Categories
SELANGOR

Rakan Masjid MPSJ, imarah keberkatan Ramadan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 26 MEI : Inisiatif mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan ini diteruskan menerusi penganjuran Program Rakan Masjid oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, program berkonsepkan ‘smartpartnership’ itu dijalankan melibatkan beberapa masjid utama mengikut pecahan zon sekitar perbandaran Subang Jaya.

“Melibatkan tiga buah masjid dan lima buah surau Zon Subang Jaya, Zon Puchong, Kinrara, Seri Kembangan dan Zon Serdang.

IMG_3157“Objektif utama adalah mengimarahkan masjid sempena Ramadan dengan aktiviti bertadarus, solat berjemaah, sesi
kuliah, berbuka puasa dan qiamullai,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat MPSJ Bilangan 5/2017 di Bilik Mesyuarat Kenanga MPSJ, pagi ini.

Dalam perkembangan itu, program dijalankan bermula 27 Mei sehingga 24 Jun depan dengan dimulakandi Masjid Abu Bakar As Sidiq (Zon1), Masjid An-Nur Jalan USJ 4 (Zon3), Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong (Zon17) dan Surau An-Najah Taman Kinrara 5 (Zon11).

Ia turut diadakan di Surau As-Syarif Sungai Besi Indah (Zon24) dan Surau As-Syakirin Taman Muhibah Seri Kembangan (Zon23).

Selain itu, program turut dijalankan di Surau Al-Husna Taman Universiti Indah Serdang (Zon21) dan Surau Ar-Ridhuan Taman Puchong Permai Serdang (Zon14).

Categories
SELANGOR

MPSJ: Kes denggi turun 46 peratus

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 26 MEI : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan penurunan kes denggi 46 peratus bagi tempoh Januari sehingga awal bulan ini.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, 2,490 kes dilaporkan berbanding tempoh sama tahun lalu 4,669 kes.

“Berdasarkan kajian taburan kes, jangkitan kes demam denggi di kawasan MPSJ tertumpu di kawasan pangsapuri.

“Sikap penduduk dan masalah ketiadaan badan pengurusan JMB menjadi punca utama menghalang kepada kaedah kawalan demam denggi dapat dilaksanakan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat MPSJ Bilangan 5/2017 di Bilik Mesyuarat Kenanga di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, Mohd Zulkurnain berkata, MPSJ telah mengenalpasti lokaliti demam denggi bagi tempoh sama sebanyak 17 mengikut pecahan zon, Subang Jaya, Seri Serdang, Seri Kembangan dan Kinrara.

Sehubungan itu katanya, MPSJ bersama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan pihak berwajib menyelesaikan masalah berkaitan dan mengenalpasti punca habitat aedes.

Categories
SELANGOR

Sunway group sedia kerjasama anjur EnviroRace

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 8 MEI: Sunway Group sedia bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam penganjuran Program EnviroRace (Environmental Race), pada tahun hadapan.

Pengurus Besar Kanan Pengurusan Projek, Sunway Integrated Properties Sdn Bhd, Ong Chin Teck berkata, pihaknya juga sedia melakukan penambahbaikan dalam usaha menjadikan aktiviti bersama media itu lebih baik.

Katanya, ia termasuk menyediakan tempat membersihkan diri dan menyegarkan diri kepada peserta selepas bermandi peluh menyempurnakan program ala ‘explorace’ itu.

IMG-20170507-WA0004“Menerusi program seperti ini, kita bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan MPSJ tetapi juga media yang banyak membantu kami dalam publisiti.

“Kita juga dapat menerapkan nilai gaya hidup sihat selain menghargai kepentingan alam sekitar.

“Mungkin, tahun berikutnya kita boleh bawa ke lokasi lain seperti Lost World Of Tambun di Ipoh tetapi semuanya akan dibincang lebih lanjut lagi sebelum diputuskan,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 6 Mei lalu, Chin Teck turut menyertai Program EnviroRace yang julung kali dengan kerjasama MPSJ, di sekitar Sunway, di sini.

Tepat jam 8 pagi, sebanyak 18 pasukan dilepaskan di Kompleks 3C untuk memulakan EnviroRace yang berakhir jam 12 tengah hari.

Setiap pasukan dianggota empat ahli terdiri daripada dua wakil media, satu wakil MPSJ dan satu wakil Sunway Group.

Mereka kemudiannya perlu menyelesaikan tugasan diberikan di hentian lain iaitu di Sunway University, Sunway South Quay, Sunmed, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan dengan diiringi Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah.

Categories
SELANGOR

MPSJ anjur Anugerah Sekolah Sejahtera

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MEI: Sekolah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM2,000 menerusi penganjuran Anugerah Sekolah Sejahtera 2017/18.

Berdasarkan hebahan di laman web rasmi MPSJ, penyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah swasta.

Dengan slogan ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’, antara aspek utama dinilai termasuk kesihatan dan kebersihan, kelestarian alam sekitar serta landskap dan keceriaan.

Bagi anugerah utama, Anugerah Sekolah Sejahtera, tempat pertama kategori sekolah rendah bakal menerima wang tunai RM1,500, diikuti tempat kedua dengan RM1,000 dan ketiga (RM800).

MPSJ ANUGERAH SEKOLAHBagi kategori sekolah menengah pula RM2,000 untuk pemenang tempat pertama, kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000).

Sementara itu, bagi Anugerah Khas (Kesihatan dan Kebersihan) dan Anugerah Khas (Kelestarian Alam Sekitar), pemenang bagi kategori sekolah rendah dan menengah bakal menerima RM1,000 bagi tempat pertama diikuti RM800 tempat kedua dan RM500 (ketiga).

Selain wang tunai, pemenang turut menerima piala dan sijil.

Borang dan syarat penyertaan boleh diperolehi menerusi laman web rasmi MPSJ di ocps.mpsj.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh juga hubungi Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ di talian 03-8026 4038 atau 03-8026 4452.

 

Categories
SELANGOR

Larangan guna polisterina bazar ramadan MPSJ

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 MEI : Pengunaan polisterina dan plastik secara percuma di bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak membenarkan sepanjang Ramadan ini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ketetapan itu seiring penguatkuasaan dasar baru dan larangan pengunaan plastik serta polisterina di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Peniaga diingatkan mengenai larangan penggunaan polisterina dan tidak dibenarkan memberi plastik secara percuma kepada pelanggan sepanjang berniaga di bazar Ramadan MPSJ,” katanya, lapor Sinar Harian pada sidang media Karnival Seminar Bazar Ramadan MPSJ 2017, di Dewan Puchong Indah baru-baru ini.

ydp mpsjKerajaan Negeri sebelum ini menguatkuasa larangan penggunaan plastik dan polisterina berkuatkuasa Januari lalu sebagai inisiatif menjadikan Selangor sebagai negeri karbon rendah di Malaysia.

Dasar baru itu juga menetapkan kadar cas 20 sen dikenakan bagi setiap penggunaan beg plastik di pasar raya seluruh negeri.

Dalam perkembangan sama, Nor Hisham berkata, MPSJ sudah meluluskan 1,291 daripada 1,558 permohonan tapak bazar Ramadan seluruh kawasan pentadbirannya.

Bagaimanapun katanya, peniaga diterima pemohonan tapak niaga diwajibkan menghadiri sesi taklimat dan seminar pematuhan syarat niaga.

Untuk tempoh 2017 ini, MPSJ menyediakan 24 bazar Ramadan di seluruh kawasan pentadbirannya.

 

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri puji inisiatif MPSJ bangun sahsiah belia

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh ke atas komited Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mendekati belia menerusi aktiviti sihat konvoi permotoran.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Jom Konvoi, Kembara Amal MPSJ 2017 selari dengan hasrat Kerajaan Negeri membangunkan sahsiah jati diri belia melalui aktiviti kegemaran mereka.

“Ia juga mampu membina dan mengukuhkan jalinan diantara belia dan pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan,” katanya ketika majlis perasmian penutup Jom Konvoi di The Summit, Subang Jaya, di sini, hari ini.

JOM KONVOI MSPJ (2)Amir berkata, Program itu juga secara tidak langsung dapat menerapkan sikap kesukarelaan dalam diri belia apabila turut diselitkan aktiviti gotong royong dan kemasyarakatan.

“Ia juga menjadi salah satu landasan pembangunan di Selangor iaitu menggerakkan program kesukarelawan dan mengaktifkan aktiviti kecergasan serta program dalam bentuk keagamaan seperti ilmiah dan moral

“Secara tidak langsung program ini juga melatih diri untuk berhijrah mengutip pengalaman serta menimba ilmu ke negara lain seperti melihat kehidupan masyarakat kampung, menziarah anak yatim serta melawat ke sekolah tahfiz,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin dengan adanya program seperti itu, akan melahirkan anak muda yang mampu memenuhi kehendak PBT mahupun Kerajaan Negeri untuk mengisi cabaran baru di masa hadapan.

Categories
SELANGOR

Jom Konvoi MPSJ didik belia peduli masyarakat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Dalam usaha mencegah aktiviti tidak sihat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merangka beberapa aktiviti amal membabitkan belia menerusi program Jom Konvoi, Kembara Amal MPSJ 2017 ke Pahang sejak 27 April lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Hisham Ahmad Dahlan berkata, program kali ke 9 itu bertujuan memberi pendedahan melalui penerapan nilai murni, meningkatkan jati diri dan menggalakkan belia ke arah aktiviti sihat dan bermanfaat.

“Peserta diberi peluang menjelajah ke pelusuk negara , meneroka keindahan alam disamping menjalankan aktiviti sukarela seperti gotong-royong dan kemasyarakatan.

JOM KONVOI MSPJ (2)“Mereka juga diberi pelbagai ilmu pengetahui seperti pemuliharaan alam sekitar melalui modul belia cinta alam sekitar,” katanya ketika Majlis Penutup Jom Konvoi, di The Summit, Subang Jaya.

Majlis turut dihadiri Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Hisham berkata, peserta juga menerima beberapa pendedahan antara pencegahan jenayah dengan mengadakan lawatan ke Kompleks Penjara Penor, Belia Madani (Pengurusan Jenazah) dan Belia Pembela Bangsa iaitu lawatan ke Galeri Mat Kilau.

JOM KONVOI MSPJ (1)Difahamkan, Lebih 100 peserta dengan motosikal 150cc ke bawah menyertai konvoi membabitkan perjalanan sejauh 769 kilometer menjelajah ke Pahang.

Program Jom Konvoi merupakan acara tahunan anjuran MPSJ dengan kerjasama dari pelbagai agensi antaranta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Selangor Youth Community (SAY), PENDAM dan Sektor Korporat.

 

Categories
SELANGOR

Jom meriahkan Program Seni Budaya MPSJ 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 13 APR: Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Program Seni Budaya MPSJ 2017 pada 22 dan 23 April ini, di Pusat Membeli Belah The Summit USJ.

Timbalan Pengarah Korporat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Asfarizal Abdul Rashid berkata, penganjuran kali ke-empat itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun MPSJ Ke-20.

Katanya, ia antara lain bertujuan mempromosikan produk pelancongan MPSJ selain mencungkil bakat baru seni budaya dalam kalangan masyarakat dan pelajar.

“Sasaran peserta terdiri daripada pengiat seni, golongan belia dan remaja, pelajar, penduduk serta pelancong dalam dan luar negeri.

DSC_4284“Penglibatan secara langsung pelbagai peringkat umur juga adalah sebagai pendedahan mendalami seni budaya bangsa yang mempunyai pengertian mendalam,” katanya.

Terdahulu, Majlis Pra-Perasmian Program Seni Budaya MPSJ 2017 disempurnakan Yang Di Pertua, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, di sini, hari ini.

Asfarizal berkata, program turut melibatkan kolaboratif strategik bersama agensi swasta dan badan korporat yang menyertai ruang pameran dan jualan.

Katanya, ia termasuk Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan Negeri Selangor (PADAT), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Kebudayaan UiTM.

Aktiviti lain termasuk Pameran Orang Asli Kaum Temuan, Demo dan Pertandingan Permainan Tradisional, Bazar Kraf Selangor (UPEN) dan Flea Market.

-nR-

Categories
SELANGOR

MPSJ: Kes denggi menurun, 200 tin aerosol diedar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Kes demam denggi mencatatkan penurunan sebanyak 47 peratus di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak Januari hingga Februari lalu.

Yang Dipertuan MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahamd Dahlan berkata, 895 kes demam denggi dicatatkan berbanding 1,707 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, menerusi pelancaran Semburan Aerosol ‘satu rumah, satu aerosol’ yang dilancarkan Kerajaan Negeri untuk semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), MPSJ memilih Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 sebagai lokasi tapak pelancaran program.

ydp mpsj“Sebanyak 200 tin aerosol di sumbangkan Kerajaan Negeri diedar ke rumah yang menjalani pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Penduduk juga dimaklumkan secara terus berkaitan pencegahan denggi dan penggunan aerosol secara selamat,” katanya.

Hisham berkata, terdapat 17 lokasi direkod sebagai lokasi panas demam denggi termasuk di DUN Sri Serdang, Seri Kembangan, Kinrara dan Subang Jaya.

Tambahnya lagi, MPSJ bersama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan membuat kawalan denggi secara ‘fogging’ dan ‘larvasiding’ seperti ditetapkan.

“Jika penduduk turut memberi kerjasama sama dengan membuat semburan di dalam rumah selain nyamuk aedes dapat dihapuskan secara tidak langsung kes deman denggi juga dapat diturunkan.

“Ahli Majlis juga digalakkan melaksanakan aktivii gotong-royong bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) menghapuskan tempat pembikan aedes,” katanya,

Katanya, ahli majlis boleh memohon pembelian aerosol daripada ADN kerana kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukkan sebanyak RM10,000 disetiap DUN untuk program semburan aerosol.

-nR-

Categories
SELANGOR

Kempen bawa bekas ke bazar Ramadan diteruskan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG, 13 FEB: Kempen Bawa Bekas Ke Bazar Ramadan diteruskan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sempena Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kempen yang bermula sejak 2014 itu diteruskan dari tahun ke tahun dengan melarang dalam urusniaga.

“Kempen sayangi bumi masih diteruskan iaitu bebas beg plastik, pelanggan digalakkan membawa bekas makanan ke bazaar ramadan.

ydp mpsj“Kita menerima sambutan menggalakkan. Lebih 90 peratus penduduk menyahut seruan kempen ini.

“Jika masih ada peniaga berdegil, tindakan kompaun adalah perkara terakhir akan kita lakukan kerana yang penting mendidik mereka terlebih dahulu,” katanya Majlis Pembukaan Permohonan Bazar Ramadan Online Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017 di Ibu Pejabat MPSJ, hari ini.

Katanya, tahun ini juga, MPSJ turut meneruskan memberi pengiktirafan kepada 10 peniaga contoh Bazar Ramadan MPSJ 2017 yang akan menerima sijil penghargaan dan wang tunai setiap seorang.

Tahun ini, terdapat 24 lokasi membabitkan 1,625 petak bazar Ramadan disediakan MPSJ.

-nR-

Categories
SELANGOR

Mohon permit bazar secara online lebih sistematik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Sekurang-kurangnya 1,625 petak bazar Ramadan di 24 lokasi disediakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sudah dibuka untuk permohonan secara atas talian (online) bermula hari ini hingga 28 Februari.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, MPSJ membuat persiapan awal penyediaan tapak bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Kita dijangka akan menyambut bulan Ramadan pada 27 Mei ini, jadi kita buka tempahan untuk petak bazaar bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Bermula tahun lalu juga, MPSJ melaksanakan permohonan tapak bazar Ramadan secara atas talian bagi memudahkan peniaga berurusan tanpa perlu beratur dan bersesak,” katanya selepas Majlis Pembukaan Permohonan Bazar Ramadan Online Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017 di Ibu Pejabat MPSJ, hari ini.

IMG_7076Hisham berkata, MPSJ juga menyediakan terminal computer (Kaunter hub online) di ibu pejabat MPSJ bagi memudahkan perniaga yang tidak mempunyai komputer untuk tujuan urusan permohonan tersebut.

“Selain itu, pemohon juga boleh memohan dengan mengekses melalui telefon pintar. Inisiatif ini dijangka dapat menjimatkan masa dalam melakukan urusan di mana sahaja tanpa perlu datang ke MPSJ,” katanya.

Peniaga, Mohd Zaki Mohd Nor, 37 yang hadir membuat permohonan tapak secara online berkata, kaedah permohonan secara atas talian itu membantu memudah dan mempercepatkan proses beliau.

“Sebelum ini saya perlu memohon dengan menggunakan borang dan beratur panjang. Di situ sudah memakan masa yang agak lama memandangkan saya juga masih bekerja tetap.

“Tetapi sejak perlaksanaanya tahun lalu, urusan permohonan lebih mudah dan cepat,” katanya.

IMG_7082Sementara itu, Siti Maryam Rosli, 23, berkata, kaedah itu lebih sistematik berbanding dulu.

“Semua urusan termasuk mendaftar, memilih dan memuatnaik dokumen sokongan boleh dibuat secara atas talian.

“Selain itu, saya juga boleh membuat pilihan tapak bazar di lokasi dan petak diingini tanpa perlu menunggu cabutan undi,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Kes demam denggi menurun, penduduk disaran terus musnah habitat nyamuk

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 JAN: Sejumlah 394 kes demam denggi dicatatkan pada minggu epid pertama hingga ketiga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang DiPertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, jumlah itu lebih rendah berbanding dengan minggu epid yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 737 kes.

Katanya, Seri Serdang mencatatkan lima lokaliti bagi hotspot demam denggi.

“Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara adalah satu-satunya lokaliti hotspot denggi yang melebihi 100 hari dengan jumlah 40 kes didaftarkan.

ydp mpsj“Tempoh hotspot berlarutan sehingga 153 hari. Aktiviti cari dan musnah telah dijalankan sebanyak 4 kali dan terkini pada 22 Januari yang lalu,” katanya di mesyuarat bulanan, baru-baru ini.

Nor Hisham mengingatkan penduduk menjalankan kerja pembersihan kawasan rumah dan pangsapuri.

Katanya, bekas boleh menakung air hendaklah sentiasa dicuci dan dibersihkan supaya tidak menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Sementara itu, dalam laporan penguatkuasaan isu sampah haram, sehingga bulan Disember 2016 sebanyak 202 Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan dan 12 sitaan kenderaan dilakukan.

Katanya, sebanyak 61 NTK dikeluarkan di bawah Seksyen 4 (Kesalahan membuang apa-apa sampah di tempat awam), 93 NTK di bawah Seksyen 6 (Kesalahan tidak menyediakan tong sampah di premis perniagaan) dan 48 NTK di bawah Seksyen 12 (Kesalahan membuang buangan perindustrian dan buangan dagangan yang ditetapkan.

Kesemua NTK ini dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (UUK PPPS) MPSJ 2007.

“MPSJ akan terus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap aktiviti pembuangan sampah di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya.

-nR-