JURNAL BERITA – MB : Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

1. MB maklumkan kepada DYMM Sultan jadi MB untuk 2 penggal

2. MB: “Bukan masanya laksana GST, pendapatan rakyat harus dipertingkat”

3. MB: Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

4. MB: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid

5. MB 2 penggal, prestasi pengganti perlu lebih baik

6. Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat tak akan pecah

7. Keterlaluan anggap penjawat awam sertai bantah GST pengkhianat

8. Jais perkasakan pendidikan perkukuh institusi kekeluargaan

9. Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

10.Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

11.Pemantauan berkala sumber air, pastikan cukup musim kering

12.Pergiat usaha benteras dadah di kalangan belia

13.Keputusan Pemilihan PKR Batang Sadong batal, sah wujud unsur penipuan

14.SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

15.SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei

Categories
NASIONAL

Kebebasan akhbar Malaysia lebih buruk daripada Kemboja, Myanmar

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 3 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 disambut suram di negara ini ekoran Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2014 yang diterbitkan oleh Reporters Without Border (RSF) menunjukkan kedudukan Malaysia berada di kedudukan dua anak tangga terendah.

Dalam laporan itu, Malaysia berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu 147 daripada 180 buah negara.

guan-eng-media2Pada tahun 2014, kedudukan Malaysia lebih buruk daripada Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Kemboja (132) dan Myanmar (145).

Lim berkata kebebasan akhbar adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Namun, banyak negara dengan kebebasan akhbar tidak hanya menikmati hak asasi manusia, tetapi juga demokrasi yang berfungsi dan kemakmuran ekonomi.

“Bukan suatu kebetulan apabila negara yang paling menghormati kebebasan akhbar adalah antara negara yang terkaya dan rakyatnya hidup dengan maruah,” katanya di Komtar hari ini sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014.

Beliau berkata kebebasan akhbar terancam bukan sahaja oleh tindakan rejim autoritarian menutup syarikat akhbar dan menahan pemberita, malahan oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.

Sebelum ini, laporan Kebebasan Media oleh The Freedom House bagi tahun 2013 juga mengkategorikan Malaysia sebagai “tidak bebas.”

Dalam laporan itu, Malaysia juga menerima “downward trend arrow” akibat “penipuan pilihan raya berleluasa dan halangan struktural untuk menghalang pembangkang daripada berkuasa secara sah.

Oleh itu, Lim berkata ia membuktikan masalah institusi degan kerajaan menjerut kebebasan akhbar untuk mengelakkan sebarang pendedahan berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melalui undang-undang zalim seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi.

“Muslihat lain adalah untuk menghancurkan pembangkang dengan menyiarkan pembohongan tanpa rasa takut akan hukuman ataupun hanya semata-mata enggan memberikan mereka hak untuk menjawab,” katanya.

Beliau berpendapat tidak mudah untuk berjuang memansuhkan undang-undang zalim sebagaimana sukarnya untuk membetulkan pembohongan dan menegakkan hak untuk menjawab.

“Sementara tindakan saman fitnah diperlukan untuk membezakan pembohongan dari fakta, prasyarat kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang bebas adalah perlu bagi menghukum mereka yang memperdagangkan kepalsuan dan fitnah,” katanya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Kebebasan Akhbar: Thailand dan Indonesia lebih bebas daripada Malaysia

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MEI : Beberapa orang panel yang menyertai Forum Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 yang berlangsung di Universiti Selangor (Unisel) mengakui Malaysia masih tidak mengamalkan kebebasan media sepenuhnya.

Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Safar Hashim, berkata hakikat itu terpaksa diakui berikutan wujudnya kawalan daripada pihak tertentu terhadap sesebuah organisasi media tidak kira media cetak atau elektronik.

IMG_0243aKatanya Malaysia tidak sebebas negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang lebih terbuka terhadap media kerana tersekat dengan undang-undang akhbar yang mula diwujudkan pada tahun 1835 iaitu semasa di bawah pemerintahan British.

“Saya akui Malaysia kurang mengamalkan kebebasan media kerana ia dikawal oleh undang-undang.

“(Kebebasan media) di Malaysia kedudukannya adalah di tengah-tengah, tidak bebas dan tidak juga dikawal sepenuhnya,” katanya pada forum yang bertemakan Memupuk Kebebasan Bersuara, di sini pagi tadi.

Sementara itu, Editor Eksekutif Sun Media Corporation Sdn Bhd, Balan Moses pula berpendapat kebiasaannya artikel atau berita yang ingin disiarkan di akhbar akan dipantau terlebih dahulu isi kandungannya oleh pihak atasan atau berkepentingan.

IMG_0290aKatanya Malaysia mengalami kekangan menyiarkan berita yang lebih bebas kerana ia semua termaktub di bawah bidang kuasa kerajaan.

“Kita mahukan kebebasan media tetapi ia terpulang kepada pihak kerajaan. Mereka yang menentukan,” katanya.

Terdahulu, menerusi Indeks Kebebasan Akhbar 2014 yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Perancis, Malaysia berada pada kedudukan ke-147 daripada 180 negara yang disenaraikan.

Kedudukan itu meletakkan Malaysia di bawah negara lain yang kurang membangun seperti Bangadesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).

media-bebas4Pada 2013, Malaysia sudah pun jatuh ke kedudukan tercorot, iaitu di tangga ke-145 daripada 179 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media 2013 – pencapaian terburuk sejak indeks tahunan RSF diperkenalkan pada 2002.

Malaysia terjunam 23 anak tangga pada 2013 memandangkan negara ini diletakkan di tangga ke-122 pada 2011/2012 untuk Indeks Kebebasan Media.

EZY