Categories
NASIONAL

Terus fokus atasi masalah rakyat – Anwar

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk terus memberi fokus terhadap masalah ekonomi dihadapi rakyat serta perjuangan menentang salah urustadbir dan rasuah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Katanya, peningkatan harga barang, harga minyak dan kesan negatif GST menambahkan beban kepada rakyat Malaysia.

“Saya cukup prihatin dan risau akan nasib rakyat dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan kesan negatif skim GST.

Anwar Ibrahim“Ketiga-tiga perkara ini menambahkan pelbagai tekanan dan beban rakyat Malaysia yang seharusnya menerima nasib yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.

“Namun, kerajaan dan beberapa pimpinan kanan terus bertindak seperti semua ini tidak mendatangkan kesan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, Kerajaan terus menafikan keadaan sebenar yang dialami rakyat dengan memperguna media arus perdana yang dimiliki untuk ‘mengolah persetujuan’ rakyat.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Saifudin nafi letak jawatan, maafkan pencetus khabar angin

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 SEPT: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata khabar angin berhubung perletakkan jawatannya dalam parti itu adalah tidak benar.

Beliau percaya khabar angin itu dikaitkan dengan dirinya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan arahan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan rundingan dengan PAS.

“Ekoran daripada itu saya dikecam dan akibatnya saya kecewa, adalah jelas ini satu adu domba daripada pihak yang tidak mahu melihat KEADILAN terus stabil dan Pakatan Harapan terus kuat.

“Saya maklumkan bahawa komitmen saya bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan dan khabar saya meletak jawatan adalah tidak benar.

“Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya, saya maafkan,” katanya dalam kenyataan selepas perbincangannya dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Terdahulu, Saifuddin menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation, Nurul Islam di London selama enam hari.

Katanya, walaupun berada di luar negara beliau sering berhubung dengan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Harapan.

“Pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Harapan amat maklum akan komitmen saya terhadap parti dan Pakatan Harapan. Saya terlibat dengan setiap keputusan parti dan keputusan Pakatan Harapan dan sudah tentu saya patuh dengan semua keputusan yang dibuat,” katanya.

Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Anwar stabil di HKL

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEGAMBUT, 16 JUN : Keadaan kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam.

Namun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Anwar masih memerlukan rawatan fisioterapi dan rawatan susulan kesakitan bahu kanannya sebelum ini.

“Keadaannya kini stabil. Dalam perjumpaan keluarga bersama Anwar tadi, (semalam) kami sempat berbuka puasa bersama dan menunaikan solat magrib sebelum diminta pulang jam 8 malam.

YUS_8830“Kami dimaklumkan pihak hospital, InsyaAllah Sabtu ini Saudara Anwar akan keluar sekiranya keadaan beliau semakin baik,” katanya kepada SelangorKini pada Majlis Berbuka Puasa di Kediamannya di Bukit Segambut, malam tadi.

Difahamkan, Anwar dikejarkan ke Hospital petang semalam selepas tekanan darahnya dilaporkan menurun.

Salah seorang peguam Anwar, N Surendran, sebelum ini berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan rawatan terhadap Anwar bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung kesihatannya.

Anwar antaranya dikatakan mempunyai masalah ketumbuhan 4cm di buah pinggang,susut berat badan 6 kilogram, otot bahu terkoyak serta masalah artritis kronik.

Peguam juga mendakwa pemeriksaan ketika ditahan di hospital sama sebelum ini tidak mencukupi dan memerlukan rawatan lanjut di hospital pakar, pilihan keluarganya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Anwar kekal calon pilihan Perdana Menteri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 FEB : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai pemimpin politik paling diyakini mampu menerajui perubahan Reformasi di Putrajaya, berdasarkan kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE).

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, Anwar mendahului pimpinan lain termasuk bekas seterunya yang juga Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya walaupun dipenjara, sokongan berterusan rakyat itu diraih susulan publisiti meluas media terhadap bekas Ketua Pembangkang itu.

“Sejak akhir-akhir ini berlaku perkembangan luar dugaan termasuklah pertemuan Anwar dan Mahathir yang dilaporkan meluas di media.

IDE“Nampaknya sentimen Anwar ini masih kuat di Selangor jika dibandingkan dengan calon-calon lain dan Anwar Ibrahim masih dipilih sebagai pemimpin yang mampu membawa Malaysia menjadi negara dihormati,” katanya.

Anwar menerima 36 peratus sokongan, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Mahathir masing-masing dengan 19 peratus sokongan.

Sementara Penasihat DAP, Lim Kit Siang (16 peratus), Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin (9 peratus) dan Mohamad Sabu (8 peratus).

Beliau berkata, secara perbandingannya masyarakat Melayu masih memilih Anwar disamping kredibiliti Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin selepas Tun Mahathir.

“Anwar mendapat sokongan tinggi bukan dalam kalangan masyarakat Melayu, tetapi juga Cina dan India.

“Saya percaya sokongan ini teralih kerana perkembangan politik dan laporan media yang ternyata memberi impak kepada masyarakat.

IDE 1“Dalam konteks media, laporan baik atau buruknya pemimpin politik itu sangat penting dan Anwar tentunya sebagai orang politik bijak menggunakan peluang itu,” katanya.

Terdahulu, sesi pembentangan hasil kajian terbaru IDE kepada pemberita dibuat di Ibu Pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Keputusan dibuat hasil daripada kaji selidik membabitkan 2018 respondan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

-nR-

Categories
NASIONAL

Krisis minyak jejas ekonomi sudah ‘dibaca’ Anwar sejak 2009

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2009 lagi sudah memberi amaran kepada kerajaan supaya mengambil kira faktor kestabilan pasaran harga minyak dan indikator ekonomi antarabangsa dalam merangka belanjawan tahunan negara.

Manakala pada 2011, Anwar turut menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengkaji semula belanjawan tahunan yang dibentangkan apabila unjuran pertumbuhan ekonomi dunia ketika itu kurang memberangsangkan dan harga pasaran minyak antarabangsa dalam keadaan tidak menentu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata saranan Anwar itu tidak diambil peduli Najib sehinggalah baru-baru ini Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) akhirnya terpaksa mengambil langkah merombak belanjawan seperti mana yang pernah disarankan Anwar.

Nurul-Izzah“Sejak 2009 Anwar desak kerajaan supaya ambil kira faktor harga minyak dan indikator ekonomi terkini sebelum membentangkan belanjawan tetapi tidak diketepikan Perdana Menteri.

“Sekarang Perdana Menteri terpaksa merombak belanjawan tetapi malangnya ketika rombakan dibuat, beliau tidak mempunyai keberanian mendepani Ahli Parlimen di Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sementara itu, Nurul Izzah turut mengulas isu sama pada program Pelepasan Jelajah Konvoi #BebasAnwar di kediaman Anwar di Bukit Segambut hari ini.

Katanya kepada media, Najib sepatutnya membentangkan rombakan belanjawan di Dewan Rakyat supaya isu ini dapat dibincangkan secara telus oleh Ahli Parlimen dan sekaligus membolehkan rakyat mendapat maklumat yang tepat berhubung rombakan ini.

Ujarnya, kegagalan membentangkan rombakan belanjawan di Dewan Rakyat menyebabkan Najib dilihat cuba menyembunyikan langkah memotong peruntukan terhadap sektor yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

Antaranya langkah menggantung Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang lazimnya bagi membiayai pelajar cemerlang tetapi kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.

-nR-

Categories
NASIONAL

Tekanan darah tinggi, Anwar kini di HKL

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL)ekoran menghadapi masalah tekanan darah tinggi, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

ANWAR HKL“Anwar berada di HKL kerana tekanan darah yang tinggi dan sekarang kita menunggu laporan Doktor.

“Walau apa pun yang berlaku semangat beliau amat tinggi dan beliau dapat rasakan kewujudan solidariti kerana seluruh Malaysia dibelenggu pemasalah Najib Razak dan sekutunya,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian pada program Pelepasan Jelajah Konvoi #BebasAnwar Siri Selangor dan Kuala Lumpur di kediaman Anwar di Bukit Segambut, di sini, hari ini.

Konvoi terbabit melibatkan kira-kira 12 buah kenderaan dan akan menjelajah Selangor dan Kuala Lumpur dengan melibatkan 10 daerah.

Saiz konvoi ini dijangka bertambah ekoran kebanyakkan kenderaan lain yang mahu mengikuti jelajah ini menunggu di daerah masing-masing.

-nR-

Mb lengkapkan lawatan kerja di Jakarta

Forum Dunia untuk Muslim Demokrat cetusan idea Datuk Seri Anwar Ibrahim menghimpunkan muslim demokrat seluruh dunia bagi membahaskan isu semasa yang dihadapi masyarakat Islam hari ini.