Categories
SELANGOR

MB: Sedia kerjasama dengan Suhakam isu projek Lebuh Raya Kidex

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 4 JUN : Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi memastikan sama ada projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) mencabuli hak asasi penduduk.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan sebarang perbincangan berhubung pembangunan Kidex dengan pihak berkeprihatinan seperti Suhakam.

kidex12“Jika Suhakam merasakan itu sebahagian daripada tugas mereka, kita juga berbesar hati untuk membuka pintu perbincangan.

“Sementara itu, kita juga ada pihak MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia bersama Jabatan Perancangan Bandar untuk menyediakan maklumat berkaitan secara teknikal.

“Apabila sesuai, baru kita akan bawa penduduk,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berkata kegagalan memperoleh persetujuan dan rundingan penduduk telibat membolehkan Kidex mencabul hak asasi manusia.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama penduduk dan ahli pertubuhan Say No To Kidex di Petaling Jaya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat turut menggesa agar Kerajaan Negeri tidak memberi kebenaran kepada projek Kidex selain menggesa Abdul Khalid menyertai majlis dialog bersama penduduk.

“Itu (dilakukan) kemudian kerana kita tidak boleh berjumpa macam ini tetapi kita akan proses penerangan, penduduk dengar dahulu.

“Apabila selesai baru kita akan membuka kepada sebarang cadangan, bangkangan atau sokongan daripada rakyat,” katanya lagi.

Ahad lepas, Abdul Khalid mengingatkan semua pihak termasuk Adun dan Ahli Parlimen untuk mendengar penjelasan dari pihak berkuasa dan pemaju sebelum membuat kesimpulan dalam isu itu.

Lebuh raya itu dijangka siap sebelum 2020 dengan kos RM 2.2 bilion akan menghubungkan persimpangan Damansara – NKVE di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Dengar penjelasan isu lebuh raya Kidex baru buat rumusan

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 1 JUN : Semua pihak termasuk Adun dan Ahli Parlimen perlu mendengar penjelasan dari pihak berkuasa dan pemilik lebuh raya sebelum membuat kesimpulan dalam isu projek Lebuhraya Damansara – Kinrara (KIDEX).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata perkara itu perlu sebelum sebarang keputusan di ambil.

kidex12“Semua pihak perlu mendapatkan penjelasan melalui sesi pendengaran dilakukan kenapa ia perlu dilakukan, masalah kesesakan lalu lintas dan sebagainya dahulu.

“Kemudian baru kita putuskan sama ada setuju atau tidak. Jika tidak setuju kemukakan alasan dan sebagainya, ” katanya dalam sidang media di Dewan Jubli Perak selepas merasmikan kursus Perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.

Sebelum ini, Abdul Khalid sudah mengarahkan pihak KIDEX, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk memberi taklimat kepada penduduk berhubung projek berkenaan.

Katanya, perjumpaannya bersama penduduk hanya akan dilakukan jika sesi pendengaran itu berjaya dilakukan secara tertib dan penuh tanggungjawab.

Beliau juga menetapkan tempoh selama tiga bulan supaya sebarang persoalan dan permasalahan yang berbangkit berkenaan isu itu dapat diselesaikan.

Sehubungan itu, Abdul Khalid berharap semua pemimpin Pakatan Rakyat dapat meluangkan masa untuk mendengar taklimat berhubung isu itu bagi perbincangan yang lebih berhasil.

“Saya bersama Exco negeri sudah meluangkan masa untuk mendengar taklimat berhubung projek itu dan saya juga sudah dapatkan penjelasan dari pihak terbabit.

“Projek ini sudah dirancang kerajaan sebelumnya, iaitu pada 1999 kenapa ia perlu dibangunkan, jadi beri peluang kepada pihak perancang untuk membuat penyelesaian kerana kalau tidak dengar bagaimana hendak selesaikan masalah itu,” katanya.

Mengulas isu pelanggaran manifesto, Abdul Khalid berkata sebagai pengerusi pelaksanaan manifesto negeri, beliau tidak melanggar janji dalam manifesto.

“Dalam manifesto, sebagai pengerusi, saya menegaskan kita cuma mahu tol di mansuhkan dan dilaksanakan pendidikan percuma,” katanya.

Lebuhraya KIDEX akan menghubungkan persimpangan Damansara – NKVE di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

Lebuhraya KIDEX yang dijangka siap sebelum 2020 dengan kos RM 2.2 bilion.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelan Lebuhraya KIDEX perlu didedah selari prinsip konsultasi PR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan Selangor diminta mendedahkan pelan dan hujah bagaimana projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) mampu mengatasi masalah lalu lintas.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata Kerajaan Negeri  diminta mendengar suara penduduk terlebih dahulu sebelum meneruskan projek berkenaan selari dengan prinsip konsultasi yang diamalkan Pakatan Rakyat (PR)

“Konsultasi dengan rakyat penting kerana ia membezakan Barisan Nasional (BN) dan PR. Kita minta Selangor hayati prinsip ini dan ia teguran kepada negeri dan Putrajaya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

khalid samadBeliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang mengakui projek itu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak dua tahun lalu iaitu pada 23 Februari 2012.

Khalid turut mempersoalkan kewujudan ‘masterplan’ kerana projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan kos RM2.4 bilion itu pada asalnya timbul atas cadangan pihak swasta.

Katanya, projek itu dilihat seakan tidak terurus dan tidak ada rancangan terperinci seperti laporan kesan alam sekitar (EIA) dan penyediaan kemudahan infrastruktur awam alternatif termasuk laluan Bus Rapid Transit (BRT) kepada pengguna.

“Infrastruktur dia jadi rojak sebab tidak ada ‘masterplan’. Saya nampak projek ini sekarang ikut suka masing-masing. Kita juga tidak mahu Kerajaan Pusat dapat keuntungan dengan mudah melalui hasil konsesi tol,” katanya.

kidex1Lebuhraya KIDEX akan menghubungkan persimpangan Damansara-NKVE di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

KIDEX dengan kadar kos RM48 juta setiap satu kilometer dijangka memakan masa selama empat tahun untuk disiapkan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Dengar taklimat KIDEX dengan tepat, baru jumpa Menteri Besar

Oleh : AFEEQA AFEERA

SERDANG, 24 MEI : Penduduk di kawasan Damansara, Petaling Jaya dan Puchong dinasihatkan supaya mendengar penjelasan daripada pihak berkuasa sebelum membuat sebarang bantahan terhadap projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (KIDEX).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau sudah mengarahkan pihak Kidex, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk memberi maklumat kepada penduduk berhubung lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, perjumpaannya bersama penduduk hanya akan dilakukan jika sesi pendengaran itu berjaya dilakukan secara tertib dan penuh tanggungjawab.

Abdul Khalid“Saya berharap mereka (penduduk) mulakan dengan mengetahui apa yg kita lakukan melalui penerangan daripada pihak berwajib. Jika sesi pendengaran itu dilakukan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab, baru saya bersedia untuk berjumpa penduduk yang masih tidak dapat merasai kebaikan daripada usaha itu.

“Mereka tidak perlu jumpa Menteri Besar selagi tidak mendengar taklimat itu kerana saya tidak mahu buat penerangan berkali-kali” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, ramai penduduk yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung pembinaan lebuh raya berkenaan sehingga menimbulkan salah faham.

Beliau juga menetapkan tempoh selama tiga bulan supaya sebarang persoalan dan permasalahan yang berbangkit berkenaan lebuh raya itu dapat diselesaikan.

kidex“Saya boleh ambil sikap lepas tangan dengan mengatakan projek lebuh raya itu dirancang kerajaan sebelumnya, tetapi itu adalah (sikap) negatif, jadi saya beri jaminan untuk selesaikan masalah itu. Beri peluang kepada pihak perancang untuk membuat penyelesaian kerana kalau tidak dengar bagaimana hendak selesaikan masalah itu.

“Saya beri tempoh tiga bulan untuk selesaikan perkara ini kerana yang melambatkannya adalah bantahan daripada penduduk tetapi kalau hanya 20 orang sahaja yang tidak suka, maka kita beri kemudahan kepada jutaan penduduk lain,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Khalid memaklumkan SPAD sudah diarahkan untuk mengemukakan beberapa cadangan sistem pengangkutan seperti Mass Rapid Transit (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan itu.

Lebuhraya KIDEX yang dijangka siap sebelum 2020 dengan kos RM2.2 billion akan menghubungkan persimpangan Damansara-Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Isu Lebuhraya KIDEX perlu ditangani segera

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 MEI: Hasrat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memanggil semula syarikat konsesi bersama Kerajaaan Negeri bagi bertemu semula penduduk Petaling Jaya dan mendengar luahan bantahan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) adalah langkah positif menyelesaikan isu itu.

Ahli Dewan Undangan Bukit Gasing, R Rajiv, berkata penduduk bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas tetapi berpendapat KIDEX bukan jalan penyelesaiannya.

Hal itu kerana, sehingga kini masih belum ada gambaran atau grafik yang menunjukkan KIDEX mampu berbuat demikian dan Kerajaan Negeri diminta untuk tidak membuat kesimpulan awal.

rajiv bukit gasing 01“Saya menyambut baik pertimbangan beliau (Abdul Khalid) untuk turun. Memang saya sudah lama menulis surat kepada Pejabat Menteri Besar dan berharap isu ini segera diselesaikan.

“Kita boleh tengok dalam akhbar setiap hari ada isu KIDEX,jadi lebih baik jika beliau (Abdul Khalid) datang dialog,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Isu lebuh raya itu hangat diperdebatkan termasuk daripada ADUN Selangor ketika persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), selain penduduk bertindak menubuhkan NGO ‘Say No To Kidex’ sebagai bantahan kepada projek terbabit.

Sementara itu, Abdul Khalid sebelum ini berkata, Kerajaan Negeri akan memanggil semula syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX dan pihak lain yang bertanggungjawab untuk memberi sesi penerangan berkenaan projek itu sekali lagi kepada penduduk khususnya di Petaling Jaya.

kidexBeliau juga meminta rakyat khususnya penduduk yang membantah pembinaan lebuh raya terbabit memberi peluang kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan memberi penerangan secara lebih menyeluruh dan jelas berhubung projek pembangunan itu.

Katanya, melalui sesi perbincangan yang lancar, Kerajaan Negeri dan pemaju akan mempunyai lebih ruang untuk ‘adapt dan adopt’ demi kepentingan bersama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Pemaju perlu perhalusi jajaran laluan Lebuhraya Kidex, adakan pendengaran awam

SHAH ALAM 20 MEI: Kerajaan Selangor secara dasar bersetuju dengan cadangan pembinaan Lebuhraya Damansara-Kinrara (KIDEX) sepanjang 14 kilometer bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkali-kali menegaskan syarikat konsesi KIDEX perlu melalui proses pendengaran awam sebelum memperhalusi cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat berkenaan termasuk laluan keluar masuk dan pelan lain yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan.

kidex12Katanya, pembinaan KIDEX – seperti projek pembinaan pengangkutan yang lain seperti MRT dan sebagainya – akan menjadi sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang antara lain memberi fokus meningkatkan sistem pengangkutan awam dan mengatasi kesesakan lalu lintas.

“Laporan yang disiarkan di beberapa laman berita portal hari ini yang mendakwa Kerajaan Selangor bersetuju KIDEX diteruskan walaupun mendapat bantahan penduduk adalah kurang tepat.

“Laporan berita itu hanya memetik sebahagian kenyataan Dato’ Menteri Besar apabila ditanya wartawan pendirian Kerajaan Negeri berhubung pembinaan KIDEX,” kata Sekretariat Akhbar Menteri Besar dalam satu kenyataan media.

kidexMenurut Sekretariat Akhbar, kenyataan Abdul Khalid sepatutnya dilihat secara keseluruhan iaitu matlamat Kerajaan Negeri adalah mahu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang menghantui pengguna hampir setiap hari terutama pada waktu puncak.

Abdul Khalid pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai agensi teknikal di Subang Jaya pagi ini, menegaskan adalah tidak adil sekiranya cadangan pembinaan KIDEX dibatalkan tanpa memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat membentangkan perkara itu.

Beliau berkata, walaupun tidak bersetuju tetapi penduduk perlu memberi peluang kepada pihak KIDEX menerangkan cadangan pembinaan itu seperti yang diamalkan di negara-negara maju.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga mahu syarikat konsesi KIDEX mengambil kira pandangan dan bantahan penduduk terhadap cadangan pembinaan itu

Beliau juga berkata Kerajaan Negeri tidak boleh hanya mengambilkira pandangan melampau mereka yang menyokong atau mereka yang membantah kerana kerajaan perlu mendengar kedua-dua belah pihak dan mengguna pakai pandangan itu untuk mencari penyelesaian terbaik.

Abdul Khalid berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan sesi pendengaran awam sekali lagi untuk memberi peluang kepada KIDEX membentangkan cadangan itu dan mengadakan perbincangan secara aman serta profesional bersama penduduk.

Sebagai rekod, kelulusan pembinaan lebuhraya dan jajaran laluan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk memberi nasihat.

“Pengambilan tanah projek pembinaan lebuhraya dibuat mengikut Kanun Tanah Negara yang membenarkan pengambilan tanah demi kepentingan awam,” katanya.

Untuk laporan berita dan rakaman penuh sidang akhbar penuh boleh dilayari di laman sesawang www.selangorku.com.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor belum setuju Kidex diteruskan, mahu pemaju perhalusi jajaran laluan

Kerajaan Selangor secara dasar bersetuju dengan cadangan pembinaan Lebuhraya Damansara-Kinrara (KIDEX) sepanjang 14 kilometer bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Pembinaan KIDEX – seperti projek pembinaan pengangkutan yang lain seperti MRT dan sebagainya – akan menjadi sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang antara lain memberi fokus meningkatkan sistem pengangkutan awam dan mengatasi kesesakan lalu lintas.

kidexBagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkali-kali menegaskan syarikat konsesi KIDEX perlu melalui proses pendengaran awam sebelum memperhalusi cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat berkenaan termasuk laluan keluar masuk dan pelan-pelan lain yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Laporan yang disiarkan di beberapa laman berita portal hari ini yang mendakwa Kerajaan Selangor bersetuju KIDEX diteruskan walaupun mendapat bantahan penduduk adalah kurang tepat.

Laporan berita itu hanya memetik sebahagian kenyataan Dato’ Menteri Besar apabila ditanya wartawan pendirian Kerajaan Negeri berhubung pembinaan KIDEX.

Kenyataan Dato’ Menteri Besar sepatutnya dilihat secara keseluruhan iaitu matlamat Kerajaan Negeri adalah mahu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang menghantui pengguna hampir setiap hari terutama pada waktu puncak.

kidex2Dato’ Menteri Besar pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai agensi teknikal di Subang Jaya pagi ini, menegaskan adalah tidak adil sekiranya cadangan pembinaan KIDEX dibatalkan tanpa memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat membentangkan perkara itu.

Beliau berkata, walaupun tidak bersetuju tetapi penduduk perlu memberi peluang kepada pihak KIDEX menerangkan cadangan pembinaan itu seperti yang diamalkan di negara-negara maju.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga mahu syarikat konsesi KIDEX mengambil kira pandangan dan bantahan penduduk terhadap cadangan pembinaan itu

Beliau juga berkata Kerajaan Negeri tidak boleh hanya mengambilkira pandangan melampau mereka yang menyokong atau mereka yang membantah kerana kerajaan perlu mendengar kedua-dua belah pihak dan mengguna pakai pandangan itu untuk mencari penyelesaian terbaik.

Dato’ Menteri Besar berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan sesi pendengaran awam sekali lagi untuk memberi peluang kepada KIDEX membentangkan cadangan itu dan mengadakan perbincangan secara aman serta profesional bersama penduduk.

Sebagai rekod, kelulusan pembinaan lebuhraya dan jajaran laluan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk memberi nasihat. Pengambilan tanah projek pembinaan lebuhraya dibuat mengikut Kanun Tanah Negara yang membenarkan pengambilan tanah demi kepentingan awam.

Untuk laporan berita dan rakaman penuh sidang akhbar penuh boleh dilayari di laman sesawang www.selangorku.com.

 

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Categories
SELANGOR

Isu Lebuhraya Kidex, Kerajaan Negeri jumpa semula penduduk

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 20 MEI: Kerajaan Negeri akan memanggil semula syarikat konsesi Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) dan pihak lain yang bertanggungjawab untuk memberi sesi penerangan berkenaan projek itu sekali lagi kepada penduduk khususnya di Petaling Jaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta rakyat khususnya penduduk yang membantah pembinaan lebuh raya terbabitmemberi peluang kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan memberi penerangan secara lebih menyeluruh dan jelas berhubung projek pembangunan itu.

Katanya, melalui sesi perbincangan yang lancar, Kerajaan Negeri dan pemaju akan mempunyai lebih ruang untuk ‘adapt dan adopt’ demi kepentingan bersama.

c2“Setengah penduduk mahu, ada yang tidak, jadi kita ikut kehendak keseluruhan rakyat Selangor kerana kita tidak boleh buat (pembangunan) sebab jalan bukan babitkan satu tempat sahaja kerana ia adalah ‘route’.

“Kita harus belajar untuk mendengar seperti rakyat yang mahu kerajaan mendengar suara mereka, kerajaan juga mahu perkara sama, Jika gagal dilaksanakan, ia tidak adil untuk semua.

“Seperti tamadun di negara maju, walaupun tidak bersetuju dalam perkara tertentu, rakyat masih bersedia mendengar,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSNS) 2035 di Holiday Villa yang turut hadiri barisan Exco Negeri antaranya Iskandar Abdul Samad dan Dr Halimah Ali.

Minggu lalu, media melaporkan perbincangan yang diadakan antara pemaju projek lebuh raya Kidex dengan penduduk Petaling Jaya di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dicemari beberapa insiden bantahan.

kidex2Penduduk antara lain mendakwa Kerajaan Negeri tidak prihatin bantahan rakyat selain mendakwa perjumpaan itu dibuat dengan tergesa-gesa tanpa notis awal menyebabkan ramai tidak dapat menyertai perjumpaan.

“Tidak ada, kerana kita ada memberi notis, bahkan akan panggil semula dan siapa yang datang, datanglah.

“Boleh jadi penerangan sebelum ini tidak betul, usaha tidak kemas. Tetapi Kerajaan Negeri tidak ada kepentingan, yang kita lakukan adalah bagi memperbaiki sistem pengangkutan awam di Selangor dengan lebih kemas.

“Kalau berbicara soal kebajikan rakyat, kita prihatin dan rakyat boleh menilai antara kita dengan lain, mereka boleh pilih,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Lebuh raya Kidex manfaat semua, bukan untung konsesi semata

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 24 APRIL: Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan bukannya menguntungkan syarikat konsesi semata-mata.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Yunus Hairi berharap segala isu yang dibangkitkan rakyat berhubung pembangunan lebuh raya itu dibawa ke Mesyuarat Selangor State Planning Committee (SSPC) untuk diperhalusi dan dibincangkan.

kidex2“Pembinaan Kidex ini telah ada perjanjian antara Kerajaan dan syarikat konsesi tetapi ia belum dibentangkan di dalam SSPC.

“(Menerusi SSPC) mungkin ada beberapa dapatan yang dapat dibincangkan sebelum Kerajaan Negeri menerima secara keseluruhan,” kata Yunus.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk sekitar Damansara dan Kinrara mengadakan bantahan di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi meminta Kerajaan Negeri membatalkan projek tersebut kerana dikhuatiri menggugat keselamatan mereka.

Yunus-HairiBagaimanapun, Kerajaan Negeri berpendapat projek tersebut perlu dilakukan bagi menangani masalah kesesakan trafik di kawasan itu.

Lebuh raya KIDEX ini apabila disiapkan kelak akan dapat mengurangkan masalah trafik di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) dan sebahagian jajaran Lebuhraya SPRINT, terutama di persimpangan SPRINT / NKVE.

Projek lebuhraya sepanjang 14 kilometer itu dijangka bermula tahun depan dengan anggaran kos RM2.2 bilion menerusi pembangunan secara penswastaan oleh syarikat pembida konsesi, Kidex Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Yunus berkata Kerajaan Negeri akan mengadakan perjumpaan awam bersama rakyat bagi memberi penerangan dan mendengar rintihan mereka yang merasa terjejas dengan pembinaannya.

“Kita mahukan apabila Kidex ini dibina, rakyat menerima manfaat darinya dan konsesi juga menerima pulangan yang setimpal untuk pengurusan dan penyelenggaraan lebuhraya itu dan bukannya menjana keuntungan berpanjangan,” jelasnya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Dokumen perjanjian Kidex tidak diletak sebagai dokumen rahsia

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 APRIL : Kerajaan Selangor berpendapat dokumen perjanjian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) tidak akan diletakkan sebagai dokumen rahsia kerana ia akan diapungkan untuk pencarian modal pembangunan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dokumen berkenaan akan digunakan untuk membuat pinjaman selain menarik pelabur untuk menyertainya.

dns“Perjanjian ini tidak menjadi rahsia kerana ia akan diapungkan untuk membuat pinjaman tetapi akan menjadi terhad.

“Kita ada kepentingan maka kita boleh lihat. Ia akan digunakan untuk mencari modal pembinaan dan pelaburan.

“Kita akan minta ia dibawa ke Dewan,” katanya.

Abdul Khalid sebelum itu menjelaskan, belum tiba masanya butiran perjanjian itu didedahkan kerana masih dalam peringkat kajian.

Namun katanya, Kerajaan Negeri sudah menyatakan ketegasan dalam perkara berkenaan supaya perjanjian itu tidak hanya menguntungkan syarikat konsesi semata-mata.

“Untuk buat kajian itu memerlukan dana. Sebagai contoh pengalaman bina lebuhraya Guthrie sepanjang 30km belanja RM7 juta.

“Oleh kerana ada kelulusan secara prinsip saya lakukan. Kita menetapkan usaha supaya tiada perjanjian berat sebelah tapi ambil kira kepentingan pengguna.

“Kita ada usaha secara telus untuk mengadakan pendengaran awam. Pendengaran itu akan kita ketahui bentuk protes.

“Buat masa ini kita kawal perjanjian mengikut syarat yang dikehendaki,” katanya lagi.

Persoalan mengenai perjanjian konsesi Kidex itu dibangkitkan Adun Kinrara, Ng Sze Han, Adun Bukit Gasing, Rajiv a/l Rishyakara dan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalan sesi DNS kali ini.

Jelas Adun Pelabuhan Klang lagi, Jawatankuasa perancangan ditubuhkan melibatkan perbincangan antara Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta Pejabat Tanah dan Daerah.

Katanya, semua pihak perlu memberikan masa untuk perjanjian konsesi diputuskan kerana ia akan menempuh proses pedengaran awam supaya masalah dan pendapat pengguna didengar serta dipertimbangkan.

EZY

JURNAL BERITA – Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

1. Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

2. Tewas PRK, BN lupa janji ganti Hospital Kajang berusia 125 tahun

3. Muhasabah diri, rakyat Selangor jangan putus asa hadapi krisis air

4. Setinggan Seri Temenggung setuju tandatangan akujanji pindah kediaman

5. Hospital Shah Alam hampir siap baru bagi peluang lawat tapak

6. Kepakaran KSSB bantu tingkat kapasiti air

7. Tidak timbul soal taraf hidup, catuan air babit semua golongan

8. Keluarga Allahyarham Penolong Pengarah Kastam Selangor saman kerajaan, SPRM RM8 juta

9. Projek lebuh raya KIDEX perlu kajian lebih mendalam untuk manfaat penduduk

10. Pejabat ADUN Paya Jaras terima reaksi positif program terbaru TAWAS

11. Pencapaian 1,115 pelajar cemerlang UPSR SJKT diraikan Selangor

12. MPK roboh tapak bazar haram sekitar Lorong Kepayang

Categories
SELANGOR

Adun: Konsesi Lebuh Raya Kidex patut beri maklumat terperinci

Oleh: Afix Redzuan

SHAH ALAM, 17 MAC: Syarikat Konsesi Lebuh Raya Kinrara – Damansara Expressway Sdn Bhd (Kidex) digesa memberikan maklumat terperinci tentang penjajaran lebuh raya dalam pendengaran awam bagi membolehkan pihak berkepentingan memberikan maklum balas berguna sebelum dimuktamadkan.

ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin berkata, maklumat yang diterangkan Kidex kepada orang awam melalui pameran umum di Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Tropicana City Mall bermula 10 Mac sehingga 10 April masih belum jelas bagi membolehkan orang awam memberikan maklum balas terutama melibatkan kesan pengambilalihan tanah.

yeo-bee-yinKatanya, sesi pendengaran awam akan diadakan selepas pameran tersebut supaya pihak berkepentingan boleh mengutarakan keresahan dan bantahan masing-masing.

“Pameran tersebut mengandungi perincian yang terlalu sedikit. Orang ramai diberikan risalah bagi ‘menjual’ projek lebuhraya itu, berbanding memberikan gambaran sebenar projek tersebut. penjajaran dan laluan sebenar tidak pun disertakan.

“Jika kawasan terlibat tidak dikenalpasti, mereka yang terkesan dan mempunyai kepentingan tidak mengetahui kesan projek itu terhadap mereka,” katanya dalam satu kenytaan media.

Ketua Pengarah Eksekutif Kidex, Datuk Mohd Nor Idrus dilaporkan berkata bahawa pengambilalihan tanah akan melibatkan sekadar 10 peratus daripada 3,784 lot yang kini dikenakan pembekuan namun tidak menyatakan secara spesifik lot yang mana yang akan diambil-alih.

kidex2Bee Yin berkata beliau menemui lebih banyak butiran spesifik tentang pengambil-alihan tanah dalam laporan kesan alam sekitar (EIA) awal projek KIDEX, yang menunjukkan bahawa pengambil-alihan tanah akan dilakukan terhadap kawasan-kawasan berikut.

Rumah teres Seksyen 17 (Jalan 17/28, Jalan 17/26, Jalan 17/21L, Jalan 17/47), rumah teres Seksyen 19 (Jalan 19/26, Jalan 19/24, Jalan 19/13B, Jalan 19/13, Jalan 19/20).

Rumah teres Seksyen 17 dan 19 sepanjang Jalan Harapan, SK Sri Petaling di Jalan Semangat, SMK(L) Bukit Bintang di Jalan Utara, rumah setingkat di Seksyen 8 sepanjang Jalan Penchala, rumah teres Seksyen 14, rumah teres di Bandar Kinrara Seksyen 1 serta rumah-rumah dua tingkat di Bandar Kinrara Seksyen 2.

“Kami menyeru Kidex supaya memberi maklumat terperinci tentang penjajaran dalam pameran mereka kepada orang ramai, khususnya lot-lot yang dijangka akan diambil-alih oleh Kerajaan dengan pelan penjajaran sedia ada.

“Penjajaran lebuhraya tidak wajar dimuktamadkan sehinggalah diadakan pendengaran awam dan semua masalah pihak berkepentingan ditangani dengan mitigasi yang sewajarnya,” kata beliau lagi.

EZY