Categories
SELANGOR

MPK Raikan Kakitangan, Pesara dan Pelajar Cemerlang

SHAH ALAM 03 NOV : Seramai 98 kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 di satu majlis di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini.

Turut diraikan pesara kakitangan MPK yang terdiri daripada 38 pesara dan 38 pelajar cemerlang daripada anak-anak kakitangan MPK.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata, kakitangan cemerlang merupakan aset berharga dan ia perlu dikekalkan seiring dengan matlamat MPK dalam mengejar bandaraya gemilang 2015.

“Anugerah ini diharap menjadi penyuntik semangat kakitangan dan pada masa yang sama majlis juga menghargai jasa-jasa pesara yang telah menyumbangkan khidmat bakti kepada MPK sejak mula berkhidmat di sini,? Ehsan berkata di dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Tambahnya, setiap warga MPK sentiasa diingatkan untuk meningkatkan lagi tahap kualiti dan mutu perkhidmatan sekali gus dapat menambahkan lagi keyakinan penduduk bandar di raja ini kepada majlis.

 

Pusat Snooker, Siber Cafe Haram Diserbu

KLANG 12 OKT : Degil dan tidak pernah serik. Walaupun pernah diserbu dan disita oleh pihak berkuasa lebih tiga kali sebelum ini, sebuah pusat snooker yang turut menyediakan siber kafe dan pusat karaoke masih beroperasi.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sekali lagi  menyerbu premis terbabit di Jalan Young dalam satu operasi khas, di sini.

Pada masa serbuan terdapat sekumpulan remaja yang leka bermain di situ.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abdul Majid berkata, pemilik premis berkenaan tidak mempunyai lesen untuk siber kafe atau pusat snooker.

MPK mengambil tindakan untuk mensita tiga meja snooker dan sebuah meja pool di bawah Undang-Undang Kecil 23 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001).

Beliau juga diambil tindakan di Undang-Undang Kecil 3 Pusat Siber Kafe dan Kafe Siber (MPK) 2007.

Pemilik premis tersebut turut dikenakan denda maksima RM 1,000.

“Operasi yang diadakan ini adalah hasil risikan dan maklumat awam yang peka terhadap persekitaran terutama gejala yang boleh meruntuhkan akhlak golongan muda terutama di kalangan pelajar sekolah ini.

“Malah premis ini juga boleh dikategorikan sebagai ?premis degil? kerana pernah beberapa kali diserbu dan disita atas pelbagai kesalahan termasuk menyediakan aktiviti karaoke yang menjejaskan ketenteraman setempat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, MPK tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengingkari peraturan dan menjelaskan pihaknya akan terus memperhebatkan operasi seperti itu pada masa akan datang di beberapa lokasi yang sudah dikenalpasti.

Masjid Kampung Raja Uda Masjid Pertama Pusatkan Program MPK Prihatin


PELABUHAN KLANG 12 OKT : Masjid Kampung Raja Uda, di sini di pilih sebagai pusat bagi ‘Program Majlis Perbandaran Klang (MPK) Prihatin’.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata, masjid itu merupakan yang pertama dipilih dalam Program MPK Prihatin memandangkan ia baru digunakan.

Katanya, MPK sentiasa menyokong sebarang program yang ingin menjadikan masjid sebagai sebuah institusi ibadah dan pembangunan ummah termasuk menghijaukan kawasan sekitar dengan aktiviti penanaman pokok.

Beliau berkata, program itu bakal diperluaskan di masjid-masjid lain di seluruh daerah Klang.

“Saya bersyukur kerana program ini mendapat kerjasama daripada pemimpin dan penduduk setempat serta pada masa ia merupakan salah satu aktiviti dalam Local Agenda 21 .

“Malah program yang kita adakan ini juga merupakan salah satu platform terbaik mengeratkan lagi perhubungan antara majlis dengan masyarakat setempat,” katanya di dalam satu kenyataan media selepas perlancaran program itu.

Hadir sama, Ahli Majlis, Ismail Arsat ; Pegawai Tadbir Agama, Abd Malek Ramli ; Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK ,Norfiza Mahfiz ; Pengurusan masjid dan pemimpin serta penduduk setempat.

Pada majlis itu, Ehsan turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Kampung Raja Uda dan berharap kerjasama seperti ini akan diteruskan pada  masa akan datang.

MPK Prihatin, Menuju Bandaraya Cemerlang – Salam Selangor


 

Sinopsis :

MPK Prihatin menitikberatkan aspek keselamatan, majlis dialog penduduk, operasi premis haram, seminar pemeliharaan haiwan,program turun padang bersama ahli majlis, ops kutu sampah dan sebagainya.

Tetamu : Tn Hj. Mohd Ikhsan Mukri, Pemangku Yang Dipertua MPK
: Tn.Hj. Ismail Arsat, Nazir Masjid Kampung Raja Uda, Klang

MPK Banteras Papan Iklan Premis Warga Asing Langgar Peraturan

KLANG 11 SEPT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan operasi menanggal dan menurunkan papan iklan di premis perniagaan yang dikhususkan untuk warga asing yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Dalam operasi bermula awal pagi itu, sebanyak 26 premis perniagaan dikesan melakukan kesalahan berkaitan papan iklan dengan lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka seperti Bahasa Myanmar, Nepal, Vietnam, Bangladesh dan sebagainya.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan menjalankan pemantauan dan operasi secara berterusan supaya masalah seperti itu dapat dikawal daripada berleluasa.

Menurutnya, kebanyakan premis perniagaan ini dimiliki pemastautin tetap negara ini dan memiliki lesen perniagaan yang sah.

Beliau berkata, kewujudan premis perniagaan untuk warga asing memang banyak di Klang kerana kebanjiran golongan tersebut yang ramai berikutan peluang pekerjaan yang besar.

“Berdasarkan peraturan, pengusaha premis perniagaan perlu membuat papan iklan dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan bahan dan saiznya yang lebih besar iaitu melebih 30 peratus berbanding bahasa lain.

“Malangnya perkara ini tidak berlaku dan kebanyakan premis perniagaan ini lebih mementingkan bahasa ibunda mereka manakala kita menghadapi masalah kerana tidak memahaminya. Ada antara premis ini yang beroperasi tidak mengikut lesen perniagaan seperti pasar mini bertukar menjadi kedai serbaneka,” katanya kepada media di sini hari ini.

Operasi hari ini ditumpukan di sekitar Jalan Raja Hasan, Jalan Pos Baru dan Lorong Kepayang

Operasi ini melibatkan lebih 50 anggota dari Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Perlesenan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK.

Selain pasar mini, premis perniagaan lain dikesan terlibat dengan kesalahan adalah restoran, kedai pakaian, kedai cakera padat digital, kedai barangan keperluan harian dan yang lain.

Malah ada premis yang tidak menggunakan papan iklan sebaliknya sekadar memaparkan nama syarikat dengan cat di dinding bangunan.

Ehsan berkata, semua pemilik premis perniagaan tersebut akan dipanggil MPK untuk tujuan peringatan selain pembatalan berhubung kesalahan yang berlaku hari ini.

“Kita juga akan merujuk perkara ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka supaya masalah penggunaan bahasa asing ini dapat diatasi,” katanya.

Categories
SELANGOR

MPK Tubuh Jawatankuasa Bertindak Tangani Isu Kebakaran Johan Setia

KLANG, 31 JUL : Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menubuhkan jawatankuasa bertindak berkuatkuasa minggu hadapan untuk menyelesaikan masalah kebakaran yang sering berlaku di kawasan Johan Setia, dekat sini.

Pemangku Yang Dipertuanya, Ehsan Mukri berkata, jawatankuasa itu akan membincangkan secara terperinci langkah-langkah mencegah kebakaran di situ, sekaligus mencari penyelesaian terhadap masalah berkenaan.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan melibatkan pelbagai agensi berkepentingan antaranya, pihak bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Ahli Majlis, badan bukan kerajaan (NGO), JKKK Kampung serta penduduk setempat.

“Sewajarnya Kerajaan perlu mewujudkan satu “task force” (jawatankuasa) yang besar supaya masalah ini dapat ditangani dengan lebih efisyen. Tetapi MPK mengambil inisiatif untuk menubuhkan dahulu badan bertindak ini sebagai langkah awal terhadap isu berkenaan.

“Kita tidak mahu apabila masalah itu menjadi serius, baru kita ambil langkah untuk mengatasinya. Kalau boleh kita cegah terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata, insiden kebakaran paling serius pernah dilaporkan berlaku antara bulan Mei dan Jun tahun ini dengan melibatkan kira-kira 20 ekar tanah.

Jelasnya kebakaran itu tidak hanya berlaku di Klang sebaliknya turut membabitkan daerah lain seperti Kuala Langat sehingga mengakibatkan jerebu teruk.

“Masalah yang kita hadapi ialah kita kekurangan atau tiada langsung bekalan air untuk memadamkan kebakaran di situ. Jadi, apa yang mampu kami lakukan adalah memukul api dengan menggunakan penyapu rotan.

“Menyedari hakikat itu, kita telah meminta pegawai untuk menyediakan peralatan sempurna kepada pekerja bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan. Kita akan cuba cari input untuk menambah baik keadaan sekarang,” ujarnya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa insiden kebakaran yang berlaku di kawasan itu adalah berpunca daripada unsur sabotaj.

Sehubungan itu, katanya, pihak Majlis akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di situ bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

Longkang Tersumbat, Kerja-Kerja Pembersihan Sentiasa Dijalankan

KLANG, 17 JULAI: Kerja-kerja pembersihan longkang dan parit sentiasa diadakan mengikut jadual oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata, kerja?kerja pembersihan yang dilakukan Jabatan Kejuruteraan sentiasa dipantau bagi memastikan keberkesanan gerak kerja yang dilakukan itu.

Menurutnya, pihak majlis sering menerima aduan berulang, berkaitan longkang tersumbat dan keadaan itu agak kritikal terutama di lokasi yang didiami warga asing terutama sekitar Meru.

?Keadaan sekitar Jalan Teratai dan Taman Meru 1 serta Jalan Puding merupakan tempat yang sentiasa diberi perhatian oleh majlis kerana ia merupakan lokasi yang sering tersumbat dan menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

?Namun demikian, selain daripada kerja ?kerja pembersihan, kita juga mengharapkan agar masyarakat setempat menghargai kebersihan di kawasan masing-masing dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang berdekatan,? katanya.

Norfiza berkata, sikap penduduk setempat juga masih tidak berubah dan keadaan makin serius apabila kawasan berhampiran juga dipenuhi dengan warga asing yang sememangnya kurang menghargai kebersihan di sekeliling mereka.

Menurutnya, pihak majlis mengalu-alukan sebarang aduan dan pandangan daripada masyarakat setempat dan orang ramai bolehlah menghubungi talian 03-33714044 atau 1 800 8823826 untuk tujuan itu.

Categories
SELANGOR

MPK Lupus Barangan Yang Disita

KLANG, 5 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melupuskan kira-kira 2856 keping cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak serta 262 unit barangan komputer kafe siber haram di sini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, barangan komputer kafe siber, DVD dan VCD itu adalah sitaan bagi September dan Disember tahun lalu.

Menurutnya, selain daripada pelupusan barangan berkenaan, majlis juga turut memusnahkan bahan-bahan sitaan pusat snuker, antaranya kayu dan bola snuker serta bola pool.

?Selain daripada pelupusan untuk sitaan terdahulu, MPK juga memperhebatkan operasi untuk pelbagai kesalahan lain, antaranya jualan barangan seks, premis besi buruk dan rumah yang dijadikan premis perniagaan.

?Malah operasi seperti ini juga mendapat reaksi positif masyarakat setempat yang prihatin dengan menyalurkan maklumat segera kepada majlis jika terdapatnya aktiviti yang melanggar peraturan di kawasan mereka,? katanya.

Norfiza berkata, MPK pada masa yang sama turut mengadakan kerjasama dengan polis untuk beberapa siri operasi, antaranya premis besi buruk sekitar Klang Utara.

Menurutnya, selain operasi berkenaan, beberapa isu antaranya penjaja warga asing, peniaga haram dan rumah urut tidak berlesen juga akan digempur bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berleluasa, di samping membanteras aktivti yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Categories
SELANGOR

Komited Hijaukan Persekitaran

KLANG, 5 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa menitikberatkan aspek kehijauan setempat termasuk penanaman pokok untuk keindahan Bandar Diraja dan kawasan sekitar.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, bagi menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera, alam sekitar adalah elemen terpenting, maka pihaknya komited dalam usaha melestarikan kawasan sekitar dan usaha itu akan berjaya melalui kerjasama semua pihak.

Menurutnya, komitmen yang diberikan persatuan penduduk, syarikat swasta dan masyarakat setempat turut akan membantu majlis ke arah mewujudkan persekitaran indah serta ceria.

?Penyediaan landskap yang berkualiti dan sempurna memberi impak yang cukup bermakna untuk semua, terutama di kalangan warga Klang dan ia patut dilakukan secara berterusan kelak.

?Malah hasilnya ini akan menampilkan keindahan dan wujudnya keselesaan persekitaran kehidupan, seterusnya mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan berkualiti,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hijau Bumi anjuran MPK dengan kerjasama Gamuda Land dan Persatuan Penduduk Bandar Botanik di sini.

Ehsan berkata, elemen landskap yang indah dan kehijauan setempat yang berkualiti akan memberi keselesaan, selain bakal menarik perhatian pelancong tidak kira dari dalam dan luar negeri, di samping menjadi perhatian orang ramai untuk menetap di situ, khususnya sekitar Bandar Botanik.

Menurutnya, dari Januari hingga April tahun ini, MPK menanam 49,366 pokok dengan purata 12,341 sebulan dan ia menunjukkan komitmen majlis dalam menceriakan persekitaran setempat melalui aktiviti penanaman pokok di kawasan terlibat.