Categories
SELANGOR

KUIS bantu pelajar atasi isu lapar

OLEH : HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 2 FEB: Isu pelajar berlapar akibat tidak makan mendapat perhatian Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang membantu golongan terbabit menerusi bekalan makanan percuma.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid, berkata usaha digerakkan universiti terbabit bermula pada tahun lalu dengan kumpulan sasaran dibantu bagi mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, bantuan terbabit adalah daripada pensyarah selain yayasan dan pusat zakat yang terdapat di universiti itu yang mendapat sumbangan pelbagai pihak dan orang ramai.

makanan percuma kuis“Yayasan dan pusat zakat di KUIS memainkan peranan bagi membantu golongan sasaran ini kerana bukan setakat tidak makan tetapi terdapat juga kumpulan pelajar tidak mampu membayar juran pengajian.

“Ini kerana KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bukan semua pelajarnya mendapat bantuan dalam pengajian,” katanya kepada SelangorKini dan percaya kemudahan sama turut terdapat di universiti lain di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, biarpun tidak membabitkan jumlah besar iaitu kira-kira satu atau dua peratus daripada lebih 8,000 pelajar di universiti itu tetapi ia perlu dilihat dari sudut positif bagi penyelesaiannya.

Katanya, ini kerana pelajar jika miskin akan mempunyai rasa rendah diri dan sikap tidak meminta-minta.

“Kita perlu mempunyai daya inisiatif bagi melihat pelajar sama ada mereka layak bagi bantuan ini apabila kebiasaannya maklumat diperoleh daripada rakan lejar serta Majlis Pimpinan Pelajar (MPP).

“Walaupun terdapat lebih kurang 400 pelajar miskin tetapi yang layak kira-kira 130 orang sahaja kerana sebahagian mereka mendapat bantuan tajaan pusat zakat negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, bekalan makanan percuma diberikan tidak sediakan pada setiap hari dan hanya pada hari tertentu seperti tiga hari seminggu dengan kaedah dipraktikkan membolehkan pelajar berjimat cermat.

Selain itu, katanya, KUIS turut membekalkan makanan berbuka percuma kepada pelajar universiti pada setiap Isnin dan Khamis kerana kebanyakan pelajar berpuasa pada hari berkenaan.

“Mungkin universiti lain menggunakan kaedah berbeza seperti memberikan wang tunai kepada pelajar tetapi kita di KUIS mengguna pakai kaedah memberikan bantuan makanan bagi mengatasi masalah pelajar sebegini,” katanya menambah isu itu bukan baharu kerana telah berlarutan sejak 1970an hingga kini.

Zulkifli berkata, keprihatinan pengurusan KUIS demi mengatasi masalah itu adalah bagi menunjukkan kepimpinan terbaik supaya menjadi contoh kepada pelajar yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Bila hari ini kita menunjukkan kepimpinan terbaik antara generasi tua dan muda maka kaedah sama akan mereka gunakan kepada generasi akan datang.

“Ia bertepatan dengan kata-kata Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa) iaitu jika ingin melihat generasi akan datang maka perlu melihat generasi yang ada pada hari ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Rombakan falsafah pendidikan penting lahir modal insan berkualiti

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) bakal dipanggil dalam masa terdekat bagi membincangkan rombakan falsafah pendidikan negeri itu bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, graduan berakhlak tinggi disamping mempunyai ilmu dan kemahiran diharapkan mampu mendepani cabaran masa kini.

MB Azmin“Pendidikan jangan dilihat dalam konteks membuat keuntungan tetapi pendidikan mesti berpegang kepada falsafah proses pencerdasan rakyat dan ummah,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata beliau percaya UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan kemahiran tetapi mempunyai nilai akhlak mulia.

EZY

Categories
SELANGOR

KUIS dapat perhatian antarabangsa

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANGI, 18 NOV: Penyertaaan peserta luar negara dalam persidangan anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menunjukkan kolej terbabit semakin diberi perhatian di peringkat antarabangsa.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkembangan terbabit adalah baik bagi KUIS sebagai persediaan menjadi universiti penuh pada tahun hadapan.

“Pembabitan peserta luar negara serta pensyarah daripada institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) membuktikan usaha KUIS mandapat perhatian pelbagai pihak.

nik nazmi“Ia memberi kesan baik kerana kajian dibuat dan dikongsi dapat dimantapkan lagi,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Muamalah anjuran Fakulti Pemgurusan dan Muamalah KUIS, di sini, semalam.

Persidangan dua hari bertemakan ‘Empowering Management and Muamalah Through Knowledge Creation and Sharing’ menarik penyertaan 150 peserta termasuk Algeria, Iran, Mesir dan Nigeria.

Beliau berkata, isu ekonomi menyentuh soal pengurusan dan tatakelola dibincangkan dalam persidangan itu adalah perkara penting juga relevan masa kini.

KUIS2Katanya, isu berkenaan sering menjadi pilihan dan dibentangkan untuk dibincangkan pihak berkenaan baik di dalam atau antarabangsa.

“Jika kita kembali kepada ajaran Islam, ia menekankan sewajarnya supaya melihat nilai Islam dalam perkara ini.

“Dalam kemerosotan ekonomi di peringkat global kini, Malaysia sebagai negara pengeluar komoditi akan terkesan dengan isu sebegini,” katanya.

Seminar terbabit membincangkan peranan yang harus dimainkan usahawan masa kini dan dilihat sebagai faktor penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah bangsa serta negara.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: IPT Selangor perlu lahir graduan pencipta peluang kerja

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 SEP: Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) perlu memainkan peranan melahirkan graduan yang mencipta ruang pekerjaan bukan hanya menanti peluang.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor perlu mengorak langkah ke arah itu bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik tanpa perlu bergantung kepada tenaga kerja asing  untuk berhadapan cabaran ekonomi yang semakin kompleks.

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (5)“Selangor tidak akan maju jika banyak bergantung kepada buruh asing. Hampir 37 peratus tenaga kerja daripada warga asing di negara ini.

“Justeru, UNISEL dan KUIS perlu melahirkan lebih ramai graduan yang mencipta peluang pekerjaan bukannya yang menunggu kerja ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Katanya, Selangor lebih selektif dalam memilih pelaburan dan keutamaan sudah tentu diberikan kepada industri berteknologi tinggi yang mampan dengan cabaran berkenaan.

Mohamed Azmin berkata, jabatan kerajaan juga perlu menggunakan teknologi digital secara total bagi memudahkan urusan dan pengurusan data maklumat.

Beliau berkata, jabatan kerajaan perlu bertindak lebih efektif bagi merealisasikan hasrat menjadikan Selangor sebagai negeri pintar.

EZY

Categories
SELANGOR

KUIS realisasi program pasca siswazah

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANGI, 30 OGOS: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) giat merealisasikan rancangan penawaran program pasca siswazah sarjana dan kedoktoran dalam usaha memartabatkan ilmu.

Rektor KUIS, Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata perancangan itu dirangka bagi memenuhi sasaran mencapai taraf universiti penuh menjelang tahun hadapan.

“Usaha ini akan dimulakan dengan kerja menaik taraf dan menambah beberapa program baharu di peringkat sarjana muda supaya lebih berdaya saing seiring dengan perubahan zaman.

abd-halim“Selain itu, pelajar diploma dan sarjana muda juga diharap akan menjadikan KUIS sebagai institusi pilihan mereka bagi melanjutkan pelajaran dalam pengajian sarjana juga doktor falsafah,” katanya.

Beliau berkata, KUIS giat memperbaiki mutu pembelajaran selaras dengan sasaran kemasukan 6,000 pelajar, tahun hadapan.

Dalam tempoh 20 tahun, katanya, KUIS sudah melahirkan lebih 15,000 graduan yang menabur khidmat dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di KUIS.

“Sebanyak RM12 juta disediakan untuk dana bantuan pendidikan Selangor dan RM5 juta tajaan Tabung Pendidikan Tahfiz Wal Qiraat. Ia membolehkan KUIS menjadi hab pendidikan bagi melahirkan huffaz di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

IMG_20150829_092446Seramai 1,188 mahasisawa menerima ijazah dan diploma dalam Majlis Konvokesyen KUIS ke-18 di Dewan Konvokesyen, di sini, semalam.

Dato’ Menteri Besar merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIS, Mohamed Azmin Ali menyampaikan ijazah dan diploma kepada mahasisawa dalam majlis berkenaan.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Shafie Ngah.

Categories
SELANGOR

MB: Pendaftaran meningkat, KUIS terus jadi pilihan pelajar

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTERA, 29 OGOS: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) muncul antara universiti pilihan utama bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kejayaan itu amat membanggakan dan dibuktikan dengan peningkatan pendaftaran yang mendadak bagi sesi pengajian 2013 dan 2014.

“Kita bersyukur dan berbangga KUIS berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar baharu iaitu 3,895 orang. Ia adalah kenaikan 100 peratus berbanding sesi 2012 dan 2013.

IMG_20150829_095432“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar adalah 7,892 yang membuktikan KUIS antara institusi pengajian pilihan utama peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah,” katanya dalam ucapan di Majlis Konvokesyen KUIS ke-18, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kecemerlangan KUIS dalam akademik turut dibuktikan dengan kejayaan mengekalkan penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia 2013 pada tahap Tier 4 iaitu sangat baik.

Katanya, Kerajaan Negeri merakam penghargaan dan terima kasih kepada ahli pengurusan KUIS di bawah pimpinan Rektor, Prof Madya Dr Ab Halim Tamuri yang banyak membawa pencerahan dan insiatif baharu bagi mengangkat martabatnya sebagai universiti terbilang di negara dan rantau ini.

IMG_20150829_090027“Kejayaan sesebuah universiti turut bergantung kepada keupayaan kita melahirkan graduan berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan bukan hanya melahirkan graduan yang mencari pekerjaaan.

“Sebagai sebuah negeri pembangunan, Selangor akan terus memimpin hala tuju sektor pendidikan dan menerajui dunia inovasi serta teknologi, maka peranan industri ini adalah strategik untuk masa depan negeri,” katanya.

Mohamad Azmin yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIS menyampaikan ijazah dan diploma kepada 1,188 mahasisawa dalam majlis berkenaan.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Shafie Ngah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Lebih 200 pelajar KUIS terima manfaat biasiswa RM5 juta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Lebih 200 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mendapat manfaat daripada biasiswa pendidikan Al-Quran berjumlah RM5 juta yang disediakan Kerajaan Negeri.

Timbalan Rektor, Pengurusan Korporat, Pembangunan dan Pengantarabangsaannya, Dr Zulkifli Abd Hamid, berkata penubuhan Tabung Biasiswa Pendidikan Tahfiz Wal Qiraat itu akan membantu KUIS ke arah menjadi hub bagi melahirkan huffaz khususnya di Selangor dan peringkat nasional.

KUIS2“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri sentiasa mendepani usaha memelihara dan mendaulatkan Al-Quran serta pembangunan pendidikan bidang itu di Selangor.

“Ia mendatangkan manfaat kepada lebih 200 mahasiswa iaitu 142 peringkat diploma dan 92 lagi ijazah sarjana muda,” katanya kepada Selangor Kini.

Zulkifli berkata, semua mereka ditaja sepenuhnya oleh tabung biasiswa meliputi yuran pengajian,kos penginapan dan wang sara diri.

Katanya, penubuhan tabung biasiswa itu membuktikan Kerajaan Negeri sangat memelihara Al-Quran dan mencari keredaan Allah menuju sebuah negeri yang makmur.

“KUIS merakam penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Negeri dalam usaha murni ini. Semoga Selangor akan sentiasa dilimpahi rahmat dengan keberkatan Al-Quran,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri salur RM5 juta biasiswa KUIS

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 JUL : Sejumlah RM5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai biasiswa pendidikan pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia bagi meringankan beban keluarga menampung pendidikan anak disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Katanya, ia juga bertujuan membuktikan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan pendidikan al-Quran di Selangor.

mb markshort bubur“Lebih 400 anak Selangor tidak mendapat biasiswa dan susah meneruskan pengajian ditambah keadaan ekonomi tidak stabil hingga menyukarkan keluarga membiayai pendidikan mereka.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan RM5 juta sebagai biasiswa pelajar KUIS dengan harapan supaya pembangunan pendidikan al-Quran terus dimartabatkan supaya menjadi masyarakat bermaruah dan berpegang pada tuntutan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ijtima’ Huffaz Selangor kali kesembilan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini, baru-baru ini.

KUIS2Sejumlah RM10 juta setahun diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk Tabung Biasiswa Selangorku khusus bagi anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan KUIS.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti maahad tahfiz dan sekolah rendah agama di beberapa daerah yang memerlukan kerja baik pulih membabitkankelengkapan baru.

Katanya, ia berikutan kebanyakan sekolah jenis itu tidak mendapat prasarana yang baik dan sempurna bagi sesi pembelajaran.

-NFN-

Categories
SELANGOR

KUIS tersenarai tangga ke-37 IPT Malaysia

Oleh: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 30 JUN: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) berjaya menduduki tangga ke-37 daripada 500 intitusi pengajian tinggi di Malaysia.

Rector KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata faktor itu juga menyumbang kepada pertambahan jumlah pelajar yang memberansangkan sejak beberapa tahun lalu.

abd-halim“Dua tahun lalu, pelajar hanya 3,450 tetapi meningkat sehingga 7,058 awal tahun ini.

“Sesi Jun 2015 pula menyaksikan 18,000 permohonan diterima, namun hanya 2,400 dipilih sementara 1,000 pelajar asasi akan mendaftar Julai ini. Ini menjadikan keseluruhannya melebihi 8,000 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis berbuka puasa di perkarangan masjid KUIS, di sini, semalam.

KUIS mula ditubuhkan pada 1995 iaitu milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sehingga kini, KUIS melahirkan lebih 15,000 graduan dalam pelbagai bidang meliputi pengajian peringkat asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

kuissHalim berkata, KUIS juga masih mengekalkan kadar yuran tanpa sebarang kenaikan sejak 2008.

“Terima kasih kepada pembayar zakat khususnya Lembaga Zakat Selangor (LZS)yang memperuntukkan dana RM12 juta setahun, sejak 2007.

“Seiring dengan peningkatan kutipan zakat dan pertambahan pelajar, patik dengan rendah diri memohon dana diteruskan atau dipertingkatkan jumlahnya,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

KUIS muncul IPT pertama guna sistem waqaf bangun infrastruktur

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 28 MEI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) muncul institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia membangunkan sistem waqaf tunai bagi membiayai pembangunan infrastruktur.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, waqaf tunai yang dibuka kepada orang ramai itu satu permulaan baik bagi memperluaskan sistem waqaf membabitkan IPT dan sekolah menengah agama di negara ini.

IMG_1027[1]“Waqaf tunai ini adalah inisiatif Kuis untuk membangunkan perpustakaan, pusat pelajar dan beberapa infrastruktur yang memerlukan kewangan.

“Salah satu sumber adalah daripada wakaf kewangan orang awam.

“Saya harap selepas ini akan ada institusi wakaf sepenuhnya. Ia boleh berlaku dengan mengambil contoh di timur tengah dan negara jiran, bahkan memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Waqaf Tunai 2015 di Hotel Empress, di sini, hari ini.

IMG_0999[1]Terdahulu, Dr Ahmad Yunus berkata, sistem waqaf yang dipelopori zaman Rasullullah SAW adalah pendekatan berkesan untuk membangunkan masyarakat termasuk bidang pendidikan.

Beliau berkata, antara universiti paling berjaya menggunakan sistem waqaf  sehingga melahirkan ribuan ulama dan cendikiawan Islam berwibawa adalah Universiti Al-Azhar, Mesir.

Katanya, sistem waqaf  turut dipraktikkan Universiti Cordoba di Sepanyol, Madrasah Nizamiyyah (Baghdad), Al-Qurawiyyin (Fez), Al-Islamiyyah (Madinah), Pondok Pesantren Darunnajah (Indonesia) dan Madrasah Al-Juneid (Singapura).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hari terbuka 15 Mei peluang kenali KUIS lebih dekat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 MEI: Masyarakat khususnya pelajar berpeluang mendapatkan maklumat kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sempena Hari Terbuka KUIS diadakan di Pusat Konvensyen KUIS, Bandar Seri Putra, dekat sini, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan) KUIS, Halim Mokhtar, berkata program itu memberi kesempatan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mendekati kolej serta mendapat maklumat diperlukan.

kuis01“Antara aktiviti diadakan ialah slot ceramah disampaikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, pameran pendidikan, panduan kerjaya, sesi temuduga, pendaftaran KUIS secara walk-in, cabutan nombor bertuah dan aktiviti menarik yang lain.

“Sempena hari terbuka ini juga KUIS memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai aktiviti berkayak di tasik KUIS,” katanya.

Halim berkata, program dua hari itu dijangka dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung berhampiran KUIS dan dari luar bertujuan memperkenalkan lagi serta mempergiatkan promosi kolej kepada orang ramai.

Katanya, peluang pendidikan di KUIS tidak terhad kepada lepasan SPM sahaja malah program ditawarkan meliputi pelbagai peringkat hingga Doktor Falsafah (PhD).

KUIS2“Kerjasama ini membuka peluang kepada bakal pelajar berlatar belakang dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi tanpa berhutang daripada mana-mana pihak.

“Biasiswa ini termasuk kos pengajian sepanjang berada di KUIS dan kos penginapan pelajar di bawah skim ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Katanya, pengurusan KUIS amat mengalu-alukan kemasukan pelajar baharu ke kolej kerana di sini lahirnya Da’i, Ulama dan Umara.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS di talian 03 – 8911 7072 / 7073 atau layari laman sesawang di www.kuis.edu.my atau lama sosial www.facebook.com/FBKUIS

EZY

Categories
SELANGOR

Worldwide sumbang RM1 juta perkasa pelajar tahfiz & OKU penglihatan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Worldwide Holdings menyumbang RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Tahfiz Al Quran dan Qiraat Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Al-Quran Braille kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis).

Pengurus Besar Kanan Pentadbirannya, Ahamad Azman Azizul Rahman berkata, sumbangan disampaikan ketika majlis doa selamat dan kesyukuran sambutan ulang tahun ke-25 Worldwide Holdings, pada 29 April lalu.

Al-QUran“Ia bertujuan memperkasakan pelajar yang mendalami ilmu hafazan Al-Quran.

“Selain itu, ia turut memberi galakan kepada golongan cacat penglihatan untuk membaca Al-Quran,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian tazkirah oleh penceramah jemputan khas, Ustaz Roslan Mohamed.

Majlis dianjurkan bagi menzahirkan kesyukuran atas pencapaian Worldwide Holdings sebagai syarikat korporat yang berdaya saing di Selangor.

-NFN-