masing satu kes import dan penjara.

Kes sembuh di negeri itu sejumlah 1,730 yang mana menjadikan kumulatif pulih adalah 204,534 kes.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Perubahan butiran pusat nilai Covid-19 di empat daerah

SHAH ALAM, 13 JUN: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di empat daerah mengalami perubahan butiran melibatkan lokasi, waktu operasi dan nombor telefon.

Jabatan Kesihatan Daerah Selangor (JKNS) memaklumkan CAC yang terlibat ialah Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

“Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan pemantauan di rumah akan membantu anda.

“Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai boleh melayari Facebook rasmi JKNS untuk mendapat maklumat lanjut mengenai CAC.

Kemas kini butiran CAC di klinik kesihatan empat daerah:

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Sepang catat kes Covid-19 tertinggi, majoriti saringan pekerja

SHAH ALAM, 11 JUN: Sepang merekodkan jangkitan baharu Covid-19 tertinggi hari ini iaitu 908 kes dengan majoriti hasil saringan pekerja.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Facebook memaklumkan kes dikesan di daerah itu adalah 810 di mukim Labu, Dengkil (86) dan Sepang (12).

Petaling pada kedudukan kedua dengan 515 kes iaitu 187 di mukim Petaling, Damansara (164), Sungai Buloh (131) dan Bukit Raja (33).

Agensi itu menjelaskan Hulu Langat merekod 315 kes diikuti Klang (290), Gombak (275), Hulu Selangor (109) dan Kuala Langat (105).

Sementara itu, dua daerah mencatat kes bawah 100 adalah Kuala Selangor iaitu 37 dan Sabak Bernam (empat).

Keseluruhannya, jumlah kes positif Covid-19 di Selangor adalah 211,403 dengan 1,050 individu maut sejak lebih setahun pandemik melanda.

Categories
AGENSI SELANGOR

Selangor rekod 1,374 kes Covid-19, hampir semua daerah catat penurunan

SHAH ALAM, 7 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Selangor turun lebih 800 kes kepada 1,374 kes berbanding semalam.

Rekod Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menunjukkan hampir semua daerah mencatatkan penurunan kes kecuali Kuala Selangor.

Mengikut data dikongsi JKNS di Facebook, sebanyak 105 kes direkod di Kuala Selangor berbanding 54 kes semalam.

Rekod sama menunjukkan kes di Petaling turun hampir dua kali ganda kepada 382 kes termasuk Hulu Langat, Klang (210) dan Gombak (127).

Kuala Langat pula mencatatkan 96 kes, Hulu Selangor (53), Sepang (16) dan Sabak Bernam (tiga).

Menurut data jabatan itu, sebahagian besar kes membabitkan jangkitan dalam komuniti, hanya sebilangan kecil melibatkan penjara/lokap.

Jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan 203,520 kes direkodkan di Selangor akibat wabak sejak lebih setahun lalu.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Kes Covid-19 di tiga daerah turun walau Selangor meningkat

SHAH ALAM, 3 JUN: Tiga daerah mencatat penurunan kes baharu Covid-19 walaupun Selangor merekod jumlah tertinggi hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berbanding Gombak dan Sepang, Petaling merekodkan penurunan ketara dengan 855 kes berbanding 1,258 semalam iaitu sebanyak 403.

Manakala Gombak turun 29 kes selepas mencatat 467 dan Sepang kurang 60 untuk merekod 60 jangkitan.

Namun, enam daerah lagi mencatat peningkatan kes dengan Klang melaporkan 863 iaitu meningkat 699 berbanding 164 semalam.

Hulu Langat pula dengan 581 kes diikuti Kuala Langat (137), Hulu Selangor (87), Kuala Selangor (77) dan Sabak Bernam (23).

JKNS turut memaklumkan sebanyak 3,125 kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini dan secara keseluruhan menjadi 194,847 dengan 185,625 telah didiscaj serta 854 kematian sejak ia melanda tahun lalu.

Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

EXCO: Selangor mampu urus agih vaksin jika bekalan cukup

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor mampu mengurus pemberian suntikan dos vaksin Covid-19 kepada penduduk lebih banyak berbanding kadar sedia kala pada masa ini.

Namun, EXCO kesihatan awam berkata pihaknya tidak boleh menggerakkan pusat pemberian vaksin (PPV) ke tahap maksimum berikutan dos yang diterima negeri terhad.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hanya menerima 615,000 bekalan dos vaksin setakat kelmarin (1 Jun) iaitu 434,070 jenis Pfizer BioNTech, Sinovac (146,440) dan AstraZeneca (34,700).

Beliau turut menyangkal laporan portal bertajuk ‘Selangor Received 2.9 Million Covid-19 Vaccine Doses: Mosti’, malah menganggap data Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) “banyak kecelaruan”.

“Oleh itu, saya menggesa supaya pelaksanaan PPV dapat dijalankan secara telus dengan informasi data yang lebih tepat dan terkini,” katanya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor cuma terima 615,000 dos vaksin, bukan 2.9 juta

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor cuma menerima 615,000 bekalan dos vaksin setakat kelmarin, bertentangan dengan data Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

EXCO kesihatan awam menjelaskan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) setakat 1 Jun hanya menerima 434,070 vaksin Pfizer BioNTech selain Sinovac (146,440) dan AstraZeneca (34,700).

“Maka, tidak timbul isu Selangor mendapat bekalan sebanyak 2.9 juta dos vaksin dan mustahil untuk Selangor mempunyai lebihan 2.5 juta dos untuk disimpan,” kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam kenyataan hari ini.

Menyangkal laporan portal bertajuk ‘Selangor Received 2.9 Million Covid-19 Vaccine Doses: Mosti’, beliau berkata banyak kecelaruan dalam data kementerian itu, malah tidak selari dengan statistik pemberian dan penerimaan vaksin di Selangor.

“Kedua, terdapat negeri-negeri yang memberikan vaksin lebih daripada bekalan yang diterima. Situasi ini menunjukkan data yang dikeluarkan adalah tidak tepat dan sangat mengelirukan,” katanya lagi.

Dr Siti Mariah juga menambah keseluruhan vaksin yang telah diberi ialah 425,970 dos berdasarkan statistik Bilik Gerakan Negeri Selangor iaitu fasa pertama melibatkan 233,874 dos dan fasa kedua (192,096 dos).

Menjelaskan pengagihan vaksin diurus Kementerian Kesihatan sepenuhnya, beliau berkata bekalan yang diperuntuk kepada negeri disalur kepada JKNS sebelum ke bahagian farmasi, pusat kesihatan daerah dan pusat pemberian vaksin.

Categories
AGENSI SELANGOR

Lokasi, talian dan waktu operasi beberapa pusat nilai Covid-19 berubah

SHAH ALAM, 31 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berlaku perubahan lokasi, nombor telefon dan waktu operasi di beberapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut agensi, perubahan tersebut membabitkan CAC Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Lokasi, nombor telefon dan waktu operasi terkini CAC terbabit seperti berikut:

1. CAC PKD Klang
a) CAC Pulau Indah (03-31012035), CAC Sungai Bertik (03-33811165), CAC Bukit Kuda (03-33488174, 010-9797732) dan CAC Meru (03-32920876)
– Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 11.00 pagi)

b) CAC Bandar Botanik (03-33239304, 018-2875395)
– Isnin hingga Sabtu dan cuti umum (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)

2. CAC PKD Kuala Langat
a) CAC Telok Panglima Garang, CAC Telok Datok, CAC Kampung Bandar dan CAC Bukit Changgang
– Isnin hingga Khamis (2 petang hingga 4 petang)
– Jumaat (3.00 petang hingga 4.30 petang)

b) CAC Jenjarom
– Isnin hingga Khamis (10 pagi hingga 1 tengah hari)
– Jumaat (10 pagi hingga 12.15 tengah hari)
– Sabtu dan cuti umum (9 pagi hingga 12 tengah hari)

3. CAC PKD Sepang
a) CAC Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi (011-11862720, 019-6656998)
– Isnin hingga Khamis (8 pagi hingga 5 petang)
– Jumaat (8 pagi hingga 12.15 dan sambung 2.45 hingga 5 petang)
– Sabtu, Ahad dan cuti umum (8 pagi hingga 1 petang)

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon berserta hari dan waktu operasi CAC seluruh negeri menerusi Facebook JKNS melalui carian https://www.facebook.com/jknselangor.

CAC dibentuk pada akhir Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Jika memerlukan rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Sabak Bernam terendah jangkitan Covid-19, catat 30 kes

SHAH ALAM, 31 MEI: Sabak Bernam mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 terendah semalam iaitu 30 kes, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Berdasarkan perkongsian data di Facebook, agensi itu memaklumkan angka tersebut sedikit meningkat berbanding yang direkodkan Sabtu lalu iaitu 20 kes.

Tiga daerah turut mencatatkan kes bawah 100 adalah Hulu Selangor dengan 91 diikuti Kuala Selangor (77) dan Sepang (62).

Manakala, Petaling kekal menjadi daerah tertinggi dengan 902 kes namun sedikit menurun berbanding empat angka dicatatkan semalam.

Selain itu, Gombak pula merekodkan 416 kes diikuti Hulu Langat (409), Klang (315) dan Kuala Langat (175).

Secara keseluruhan, jangkitan baharu di negeri ini mencatatkan 2,477 kes iaitu 2,424 jangkitan dalam komuniti, penjara (52) dan kes import (satu).

Kes pulih adalah 2,727 selain 15 kematian semalam.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Kes harian Covid-19 di Petaling meningkat lebih separuh

SHAH ALAM, 30 MEI: Petaling semalam kembali merekodkan kes positif Covid-19 empat angka dengan 1,026, selepas kali terakhir pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Facebook, angka itu meningkat lebih separuh berbanding Jumaat lalu dengan daerah tersebut hanya mencatatkan 556 kes.

Peningkatan jangkitan berkenaan susulan Selangor melaporkan 2,836 kes baharu iaitu hampir 3,000 berbanding direkodkan sehari sebelumnya.

Empat daerah dengan kes tiga angka pula adalah Klang iaitu 532, Hulu Langat (467), Gombak (406) dan Sepang (191).

Manakala, empat yang lain mencatat dua angka, Kuala Selangor 85 kes, Kuala Langat (78), Hulu Selangor (31) dan Sabak Bernam (20).

Secara keseluruhan, kes di negeri itu semalam mencatat 2,836 iaitu 2,821 jangkitan dalam komuniti, penjara (13) dan kes import (dua).

Kes pulih adalah 2,516 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 172,513 sejak pandemik menular.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Kes baharu di lapan daerah turun

SHAH ALAM, 29 MEI: Lapan daerah di Selangor semalam menunjukkan penurunan kes Covid-19 berbanding sebelumnya dengan Petaling merekodkan perbezaan ketara.

Berdasarkan perkongsian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Facebook, sebanyak 318 kes turun di daerah itu selepas hanya mencatat 556 berbanding 874 pada Khamis lalu.

Penurunan jangkitan berkenaan susulan Selangor hanya mencatat 2,052 kes baharu iaitu kurang 623 daripada 2,675 yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Tujuh daerah yang turut melaporkan penurunan adalah Hulu Langat dengan 450 kes, Klang (337), Gombak (336), Sepang (91), Kuala Selangor (83), Hulu Selangor (49) dan Sabak Bernam (21).

Namun, situasi berbeza di Kuala Langat apabila mencatat tiga angka di mana peningkatan 75 kes kepada 129 berbanding 54 sahaja Khamis lalu.