Categories
SELANGOR

Pusat Khidmat Krisis Sehenti HTAR catat kes keganasan tertinggi

Oleh: MARNIZA OTHMAN

SHAH ALAM, 5 MAC: Rakyat Selangor tidak perlu berdiam diri jika mengetahui berlakunya kes keganasan dan penderaan di sekitar mereka.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, mangsa yang terlibat juga harus berani untuk tampil mendapatkan bantuan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAKatanya, mangsa keganasan dan penderaan terutama wanita dan kanak-kanak di negeri itu boleh mengemukakan aduan di “One Stop Crisis Centre” (OSCC) yang terdapat di Jabatan Kecemasan setiap hospital.

“One Stop Crisis Centre” (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti adalah pusat perkhidmatan lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan rumah tangga.

“OSCC berfungsi untuk memberi rawatan kecemasan, pemeriksaan dan dokumentasi, khidmat kaunseling, sokongan emosi dan penempatan sementara bagi membantu menstabilkan semula emosi mangsa serta membolehkan mereka memperoleh ketenangan fikiran seterusnya menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau berkata, peranan dan fungsi OSCC mendapat maklum balas yang baik  dan perlu disebar luas kepada umum demi menjamin keselamatan.

Berdasarkan laporan OSCC 2014, Hospital Klang menerima kes tertinggi dengan 792 kes, Hospital Ampang (344) dan Hospital Selayang (300).

Tiga lagi hospital yang mempunyai kemudahan OSCC adalah  Kajang, Sungai Buloh dan Serdang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Peguam Negara Perlu Tumpu Kes Jenayah Bukan Dakwa Pemimpin PR

Anwar PC

PETALING JAYA 29 JULAI :Peguam Negara didakwa melakukan pendakwaan terpilih apabila secara langsung terlibat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Dakwaan ini dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Tan Sri Abdul Ghani Patail dilihat terlibat secara langsung apabila pemimpin PR didakwa di mahkamah.

Tegas Anwar, tanggungjawab asal Peguam Negara ialah menangani kes-kes yang lebih besar seperti salah guna kuasa dan keganasan jenayah.

“Adalah kurang wibawa Jabatan Peguam Negara, saya rasa ada motif tidak sihat dan mereka mahu melafazkan dendam kesumat apabila semua kes baik di pihak sebelah sana atau sini, semuanya hendak diuruskan dan menyinggungkan saya,” katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di Ibupejabat PKR pagi tadi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke didakwa gagal mematuhi syarat yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad untuk memperoleh kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berhimpun di Padang Merbok.

Mereka didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan Black505 itu.

Menurut Anwar, dakwaan hari ini yang dikenakan terhadap 33 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan adalah contoh lain terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan secara jelas dan terang-terangan oleh Peguam Negara.